20 Disember 2009

Karpal : Anwar akan dibela untuk lepas dari tuduhan tidak berasas.

" Bila saya ditugaskan untuk memberi ucapan penutup saya sudah tahu saya duduk sebelah Nik Aziz, malah saya duduk hari ini tengah antara Nik Aziz dan Guru Hadi" demikian antara ucapan awal YB. karpal Singh semasa memberikan ucapan penutup pada konvensyen PR hari ini.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pembahas yang mengatakan kita sudah sampai di Kajang untuk ke Putra jaya, kenapa kita tidak guna jalan lain kerana Kajang ada penjara, kita guna saja lebuh raya utara selatan, ucapnya sambil menerima tepukan dari hadirin.

Katanya lagi sebagai mengiktiraf Ketua Umum PKR dan PR ,"Kami akan menentukan dia tidak akan disabit dan dipenjara sekali lagi, saya dengan kebolehan yang ada ditangan saya supaya dia dilepas dari pertuduhan yang tidak berasas" satu ucapan yang menerima tepukan dari hadirin dan disambut dengan laungan "hidup Anwar" dan Hidup Karpal".

1 ulasan:

Ahmad Baei berkata...

Saya percaya distinasi kita ke Putrajaya sudah dekat. Isyarat awal sudah kita dapat dan menunggu beberapa perkara lagi untuk menjadi realiti.
Saya percaya semua umat Islam dan Rakyat Malaysia tahu keadaan itu. Sebenarnya saya ada dalam majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan 18 Dis lalu. Dalam majlis itu PM dan TPM tidak ada, tetapi yang ada ialah Presiden PAS dan Timbalannya.
Menteri dijabatan perdana menteri Datuk Jamil Khir mungkin segaja atau tidak sengaja mengumumkan kehadiran dua tokoh itu. Ini Siaran Langsung di TV1. Pengumuman itu disambut dengan tepukan oleh seluruh hadirin. Inilah petanda awal yang saya maksudkan.