11 Oktober 2021

Presiden Brazil dilarang masuk stadium tonton bola sepak kerana belum divaksin

 

JAIR Bolsonaro didakwa tidak serius tangani pandemik Covid-19 di Brazil. - AFP


BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro tidak dibenarkan memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Santos dan Gremio semalam kerana belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Perlawanan itu merupakan yang pertama kali membenarkan kehadiran penonton bagi pasukan Santos sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini.

Sebelum itu, kesemua perlawanan bola sepak berlangsung tanpa penonton.

Jurucakap Santos memaklumkan, kesemua penonton yang ingin memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan perlu mendapatkan vaksinasi lengkap.

Jelasnya, setakat ini, tiada pihak dari pejabat presiden hadir ke kelab bola sepak tersebut untuk memberi penjelasan berhubung insiden yang menimpa Bolsonaro.

Presiden Brazil itu menolak untuk divaksin, namun menggesa rakyat negara ini segera mendapatkan vaksin bagi mengurangkan kadar jangkitan koronavirus.

Bolsonaro mendakwa dirinya mempunyai antibodi Covid-19 memandangkan beliau sudah dijangkiti virus tersebut sebelum ini dan tidak perlu menerima vaksin.

utusan/-

Tiada ulasan: