11 Oktober 2021

Lelong cermin mata peninggalan kerabat diraja India

 KACA mata berkenaan. FOTO Sotheby’s

KACA mata berkenaan. FOTO Sotheby’s

London: Sepasang cermin mata berlian dan zamrud peninggalan kerabat diraja India yang tidak diketahui pemiliknya akan dilelong dalam sebuah acara di London, akhir bulan ini.

BBC News melaporkan cermin mata itu diletakkan di bingkai era Mughal sekitar 1890, menurut rumah lelong Sotheby's.

Cermin mata itu akan dilelong pada harga antara 1.5 juta Pound Sterling (kira-kira RM8.5 juta) hingga 2.5 juta Pound Sterling (kira-kira RM14.2 juta), setiap satu.

Menjelang acara lelongan itu, barangan itu akan dipamerkan untuk pertama kalinya di Hong Kong dan London, pada bulan ini.

"Ia akan memperlihatkan kepakaran pemotong dan hasil pertukangan yang digabungkan pada sepasang cermin mata, sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini," kata Ketua Sotheby's Timur Tengah dan India, Edward Gibbs.

Tidak pasti siapa yang menyimpan cermin mata itu, tetapi ia kemungkinan milik pemerintah Mughal, dinasti yang memerintah benua India pada abad ke-16 dan ke-17 dan terkenal dengan kemahiran seni bina.

Menurut Sotheby's, berlian dan zamrud dibentuk untuk menjadi sepasang cermin mata itu.

"Kualiti dan kemurnian batu permata sangat luar biasa jadi tidak hairanlah ia menjadi simpanan maharaja," tambahnya.

Kanta berlian dipotong daripada satu berlian untuk menjadikannya satu pasang cermin mata.

Agensi.

Tiada ulasan: