20 Disember 2009

Konvensyen lulus Dasar Pakatan Rakyat

Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat menandatangani dokumen Dasar Pakatan Rakyat selepas diluluskan konvensyen.

3 Muharram 1431


SHAH ALAM, 19 Dis: Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang

Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.

Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulin, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.Harakahdaily/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas !!!
tepati janji bersama
menawan putrajaya bersama
sentiasa mendahulukan rakyat bersama tanpa pilih kasih
* HIDUP PAKATAN RAKYAT *

Tanpa Nama berkata...

KPD SEMUA AHLI PAS BAIK DIPEKAN DIKAMPONG DICAWANGAN DIBAHAGIAN, DI HQ HATTA DIMANA JUALEASE JANGAN JADI JAKUN, CAKAP MAU BERLAPIK LE, JANGAN KONON NAK JADI HERO , LALU MAKI CINA, MAKI INDIA, TAPI BILA PERLU UNDI MEREKA KAMU SEMUA MENYONDOL NYONDOL PULAK!YANG BARU PAKAI SERBAN JANGAN BILA CERAMAH GUNA PERKATAAN BIADAP SAPERTI BABI , ANAK HARAM UALK PUAK NIII,HARAM JADAH DSBNYA. SAYA SEBUAT NI KERANA TAK MAU KOPIAH PUTIH TAPI TUTOR KATA MENYEBABKAN ORANG MELUAT!BELAJAR LE SIKIT APA ITU PR!PUBLIC SPEAKING , BUKAN MAIN REMBAT SAJA. TIRU MAT SABU, TIRU NIZAR, TIRU MAHFUZ,.JANGAN TIRU USTAD CEROIII! JGN TIRU USTAD USTAD YG JUAL SUSU KAMBING!JANGAN JADI USTAD YG KUTIP DERMA PAKSA PAKSA, ORANG MELUAT. IMEJ PENCERAMAH MESTILAH BUKAN MEMINTA MINTA, MEMAKSA MAKSA ORANG BERDERMA! MALULAH SIKIT !

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah..takbirr!!...reformasi!!....hidup dap!!!..