20 Disember 2009

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

3 Muharram 1431
Ustaz Ibrahim b Zakaria

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

Disediakan oleh:
Ustaz Ibrahim b Zakaria
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR (MTD) SERI MANJUNG PERAK
Sumbangan Zakat/Derma bolehlah disalurkan ke dalam akaun
Bank Muamalat no.08030002138714/ CIMB Bank 0815-0000173-10-9
NO.TEL 05-6883659 H/P 019-2627636

Konvensyen lulus Dasar Pakatan Rakyat

Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat menandatangani dokumen Dasar Pakatan Rakyat selepas diluluskan konvensyen.

3 Muharram 1431


SHAH ALAM, 19 Dis: Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang

Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.

Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulin, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.Harakahdaily/-

Di dada Karpal Singh ada 'bulan' - Nik Aziz

3 Muharram 1431
Harakahdaily

SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

Pakatan sedang terjemahkan dasar kebajikan rakyat


3 Muharram 1431
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 19 Dis: Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) hari ini sedang menterjamahkan usaha mereka untuk mewujudkan negara yang demokrasi dan mendahulukan kebajikan rakyat melalui konvensyen yang sedang berlangsung.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sewaktu berucap dalam pidato dasar Pakatan Rakyat pagi tadi menegaskan tujuh perkara melibatkan urus tadbir negara mesti diubah dan diperbaharui.

Antaranya ialah mempertingkat integriti Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) dengan meletakkkan badan itu di bawah kuasa parlimen.
Beliau juga menyarankan agar pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah SPRM dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

"SPRM harus dipantau oleh Jawatankuasa Khas Parlimen yang dianggotai oleh ahli-ahli parlimen secara bipartisan. Pengerusi dan ahli lembaga pengarah SPRM mesti dillantik oleh Yang Dipertua Agong selepas calon yang ditawarkan itu selesai menjalani sesi soal jawab dan soal selidik oleh Ahli jawatankuasa Khas Parimen.

"Tugas Perdana Menteri hanya mencadangkan nama-nama mereka," katanya.

Menurut Salahuddin juga, terdapat kelemahan dalam penggunaan kuasa eksekutif di negara ini yang menyebabkan penindasan terhadap rakyat.

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar Jabatan Hisbah ditubuhkan di peringkat pusat dan negeri.

"Selain daripada parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mahkamah, perlu diwujudkan ruang untuk rakyat menuntut keadilan.

"Tujuh perkara mesti kita urustadbir dengan baik. InsyaAllah jika Pakatan diberi peluang mentadbir negara ini, kita akan mentadbir dengan adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia," katanya disambut tepukan gemuruh.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua pula berpandangan, masih banyak cara yang boleh digunakan kerajaan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara selain mengenakan pelbagai jenis cukai kepada rakyat.

Beliau yang memfokuskan mengenai ekonomi dalam pidatonya merujuk kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan kerajaan pada tahun hadapan.

Beliau menegaskan, cukai berkenaan ternyata akan membebankan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah meskipun kerajaan mengatakan ianya tidak akan membebankan rakyat.

"Ekonomi Malaysia kian merosot. BN yang membazirkan wang rakyat kini telah kehabisan wang. Sekarang mereka hendak kenakan cukai baru yang menambah bebanan rakyat.

"Pakatan akan menubuhkan model ekonomi negara berprestasi tinggi dan memiliki pertumbuhan mapan," tegasnya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam pidatonya yang menyentuh mengenai keadian sosial dan pembangunan insan berkata, Pakatan akan memberi tumpuan kepada usaha membaiki hubungan kaum dan agama yang telah rosak.

Pakatan, katanya akan menggubal Akta Perhubungan Kaum bagi menjamin kerukunan dan keharmonian rakyat serta mengelakkan diskriminasi kaum.

"BN telah memecahkan perpaduan kaum di negara kita melalui tindakan-tindakan mereka yang mewujudkan kemarahan orang Islam dan orang bukan Islam. Pakatan akan mengembalikan perpaduan kaum dengan mewujudkan sikap baik sangka antara kaum," katanya.

Pidato dasar pakatan Rakyat pagi tadi dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khaid Ibrahim.

Konvensyen medan perkukuh pakatan - Presiden PAS

3 mUHARRAM 1431
Harakahdaily

SHAH ALAM, 19 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu konvensyen yang berlangsung hari ini memberi natijah terbaik kearah keutuhan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP untuk terus memperkasa Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau dalam ucapan perdananya pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini menekankan betapa pentingnya Pakatan Rakyat mencari pendekatan terbaik untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat melakukan perubahan.

"Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai.

"Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai," katanya.

PRU ke 12 lalu ujarnya telah membuktikan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar untuk membuat perubahan khususnya mengambil alih pemerintahan negara.

Namun untuk mencapai hasrat itu ujarnya, semua pihak dalam pakatan harus tahu dan mencari kaedah terbaik.

"Sunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepincangan dalam amalan Demokrasi, katanya lagi.

Penyertaan PAS bersama dalam pakatan rakyat katanya sebagai usaha untuk melakukan perubahan atas perinsip yang disepakati bersama dengan parti-parti lain.

Pakatan rakyat yang diwujudkan berasaskan masyarakat majmuk katanya mahu menyelamatkan rakyat negara ini yang sedang ditipu dan diperbodoh parti pemerintah disebalik nama demokrasi berparlimen sejak Umno Barisan Nasional memerintah negara 50 setengan abad lalu.

Demokrasi negara katanya kini dalam keadaan tenat kerana sedang dikongkong oleh satu parti sehingga memggagalkan perubahan dalam banyak aspek berkaitan kepentingan rakyat dan negara.

Ianya termasuk perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya.

"Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah," katanya lagi.

"Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak.

"Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.

Dalam aspek perpaduan pula, PAS juga katanya mengikut ajaran islam dimana tidak membeza-bezakan ataupun merendahkan martabat mana-mana kaum seperti dilakukan pihak tetrtentu.

"Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.

"PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu....maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama," katanya.

Kehadiran Pakatan Rakyat juga antaralain mahu menentang segala kezaliman yang dicipta pemerintah Umno BN.

Kegagalan pemerintah memberikan keadilan kepada semua pihak dilihat telah memecahbelahkan rakyat termasuk memecahbelahkan kompenen perti mereka sendiri.

"Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.

"Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza," katanya.

Selain itu beberpa teras penting harus diberi keutamaan oleh Pakatan Rakyat khususnya mencapai hasrat menjadi pemerintah menggantikan kerajaan sedia ada adalah dengan menunjukkan contoh terbaik melalui negeri negeri yang dikuasai.

"Kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu," katanya lagi.

Dan pada masa yang sama, jentera setiap parti harus berperanan sebaiknya, dan mampu merancang secara strategik dan bukan hanya melihat kemenangan atas angin sahaja tanpa justikikasi yang boleh disandar.

"Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, ... jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita.

"Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan, katanya.

Anwar Ibrahim: Keyakinan kepada rakyat

3 MuharraM 1431
Anwar Ibrahim

Kita mengadakan konvensyen ini sebagai menyambut suara rakyat. Rakyat telah bersuara pada 8hb Mac 2008. Dan suara rakyat semakin lantang.

Apakah yang rakyat mahu?

Rakyat telah memberikan kita sedikit kepercayaan. Tsunami politik 2008 memcerminkan rakyat telah muak dengan kerenah rasuah, politik perkauman dan taktik jelek adu domba Umno-BN. Mereka marah dengan skandal V K Lingam, dan tatkala harga petrol melabung mereka tidak yakin BN bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat.

Maka rakyat memberikan dokongan kepada gagasan Keadilan, DAP dan Pas. Jika kita lihat persiapan jentera pilihanraya, kerjasama antara parti-parti kita yang masih longgar, dan kita melihat pula jaganath pilihanraya Umno-Bn, dengan propaganda licik dan penuh fitnah, semua merasa mustahil kita mampu memperoleh kemenangan yang begitu besar. Tidak ada pendita politik yang mempercayainya, dan sebahagian besar kita sendiri tidak mempercayainya.

Tetapi rakyat memberikan kita kepercayaan. Maka kita harus insaf dan bersifat tawadhu. Kita memperoleh kemenangan tersebut bukan kerana kekuatan kita atau jentera parti. Kita di Dewan Rakyat, di tampuk pemerintahan negeri kerana rakyat memberikan kita sedikit keyakinan. Kita jangan sekali jadi seperti kaduk naik junjung.

Rakyat mahu mencuba kita, rakyat mahu menguji kita. Maka kita jangan mengkhianati kepercayaan tersebut. Kita perlu yakin dengan kebijaksanaan rakyat. Meskipun mereka dihujani dengan propaganda murahan, dan mereka disekat dengan pelbagai instrumen pemerintahan, tetapi bila tiba saatnya, rakyat akan membuat pilihan dan penentuan yang benar dan adil.

Maka kita mengadakan konvensyen ini bukan untuk mencerca dan mengkritik BN dan Umno. Pemerintahan yang ada sekarang sudah kehilangan keabsahan moral, legitimasi moral mereka sudah terhapus. Kita berada di sini untuk mengungkapkan dasar dan kebijakan Pakatan Rakyat, bukan sekadar sebagai gabungan parti-parti politik, tetapi juga sebagai gerakan politik. Pakatan Rakyat is not merely a political alliance, it is first and foremost a political movement.

Perjuangan yang kita bawa ini bukan milik parti-parti politik semata-mata. Agenda perubahan, agenda reformasi yang kita bawa turut menjadi milik lembaga swadaya masyarakat (NGO), blogger, pemikir, penyair dan seniman.

Dengan kepercayaan rakyat yang kita perolehi kita kini berada di persimpangan zaman. Kita tidak berjuang sekadar untuk mengganti satu kekuasaan dengan kekuasaan yang lain. Kita tidak berjuang untuk membuat perubahan runcit-runcitan. Kita berjuang untuk membuat perubahan besar, big change, fundamental change. Semangat dan hati nurani rakyat menuntut ini dan mendorong kita membuat lompatan yang jauh. Maka kita perlu ada keberanian kebenaran, the courage of truth, keyakinan terhadap semangat rakyat, faith in the power of the spirit of the people.

II. FALSAFAH KEBANGSAAN

Apa yang hendak kita lakukan adalah tidak lain dari membina semula sebuah bangsa dan sebuah Malaysia yang berteraskan kekuatan moral rakyat. Dan kekuatan moral rakyat adalah berteraskan prinsip karamah insaniah, kemuliaan darjat insaninya “walakad karamna bani Adam.” Prinsip ini turut diungkapkan oleh seorang pejuang kemanusiaan dan rakyat; Martin Luther King, “A nation where its people will not be measured by the color of their skin but by the content of thier character." Rakyat sudah merdeka 50 tahun, dan rakyat mahu keluar dari kepompong perkauman yang dibikin oleh ahli-ahli politik yang berfikiran kecil dan sempit.

Maka yang mendasari segala dasar dan kebijakan yang kita bentangkan hari ini adalah prinsip moral sejagat. Ini bukan gimik politik. Kita yakin perjuangan yang tidak dipandu oleh prinsip moral sejagat akan menemui jalan buntu, tidak akan membawa keadilan dan kesejahteraan untuk semua.

Kita berpegang kepada prinsip moral kerana rakyat mahu ahli-ahli politik meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud. Inilah falsafah kebangsaan yang kita maksudkan, satu kebangsaan yang inklusif, adil, tanpa diskriminasi. Surah al Hujurat ayat 13 jelas menganjurkan agar kita meninggalkan perkauman sempit ini:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Prinsip karamah insaniah dan litaarafu inilah yang menggembeling keyakinan baru di kalangan umat Melayu dan bumiputera untuk membanteras sikap perkauman dan membantah sebarang dasar yang meminggirkan golongan lain atas pertimbangan ras. Justeru itu jangan ada yang mahu menggantikan satu bentuk rasisme dengan rasisme yang baru, dengan membidas perkauman Umno semata-mata dari perspektif kepentingan kaum tertentu. Kepada kaum Cina, India, Kadazan, Iban dan Melayu, ingin saya jelaskan di sini perkauman sempit tidak boleh ditewaskan dengan perjuangan serta tuntutan perkauman sempit juga.

Jika ini berlaku, maka tidak akan ada kemajuan dalam perjuangan melawan perkauman. Perjuangan melawan perkauman hanya akan berjaya jika didorong oleh keadilan sejagat dan kesederhanaan sikap.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mempunyai moral resources, khazanah akhlak, yang kaya untuk memerangi fikiran sempit dan perkauman, dan menggantikannya dengan keadilan sejagat untuk semua, menghapuskan prasangka dan menyemai benih persaudaraan insaniah. Inilah yang dituntut oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah apabila ditanya mengenai persaudaraan sesama insan:

Akhukum fil Insaniah (Persaudaraan sesama insan) yang mana turut bergema dalam tradisi tamil: ontre kulam oruvane thevan ( satu jiwa kerana kemanusiaan) dan juga dalam tradisi cina yang diungkapkan oleh mahaguru Kung dalam kitab Lun Yu,“si hai zhi nie jie xiong di” yang membawa maksud (empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara)

III. MENJANA MUAFAKAT

Saya menghargai keringat dan buah fikiran rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama yang sanggup berbincang secara terbuka dan ikhlas. Ini belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Maka hari ini kita mencipta sejarah. Bukan mudah untuk sampai kepada suatu muafakat yang boleh disebut sebagai overlapping consensus sepertimana yang diungkapkan oleh filasuf John Rawls. Proses perbincangan yang intense dan rancak dari kalangan yang berbeza latar, fahaman dan kepercayaan. Kita menghormati falsafah perjuangan parti-parti masing, yang punya sejarah gemilang dan getir melawan kerakusan kuasa dan mengalami pelbagai bentuk penindasan. Kita berbincang secara terbuka dan ikhlas. Perkara-perkara yang selama ini dianggap sensitif kepada parti masing-masing dan kaum-kaum tertentu. Kerana ada kejujuran maka kita berjaya mencapai muafakat.

Dengan muafakat yang kita perolehi, bangsa Malaysia boleh berrgerak ke hadapan mengharungi abad ke 21 dengan penuh keyakinan, bangsa Melayu punyai keyakinan, bangsa Cina perolehi keyakinan, bangsa India perolehi keyakinan, bangsa Iban perolehi keyakinan dan bangsa Kadazan perolehi keyakinan. Kita tidak membina satu muafakat dengan rasa ketakutan atau rasa tidak selamat.

IV. EKONOMI

Cabaran terbesar yang dihadapi oleh negara adalah dalam sektor ekonomi. Jika ekonomi lembap, kesejahteraan rakyat akan terhakis, ramai rakyat akan hilang pekerjaan. Dasar-dasar yang ada sekarang menyebabkan negara kita jauh ketinggalan dengan negara-negara di rantau ini seperti Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. Pakatan Rakyat ingin merangka satu dasar yang akan mengembalikan Malaysia di barisan pertama dengan negara-negara termaju di rantau ini. Kita mesti melakukan satu reformasi ekonomi yang mampu meransang daya saing, kecekapan dan produktiviti. Dan unsur bersepadu daam reformasi tersebut adalah menjaga kepentingan rakyat melalui satu kerangka keadilan sosial. Kita perlu memastikan pengagihan yang saksama dan menumpukan pertolongan kepada anggota masayarakat yang paling lemah, tanpa mengira kaum atau kumpulan. Kita akan mengadakan kerangka-kerangka dan kebijakan-kebijakan untuk menarik pelabur asing demi meransang pelaburan tempatan. Kita akan mesra dengan usahawan dan memastikan penyertaan bumiputera di dalam ekonomi.

Saya menegaskan di sini sebagai satu Pakatan Rakyat, hati nurani tidak boleh membiarkan sesiapapun di kalangan rakyat tidak memperolehi taraf kehidupan yang manusiawi, seperti rumah, pendidikan, pengangkutan dan lain-lain perkara asas. Malaysia adalah sebuah negeri yang kaya, usahawan kita berdaya saing dan produktif. Pekerja-pekerja rajin dan tekun dan kita mempunyai penjawat-penjawat awam yang berdisiplin. Dengan gabungan kesemua ini tidak mustahil dalam masa 15 tahun, Malaysia akan kembali ke barisan pertama negara-negara maju di rantau ini.

V. WANITA

September yang lalu telah terbit kajian yang berjudul The Female Economy dalam makalah Harvard Business Review. Menurut kajian makalah tersebut, ketakjuban ekonomi terkini bukanlah ekonomi China ataupun India, ataupun ekonomi kedua-duanya digabungkan. Ketakjuban ekonomi itu ialah ekonomi kaum hawa. Pendapatan kaum hawa seluruh dunia untuk tahun 2009 sahaja berjumlah USD 13 trillion, lebih besar dari gabungan KDNK China dan India untuk tahun ini; masing-masing sekitar USD 4.4 trillion dan USD 1.2 trillion. Pada masa 5 tahun akan datang jumlah jumlah pendapatan kaum hawa dijangka mencecah USD 18 trillion, manakala gabungan KDNK India dan China hanya pada angka sekitar USD 8.4 trillion. Maka seperti gejala globalisasi, kebangkitan ekonomi hawa adalah satu gejala yang tidak boleh dihentikan atau diterbalikkan(unstoppable dan irreversible). Oleh itu dalam dokumen Dasar Pakatan Rakyat, terdapat khusus satu bab mengenai wanita.

VI. GOLONGAN MUDA

Golongan muda seharusnya mempunyai serta memperlihatkan keyakinan yang tinggi untuk melakukan perubahan. Pakatan Rakyat sedar bahawa golongan muda memainkan peranan penting demi memastikan kejayaan pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat menyedari untuk mengeratkan lagi hubungan antara generasi dan demi merapatkan jurang tersebut, perlu ada satu keputusan berani, bertanggungjawab dan meyakinkan. Kini kita lihat ramai pemimpin muda yang muncul, samada sebagai ahli parlimen mahupun sebagai adun.

Namun ini tidak seharusnya menjadikan anak-anak muda khususnya yang bersama Pakatan Rakyat cepat berpuas hati. Kita mempunyai agenda yang lebih penting, iaitu menterjemahkan janji-janji serta dasar-dasar yang kita ungkapkan. Oleh demikian pemimpin muda Pakatan, di semua peringkat, perteguhkan tekad, kefahaman serta gerak kerja berdasarkan garis besar perjuangan Pakatan Rakyat. Kita mesti meyakinkan golongan muda betapa Perubahan merupakan perkara asasi, fundamental, bukan sahaja untuk generasi sekarang, juga untuk generasi masa depan.

VII. ALAM SEKITAR

Tatkala kita merumuskan dasar Pakatan Rakyat ini, sedang berlangsung Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen. Persidangan yang lebih dikenali sebagai COP 15 itu sungguh mustahak bagi mendapatkan persetujuan serta kesanggupan masyarakat antarabangsa untuk memastikan kelangsungan bumi yang kita diami ini.

Kita akui pembangunan sememangnya penting namun ini tidak bermakna kerusakan yang berlaku terhadap alam harus diiyakan sahaja. Makanya kebelakangan ini, laporan seumpama Stern Review, berupaya menjadi garis panduan melakar dasar nasional yang mengembalikan hala tuju pembangunan ke landasan yang tepat di samping memastikan agenda alam sekitar dan kelangsungan bumi tidak terabai. Pakatan Rakyat bersama dengan masyarakat antarabangsa yang prihatin menyatakan iltizam serta tekad untuk menangani isu perubahan iklim dan berusaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon.

VIII. KEBUDAYAAN

Bangsa Malaysia yang kita gagaskan bukanlah satu bangsa yang eka dimensi-one dimensional nation. Kita tidak mahu Malaysia menjadi sekadar bangsa ekonomi, meskipun ekonomi itu amat penting untuk kesejahteraan. Kita mahu bangsa Malaysia itu satu bangsa yang syumul, bangsa yang mempunyai ketinggian akal budi dan segar lagi kreatif dalam pengucapan kebudayaan. Justeru itu antara unsur penting dalam Dasar Pakatan Rakyat adalah Muafakat Kebudayaan Baru. Ia tidak lain sejajar dengan semangat kemerdekaan negara yang kemudiannya perlu digilap lanjutan dari Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971).

IX. PENUTUP

Hari ini kita mencipta sejarah. Tetapi ini hanyalah titik permulaan. Dasar Pakatan yang akan dimeterai sebentar lagi adalah garis besar perjuangan rakyat. Dasar-dasar ini adalah moral compass dalam perjungan politik kita. Pakatan Rakyat akan berlayar jauh, maka kita perlu ada kesatuan fikrah, kesatuan pemikiran dan sentiasa berada di garis tengah. Kita perlu mematuhi ethics of coalition, Etika Pakatan.

Setiap kumpulan punya tuntutannya sendiri dan mempunyai legitimasi dan keabsahannya. Tetapi kita juga perlu melihat urutan keutamaan kerana tidak semua tuntutan boleh ditangani dengan sekaligus. Maka kita tidak boleh melihat tuntutan political constituency masing-masing tanpa melihat dan mempertimbangkan political constituency rakan-rakan kita. Perlu ada sikap empathy, keprihatinan terhadap pelbagai sektor dan constituency rakan –rakan kita.

Justeru menjayakan agenda Pakatan Rakyat adalah menjadi prasyarat untuk mendapat dokongan penuh dan keyakinan rakyat. Hanya dengan keyakinan rakyat , bahawa rakyat yakin kita bersatu hati, kita akan memperolehi kemenangan. InsyaAllah.

Lim Guan Eng: Anak Malaysia milik semua

3 Muharram 1431
Lim Guan Eng

Hari ini adalah hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya dalam sejarah politik tanahair, satu gagasan yang kukuh, mantap, penuh berkobar-kobar dengan idealisma, prinsip dan menwakili aspirasi rakyat berbilang kaum, berbilang usia dan kedua-dua jantina ditubuhkan untuk menawar diri sebagai alternatif kepada pemerintahan negara.

Bukan senang kita sampai ke perjalanan ini yang penuh berliku-liku. Sepanjang 52 tahun ini, kita telah dikaburi mata dengan permainan politik pecah dan perintah, tipu dan temberang malah tindas dan tangkap. Rakyat terpaksa tunggu 52 tahun tetapi lebih baik sampai sungguhpun terlewat.

Tsunami politik 8 hb Mac 2008 mengubah lanskap politik Negara tetapi kita sebenarnya dirompak. Kalau tidak kerana ketidakbebasan dan ketidakadilan SPR, kita sudah menjadi kerajaan bukan sahaja di 5 negeri malah di Putrajaya juga. Dato Seri Anwar sebenarnya dirompak jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Lihatlah bagaimana SPRM diperalatkan untuk menganiayai PR sehingga kerajaan negeri Perak dijatuhkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin seorang Menteri Besar Perak dipilih rakyat diguling dan aktivis demokrasi Teoh Beng Hock dibunuh dengan kejam sekali. Saya ingin meningatkan pihak bertanggungjawab kita tidak akan lupakan kamu kerana tiada maaf bagimu. Kita perlu tabah hati menghadapi cabaran yang begitu pahit sekali.

Kita berkumpul di sini kerana mahukan janakan perubahan dan reformasi untuk mendirikan sebuah Negara milikan semua anak Malaysia yang cintai 5K keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. Rakyat mesti percaya perjuangan kita adalah tulen bukan celup, benar bukan palsu, hak bukan batil, maaruf bukan mungkar. Perjuangan yang sebenar adalah yang dapat dilihat, didengar dan dirasai. Saya percaya rakyat dapatlah lihat pengorbanan kami, dengar pendirian kami dan rasai komitmen kami demi mengorak reformasi.

Yang kita hendak sembahkan pagi ini adalah satu Dasar PR yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen PAS, DAP dan PKR. Ia adalah satu dokumen penting yang merangkumi semua titik perjuangan kita bersama. Oleh kerana itu ia tidak akan memuaskan hati semua orang seperti DAP yang mahu dinyatakan dengan jelas istilah ‘pilihanraya kerajaan tempatan’ tetapi bersedia menerima istilah “mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan’ sebagai pengganti yang tentunya mencakupi pilihanraya kerajaan tempatan.

Kompromi seperti ini adalah petanda baik bahawa kerjasama erat dalam PR adalah berdasarkan landasan perbincangan dan perundingan yang bernas tanpa didominasikan oleh sesuatu pihak. Sungguhpun tidak memenuhi keperluan masing-masing, maka ia adalah satu batu asas yang boleh menjalinkan kerjasama erat dalam PR, hubungan baik antara kaum serta integrasi dan perpaduan kaum di seluruh Malaysia.

Sebagai meraikan Konvensyen PR yang penuh bersejarah ini, terimalah serangkap pantun daripada saya :

Negara Malaysia, anak berharga
Adil ditegak rakyat dijaga,
Integriti Bernyala Harapan Bersinar
Amar Maaruf Nahi Mungkar

Dengan kata lain, amalan pentadbiran amar maaruf nahi mungkar boleh menyatupadukan rakyat kerana semua sokongkan kebaikan dan bencikan kejahatan seperti amalan rasuah. Itulah sebabnya Kerajaan PR selalu tekankan ketuanan rakyat dan menganggap semua warga sebagai insan bermaruah bukannya berdiskriminasi atas warna kulit. Dengarlah komitmen kami – Bahawa kerajaan PR akan memberikan bantuan sama kepada semua rakyat tanpa kira kaum, agama, jantina dan latarbelakang.

Komitmen perpaduan rakyat inilah yang melahirkan kerajaan berjiwa rakyat yang bermaksud 3P -
* Perkasakan (Enables) rakyat dengan kepakaran, ilmu dan pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada semua lapisan masyarakat demi mewujudkan kemakmuran. Contohonya adalah inisiatif wifi yang diberikan percuma kepada semua rakyat dengan tujuan menguasai aplikasi computer yang merupakan bidang paling penting dalam pendidikan masakini. Dan pemberian bantuan wang kepada sekolah Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat ataupun menubuhkan satu Hab Pendidikan agar mempertingkatkan mutu pendidikan. Di sini perlu diingatkan bahawa kita bukan mahu melihat Pulau Pinang mempunyai pakar profesional paling baik tetapi jga para ustaz dan ustazah serta huffaz. Malah buat kali pertama Pulau Pinang telah memberi penghormatan dengan memberikan pengiktirafan kepada 100 penghafal Quran atas pencapaian cemerlang mereka.
* Perkuasakan (Empowers) rakyat dengan hak-hak asasi, kebebasan dan kebertanggungjawaban supaya semua dapat peluang yang saksama dan berjaya atas usaha sendiri dan bukannya hubungan iaitu technical know-how dan bukannya technical know-who. Contohnya pinjaman mikrokredit kepada ibu tunggal dan peniaga kecil dan projek pusat CAT sebanyak RM 10 juta untuk membantu pekerja kehilangan kerja mencari kerja;
* Perkayakan (Enrich) rakyat dengan perkongsian kekayaan dan hasil ekonomi bagi mencapai keadilan sosio-ekonomi seperti menjadi negeri pertama di Malaysia basmi miskin tegar, memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM 500 sebulan, wang penghargaan RM 100 setahun kepada warga emas dan RM 1,000 kepada ahli keluarga bila meninggal.

Tied in with a people-centric government is the concept of a good government. A good government means a government as good as its people. As Malaysians are good we should have a good government. If we do not have a good government then it is not the fault of the people, it the fault of a lousy government. And a lousy government deserves to be overthrown, which is what happened last year during the political tsunami on 8 March 2008. That is why we believe the good people of Malaysia deserves a good government in Malaysia.

Malaysia perlu menaiktarafkan diri ke tahap ekonomi berpendatan tinggi. Mekanisme yang dipakai menekankan 4 pendekatan iaitu selain daripada kerjaan berjiwa rakyat:
i) Pendidikan dan pembentukan modal insan yang cemerlang, berdaya kreatif dan inovatif. Seperti yang kerap kali disebut, minda yang kecil membincangkan insan, minda yang sederhana membincangkan peristiwa dan minda yang unggul membincangkan idea. Kita hendaklah melahirkan minda yang unggul agar dapat menjadikan mimpi anda satu realiti;
ii) Menegakkan keluhuran undang-undang dan menjamin keadilan dan keamanan rakyat;
iii) Mengamalkan prinsip urus tadbir CAT (cekap, akauntable dan telus) berteraskan pemimpin berintegriti agar melahirkan perkhidmatan awam yang berkebolehan, bersih dan cekap. Dalam konteks ini, kita bangga bahawa Pulau Pinang adalah negeri pertama di dalam sejarah Malaysia yang mendapat pengiktirafan Transparency International, sebuah badan unggul di dunia yang membanteras rasuah; dan
iv)Komitmen ke atas pertumbuhan ekonomi di mana pembangunan yang seimbang dan mapan diberikan.

Konsep Satu Malaysia hanya mengaburi mata. Konsep Satu Malaysia boleh diibaratkan macam seketul ais yang hanya akan cair dalam negara tropika. Apa yang lebih bermakna ialah konsep anak Malaysia 5K keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

Izinkan saya membawakan sebuah kisah di mana Khalifah Syaidina Umar Abdul Aziz menjawab sepucuk surat yang diterima daripada salah seorang pembesarnya :

“ Sesungguhnya kota kami telah roboh, jika Tuan perkenankan hendaknya mengirimkan sejumlah wang untuk mengubahsuai dan membaikinya untuk membina semula..”

Khalifah Umar menjawab surat tersebut dengan berkata :

“Saya telah memahami isi kandungan surat tuan, dan tuan mengatakan bahawa kota tuan telah roboh, jika tuan membaca suratku ini, maka bentengilah atau jagalah kota kalian dengan keadilan, dan bersihkan jalannya daripada kezaliman, itulah sebaik-baik tembok yang selamat bagi kota tuan dan rakyat negeri tuan.”

Maksud yang tersirat yang ingin disampaikan oleh Khalifah Umar adalah bahawa jadikan prinsip 5K keadilan, kebebasan, kebenaran, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan sebagai benteng dan tembok kami dan pasti kota perpaduan rakyat akan berjaya dibangunkan.

Personally I feel moved by the PR Convention that epitomises the new Malaysian spirit and ethos of treating each other not as Malays, Chinese, Indians, Ibans or Kadazans but as a father, mother, brother, sister and children. I remember when I was imprisoned 11 years ago for defending a Malay family whose granddaughter was raped, I was asked whether it was worthwhile to lose everrything for defending another race.

I replied do Malays not deserve justice too? Then there were only one or two who looked at a Malaysian perspective. It is a tremendous experience today to see thousands and millions looking at each other as Anak Malaysia. Enough for us to transform and change Malaysia.

Saya anak Malaysia. No one will accept that we are second or third class citizens by virtue of the colour of our skin when we are third, fourth or fifth generation Malaysians. We seek equal political freedoms, equal economic opportunity and socio-economic justice.

We are different. Not only do we fight for public interest when the other side fight for private sectional interests, we fight for voters when the other do not. But we are much more different than that. We fight for not only for our voters but for those who do not vote. We fight for our children and grand children who do not vote; we fight not only for you in present Malaysia but for your children’s and grandchildren’s in a future Malaysia.

Saya berasa bangga kita ada pemimpin berintegriti, perjuangan berprinsip dan jentera PR yang boleh bekerja sebagai suatu pasukan yang dapat menyatupadukan rakyat secara berkesan demi mengakhiri perjalanan ke Putra Jaya.

Hidup Malaysia!
----------------------------
Ucapan LIM GUAN ENG, Setiausaha Agung DAP semasa memberikan Ucapan Perdana semasa konvensyen pertama Pakatan Rakyat.

Dahulukan yang disepakati, jangan lihat perbezaan

3 Muharram 1431
Harakahdaily

SHAH ALAM, 19 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong Pakatan Rakyat jangan melihat perbezaan antara mereka tetapi mendahulukan apa yang telah disepakati bersama.

Bagi beliau, perpecahan yang berlaku dalam Barisan Nasional (BN) sekarang perlu menjadi iktibar kepada mereka.

"Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara.

"Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza," katanya dalam ucapan perdana semasa konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Lebih 1,500 pemimpin serta ahli PAS, PKR dan DAP memenuhi Auditorium MBSA bagi menyertai konvensyen itu.

Sebelum Abdul Hadi, Datuk Seri Anwar dan Lim Guan Eng memberikan ucapan perdana masing-masing.

"Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini.

"Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara," katanya.

Menurut beliau, PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu.

"Walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan," katanya.

Katanya, Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian.

"Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah," katanya dengan disambut berselang seli dengan tepukan dan teriakan takbir Allahu Akbar.

Konvensyen Pakatan saksi PAS-DAP berdamai

3 Muharram 1431
Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini menyaksikan perdamaian di antara PAS yang menjuarai aspirasi 'negara Islam, dan juga DAP yang menjuarai gagasan 'Malaysian Malaysia.'

Prasangka itu seolah-olah terpadam langsung daripada pemikiran beberapa pemimpin yang mengambil peluang mengulas Dasar Pakatan Rakyat, juga dirasmikan hari ini di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tiada gimik yang melampau-lampau diadakan semasa perasmian tersebut, malah secara keseluruhannya konvensyen tersebut diperhatikan berlangsung dalam suasana yang cukup sederhana.

Kesemua pembahas dan pemimpin parti yang berucap juga menggunakan bahasa Melayu, selari dengan usaha Pakatan untuk memartabat dan memperluas Bahasa Melayu seperti dimaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan, turut dipersembah sebagai dasar Pakatan.

Kata kunci yang kerap diulang oleh para jurucakap dalam konvensyen sulung pakatan itu hari ini ialah 'sepakat' dan 'kerjasama,' manakala kemesraan pula nampaknya semakin terjalin, khususnya antara PAS dan DAP seperti yang diungkapkan seorang pembahas.

Wakil DAP, V Sivakumar semasa dalam sidang perbahasan dasar tersebut pagi ini berkata Pakatan Rakyat perlu mencontohi hubungan antara parti pakatan itu di Perak yang diuji dengan "rampasan kuasa."

'Satu bentuk kekuatan'

"Kalau dulu kita berpegangan tangan, sekarang kita sudah berpelukan," katanya sambil berseloroh kepada hadirin di dewan MBSA, Shah Alam.

Pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata konsep kerjasama dalam pakatan harus lebih diserlahkan sebagai satu bentuk kekuatan kepada pakatan itu.

"Kekuatan PAS, DAP dan PKR sekarang bukan boleh diukur seperti dulu. Sekarang kalau di Kelantan PKR lemah, PAS kena bantu dan kalau di Perak PAS lemah, DAP dan PKR kena bantu," kata Zaid lagi.

Di sudut PAS, isu kesepakatan itu antara lainnya diulas oleh presidennya sendiri Datuk Seri Hadi Awang yang berkata dasar tersebut merupakan salah satu peluang kepada PAS untuk membuktikan mereka juga mampu "berpakat."

"Marilah kita dahulukan apa yang boleh kita sepakati dahulu. Kita perlu pertahankan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai," katanya yang turut menyeru ahli pakatan supaya mengambil iktibar daripada perpecahan yang berlaku dalam BN.

Isu melibatkan kedudukan orang Melayu turut mendapat perhatian, antaranya apabila diulas pemidato PAS, Salahuddin Ayub yang berkata Pakatan juga tidak akan mengambil pendekatan sama seperti Umno dan BN dalam mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu yang dimaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.

"Kita seru kepada rakan-rakan kita supaya jangan takut dengan Perkara 153 kerana ini adalah untuk memberi (bantuan) kepada golongan yang berhak.

'Kami tak cemburu'

"Perkara 153 sebelum ini dicabul oleh Umno dan BN untuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka," kata Salahuddin yang juga naib presiden PAS.

Tambahnya, Pakatan akan menyemak semula akta-akta melibatkan institusi penting bagi orang Melayu, termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan juga Tabung Haji.

Ketua pergerakan sosialis pemuda DAP, Anthony Loke pula berkata isu melibatkan kepentingan Melayu tidak lagi akan dipersoalkan oleh pergerakan itu, selagi tidak mencabuli hak bagi mereka yang sepatutnya.

"Tuan-tuan tidak perlu risau kerana DAP akan tetap memperjuangkan kepentingan Melayu," katanya, mengulas janji Pakatan untuk sentiasa memelihara kedudukan Istimewa orang Melayu, sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang didukung itu.

"Kita tidak akan cemburu sedikitpun kalau ada orang Melayu yang miskin yang dapat biasiswa ke universiti.

"Namun apa yang kami tentang adalah anak-anak ketua-ketua bahagian Umno, kontraktor-kontraktor Kelas A yang kaya raya tetapi masih mahu membolot biasiswa," katanya lagi.

Rundingan semula

Seorang lagi pemimpin DAP Tony Pua berkata dasar Pakatan ini akan membolehkan ekonomi negara dapat ditadbir dengan memberi lebih keuntungan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya, melalui dasar ini, sistem tender terbuka akan dirombak dan membuat rundingan semula ke atas kontrak-kontrak kerajaan yang didapati menguntungkan sesuatu pihak sahaja.

Langkah di bawah dasar Ekonomi Demokratik dan Telus ini turut menghalang pengenalan cukai baru seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang baru dikemukakan di Parlimen.

"GST ini pada awalnya mungkin pada kadar empat peratus sahaja, tetapi mungkin ia akan naik sehingga 17 peratus atau 20 peratus. Pada masa itu yang rugi adalah rakyat jelata," katanya.

Pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz berkata pelancaran dasar pakatan itu hari ini merupakan "langkah awal ke Putrajaya," apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai "prejudis" yang selama ini menjadi halangan kepada kerjasama antara parti.

Katanya lagi, Pakatan kini memasuki fasa baru dan tidak lagi wajar untuk terus duduk dalam zon selesa sebagai pembangkang.

"Memang mudah jadi pembangkang, tapi sekarang kita sudah menubuhkan kerajaan di negeri-negeri. Kita tidak boleh lagi berlagak seperti pembangkang," katanya lagi.Malaysiakini/-

Pakatan Rakyat tekad makmurkan negara

3 Muharram 1431
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 19 Dis: Kesungguhan Pakatan Rakyat (PR) terserlah bilamana berjaya mengungkapkan keazaman memakmurkan bumi negara ini dengan melaksanakan kebenaran dan memberikan hak kepada mereka yang berhak.

Pengulas ucaptama, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, inilah kesepakatan yang telah dicapai bersama untuk diketengahkan kepada masyarakat dan rakyat dalam negara ini.

Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, perkara ini telah lama disebutkan di dalam kitab suci Al-Quran yang kini menjadi dasar persetujuan bersama antara komponen semua parti dalam PR.

Antara maksud ayat yang dibacakannya adalah "Apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah lakukannya dengan adil."

Beliau berhujah demikian ketika mengulas dasar yang diketengahkan oleh pimpinan PR dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Auditorium MBSA, dekat sini, hari ini.

Kehadiran ribuan peserta melibatkan 500 orang dari setiap parti dan orang ramai berminat dari seluruh pelusuk negara telah menyemarakkan lagi semangat PR pada hari ini.

Menurut Dr Dzulkefly lagi, selama BN memerintah negara, mereka telah mengkesampingkan perkara utama ini menjadikan rakyat seluruhnya merasai kezaliman BN dalam berbagai perkara.

Sehinggalah, mereka melakukan satu bentuk perubahan di dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008 lalu di mana tumbang lima kerajaan negeri kepada PR dengan penambahan jumlah kerusi di Parlimen.

"Saya yakin perubahan ini akan mampu dilakukan dengan lebih baik jika bentuk pengurusan parti masing-masing dapat dipertingkatkan dalam semua pilihan raya sebelum ini termasuk yang ke 13 akan datang.

"Sebarang bentuk permintaan hendaklah berdasarkan kekuatan parti, benyaknya cawangan, ahli dan petugas," tegasnya.

Terrkini 05.40 pm : Tirai Konvensyen dilabuhkan dengan ketiga wakil parti tandatangan dokumen rasmi.

Sebagai penutup tirai Konvensyen Pakatan Rakyat pertama ditutup ketiga wakil PAS, DAP dan PKR mewnandatangi dokumen kesepakatan.

PAS di wakili oleh Presidennya, TG. Datuk Hj. Abdul Hadi Awang, PKR oleh Ketua Umumnya, DS. Anwar Ibrahim manakan DAP oleh YB. Lim Kit Siang.

Gambar-gambar akan menyusul.

Anwar : Tahniah kepada semua.

Konvensyen pada hari ini menafikan kita adalah pakatan yang rapuh dan tidak ada hala tuju dimana dengan dokumen pada hari ini membuktikan Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik untuk rakyat Malaysia, demikian uncapan DS. Anwar semasa menyampaikan ucapan penutup Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Beliau mendedahkan 1Malaysia terdapat 20 konsultan antarabangsa untuk memberi pandangan, tapi isinya busuk dengan rasuah.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang menjayakan Konvensyen PR yang pertama itu. disamping itu beliau melahirkan masa depan yang baik untuk PR.

" Kita pulang hari ini dengan semangat yang kental" katanya lagi.

Nik Aziz : UMNO Khianat ...

Saya orang yang menyokong kuat satu masa dulu dalam gabungan dengan umno dulu, sebagai orang Melayu Islam saya ada perasaan itu, tapi umno khianat. Demikian antara ucapan Mursyidul Mursyidul Am PAS, TG. Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Rampasan kuasa di Perak, cara Islam pun tak betul, cara demokrasi pun jauh sekali, maka betapa jijiknya umno. Katanya.

Saya jadi MB kelantan semua rakyat, melayu, cina , india adalah rakyat saya. berapa kali saya pergi kuil dan tokong dan mereka datang cari saya.

Saya tengok dengan mata saya sendiri terasa serupa dengan berada dalam dunia baru sesuai dengan ilmu dan pengajian saya. Katanya sebelum mengakhiri ucapannya.

Karpal : Anwar akan dibela untuk lepas dari tuduhan tidak berasas.

" Bila saya ditugaskan untuk memberi ucapan penutup saya sudah tahu saya duduk sebelah Nik Aziz, malah saya duduk hari ini tengah antara Nik Aziz dan Guru Hadi" demikian antara ucapan awal YB. karpal Singh semasa memberikan ucapan penutup pada konvensyen PR hari ini.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pembahas yang mengatakan kita sudah sampai di Kajang untuk ke Putra jaya, kenapa kita tidak guna jalan lain kerana Kajang ada penjara, kita guna saja lebuh raya utara selatan, ucapnya sambil menerima tepukan dari hadirin.

Katanya lagi sebagai mengiktiraf Ketua Umum PKR dan PR ,"Kami akan menentukan dia tidak akan disabit dan dipenjara sekali lagi, saya dengan kebolehan yang ada ditangan saya supaya dia dilepas dari pertuduhan yang tidak berasas" satu ucapan yang menerima tepukan dari hadirin dan disambut dengan laungan "hidup Anwar" dan Hidup Karpal".

Terkini 04.05 PM : Mursyidul Am PAS tiba di Konvensyen PR.

Sebentar tadi Mursyidul Am PAS, TG. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi tiba ke dalam dewan Auditorium Konvensyen PR yang masih berlangsung. Beliau akan menyampaikan ucapan penutup mewakili PAS petang ini.

Konvensyen medan perkukuh pakatan-presiden PAS

Harakahdaily

SHAH ALAM, 19 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu konvensyen yang berlangsung hari ini memberi natijah terbaik kearah keutuhan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP untuk terus memperkasa Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau dalam ucapan perdananya pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini menekankan betapa pentingnya Pakatan Rakyat mencari pendekatan terbaik untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat melakukan perubahan.

"Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai.

"Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai," katanya.

PRU ke 12 lalu ujarnya telah membuktikan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar untuk membuat perubahan khususnya mengambil alih pemerintahan negara.

Namun untuk mencapai hasrat itu ujarnya, semua pihak dalam pakatan harus tahu dan mencari kaedah terbaik.

"Sunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepincangan dalam amalan Demokrasi, katanya lagi.

Penyertaan PAS bersama dalam pakatan rakyat katanya sebagai usaha untuk melakukan perubahan atas perinsip yang disepakati bersama dengan parti-parti lain.

Pakatan rakyat yang diwujudkan berasaskan masyarakat majmuk katanya mahu menyelamatkan rakyat negara ini yang sedang ditipu dan diperbodoh parti pemerintah disebalik nama demokrasi berparlimen sejak Umno Barisan Nasional memerintah negara 50 setengan abad lalu.

Demokrasi negara katanya kini dalam keadaan tenat kerana sedang dikongkong oleh satu parti sehingga memggagalkan perubahan dalam banyak aspek berkaitan kepentingan rakyat dan negara.

Ianya termasuk perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya.

"Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah," katanya lagi.

"Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak.

"Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.

Dalam aspek perpaduan pula, PAS juga katanya mengikut ajaran islam dimana tidak membeza-bezakan ataupun merendahkan martabat mana-mana kaum seperti dilakukan pihak tetrtentu.

"Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.

"PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu....maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama," katanya.

Kehadiran Pakatan Rakyat juga antaralain mahu menentang segala kezaliman yang dicipta pemerintah Umno BN.

Kegagalan pemerintah memberikan keadilan kepada semua pihak dilihat telah memecahbelahkan rakyat termasuk memecahbelahkan kompenen perti mereka sendiri.

"Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.

"Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza," katanya.

Selain itu beberpa teras penting harus diberi keutamaan oleh Pakatan Rakyat khususnya mencapai hasrat menjadi pemerintah menggantikan kerajaan sedia ada adalah dengan menunjukkan contoh terbaik melalui negeri negeri yang dikuasai.

"Kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu," katanya lagi.

Dan pada masa yang sama, jentera setiap parti harus berperanan sebaiknya, dan mampu merancang secara strategik dan bukan hanya melihat kemenangan atas angin sahaja tanpa justikikasi yang boleh disandar.

"Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, ... jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita.

"Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan, katanya.

Sivakumar ; BN tidak hormati demokrasi di Perak.

Speaker Perak yang sah, YB. Sivakumar sedang menyampaikan ucapannya dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Auditorium MBSA di Shah Alam hari ini

Terkini 3.00 PM : Sivakumar menjelas sistem pengansingan kuasa, dikaitkan dengan krisis Perak

Sesi sebelah petang diteruskan dengan meneruskan perbahasan dari wakil-wakil parti dengan dipengerusikan oleh Speaker DUN Selangor, YB. Theng. Dimulai dengan ucapan dari sdr. Hanifa maidin, Yb. Ubaidah dan YB. Sivakumar.

Masa yang diperuntukkan bagi setiap pembahas ialah 10 minit.

Terkini 10.40 : Pakatan Rakyat berpakat untuk rakyat.

Ketiga-tiga pemimpin utama PAS, DAP dan PKR , DS TG.Hj Abdul Hadi Awang, YAB Lim Guang Eng, dan DS. Anwar Ibrahin berdiri dan memegang tangan tanda kesepakatan dan pelancaran Pakatan Rakyat.


Terkini 10.00 am : Sambutan luarbiasa, dewan audioterium penuh, kehadiran melimpah sehingga keluar

Pada masa ini Presiden PAS, Ds. TG. Hj. Abdul Hadi Awang sedang menyampaikan ucapan setelah wakil dari PKR, Ds. Anwar Ibrahim dan wakil DAP, YAB Lim Guang Eng menyampaikan ucapan masing-masing.

Konvensyen pertama Pakatan Rakyat yang julung-julung kali diadakan itu bermula pada jam 9.00 pagi tadi bertempat di Auditorium MBSA. Semua pimpinan Pakatan Rakyat berada di sini untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat

Terkini 9.50 am : Ucapan YAB. Lim Guan Eng

Pakatan Rakyat ditubuhkan untuk menjadi alternatif-dan setelah melalui liku, itu antara ucapan awal Setiausaha Agung DAP, YAB Lim Guan Eng.

Rakyat mesti perjuangkan hak kita bukan batil, maaruf bukan mungkar, rakyat dapat lihat komitmen kami, tegas beliau.

Beliau menganggap dasar PR yang dibentangkan adalah dokumen sejarah walaupun disedari tidak dapat memenuhi kepuasan semua pihak, katanya.

Kerajaan PR sentiasa menegaskan ketuan rakyat tanpa mengira bangsa dan akan membela semua rakyat disemua peringkat, jelasnya.

"Kita jangan dikongkong oleh BN supaya kita jadi bodoh dan kekal berkuasa" tegasnya.

Terkini 9.30 am :Ucapan oleh Dsa. Anwar Ibrahim

Kita mahu keluar dari kepompong perkauman yang sempit, demikian antara penegasan Ketua Umum PKR Ds. Anwar Ibrahim.

Kita perlu meleburkan sikap perkauman dan kita tidak akan menang jika kita tidak meleburkan perkauman yang ada, tegas Ds. Anwar.

Beliau juga mengatakan Pakatan Rakyat mencipta sejarah, kali pertaman dalam sejarah politik Malaysia dengan mengemukakan dasar PR yang jelas.

" Kesefahaman disemua peringkat termasuk generasi muda menyebabkan kita dapat membentas dasar PR yang jelas hari ini " katanya.

" Kita akan memastikan pembelaan kepada semua golongan rakyat termasuklah masyarakat India di estet" ucap Ds. Anwar disambut dengan tepukan gemuruh yang hadir.

Ds. Anwar juga menegaskan pemuafakatan yang digariskan bersama pimpinan PR termasuklah dalam bidang kebudayaan,

"Semangat demokrasi akan dipertahankan oleh PR disemua peringkat kerana ini menghormati hak rakyat" tegas beliau.

Diakhir ucapannya Ds. Anwar berharap masalah diakar umbi dapat diselesaikan dalam Pakatan Rakyat.

Terkini 9.25 am : Bacaan Doa

Setelah nyanyian NegaraKu dan tayangan multimedia dan momtas, seterusnya dimulai dengan bacaan doa yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.



Terkini 9.20 am : Konvensyen PR bermula dengan gilang gemilang

2 Muharram 1431H

Shah Alam, 18 Dis :- Konvensyen julung kali Pakatan Rakyat bermula sebentar tadi dengan ketibaan Pemimpin Tertinggi ketiga-tiga Parti PAS, PKR, dan DAP diiringi masuk ke dalam dewan utama auditorium MBSA disini.

Mereka disambut dan diiringi dengan paluan gendang, tarian singa dan gendang tradisi masyarakat India.


Bekas Pelajar bantah serah SIS dan SERATA kepada pusat

2 Muharram 1431H

IPOH, 17 Dis: Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.

Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.

"Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat," katanya ketika dihubungi.

Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.

Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.

Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I'dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.

"Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti," katanya lagi.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.

Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk.

HarakahDaily.Net/-

Gagal Hadir: Mujahid tidak sihat

2 Muharram 1431H
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 17 Dis : Seorang lagi Ahli Parlimen PAS membuat penjelasan hari ini berhubung ketidakhadirannya sewaktu undian menolak Bajet 2010 pada jam 11 malam Isnin lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa pagi tadi berkata, rasa tidak sihat menyebabkan beliau tidak berupaya menunggu di Dewan Rakyat sehingga sesi penghujahan pada sebelah malam selesai.


"Jam 3 petang hari itu, saya dah keluar Dewan (Rakyat)...sebab rasa sangat tak sihat (sakit) dan tak dapat nak sertai pengundian itu," jelasnya.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, beliau mendapat cuti sakit sejak seminggu yang lalu namun berusaha juga untuk tidak meninggalkan persidangan dewan rakyat.

Namun gangguan kesihatan yang dihadapi beliau menyebabkab beliau terpaksa pulang untuk berehat.

Beliau turut menjelaskan bahawa hasrat Ahli Parlimen Pembangkang mahu menolak bajet sulung Datuk Seri Najib itu diberitahu kepadanya pada sekitar jam 5 petang.

Pun begitu, beliau dalam nada kesal, kecewa kerana tidak dapat menyertai undian tersebut.

Ekoran itu, beliau turut memohon maaf kepada suluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat di kawasan parlimennya sendiri.

Ujarnya lagi, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut dihubungi pagi tadi untuk menjelaskan sebab ketidakhadirannya itu.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr. Che Rosli Che Mat tampil menjelaskan sebab ketidakhadiran masing-masing pada waktu pungutan suara tersebut dibuat.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Baling masih belum dapat dihubungi bagi menjelaskan sebab-musabab ketidakhadiran masing-masing.

Isnin lalu, Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak diterima dengan majoriti tiga undi sahaja, iaitu 66 menyokong dan 63 membangkang.

Selain 5 Ahli Parlimen PAS terbabit, 15 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari PKR dan DAP turut dikenal pasti tidak hadir pada sesi pengundian tersebut.

Manakala, seramai 7O Ahli Parlimen dari BN turut gagal menyertai sesi pungutan suara itu.

Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib.

HarakahDaily.Net/-

Siapa sebenarnya agen Yahudi?

2 Muharram 1431H
Haris Zalkapli

Umno kini dikemukakan dalam sesetengah blog dan media propembangkang sebagai mempunyai hubungan dengan "Yahudi." Apa yang ditulis dan cuba diterangkan sebenarnya tidak jelas dan sangat superfisial, kerana tiada siapa yang dapat menunjukkan dengan terperinci bagaimana hubungan itu memberi kesan kepada dasar dan tindakan Umno dan Barisan Nasional.

Secara mudah, yang penting dalam mesej itu ialah mengaitkan Umno dengan Yahudi, memainkan sentimen naif dan tersasar sebahagian pembaca dan pengikut pembangkang yang bencikan Umno.

Ekoran tulisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik tindakan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak memanggil pulang wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Austria kerana mengundi menentang resolusi berhubung kawalan nuklear terhadap Iran, Malaysia dan perdana menteri mendapat kritikan banyak pihak.

Tindakan itu, yang menempatkan Malaysia bersama Cuba dan Venezuela itu telah mengejutkan kerajaan Malaysia kerana tidak selari dengan sikap Malaysia, yang seperti biasa tidak menunjukkan penentangan terhadap kuasa-kuasa besar.

Bagi sesetengah pihak, insiden ini dijadikan hujah menjelaskan pentadbiran Najib sebenarnya rapat dengan AS, walaupun Umno begitu keras dengan kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan "agen Amerika Syarikat/Yahudi."

Hakikatnya, "Yahudi" seperti dikemukakan oleh banyak pihak dalam debat politik di negara kita tidak menjelaskan banyak perkara dan mungkin juga memberikan satu gambaran yang salah.

Banyak organisasi dan kumpulan masyarakat sivil dikuasai Yahudi (dan bukan mengikut maksud yang difahami oleh orang ramai), dengan matlamat yang berbeza-beza. Kumpulan ini mempunyai hubungan dengan ramai pemimpin politik Malaysia.



Hubungan baik pentadbiran Najib dengan Barat dan "Yahudi" juga tidak secara automatik bermakna parti-parti lain anti-Barat dan tidak mempunyai hubungan dengan "Yahudi."

Gambaran-gambaran seperti "Barat," "dikuasai Yahudi" dan sebagainya hanya memperbodohkan lagi rakyat Malaysia yang mengikuti wacana politik di media, terutama yang menelan segala yang dikemukakan oleh media yang mereka percaya sebagai ayat-ayat suci.

Hal yang sama melibatkan istilah "Barat." Kritikan Mahathir tidak bermakna pentadbiran beliau dulu tidak sehaluan dengan Barat, terutama AS, kerana Mahathir sendiri mencapai satu perjanjian ketenteraan dengan AS semasa pentadbirannya.

Dasar luar ialah satu ruang politik yang pragmatik yang sentiasa mempunyai hubungan dengan politik dalaman. Dasar luar mudah digunakan untuk keperluan politik dalaman, dan mudah juga ditutup daripada audiens dalam negara.

Contohnya, ucapan-ucapan pemimpin negara di PBB memberikan impak yang kecil di sana, tetapi dikemukakan dengan gah kepada audiens dalam negara untuk keperluan politik dalaman.

Parti-parti politik Malaysia juga mengendalikan pelbagai isu global, contohnya Palestin, berdasarkan keperluan masing-masing. Ada parti yang menunjukkan kesungguhan dan ada yang mengabaikan isu tersebut.

Kuala Lumpur, semasa di bawah pentadbiran Mahathir, menyokong usaha AS menyerang Iraq melalui persetujuan Majlis Keselamatan PBB, walaupun pada masa sama mengambil sikap kritikal kepada AS.

Tidak ada yang mudah dalam hubungan antara negara, disebabkan kepentingan-kepentingan lain yang berkait. Malaysia tidak akan mengambil sikap yang bertentangan dengan AS, tetapi pada masa sama berbangga dengan kedudukannya sebagai anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Kedudukan Malaysia dalam NAM dan OIC tidak secara automatik menjadikan sikap Malaysia sentiasa sehaluan dengan semangat dua organisasi ini. Beberapa minggu lalu, perdana menteri sendiri mengeluarkan kenyataan pendek menyokong Arab Saudi dalam tindakan ketenteraannya ke atas sebuah kumpulan di utara Yaman.

Kenyataan itu tidak mengandungi saranan usaha damai tetapi hanya menunjukkan sokongan penuh kepada Arab Saudi.

Satu tindakan atau kenyataan - atau tulisan di blog - tidak memberikan gambaran sebenar tentang dasar sesebuah kerajaan. Setakat ini, hubungan kerajaan Malaysia - sama ada di bawah Mahathir atau Najib - berada pada tahap yang rapat dengan AS, dan tidak kelihatan beza yang besar melibatkan kerajaan pada masa ini dengan pentadbiran-pentadbiran sebelumnya.

Yang pasti ialah dasar luar kekal sebagai satu ruang politik yang mempunyai hubungan jelas dengan politik dalaman, dan akan sentiasa berdepan manipulasi untuk kepentingan politik tertentu.

HarakahDaily.Net/-

Petronas bukan harta milik Umno-BN

2 Muharram 1431H

Sumbangan besar Petronas sebagai sebuah syarikat gergasi minyak, yang menjadi sumber utama untuk membantu dan menampung ekonomi negara sangat diperakui.

Dana besar yang diperolehi bagi membantu menguruskan perbelanjaan negara tidak boleh dikatakan ia sebagai semata-mata hasil jasa Petronas.

Petronas hanyalah sebuah syarikat milik negara yang diberi amanah untuk mengeluarkan hasil minyak dan gas secara tunggal dari perairan negara dan antarabangsa.

Petronas diurustadbirkan secara profesional, namun ia dipertanggungjawabkan terus di bawah kuasa perdana menteri.

Apa pun, minyak dan gas di perairan negara dan yang dikongsi bersama beberapa negara jiran di perairan antarabangsa, adalah milik negara dan milik rakyat.

Justeru, segala hasil mahsul yang menghasilkan unjuran besar pendapatan Petronas adalah hak rakyat yang wajib diketahui rakyat.

Rakyat mahu mengetahui berapa jumlah sebenar yang diperolehi rakyat, berapa banyak royalti yang diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan pusat, serta ke mana dan bagaimana ia diagihkan.

Namun sehingga kini tiada data jelas yang boleh diperolehi secara telus. Parlimen juga tidak dibentangkan akaunnya dan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga tidak boleh mengauditnya.

Mengapa akaun Petronas disembunyikan, dilindungi daripada rakyat? Barangkali di sini bukan salah Petronas. Yang salahnya mengapa perdana menteri enggan membenarkan akaunnya diteliti secara telus.

Rakyat tidak mengetahui dengan jelas, di perairan negeri mana telaga minyak dan gas digali. Rakyat tidak diberitahu secara jelas dengan siapakah usaha pencarigalian itu dilakukan dan banyak mana minyak dan gas yang digali.

Jika Kelantan tidak menuntut hasil petroleum yang jelas digali dalam perairannya, nescaya tiada siapa yang tahu apakah isu sebenar yang berlaku.

Kerajaan negeri Kelantan, di bawah usaha exconya, Datuk Husam Musa berjaya melakukan pembongkaran yang mengejutkan.

Iaitu, hasil petroleum digali dari perairan Kelantan sejak 2004, tetapi hasilnya disembunyikan oleh Petronas yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional.

Hasil royalti kepada Kelantan dianggarkan lebih RM1 bilion disembunyi dan didiamkan daripada Kelantan.

Mengapa mereka begitu jahat menyembunyikan hasil milik rakyat Kelantan? Di mana wang itu sekarang, dan ke mana ia dibelanjakan, akan tetap menjadi persoalan yang akan terus dibongkar.

Tidak dapat dinafikan, walaupun Petronas menjalankan urusniaga secara profesional, namun ia tetap tidak terlepas daripada diperalatkan oleh orang-orang politik, khususnya perdana menteri yang juga presiden Umno.

Sesiapa pun yang menjadi PM, boleh "mempunyai kecenderungan" untuk memanipulasikan Petronas, kerana agensi itu tertakluk sepenuhnya di bawah kuasa beliau.

Kemuncak manipulasi dan kejahatan yang paling besar dilakukan pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, ketika PAS menerajui Terengganu (1999-2004).

Mahathir secara rakus menghukum rakyat Terengganu dan PAS dengan menarik balik royalti minyak selepas lebih 20 tahun dibayar kepada Terengganu secara tunai.

Royalti dibayar ketika Umno-BN menerajui kerajaan negeri, tetapi ditarik balik ketika PAS memegang tampuk kuasa.

Tindakan zalim ini tidak harus dimaafkan sama sekali. Hasil minyak bukan milik Umno-BN. Royalti minyak juga bukan duit milik Umno-BN.

Ia adalah milik rakyat dan mesti dipulangkan kepada rakyat melalui kerajaan negeri yang sah dipilih pada setiap pilihan raya.

Hakikatnya Petronas bukan harta milik peribadi Umno-BN yang hendak dibidak sesuka hati mereka.

Justeru, kini rakyat sudah sedar hakikat sebenar. Hasil yang digali Petronas menjadi bahan pertaruhan politik Umno-BN. Ia juga dijadikan bahan dendam politik terhadap PAS, dahulu di Terengganu dan kini di Kelantan.

Maka kita mengharapkan agar Petronas dan seluruh kakitangannya, supaya tidak menjadi alat politik Umno-BN, dengan menyembunyikan fakta-fakta sebenar daripada rakyat.

Ingatkan hayat politik Umno-BN tidak lama. Mereka bakal ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Umno-BN, menzalimi rakyat dari sudut politik dan ekonomi, akan menerima balasan yang setimpal.

HarakahDaily.Net/-

Anti-GST sanggah kenyataan Menteri Kewangan Kedua

2 Muharram 1431H
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Pasukan Khas Pakatan Rakyat Anti-GST (Anti-GST Task Force) hari ini sekali lagi menyanggah kenyataan Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, Ahli Jawatankuasa Anti-GST Tony Pua berkata, pengenalan GST akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM 6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperolehi daripada pihak industri.

"Jika perolehan cukai daripada para peniaga akan dikurangkan sehingga RM 5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM 13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM 6.4 bilion akan diperolehi daripada rakyat.

"Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi?. Pengecualian cukai RM 6.4 bilion yang dinikmati oleh para peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pelating Jaya Utara pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.

Seorang lagi Ahlijawatankuasanya, Dr. Dzulkifli Ahmad pula berkata, perlaksanaan GST merupakan satu beban kerana ia mengakibatkan semua rakyat tidak mengira sempadan pendapatan terpaksa membayar cukai dengan kadar yang sama sekaligus membuatkan golongan berpendapatan rendah lebih menderita.

"kalaulah golongan berpendapatan rendah buat simpanan, golongan pendapatan tinggi pun buat simpanan, kelompok pengeksport pun buat simpanan akhirnya macammana datangnya pendapatan lebihan daripada cukai ini. Rakyat yang manjadi mangsa kerana terpaksa membayar cukai," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor juga berkata, rancangan Kerajaan melaksanakanGST disebabkan mereka sudah kehabisan sumber kewangan dan terpaksa mencari sumber ain untuk menampung hutang Kerajaan.

"Menteri cuba yakinkan rakyat cukai ini baik untuk rakyat tapi sebearnya Kerajaan sudah banyak berhutang sehingga terpaksa mencari sumber lain,"tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata, pasukan Anti-GST akan meningkatkan usaha memberikan penerangan kepada rakyat mengenai kesan buruk yang akan ditangggung rakyat jika GST dilaksanakan.

Ini termasuk perbincangan meja bulat parlimen melibatkan ahli parlimen dan pakar industri bagi mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada golongan ini.

"Untuk tempoh Januari hingga MAC, Pasukan Anti GST akan meningkatkan tindakan membantah pelaksanaan cukai ini.

Kami akan mengadakan perbincangan meja bulat parlimen dengan 'industry ekspert' untuk dapatkan pandangan dan maklumbalas daripada kelompok ini.

"Kami juga akan adakan kaukus parlimen melibatkan Ahli Parlimen tentang GST," katanya lagi.

Selain itu, pasukan ini akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara melibatkan program berbentuk forum, pengedaran risalah penerangan mengenai GST.

Rakyat juga boleh memberi maklum balas mengenai GST melalui emai NOtoGST@gmail .com

Semalam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan GST yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menurutnya, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian dan makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin serta berpendapatan rendah.

Beliau berkata, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Ahmad Husni berkata, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.

HarakahDaily.Net/-

Hanya royalti dalam Akta Petroleum, bukan wang ihsan- Salahuddin

2 Muharram 1431H
M Faqih

TUMPAT, 17 Dis: Royalti atau wang ihsan kata pemimpin Umno sama sahaja kerana bagi mereka tidak ada perbezaan di antara dua istilah tersebut.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno, Affandi Yusof misalnya menyebut royalti hanya istilah bahasa Inggeris dan wang ihsan bahasa Melayu.

Semua tanggapan itu tersasar jauh kerana royalti terkandung dalam Akta Petroleum 1974, sedangkan wang ihsan tidak ada dalam akta tersebut.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, royalti terikat dengan Akta 144 dan mesti dibayar kepada negeri terbabit dua kali setahun iaitu Mac dan Ogos.

“Pembayaran dibuat Petronas pula dalam bentuk tunai dan perlu dimasukkan ke dalam akaun milik kerajaan negeri.

“Sedangkan wang insan tidak terkandung dalam akta tersebut dan ia boleh dibayar kepada sesiapa sahaja. Misalnya kalau kes di Terengganu sebelum ini pernah wang ihsan diberi kepada Ketengah.

“Di Kelantan pula kemungkinan akan dibayar kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dan lebih istimewa lagi duit tersebut tidak perlu diaudit,” katanya pada ceramah isu semasa anjuran Dewan Pemuda PAS Tumpat di Kampung Berangan di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah.

Tuntutan kerajaan Kelantan ke atas royalti mulai digegerkan Julai lalu setelah menyedari ada laporan mengenai pengeluaran minyak dan gas di perairannya berdasar laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Perangkaan yang dibuat jabatan berkenaan menyebut Kelantan, Terengganu dan Sabah mengeluarkan petroleum pada 2004 bernilai RM47 bilion.

Biar pun ada menteri dari Kelantan cuba menafikan kewujudan telaga minyak di perairan Kelantan, namun akhirnya Perdana Menteri sendiri mengakui perairan negeri terbabit mempunyai sumber minyak dan gas.

Pada persidangan parlimen pada 4 November lalu, Datuk Seri Najib Razak memberitahu kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Akta 144 ditulis bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bagi membantu Tengku Razaleigh Hamzah yang bertanggungjawab mengasaskan kewujudan Petronas ketika itu.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional sekarang menerima tekanan hebat berkaitan isu royalti minyak apabila semua anggota parlimen Pakatan Rakyat sepakat memperjuangkannya.

“Setiap kali ada ruang kita bercakap isu royalti di Dewan Rakyat kita perjuangkan sehingga terpaksa dijawab Perdana Menteri sendiri.

“Oleh itu rakyat Kelantan tanpa mengira ideologi politik perlu memperjuangkan tuntutan royalti minyak bagi membolehkan ia dinikmati rakyat secara saksama,” katanya.

Menurutnya juga beliau pernah mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk berdebat isu royalti pada bila-bila masa sahaja.

Mohd Zaki berkata, sekiranya wang ihsan disalur melalui JPP rakyat Kelantan tidak dapat menikmati manfaat sepenuhnya.

“Ini kerana kita tahun sejak diwujudkan JPP lebih 19 tahun di sini peranannya tidak banyak membantu kerajaan negeri. Orang kampung hendak dapatkan peruntukan membaiki madrasah pun susah.

“Sebab itulah kita tetap menuntut seperti mana yang terkandung dalam perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975,” katanya.

Timbalan Menteri Besar berkata, sekiranya royalti petroleum diperolehi banyak masalah rakyat dapat diselesaikan termasuk menyediakan prasarana lebih sempurna di sekolah-sekolah agama.

Katanya juga setiap tahun kerajaan negeri terpaksa menyediakan peruntukan besar kepada sektor pendidikan sehingga mencecah RM70 juta.

Salahuddin juga berkata, anggota parlimen Pakatan Rakyat akan memastikan Biro Tata Negara (BTN) tidak lagi diteruskan kerajaan memandangkan ia tidak membantu mencapai matlamat mewujudkan integrasi nasional.

“Apa yang diajar ketika latihan di BTN ialah membenci kaum bukan Melayu dan melemparkan tomahan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurutnya, biar pun kerajaan telah menggunakan duit rakyat begitu besar, namun perpaduan kaum tidak juga tercapai.

Kata beliau tahun hadapan sebanyak RM60 juta disediakan kerajaan kepada BTN bagi mengendalikan kursus tata negara kepada pegawai kerajaan dan pelajar.

HarakahDaily.Net/-

SELAMATKAN SEKOLAH KAMI : SIS DAN SERATA DARI DITUKARMILIKKAN KE KERAJAAN PUSAT

2 Muharram 1431H
Kenyataan Media (18 Disember 2009)

Himpunan bekas-bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) mendesak agar usaha untuk menukar milikkan pengurusan sekolah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dihentikan serta-merta.

Kami bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA memandang serius impak negatif dan kesan buruk yang akan terjadi akibat pemindahan pengurusan sekolah ini. Kami bertegas untuk mempertahankan sekolah warisan dan kebanggaan rakyat Perak ini daripada dicerobohi oleh sebarang gangguan luar.

Kesan buruk yang akan terjadi ialah identiti utama SIS dan SERATA sebagai satu-satunya sekolah milik kerajaan Negeri Perak yang menjalankan pengajian I’dadi dan Thanawi akan hilang. Pengurusan baru oleh Kerajaan Perseketuan akan melaksanakan pekeliling pendidikan yang mewajibkan jumlah kredit pengajian subjek yang diajar di SIS dan SERATA sama seperti sekolah harian yang lain. Ini secara jelasnya akan menyebabkan bilangan jam untuk pengajian I’dadi dan Thanawi akan berkurang dan akhirnya terhapus langsung.

Perancangan halus untuk menghapuskan pengajian I’dadi dan Thanawi ini dapat dikesan sebagai satu usaha untuk merendahkan kadar kemasukan dan kelayakan pelajar-pelajar aliran agama ke pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ini akhirnya menyebabkan graduan yang memiliki kepakaran dalam lulusan agama akan berkurangan dan menyebabkan pengajian agama terpinggir di negara ini,

Selain itu, kami melihat usaha penukaran ini akan menyebabkan rakyat Negeri Perak akan kehilangan warisan kebanggaan negeri ini. Sejak ditubuhkan, SIS dan SERATA secara konsisten telah menerima dan melahirkan pelajar-pelajar anak kelahiran Perak yang berjaya dalam segala bidang. Kehebatan pelajar SIS dan SERATA yang rata-ratanya terdiri dari anak jati Perak memang tidak dapat dinafikan apabila saban tahun mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan pada peperiksaan PMR, SPM , STPM dan STAM.

Dalam bidang kokurikulum juga, SIS dan SERATA juga telah mengungguli dan menjohani pelbagai acara dan pertandingan samada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Ini secara jelas menunjukkan bahawa pihak pengurusan sekolah mampu mentadbir dengan cekap dan baik walaupun tidak terletak dibawah kelolaan Kerajaan Perseketuan.

Kami memohon semua bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk bersatu mempertahankan SIS dan SERATA tanpa menjadi isu ini sebagai agenda politik.

Kami juga memohon agar Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan nasib SIS dan SERATA.

Kami juga akan melancarkan kempen mengutip tanda tangan dari bekas-bekas pelajar dan orang ramai sebagai tanda protes pemindahan pentadbiran sekolah ini. Serahan tandatangan akan diberikan kepada Raja Dr Nazrin beserta memorandum pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Kami sekali lagi menegaskan bahawa tindakan menukar status pentadbiran SIS dan SERATA akan menyebabkan aliran agama terpinggir dan terlupusnya imej dan warisan kebanggaan rakyat Perak ini.

Yuzi Faizal Bin Buyong Basri
Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (Tahan)
Alumni SIS dan SERATA
yuzkskb@gmail.com