14 September 2012

Mangsa ISA Didera Mental & Seksual, Sebiji Burger Diumpan Untuk Tutup Mulut

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Dipukul dan didera secara mental termasuk penderaan seksual setiap hari secara berterusan selama 60 hari antara kaedah yang menyebabkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhirnya terpaksa mengaku bersalah.

Antara tahanan yang menjadi mangsa seksaan dan ugutan pegawai kem tahanan di Kem Tahanan ISA di Kamunting, Perak itu termasuklah golongan ulama, hafiz dan guru-guru Al-Quran.

Tahanan juga diugut agar tidak mendedahkan situasi sebenar dalam tahanan kepada pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila suruhanjaya itu mengadakan lawatan.

“Bila Suhakam nak datang mereka belikan burger McD untuk tahanan, selepas itu Suhakam duduk di depan tahanan, di belakang polis bersedia untuk tengok siapa yang berani nak jadi ‘whistle blower’.

“Aku dah belikan kau burger ni.. Aku dah seksa kau, kemudian aku pujuk kau belikan burger jadi aku harap kau dapat cakap benda baik tentang kami.

“Apa, mereka ingat kami ni apa, boleh dibeli dengan sebiji burger?

Demikian beritahu bekas tahanan ISA, Mohamad Fadzullah Abd Razak (gambar) dalam satu sidang media yang diadakan oleh Gerakan Mansuh ISA yang diadakan di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Fadzullah, kejadian yang berlaku dalam kem tahanan menyebabkan beliau dan tahanan lain terkejut kerana tidak menyangka kejadian seksaan yang zalim seumpama ini wujud di Malaysia.

Fadzullah ditahan di bawah ISA apabila dikaitkan dengan aktiviti Jemaah Islamiah(JI) pada Jun 2010 dan dibebaskan kira-kira dua hari sebelum hari raya puasa baru-baru ini.

Fadzullah juga memberitahu seksaan yang dikenakan kepada tahanan sehingga menyebabkan ada tahanan cuba membunuh diri dengan mengikat leher dengan tuala akibat tidak dapat menanggung tekanan yang dihadapi.

Sementara itu, menurut peguam dari Lawyers for Liberty, Farida Mohammad, dalam lawatan ke Kem Tahanan Kamunting semalam, beliau dimaklumkan bahawa seorang tahanan ISA yang berusia dan mengidap penyakit batu karang, Razali Kassan mendakwa dipukul oleh seorang pegawai kem tahanan bernama Marzuki.

“Setelah beliau dimasukkan ke hospital, pegawai yang bernama Marzuki itu meminta maaf dan berjanji membantu beliau supaya dibebaskan lebih awal,” kata Farida.

grennboc/-

Johor goyah, Umno takut buat pilihan raya

27 Syawal 1433H. [MOD] -

(Antara wanita Kelantan yang menyertai perhimpunan)

MACHANG: Kerajaan BN semakin takut berdepan dengan Pakatan Rakyat, apa lagi menyedari negeri simpanan tetapnya Sabah dan Sarawak juga akan goyah pada pilihanraya umum nanti.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, menyedari perkara itu termasuk kekuatan negeri di semenanjung juga hampir lumpuh khususnya Johor, menyebabkan BN takut untuk mengadakan pilihanraya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Muslimat sempena Himpunan Hijau Menuju Puterajaya, yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang di sini pagi tadi.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Wan Ubaidah Omar dan naibnya, Rohani Ibrahim, Anggota Dewan Negara, Khairiah Mohamed.

Menurutnya, untuk meramaikan kehadiran pada program BN, kerajaan terpaksa membayar peserta disamping mengadakan cabutan nombor bertuah dan lain-lain untuk menarik lebih ramai yang hadir.

“Kerana itu pilihanraya umum masih belum diadakan sehingga hari ini dan teka tekinya masih berjalan ada yang mengatakan bulan November ini dan ada pula kata April tahun hadapan,”ujar Zailah (gambar atas).

Sementara itu, Khairiah ketika menyampaikan ucapannya berkata rakyat wajib menolak kerajaan BN kerana pentadbirannya langsung tidak mencerminkan Islam, termasuk tidak sensitif isu yang melibatkan kesucian Islam.

Katanya, selain mempersendakan hukum Hudud, pemimpin BN membiarkan umat Islam ingin menukar agamanya, walhal ianya haram di sisi Islam.

Katanya, sekiranya usaha itu tidak dibendung, ianya begitu bahaya sekali kerana umat Islam akan menjadi golongan manoriti dan bukannya majoriti.

Pelbagai pengisian diadakan sempena majlis tersebut, antaranya nasyid, deklamasi puisi, sketsa, persembahan puisi oleh tiga generasi dan lain-lain lagi.

harakahdaily/-

Cerita Nik Aziz yang menyentuh jiwa...

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Salam semua...

Tersentuh betoi jiwa tua Pak Long dengan cerita dari Nik Aziz neh... Tersentuh ngan, Kelantan tu kan ka negeri terbuang pasai diperintah pembangkang... Dah bertahun hak mereka dinafikan.

Jadi, mau tak mau pun kena pulun jugak la sedaya upaya depa, dengan kudrat yang terhad dan kemampuan yang tak seberapa, semata-mata nak bagi jugak rakyat depa rasai sikit nikmat pembangunan...

"Beberapa tahun lepas, seorang tua datang ke rumah saya di waktu malam hanya untuk bertanya, bila nak bina jambatan di Kag Lapan Pari, Tok Sadang..? Hampir menitis air mata saya.. jambatan di situ hanya dibina dari kayu, dan cukup sempit.. rundingan sudah dibuat pada masa itu, namun pembinaan masih belum dimulakan...

"Hari ini.... Alhamdulillah jambatan itu telahpun siap, Insya-Allah jam 11.00 pagi ini saya akan berada di majlis perasmian Jambatan Lapan Pari, Kg Tok Sadang, Pengkalan Chepa... teringin sangat untuk saya bersua dengan orang tua tersebut. Sayangnya, saya tidak sempat menyelidik identitinya.... semoga Allah SWT merahmati rakyat negeri Kelantan yang terus memilih kerajaan yang berteraskan Membangun Bersama Islam.- FB

Alhamdulillah... sekurang-kurangnya orang tua nih dapat mendidik rakyatnya mendaulatkan Islam ditempat yang sepatutnya. Sandaqkan tiap sesuatu pada Yang Maha Berkuasa...

Duit ringgit bukan segalanya, lagi tak berguna kalau dah salah guna. Macam yang Mak Long hang kata la, katil yang indah dapat dibeli dengan duit yang banyak tapi belum tentu boleh membeli tidoq yang nyenyak...

Wassalam...

harakahdaily/-

Hina Nabi: Jangan cabar kesabaran umat Islam

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Berlandaskan firman Allah dalam surah Al-Ahzab Ayat 57:

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا

(Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah danRasulNya Allah mengutukmereka di duniadan di akhirat. Allah menyediakanuntukmerekaazab yang sangatmengaibkan)

Dan firmanNyadalam surah al-Taubah ayat 61:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

(Orang-orang yang menyakitiRasulullahdisediakanuntukmerekaseksaan yang sangatpedih)
Dan ayat 63dalam surah yang sama:

أَلَمْ يَعْلَمُواْ أَنَّهُ مَن يُحَادِدِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ذَلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيم
ُ
(Tidakkah mereka tahu bahawa sesiapa yang berkonfrantasi menentang Allah dan Rasulnya bahawa Allah pasti menyediakan untuknya neraka jahannam di mana dia akan kekal di dalamnya dan itulah kehinaan yang paling besar!)

Maka MAPIM dan SHURA mengecam keras tindakan pihak penerbit filem menghina Rasulullah s.a.w. yang dikeluarkan oleh seorang Yahudi Kristian berwarganegara Amerika Syarikat dan segerembolan kuncu-kuncunya yang membiayai pengeluaran filem berkenaan.

Kemarahan umat Islam yang tercetus di Libya di Mesir dan di negara-negara umat Islam yang lain adalah wajar kerana perbuatan berkenaan bertentangan dengan nilai hidupbersama, piawai etika yang bertamadun; bahkan bercanggah dengan ajaran agama Samawiamnya.

Sebab itu bukan sahaja orang Islam sanggup memberi ratusan nyawa mereka kerana membela nama baik Baginda Rasulullah s.a.w. malah mereka sanggup menyerahkan jutaan nyawa untuk tujuan murni berkenaan.

Jika memomokkan peribadi Baginda, umat Islam merasa sangat marah apatah lagi menghina Baginda. Tindakan ini akan mengundang kemarahan Umat Islam yang sukar dibendung. Umat Islam wajar menunjukkan kemarahannya jika Amerika Syarikat terus membisu dan tidak mahu bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dalam menghasilkan filem menghina Islam atas nama kebebasan bersuara.

Kami dengan ini memberi amaran keras kepada sesiapa sahaja yang berani menghina Rasulullahs.a.w kerana ia akan mencetuskan kemarahan umat Islam yang tegas dan tidak akan berkompromi sama sekali.

Kesabaran umat Islam tidak boleh dipermainkan terutama dalam soal menjaga kemuliaan dan penghormatan ke atas Rasulullahs.a.w. Kuasa besar barat yang tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam akan menerima akibatnya jika dasardan sikap membenarkan agama Islam dihina dengan berleluasa.

MAPIM dan SHURA mengingatkan bahawa jika penghinaan seperti ini masih berterusan dibenarkan oleh kerajaan Amerika dan kuasa besar itu masih membiarkan hal seperti ini berlaku, tindakan radikal yang tidak terduga bakal dihadapi.

Sebagai contoh ugutan seorang Padri Kristian di Amerika Syarikat yang mahumembakar Al Quran pada 2005 ,maka reaksi keras umat Islam tidak boleh dianggap ganas. Inia dalah kerana umat Islam sudah sedemikian lama dihina ,dizalimi dan dianiaya. Cuba memprovokasi umat Islam dengan tindakan seperti itu akan mendapat tindakbalas yang keras.

Bila kemarahan umat Islam tidak dapat dikawal yang harus dipersalahkan ialah pihak berkuasa Barat sepertiAmerika Syarikat sendiri.

Dengan apa yang dilakukan oleh operasi tentera Amerika Syarikat yang menggunakan kapal terbang tanpa pemandu iaitu “drones” sanggup membunuh ratusan orang awam muslim yang tidak berdosa di Afghanistan, Pakistan, Yaman dan lain-lain negara, kenapa Amerika merasa terkejut bila tentera dan wakil dutanya diserang oleh umat Islam yang melihat Rasulullah dihina.

Dasar tidak berperikemanusiaan bila Amerika Syarikat merasa tidak bersalah dan wajar membunuh orang Islam tanpa melalui proses pengadilan yang saksama tetapi bertindak keras bila wakilnya terbunuh adalah bukti kuasa itu mengamalkan dasar double standard, hipoktrit dan bercanggah dengan tuntutan keadilan sejagat.Oleh yang demikian dasar berkenaan harusditentang oleh seluruh dunia yang bertamadun.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausha Agong MAPIM

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Tahniah Polis Rembau, sedih libatkan remaja Rembau

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Tahniah diucapkan kepada pihak polis terutamanya dari IPD Rembau kerana berjaya menangkap 9 orang saspek kes pecah rumah. Tapi kita rasa sedih semua 9 saspek ini ialah pelajar sekolah semuda usia 14 tahun. Semoga pelajar ini insaf serta menjadi remaja yang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarga pelajar yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini.

Penjenayah bawah umur kantoi

14 September 2012 REMBAU – Masih di bangku sekolah, tetapi sudah berani melakukan kegiatan pecah rumah.

Itulah yang dilakukan Geng Roben dianggotai sembilan pelajar dari dua sekolah menengah di daerah ini yang akhirnya berjaya ditumpaskan polis.

Kumpulan berkenaan diketuai pelajar sekolah berusia 14 tahun sebelum ini dipercayai terbabit dalam 13 kes pecah rumah sejak Mei hingga Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, polis percaya mereka sudah melakukan sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah di Taman Sri Rembau dan lima di Taman Rembau Utama, dekat sini.

Beliau berkata, susulan siri pecah rumah di kedua-dua taman perumahan yang terletak bersebelahan itu, polis percaya ia dilakukan warga tempatan, bagaimanapun agak mengejutkan apabila hasil siasatan mendapati ia dilakukan penjenayah bawah umur.

Menurutnya, polis melakukan tangkapan pertama 5 September lalu membabitkan pelajar berusia 14 tahun di kawasan sebuah sekolah di daerah ini ketika waktu persekolahan.

"Penangkapan itu berjaya mengesan dan menangkap lapan lagi anggota geng berkenaan yang juga pelajar sekolah," katanya.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan berkenaan ialah dengan menceroboh rumah menerusi tingkap naco yang batangnya sudah dibengkokkan.

Katanya, sebahagian besar kes pecah rumah berkenaan dilakukan pada waktu malam.

"Berikutan penahana itu, kita berjaya merampas satu telefon bimbit jenis Nokia, selain tiga tali pinggang, sehelai baju-T jenis Umbro, dua pasang kasut sukan jenis Nike dan Kronos, dua rantai leher, masing-masing satu rantai leher silver dan cincin; topi keledar, dompet serta wang tunai berjumlah RM3," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, di sini
semalam.

Mizan berkata, kesemua pelajar berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Tujuh daripada pelajar berkenaan telah dibacakan pertuduhan kali pertama di mahkamah hari ini (semalam), sementara dua lagi masih disiasat," katanya.

http://www.sinarharian.

Kejohanan polo gajah bermula

27 Syawal 1433H. [MOD] -

DUA pemain berebut bola polo semasa perlawanan pembukaan kejohanan polo gajah di Hua Hin semalam.

BANGKOK - Sejumlah 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan polo gajah Piala Diraja 2012 yang berlangsung di bandar tepi pantai ini, 160 kilometer ke selatan ibu negara Thailand, Bangkok.

Menurut laman berita International Business Times kelmarin, acara amal tersebut yang pertama kali diperkenalkan di Thailand pada 2001 oleh Anantara Hotels, Resorts & Spas kini memasuki tahun ke-11.

Ia merupakan antara kejohanan paling terkenal di dunia.

Dijadualkan berlangsung hingga 16 September ini, sebanyak 50 ekor gajah akan mengambil bahagian dalam kejohanan polo kali ini.

Antara tarikan utama pada kejohanan tahun ini termasuk kehadiran bintang ragbi pasukan New Zealand All Blacks, Robin Brooke, Olo Brown dan Adrian Cashmore.

Mereka akan bertanding bersama beberapa anggota keluarga diraja Eropah termasuk Putera Carl-Eugen Oettingen-Wallerstein dan isterinya, Puteri Anna serta anak perempuan mereka, Puteri Joanna dalam kejohanan itu.

"Tahun ke-11 menjanjikan yang lebih besar dan lebih baik daripada aspek pasukan, keseronokan dan aktiviti," kata pemilik Hotel Anantara, Bill Heinecke.

Menurut laman web rasmi kejohanan tersebut, acara itu berjaya mengumpulkan sumbangan lebih AS$500,000 (RM1.5 juta) sejak 10 tahun lalu.

Semua wang yang dikumpulkan disumbangkan bagi aktiviti pemuliharaan populasi gajah di Thailand. - Agensi

Dua individu mangsa rompak ditemui mati

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Dua individu dipercayai mangsa samun ditemui mati berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata Leong Kian Sheong, 37, seorang peniaga, dan rakan wanitanya Vivien Wong, 20, ditemui terbaring dalam sebuah bilik pada kira-kira 10.30 malam, dalam keadaan berpakaian lengkap.

"Pemeriksaan mendapati ada kesan selongkar di rumah itu. Dipercayai jam tangan, barang kemas dan wang tunai telah disamun.

"Turut dilarikan dua kenderaan jenis BMW dan Toyota Vellfire," kata Ab Rashid melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.

Mangsa dipercayai dibunuh pagi semalam namun kejadian itu hanya disedari malam tadi.

Difahamkan mangsa mengalami beberapa kecederaan pada badan, dan senjata turut ditemui di kediaman itu.

Polis telah merakam keterangan beberapa kenalan rapat mangsa termasuk seorang pengawal peribadi Leong.

- Bernama

Minat belajar kembali segar

27 Syawal 1433H. [MOD] -

SEPAKAT...Noraini dibantu anak-anaknya menyiapkan tempahan makanan pelanggan.

JOHOR BAHRU: “Saya tidak sangka dapat menjejakkan kaki kembali ke sekolah selepas berhenti belajar sejak akhir tahun lalu demi meringankan beban tiga adik yang kerap ponteng untuk menjual nasi lemak bagi menyara keluarga.

“Melihat keadaan keluarga yang bertambah baik selain dorongan ramai, saya berminat belajar semula dan mengejar cita-cita menjadi guru,” kata kakak kepada tiga murid yang ponteng sekolah 100 hari, Nazirah, 16, di sini, semalam.

Kisah Nazirah dan tiga adiknya, Alyah, 8; Nabilah, 9; dan Hamirul, 11, didedahkan Harian Metro pada 23 Julai lalu, selepas ibunya yang mahu dikenali sebagai Noraini, 35, digantung tidak bertali.

Akibat kesukaran hidup, Nazirah berhenti sekolah manakala Alyah, Nabilah, dan Hamirul berjalan kaki tiga kilometer sehari menjual nasi lemak kerana mahu membantu menampung perbelanjaan keluarga sehingga terpaksa ponteng sekolah 100 hari.

Selepas kisah kesusahan Noraini dan anak-anaknya disiarkan akhbar ini, mereka menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru serta Majlis Agama Islam Johor (Maij), selain sumbangan orang ramai dan pasar raya Econsave yang menyumbang barangan harian bernilai RM1,300.

Nazirah berkata, dia berterima kasih kepada Jabatan Pelajaran Johor yang memberi peluang kepadanya menyambung pelajaran dalam tingkatan lima tahun depan.

Menurutnya, sementara menunggu tempoh persekolahan bermula tahun depan, dia yang ketinggalan dalam pelajaran hampir setahun meluangkan masa secukupnya untuk mengulang kaji pelajaran setiap hari.

“Saya mahu belajar bersungguh-sungguh dan berjanji menjadi contoh baik kepada adik.

“Dalam tempoh empat bulan sebelum sesi persekolahan bermula, saya berusaha mengulang kaji pelajaran sebanyak mungkin sebelum masuk ke kelas,” katanya yang sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Rahmat.

Noraini berkata, dia sekeluarga bersyukur dengan rezeki diterima termasuk bantuan daripada JKM.

“Antaranya bantuan kanak-kanak berjumlah RM400 sebulan selain geran pelancaran perniagaan RM2,700.

“Saya bercadang membuka gerai makan pada masa depan menggunakan wang bantuan geran pelancaran perniagaan itu,” katanya.

Menurutnya, kini anaknya tidak perlu lagi bersusah-payah menjual nasi lemak, sebaliknya mereka hanya menghantar tempahan makanan dibuat penduduk di Taman Kemas, Tampoi, di sini, pada hujung minggu.

metro/-

Meraung kaki berlipat

27 Syawal 1433H. [MOD] -

SAKIT...Mohd Saiful yang hampir putus kaki kanan ditenangkan ahli keluarga dan orang ramai di tempat kejadian, kelmarin.

ALOR GAJAH: “Pilu hati ini melihat mangsa menggelupur di bahu jalan sambil merayu bantuan dan meraung menunjukkan kaki kanannya yang berlipat dan betis yang cedera parah,” kata Shamsul Arifin, 42, yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Kampung Tanjung Dahan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa, Mohd Saiful Azhar, 14, pelajar tingkatan dua sekolah menengah di daerah ini hampir putus kaki kanan selepas dirempuh kereta berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang membonceng motosikal Yamaha Lagenda ditunggangi bapa saudaranya, Mohd Yusuf Idris, 54, datang dari arah Kampung Nelayan, Kuala Linggi menuju pekan Kuala Sungai Baru.

Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mangsa dipercayai cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Honda Accord dinaiki dua pelajar kolej yang berada di laluan sama.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak di bahu jalan, namun penunggang motosikal dan kedua-dua pelajar itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Shamsul, saksi yang terawal tiba di tempat kejadian berkata, dia terkejut apabila melihat mangsa tercampak ke bahu jalan.

“Saya kemudian segera memberhentikan motosikal dan mendekati mangsa yang masih sedarkan diri. Pada masa sama, saya melihat penunggang motosikal berkenaan turut terbaring tidak jauh daripada mangsa sebelum kembali bangun dalam keadaan terpinga-pinga.

“Saya sedih melihat kaki mangsa yang terkulai dan berlipat seperti hampir putus. Melihat keadaan itu, saya terus menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagi pemandu kereta, Syed Ahmad Ali, 19, dia dari rumahnya di Kampung Tanjung Agas, Pasir Panjang, Negeri Sembilan, sebelum terbabit dalam nahas itu berkenaan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya sudah memintas sebuah motosikal lain terlebih dulu dan memastikan laluan di depan selamat sebelum memotong motosikal mangsa.

“Saya bagaimanapun terkejut melihat motosikal itu tiba-tiba membuat pusingan U dan segera menekan brek menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kelam-kabut itu, pembonceng motosikal itu tercampak.

Ketua Polis daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa dihantar ke Hospital Melaka.

“Orang ramai yang melihat kemalangan diminta tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

metro/-

Remaja Lakukan Sumbang Mahram Dengan Kakak Sendiri Sehingga Lahirkan Bayi

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Jerantut - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap kakak kandungnya pada November tahun lepas.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol di dalam kamarnya, namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan itu terhadap kakaknya yang berusia 15 tahun di Lot 2324 Kampung Bukit Kor, Batu Balai di sini pada 12 tengah malam, pada November 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Remaja itu dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula 18 Oktober depan.

Bapa tertuduh membayar wang jaminan itu. Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Insp Arifin Saidun manakala tertuduh diwakili peguam Ibrahim Kamaruddin.

Kes sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kajang, Selangor pada 12 Ogos lepas dan laporan kes itu dibuat seorang jururawat hospital itu pada 22 Ogos lalu. - Bernama

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).

tazkirah/-

Anjing Great Dane tertinggi di dunia

27 Syawal 1433H. [MOD] -

ANJING Great Dane, Giant George yang pernah memegang rekod anjing tertinggi di dunia bersama tuannya, David Nasser di San Diego, Amerika Syarikat.

LONDON - Seekor anjing baka Great Dane setinggi 2.2 meter apabila haiwan itu berdiri dengan menggunakan kaki belakangnya dinamakan anjing tertinggi di dunia dalam edisi terbaharu Guinness Book of World Records semalam.

Edisi ke-57 buku rekod global berkenaan menyatakan, anjing jantan seberat 70.3 kilogram bernama Zeus dari negeri Michigan di Amerika Syarikat itu memakan 14 kilogram makanan setiap hari.

Tinggi anjing tersebut dari hujung kaki sampai ke tulang bahu mamalia tersebut adalah 1.18 meter.

Haiwan tersebut merupakan anjing tertinggi pernah direkodkan oleh Guinness Book of World Records.

Berjudul Guinness World Records 2013, buku berkenaan memberitahu, anjing itu 2.54 sentimeter lebih tinggi berbanding pemegang rekod sebelum ini iaitu seekor baka Great Dane bernama Giant George.

"Pertanyaan biasa yang diajukan kepada kami adalah itu seekor anjing ke kuda?" kata pemilik haiwan berkenaan, Denise Doorlag. - AFP

RM10,000 bawah tilam hangus

27 Syawal 1433H. [MOD] -

SEBERANG PRAI - Seorang pesara kecewa selepas wang tunai lebih RM10,000 yang disimpan di rumah untuk membiayai pengajian anaknya di sebuah universiti awam hangus dalam kebakaran petang kelmarin.

Mohd Noor Zainol, 65, berkata, wang itu dikeluarkannya dari sebuah bank minggu lalu bagi memudahkannya dari berulang-alik mengeluarkan wang setiap kali diminta anak bongsunya yang belajar di sebuah universiti di Pulau Pinang di sini.

Menurutnya, wang yang disimpan di bawah tilam dalam bilik atas rumahnya di Kampung Permatang Bertam di sini itu gagal diselamatkan ketika kediamannya terbakar pada jam 4.15 petang, kelmarin.

“Ketika kejadian saya bersama isteri, Noriah Abu Bakar, 60, berehat di bahagian luar rumah sementara menantikan waktu solat Asar dan terhidu bau benda terbakar sejurus selepas itu.

“Isteri saya kemudiannya bergegas untuk melihat apa yang berlaku sementara saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana mengalami masalah sakit lutut,” katanya.

Bekas pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) itu berkata, sebaik isterinya cuba memasuki rumah separuh papan dan batu itu, asap tebal mula memenuhi seluruh ruang rumah.

“Saya mengarahkan isteri tidak meneruskan usahanya memasuki rumah kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan dalam masa sama menjerit meminta pertolongan.

“Hanya lebih kurang lima minit sahaja rumah yang diduduki selama lebih 50 tahun itu musnah bersama wang tunai, peralatan rumah dan segala dokumen penting milik kami,” katanya yang kini tinggal sehelai sepinggang.

Rumah itu diduduki Mohd Noor bersama isteri selepas tujuh anaknya yang sudah berkahwin tinggal di luar daerah, manakala anak perempuan bongsunya yang masih belajar itu akan pulang menjenguk mereka seminggu sekali.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Aziz Yusuf berkata, tiga jentera bersama 16 anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 4.16 petang, kelmarin.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, api marak 90 peratus dan pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke beberapa rumah berdekatan.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca dari bilik bawah rumah itu dan jumlah kerugian setakat ini dianggarkan kira-kira RM70,000.

'Punca kebakaran masih disiasat dan tidak menolak ia kemungkinan berpunca dari litar pintas, bagaimanapun punca sebenar hanya akan diketahui selepas siasatan menyeluruh dilakukan oleh Unit Forensik Kebakaran jabatan, " katanya.

Sementara itu, kejadian terbabit mendapat perhatian beberapa pihak termasuk Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bertam, Zabariah Abdul
Wahab yang mengunjunginya sambil menghulurkan bantuan segera meringankan beban.

sinar harian/-

Program K-Fiqh pindah ke Auditorium MBSA

27 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Selepas menerima pembatalan saat akhir dari pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam, pihak penganjur Konvensyen Fiqh Ummah 2012 bertungkus lumus mencari tempat baru.

Dalam satu kenyataan terbaru pagi ini, pihak penganjur memaklumkan program K Fiqh Politik Islam Semasa esok akan dibuat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Penganjur juga memaklumkan, program yang akan bermula pada jam 8 pagi hingga 11 malam itu hanya untuk peserta berdaftar sahaja.

Kesemua peserta yang berdaftar akan disediakan makanan serta kertas kerja 'hard copy'.

Memandangkan Auditorium MBSA lebih besar dengan kapasiti 1,400 orang berbanding Audi Utama UIAM yang hanya memuatkan 850 orang, maka pihak penganjur masih bersedia menerima penyertaan.

"Justeru, pendaftaran boleh dipertimbangkan jika sempat diuruskan oleh urusetia yang sedang super sibuk sekarang.

"Namun pendaftaran yang dilakukan pada hari ini (14 Sept 2012) atau walk ini esok, tiada makanan dan kertas kerja. Hanya diberikan dalam bentuk soft copy," kata penganjur dalam satu kenyataan di Facebook.

Bagi yang ingin mendaftar walk ini esok, yuran bagi kumpulan ini adalah RM 150 sementara untuk pelajar pula adalah RM 80 sahaja.

Semalam, isu penganjuran K-Fikq anjuran NGO Murshid ini menjadi perhatian banyak pihak apabila pihak pentadbiran UIAM tiba-tiba membatalkan tempahan dewan yang dibuat sejak dua bulan lalu.

Pembatalan yang dibuat oleh PRO UIAM itu dikatakan dari arahan rektor UIAM tanpa apa-apa sebab.

Konfrens tersebut bakal dihadiri oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dan mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Selain mereka, turut terlibat dalam forum yang bakal dianjurkan anjuran Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) dan Dr Mohamad Abu Bakar (Universiti Malaya).

Turut membentang kertas kerja di konfren ini juga adalah Dr Zaharudin Abdul Rahman (UIAM), Dr Marslee Malek (UIAM), Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ustaz Fauwaz Fadzil, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

harakahdaily/-

Wanita PR perkenal Agenda Wanita Malaysia tujuh perkara

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Sayap Wanita Pakatan Rakyat (PR) memperkenalkan tujuh tumpu Agenda Wanita Malaysia khusus bagi memperkasa dan mengangkat falsafah hormat wanita di negara ini.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, agenda ini patut diselesaikan dan dirangka bagi mendukung hasrat wanita bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan menggunakan tema "Wanita Berdaya Negara Sejahtera".

Tujuh tumpu Agenda Wanita Malaysia ialah dasar pendidikan celik dan cerdik, kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, pemberdayaan dan penguatkuasaan undang-undang dan agenda wanita muda.

"Kami akan menekankan dasar yang berkait rapat dan meliputi sosio ekonomi yang menyambut baik dasar iaitu falsafah hormat wanita dalam Agenda Wanita Malaysia sebagai falsafah asas yang memartabatkan wanita selaku pemangkin negara," katanya berucap dalam Majlis Pelancaran Agenda Wanita Malaysia yang bertemakan "Wanita Berdaya Negara Sejahtera", malam tadi.

Justeru, langkah awal ini penting bagi memacu pembangunan wanita yang menekankan elemen pemberdayaan, pengiktirafan dan pelaksanaan.

"Jika hormat wanita itu dijadikan budaya, maka banyak isu atau masalah sosial yang melibatkan wanita dapat ditangani dengan mudah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, antara tuju tumpu Agenda Wanita Malaysia ialah dari segi penguatkuasaan undang-undang, kelangsungan hidup berkualiti, penglibatan dan peluang ekonomi, dasar pendidikan dan kesejahteraan sosial yang merangkumi aspek kesejahteraan kesihatan.

"Ini merupakan cita-cita wanita dalam PR dan jika diberi peluang mentadbir di peringkat persekutuan kelak, agenda ini akan dilaksanakan," tegas beliau.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof dalam sesi ucapannya turut menegaskan, matlamat Agenda Wanita Malaysia ialah khusus bagi melindungi hak wanita di negara ini.

“Kita mahu wanita berdiri sama taraf dengan kaum Adam di negara ini. Hak politik di kalangan wanita juga harus dipertingkatkan,” katanya.

Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Chong Eng turut menegaskan yang Agenda Wanita Malaysia ini menunjukkan keprihatinan PR dalam memehami aspek perbezaan gender dalam hal ehwal pentadbiran dan penggubalan dasar.

“Justeru itu, kami sebulat suara ingin memastikan agenda perubahan ini merangkumi masa depan yang lebih cerah bagi semua wanita di negara ini,” katanya.

sinar harian/-

Pramugari Mesir Mulai Berjilbab

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Pertemuan antara wakil dari pihak pramugari-pramugara dengan Menteri Pengangkutan Samir Imbabi pada hari Ahad mengasilkan keputusan bolehnya mengenakan jilbab bagi para pramugari ketika mereka bertugas, demikian disiarkan Bawwabah Al Ahram (9/9/2012).

Selain membincangkan mengenai sahnya memakai tudung, pertemuan itu juga membincangkan masalah-masalah teknikal berkenaan pengambilan pramugari serta badan yang menaunginya.

Wakil dari para pramugari-pramugara juga mengumumkan bahawa tuntutan mereka disampaikan dalam rangka menjaga kemaslahatan syarikat penerbangan Mesir.

kelab grennnboc/-

Pilihan raya berasingan: SPR cari alasan bantah

27 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sikap Suruhjaya Pilihan Raya yang cuba mencari alasan untuk tidak menyokong pilihan raya berasingan antara Pusat dengan Selangor mendapat bantahan dari PAS.

"Apabila dia rasa ia baik untuk Umno dan BN dia sokong dan senyap tetapi bila rasa susah untuk Umno dan BN, dia beri alasan," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau mengulas kenyataan SPR yang memberikan alasan perbelanjaan akan meningkat sehingga RM50 juta jika pilihan raya umum diadakan berasingan.

Namun begitu, SPR tiada halangan untuk mengadakan pilihan raya berasingan itu.

Semalam, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengambil ketetapan bersetuju agar Selangor mengadakan mesyuarat berasingan dengan Pusat.

"Semasa BN memutuskan ada pilihan raya berasingan di Kelantan pada tahun 1978, SPR tidak kata apa dan bersetuju.

"Ini kerana, ia kehendak Umno dan BN ketika itu.

"Tetapi apabila ia bukan kehendak Umno dan BN, SPR beri macam-macam alasan," kata Mustafa.

BN telah menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) di Kelantan pada tahun 1978 dan mengadakan pilihan raya untuk DUN Kelantan saja pada bulan Mac 1978.

Selepas kerajaan Kelantan pimpinan PAS jatuh melalui pilihan raya itu, pilihan raya umum pula diadakan pada Julai 1978.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada halangan jika Pakatan Rakyat (PR) mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) negeri berasingan jika Barisan Nasional (BN) membubarkan Parlimen tahun ini atas alasan badan pengendali pilihan raya itu masih belum membersihkan daftar pemilih.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam berkata, SPR tidak boleh menghalang kerana ia dibenarkan dan tertakluk dalam undang-undang.

"Undang-undang dalam pilihan raya sendiri benarkan buat PRU secara berasingan, tetapi jika mahu teruskan mereka hanya boleh buat dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) saja," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, SPR tidak akan menghalang kerajaan negeri Selangor kerana ia melibatkan Dun saja, tetapi tarikh rasmi PRU13 tetap berada di tangan SPR untuk menentukan.

harakahdaily/-

MILF dakwa kerajaan cabul gencatan senjata

27 Syawal 1433H. [MOD] -

KOTABATU: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), iaitu sebuah gerakan Islam terbesar di selatan Filipina, menuduh Angkatan Tentera Filipina melancarkan serangan ke arah para pendukung MILF dalam satu pertembungan antara kedua-dua penyokong baru-baru ini.

(Pasukan tentera MILF di selatan Filipina)

Menurut Ketua Penyelaras Gencatan Senjata MILF yang mengemukakan aduan kepada rakan sejawatannya dari Briged 64 Angkatan Tentera Filipina dengan menyatakan kekesalannya kerana perjanjian gencata senjata telah dicabuli dengan berlakunya serangan bedil yang dilancarkan oleh pihak lawan.

Beliau dalam aduan kekesalannya itu menegaskan bahawa pencabulan itu berlaku beberapa kali sejak pada bulan Ramadan lagi hinggalah pada pertengahan Ogos lalu dengan pelbagai serangan yang dilancarkan dengan terdirinya sebuah kubu tentera di perkampungan Magindanao di wilayah Mindanao.

Justeru, beliau minta rakan sejawatannya itu perlu ambil tanggungjawab kerana pencabulan itu tidak dapat dimaafkan.

Sehubungan itu, para perwakilan dalam rundingan memeterai gencata senjata lalu mengisyitiharkan bahawa pihak berkuasa di Manila bagai hilang arah dengan tindakan serangan yang dilancarkan oleh pasukan angkatan tenteranya, kerana ia berlaku tanpa pengetahuan dan perancangan pihak berkuasa.- Harakah Cetak

Kertas Peperiksaan Percubaan SPM Bocor Di Facebook

27 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Laman Facebook menjadi pilihan para pelajar yang menduduki peperiksaan percubaan SPM memandangkan ia menyediakan 'Tip/Nota/Soalan Ramalan' yang didapati hampir sama dengan soalan peperiksaan sebenar.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, peperiksaan percubaan SPM yang sedang berlangsung sekarang tidak bermakna kerana pelajar menumpukan perhatian terhadap laman tersebut untuk mendapatkan tip soalan.

Beliau berkata, sejak hari pertama peperiksaan yang bermula 29 Ogos lalu, para pelajar mendapati soalan untuk kertas Bahasa Melayu bagi sekolah di Selangor adalah tepat.

Laman tersebut turut mencatatkan 23,626 'like' berbanding hanya 2,000 sebelum peperiksaan percubaan bermula.

Lim melayari laman tersebut pada Khamis dan menemui lapan gambar dengan tanda “Kena Tepat 100%” .

"Adalah jelas gambar-gambar tersebut adalah pengumuman mengenai kebolehpercayaan terhadap soalan yang disediakan oleh pentadbir laman tersebut," katanya yang berjanji akan membangkitkan isu kebocoran soalan peperiksaan percubaan itu di Parlimen.

Semakan The Star di laman sosial itu menemui dua lagi gambar penting.

Gambar tersebut menunjukkan pengumuman bayaran daripada seorang peminat manakala satu lagi gambar soalan yang bocor.

Soalan-soalan yang disiarkan adalah sama dengan soalan peperiksaan sebenar.

Beberapa pelajar dijamin mendapat tip soalan yang tepat.

Menurut seorang pelajar di Kuala Lumpur yang hanya ingin dikenali sebagai LMH, ketepatan soalan adalah diluar jangkaan.

"Laman tersebut muncul di Facebook saya kerana ramai rakan-rakan yang berkongsi dan menyukai laman itu," katanya.

mstar/-

[BERGAMBAR] Ribuan Banjiri Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Pas Kelantan Nafi Program Hijau Ke Putrajaya Sebagai Tindakbalas Kunjungan PM

MACHANG – Pas Kelantan menafikan dakwaan kononnya penganjuran program Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang diadakan di Machang hari ini adalah sebagai tindak balas terhadap kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke jajahan itu minggu lalu.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr. Mohamed Fadzli Datuk Hassan berkata, program terbabit telah dirancang sejak awal Ramadan lalu dan ia tidak ada kaitan langsung dengan kedatangan Perdana Menteri sebelum ini.

“Program ini disertai oleh semua pimpinan tertinggi parti,wakil-wakil rakyat, kerajaan negeri dan pemimpin setempat dan ia diadakan di seluruh negara jadi dakwaan yang mengaitkan dengan kedatangan Perdana Menteri itu tidak berasas,” katanya ketika ditemui di tapak program, petang tadi.

Majlis perasmian Himpunan Hijau ke Putrajaya tersebut dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, program akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik melibatkan semua peringkat umur diadakan seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam ini.

Katanya, program yang bermula jam 2 petang itu dimulakan dengan ekspresi muslimat diikuti Jamuan Hijau.

“Majlis kemudiannya diserikan dengan program ekspresi anak muda mewarnai program mulai jam 5 petang dan diikuti ceramah perdana pada jam 9 malam.

“Himpunan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan malah diluar jangkaan melibatkan pelbagai peringkat umur,” katanya.

Lebih 30 gerai yang diwakili Pas Kawasan dari seluruh negeri dan jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai juadah hari raya pada program Jamuan Hijau itu. -detikperubahan

Penduduk Pengerang ada peluang sekali sahaja

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Himpunan Hijau, Gabungan NGO Pengerang serta beberapa NGO akan mengadakan satu himpunan 15,000 orang di Pengerang pada 30 September 2012. Tema himpunan adalah: “Himpunan Hijau: Lestari Pengerang”.

Saya pernah mengatakan yang sifat isu Pengerang agak berlainan daripada isu kilang tanah jarang di Kuantan, serta isu perlombongan emas menggunakan sianida di Bukit Koman, Raub.

Sama ada pembinaan kilang tanah jarang di Kuantan, ataupun operasi kilang perlombongan emas Australia, tiada tanah penduduk yang dirampas, penduduk di kawasan-kawasan tersebut masih boleh meneruskan aktiviti bantahan sehinggalah kilang-kilang tersebut ditutup.

Projek Refinary dan Petrokimia Pengerang pula berlainan, tanah penduduk tempatan akan diambil untuk pembangunan projek ini. Ketika penduduk dipaksa berpindah kerana tanah diambil, kawasan tersebut akan dikosongkan, kalaulah kawasan sudah tiada penghuni, macam mana perjuangan dapat diteruskan?

Pelan pengambilan tanah adalah muktamad

Menurut pelan terkini, kerajaan akan mengambil lebih 6,000 ekar tanah dalam 2 peringkat, kawasan yang diambil merangkumi tanah dari Kg Sebung ke Kg Sg Buntu.

Pengambilan tanah peringkat pertama akan bermula pada awal September 2012, pengambil tanah akan dimulakan pada minggu keenam selepas taklimat pengambilan tanah penggal ini tamat.

Gabungan berkecai

Saya ingin menegaskan lagi bahawa, himpunan besar Himpunan Hijau: Lestari Pengerang yang akan diadakan di Sg. Rengit pada 30 September 2012 ini kemungkinan himpunan besar-besaran yang terakhir di kawasan Pengerang.

Setelah kerajaan melengkapkan pengambilan tanah penggal pertama dan kedua, rumah dan tanah dari lebih separuh ahli-ahli Gabungan NGO Pengerang, termasuk ibu pejabat Gabungan NGO Pengerang yang terletak di Sg. Kapal akan habis diambil oleh kerajaan.

Selepas ahli-ahli jawatankuasa dan penduduk di kawasan itu terjejas terpaksa berpindah ke tempat lain, Gabungan ini akan kehilangan pejabat dan kebanyakan kakitangannya.

Walaupun kakitangan yang tertinggal boleh diatur semula untuk terus berjuang, tetapi keadaan yang mereka akan hadapi merupakan sebuah kawasan projek RAPID yang seluas 10 ribu ekar, dikawal ketat oleh pengawal keselamatan dan dipenuhi jentolak-jentolak dan traktor-traktor.

Perjuangan yang terakhir

Perjuangan untuk menyelamatkan perkampungan Pengerang sudah berlangsung selama setengah tahun, kesulitan yang dialami jauh daripada imaginasi.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Gabungan NGO Pengerang di kampung-kampung di Pengerang termasuk memberikan penjelasan mengenai kesan-kesan akibat daripada projek ini, mengumpulkan maklumat-maklumat, mengutip derma untuk aktiviti. Di samping itu, mereka terpaksa menghalang sabotaj dan perisik dari pihak tertentu.

Bagi orang luar, sekiranya satu kempen sivil gagal, rancangan dan organisasi boleh dibaikpulih sebaliknya bagi penduduk-penduduk Pengerang, peluang mereka cuma sekali sahaja.

Penulis ialah Ahli Parlimen Bakri.

Baik Sangka Kepada ALLAH

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Baik Sangka Kepada ALLAH
"Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu". (Al-Baqarah: ayat 216 )

Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu". (HR Bukhari).

Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Nabi SAW berkata tiga hari sebelum wafatnya : "Jangan seorang di antara kalian mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” (HR Muslim)

Baik sangka, menurut Abu Muhammad al-Mahdawi, adalah membuang prasangka buruk (qath’ul wahm).

tazkirah/-

Saham AirAsia susut RM667 juta

27 Syawal 1433H. [MOD] -

PENGANALISIS menjangkakan AirAsia akan berhadapan dengan saingan lebih sengit tahun depan berikutan operasi Malindo Airways. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Harga saham AirAsia Bhd. (AirAsia) di Bursa Malaysia terus menjunam buat hari kedua berturut-turut semalam ekoran pengumuman penubuhan syarikat penerbangan tambang murah baharu, Malindo Airways pada Selasa lalu.

Harga saham syarikat penerbangan tambang murah itu ditutup pada RM2.92 semalam, turun tujuh sen sesaham melibatkan 102.2 juta unit saham bertukar tangan.

Sehari selepas pengumuman pembentukan Malindo Airways, harga saham AirAsia jatuh 17 sen untuk ditutup pada harga RM3.02 dengan melibatkan volum 42.7 juta unit saham.

Kejatuhan harga saham itu telah menyebabkan syarikat yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mencatat kerugian sebanyak RM667.1 juta.

Selain itu, nilai pasaran AirAsia juga menurun selepas pengumuman pembentukan syarikat baharu itu iaitu kepada RM8.2 bilion berbanding RM9.1 bilion sehari sebelum pelancaran Malindo Airways.

Menurut penganalisis, penurunan ketara harga saham AirAsia yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2004 merupakan kesan daripada tindakan tergesa-gesa pelabur terhadap hala tuju AirAsia dan kesan negatif yang bakal dihadapi ekoran pembentukan Malindo Airways pada tahun depan.

"Pelabur sangat sensitif terhadap pengumuman-pengumuman baharu yang bakal memberi kesan kepada pasaran... mereka akan hanya memilih syarikat yang memberi keuntungan maksimum daripada pelaburan mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Para pemerhati pasaran sebelum ini menyifatkan penubuhan syarikat baharu itu bakal memberi persaingan dan tekanan khususnya buat AirAsia daripada aspek harga dan juga tempahan tempat duduk.

Mereka melihat kejatuhan setiap satu peratus perolehan AirAsia akan menyebabkan pendapatan syarikat jatuh antara tiga hingga empat peratus.

Kejatuhan setiap satu peratus tempahan tempat duduk pula akan mengurangkan keuntungan AirAsia sebanyak 2.8 peratus hingga 4.5 peratus.

Malindo Airways ditubuhkan melalui kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dengan PT Lion Grup dari Indonesia.

NADI akan menguasai 51 peratus dalam kepentingan syarikat itu yang bakal beroperasi bulan Mei tahun depan manakala bakinya oleh PT Lion Grup.

NADI merupakan syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri aeroangkasa dan pertahanan serta memiliki syarikat seperti Airod, Airod Techno Power dan Aerospace Technology Systems Corp.

Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi dengan Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia termasuk ke Thailand, China, India dan Filipina.

Lebih menarik lagi, Malindo Airways dijangka menawarkan kadar tambang yang lebih murah berbanding syarikat pesaing lain.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Bhd., Azrul Azwar Tajuddin berkata, AirAsia menerima tempias yang hebat daripada pembentukan syarikat baharu itu dan ia bakal mengubah skop industri penerbangan tambang murah tempatan.

"Trend penurunan ini boleh kembali meningkat atau merudum semula jika ada berita mengenai Malindo Airways," katanya.

kosmo/-

Ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat lagi

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Ibupejabat DAP Pulau Pinang - Wisma DAP - di Jalan Rangoon disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian pada awal pagi ini.

Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai
kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.

"Kami diserang lagi! Wisma DAP Pg disimbah dengan 5 pek cat merah awal pagi ini," tulis Ng, yang juga ketua Pemuda DAP negeri, dalam Twitternya.

Ng, ketika dihubungi, memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa beliau akan membuat laporan di balai polis Jalan Pattani lewat pagi ini.

Bangunan tingkat itu yang berharga kira-kira RM3 juta, telah
dirasmikan awal tahun ini.

Difahamkan, pusat perkhidmatan Air Putih dalam kawasan pilihan raya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut disimbah dengan cat merah.

penang dap headquaters splash by red paint 140811 5Seorang ahli parti itu dikatakan telah menyedari kejadian itu pada kira-kira jam 6 pagi.

Ini adalah kali ketiga ibupejabat parti itu disimbah cat sejak tahun lepas. Pada 14 Ogos 2011, bangunan yang dahulunya terletak di Jalan Talipon - telah disimbah dengan cat oren dan merah.

Pada masa yang sama, pusat perkhidmatan Ng di Lorong Seratus Tahun, juga disimbah dengan cat oren dan merah (kiri). Sebuah kereta yang diletakkan di luar pusat perkhidmatan tersebut pada hari berkenaan, turut disimbah cat.

Menurut saksi, sekumpulan enam orang yang menaiki tiga buah motosikal telah mendatangi pusat perkhidmatan Ng, pada sekitar jam 1.20 pagi dan membaling beg plastik kecil mengandungi cat.

malaysiakini/-

Derita Membawa Bahagia

27 Syawal 1433H. [MOD] -

Entahlah bagaimana rasanya ketika hidup kita bersama keluarga ditengah kebahagiaan tiba-tiba hempas oleh cobaan & musibah bertubi-tubi? Sekuat apapun diri kita. Toh, akhirnya jatuh terpuruk & tersungkur di dalam penderitaan yang berkepanjangan. Tentunya teramat perih. Hati siapa yang sanggup untuk menanggung semua derita itu,

Ada kemarahan, kekecewaan. 'Kenapa harus sekarang Ya Allah? Kenapa Engkau berikan kami cobaan & musibah, ketika kami sedang bahagia? Sampai kapan derita ini akan berakhir? Sesungguhnya Allah memberikan cobaan & musibah pada hambaNya sebagai ujian, sebenarnya justru melepaskan dirinya dari kehancuran sehingga cobaan itu menjadi nikmat & karunia Allah yang terbesar baginya dan keluarganya.

Itulah yang terjadi pada seorang bapak. Ditengah kondisi dipuncak kariernya sebagai seorang pimpinan sebuah perusahaan, gajinya terbilang lebih dari cukup, fasilitas rumah dan mobil dari kantor, kondisi yang tercukupi kehidupan ekonominya, ditambah lagi dengan istri dan anak-anaknya yang mencintainya.

Tiba-tiba perusahaan yang pegangnya diambang kehancuran karena adanya keharusan membayar kembali proyek besar yang dikerjakan gagal sesuai dengan jadwal karena adanya kesalahan pengerjaannya, anak-anak dan istrinya juga ikut merasakan kecemasan namun tetap masih setia mendampingi dirinya. Namun yang berat dalam hidupnya disaat bersamaan anaknya jatuh sakit yang segera dirawat di Rumah Sakit karena kena DB. Hal ini tentunya diluar apa yang diperkirakannya,

berada diatas puncak kariernya malah mendapatkan kejutan yang tidak diperkirakan. Kepahitan hidup yang bertubi-tubi yang dihadapinya mencoba instropeksi diri, beliau menyadari sejak lama sudah lama meninggalkan kewajibannya, boro-boro shodaqoh, menjalankan sholat lima waktu aja hampir tidak pernah dikerjakan, akibatnya dengan kejadian pahit ini membuat hidupnya menjadi terasa hampa. Tersadar akan hal itulah yang membuat beliau berkenan bershodaqoh untuk Rumah Amalia mengharap keridhaan Allah.

Seminggu kemudian anaknya yang sedang di Rumah Sakit sudah boleh pulang. Perusahaannya step by step sudah mampu menyelesaikan semua keuangan akibat dari kegagalan proyek yang dikerjakan bahkan kerugiannya diganti oleh perusahaan asuransi. Sebulan kemudian perusahaannya mendapatkan tiga tawaran proyek, roda kembali berputar. Perusahaan, keluarga dan hidupnya dirasakan lebih indah & lebih membahagiakan.

Keberkahan demi keberkahan kerap dirasakannya. Sejak kejadian itu keyakinan beliau bahwa dengan mendekatkan diri kepada Allah, giat menjalankan sholat fardhu dan rajin menyisihkan rizki untuk bershodaqoh akan membuat dirinya dilimpahkan keberkahan oleh Allah, menyelamatkan perusahaannya, menyembuhkan kembali anaknya yang sedang sakit, menyehatkan hati, juga tidak kalah penting adalah kebahagiaan bagi keluarganya.

posted by :agussyafii