TOKYO – Satu kaji selidik mendapati bahawa kebanyakan lelaki di Jepun memilih untuk duduk berbanding berdiri ketika membuang air kecil kerana bimbang ‘sasaran’ mereka tidak tepat, lantas menyebabkan tandas kotor, lapor agensi berita Kyodo semalam.
TOKYO – Satu kaji selidik mendapati bahawa kebanyakan lelaki di Jepun memilih untuk duduk berbanding berdiri ketika membuang air kecil kerana bimbang ‘sasaran’ mereka tidak tepat, lantas menyebabkan tandas kotor, lapor agensi berita Kyodo semalam.
Alor Setar: Memperoleh pendapatan sekitar RM50,000 sebulan menyebabkan seorang lelaki tidak serik memproses dan menjual air ketum walaupun pernah ditahan polis sebelum ini.
Lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai sudah 11 tahun melakukan kegiatan itu di stor yang dibina khas bersebelahan rumahnya di Tebengau di sini.
London: Sepasang cermin mata berlian dan zamrud peninggalan kerabat diraja India yang tidak diketahui pemiliknya akan dilelong dalam sebuah acara di London, akhir bulan ini.
BBC News melaporkan cermin mata itu diletakkan di bingkai era Mughal sekitar 1890, menurut rumah lelong Sotheby's.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) untuk menambah perbelanjaan kerajaan sebanyak RM45 bilion.
SUNGAI BULOH: Pengusaha premis makanan di kawasan rehat dan rawat (R&R) di bawah kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) diingatkan supaya memastikan hanya pengunjung lengkap vaksinasi makan di kedai atau 'dine in' susulan kebenaran merentas negeri bermula hari ini.
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kekal dengan keputusan menolak usul untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa pemimpin negara.
Permintaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sekali lagi ditolak Yang Dipetua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun selepas usul secara bertulis itu dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 4 Okt dan ditolak kali pertama ketika sidang Parlimen pada 6 Okt.
ARAU: PAS kekal dengan prinsip mempertahankan penyatuan ummah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata Islam menuntut ummatnya supaya bersatu termasuk mempertahankan Muafakat Nasional (MN).
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan individu lengkap vaksinasi COVID-19 memasuki Sabah untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan dan kuarantin.
BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro tidak dibenarkan memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Santos dan Gremio semalam kerana belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
PASIR PUTEH: Ketam nipah dikatakan luar biasa laris ketika musim pandemik Covid-19, menjadikan harganya melambung tinggi mencecah RM80 sekilogram berbanding RM40 hingga RM50 sekilogram sebelum ini.
Oleh EVA NATASHA SADALI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, menggesa kerajaan membatalkan keputusan berhubung kenaikan cabutan khas judi 22 kali.
Beliau turut mempertikaikan keputusan kerajaan dengan mengambil kira cabutan khas judi tersebut bagi meningkatkan hasil perbelanjaan dalam negara.
Oleh SALMAH MAT HUSAIN
KUALA KRAI: Penambahan kapasiti tempat duduk oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Tumpat ke Dabong menggunakan set berkembar Tren Diesel Multiple Unit (DMU) yang kini boleh memuatkan 416 penumpang bermula kelmarin, dijangka mampu melonjakkan lagi industri pelancongan di Kelantan, khususnya di Dabong.
KINABATANGAN: Seekor gajah pigmi ditemui mati berhampiran Sungai Resang, Sukau, di kawasan Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan di sini, Sabtu lalu.
LOS ANGELES: Gempa bumi dengan berkekuatan 6.2 pada skala Richter menggegarkan selatan Pulau Hawaii pada 2148 GMT dengan kedalaman kira-kira 35 kilometer (km) pada Ahad, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).
PUTRAJAYA: Angka kes baharu COVID-19 terus menunjukkan trend penurunan tiga hari berturut-turut dengan 6,709 kes dilaporkan hari ini.
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen hanya dibenarkan membuka pelitup muka ketika berbahas di Dewan Rakyat, demikian dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Kuala Lumpur: Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini bahawa lanjutan moratorium selepas tamat tempoh tawaran yang diberikan sektor perbankan sebelum ini, masih belum diputuskan lagi.
Lahad Datu: Pasukan Gerakan Am (PGA) menemukan peralatan dan kelengkapan dipercayai untuk aktiviti melombong emas haram di Sungai Bole Ulu Segama-Malua, di sini, semalam.
Kuala Lumpur: Penulis blog Aspan Alias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook miliknya, Mei lalu.
Warsaw: Meskipun kudung kedua-dua tangan, seorang peminat sukan permotoran dari Poland berjaya mengejar impiannya bergelar pemandu profesional dengan hanya menggunakan kaki.
Oleh ZULKEFLI HUSSIN
PASIR PUTEH: Sebuah basikal yang pernah digunakan tentera British dipercayai berusia lebih 100 tahun antara 30 basikal tua mengambil bahagian dalam acara kayuhan sempena sambutan Hari Sukan peringkat Jajahan Pasir Puteh.
PETALING JAYA: Negara mencapai 90.02% populasi dewasa lengkap divaksin selepas 21,073,482 individu selesai menjalani suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
KUALA LUMPUR: Aliran trafik keluar dari ibu negara ke arah utara, selatan dan timur Semenanjung terus meningkat, namun lalu lintas lancar dan terkawal.
Ia berikutan orang ramai yang sudah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung bermula hari ini.
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM16 bilion kemudahan pembiayaan kewangan diluluskan Bank Negara (BNM) bagi tempoh 6 Mac 2020 sehingga 28 Julai lalu, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa.
KUALA LUMPUR: Berbaki dua hari lagi penutupan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, tiga Rang Undang-Undang dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama hari ini termasuk Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021.
WASHINGTON: Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.85 juta.
Berdasarkan data terkini Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 713,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 601,000 kes.
KUALA LUMPUR: Ketika negara mencapai sasaran 90 peratus indvidu dewasa yang lengkap menerima vaksinasi COVID-19, semalam, masih terdapat 5.2 peratus individu yang tidak divaksin.
KUALA LUMPUR: Implikasi faedah terakru kepada peminjam menerusi moratorium antara isu bakal dikupas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung pada sesi Pertanyaan Jawab Lisan yang diajukan oleh Datuk Mohf Salim Sharif (BN-Jempol) kepada Menteri Kewangan.
DUBAI: Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam merampas setengah tan kokain dianggarkan bernilai AS$136 juta (RM568.28 juta), antara rampasan terbesar dadah di negara teluk itu.
ALOR SETAR: Polis mengingatkan orang ramai yang belum divaksin supaya jangan cuba menggunakan kad vaksinasi palsu kerana boleh diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).