KUALA LUMPUR: Implikasi faedah terakru kepada peminjam menerusi moratorium antara isu bakal dikupas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung pada sesi Pertanyaan Jawab Lisan yang diajukan oleh Datuk Mohf Salim Sharif (BN-Jempol) kepada Menteri Kewangan.
Mohd Salim turut meminta kementerian itu menyatakan kesediaan kerajaan untuk menghapuskan faedah terbabit.
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan sejauh mana perancangan kementerian dalam meneruskan usaha melaksanakan sekolah satu aliran iaitu hanya Sekolah Kebangsaan bagi memastikan tiada lagi masyarakat yang tidak fasih berbahasa Malaysia.
Dalam sesi jawab lisan itu juga, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta Menteri Pengajian Tinggi untuk membentangkan kadar vaksinasi terkini bagi seluruh ekosistem pengajian tinggi termasuk mahasiswa, pensyarah, staf sokongan di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara itu terkandung semasa sesi pertanyaan bagi jawapan lisan yang akan diajukan Hannah Yeoh (PH-Segambut) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Yeoh turut meminta kementerian itu menyatakan, langkah yang diambil dalam penjagaan dan kebajikan kanak-kanak terbabit.
Datuk Azizah Mohd Dun (BERSATU-Beaufort) pula akan meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, langkah proaktif diambil untuk membendung penyalahgunaan media sosial yang mencetuskan suasana kegusaran dalam kalangan orang ramai terutamanya berkaitan vaksin COVID-19.
Dalam sesi soal jawab lisan itu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) meminta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan, sejauh mana pemantauan aktiviti pembalakan di kawasan yang diwarta sebagai hutan simpanan dan tindakan diambil terhadap kes pelanggaran.
Selain itu, soalan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia pula mengenai skrip drama yang menggunakan watak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang tidak bermoral seperti melakukan hubungan sulit dengan isteri orang serta mengambil rasuah kerana ia menjatuhkan imej gelaran tersebut.
Turut ditanya adalah soalan mengenai pengeluaran dan pengedaran benih padi sah kepada peladang yang diajukan oleh Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Persidangan Dewan Rakyat hari ini juga akan membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19) (Pindaan) 2021.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 adalah sidang Parlimen yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berbaki dua hari lagi penutupan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, tiga Rang Undang-Undang dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama hari ini termasuk Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, dua lagi adalah Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 berlangsung selama 17 hari hingga esok. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan