17 Januari 2009

BN gula-gula kan pengundi dengan gula-gula.

KUALA TERENGGANU, 16 Jan :- Pelbagai taktik digunakan oleh BN bagi memenangkan calonnya dalam PR kecil Kuala Terengganu.
Kalau selama tempoh kempen yang telah berakhir jam 12 malam tadi, BN dalam tempoh itu telah gula-gulakan pengundi dengan pelbagai projek pembangunan. Janji sana dan janji sini. Malah hampir semua menteri turun dengan pelbagai projeknya.
Program perasmian dan pecah tanah hampir setiap hari diadakan bagi menggambarkan betapa BN lah sahaja yang mampu membangunkan Terengganu dan Kuala Terengganu yang dipertandingkan.
Namun begitu saya terkejut dengan gula-gula BN yang betul gula-gula yang diberikan oleh petugas BN yang menunggu di pinggir jalan tidak berapa jauh dengan UPU Kuala Ibai menghala ke Istana Maziah.
Inilah gula-gula BN yang saya dapat, tapi kualiti pembukusannya sangat rendah ,kata orang Kelantan "belengah" tangan memegangnya.

Inilah gula-gula berlambang dacing, siapakah sudi untuk memangkah BN sekadar dengan gula-gula ini?

Terkini, InsyaAllah calon PAS akan menang.

Saya baru menerima talipon dari pihak yang boleh saya percayai di mana beliau telah mendapat maklumat mengenai kedudukan sokongan kepada calon BN dalam tempoh kempen yang telah dilakukan hingga ke saat ini.

Pada umumnya masalah besar yang berlaku kepada Calon BN ialah untuk memulihkan "imej elit" nya yang masih menghantui kebanyakan pengundi, kerana itu mengikut sumber yang saya perolehi sebentar tadi dijangkakan Calon BN akan kalah dalam Pilihan raya ini.

Secara peribadi juga saya memberi beberapa ulasan dalam kempen yang saya sendiri sertai mengenai imej calon BN yang menjadi pertikaian pemimpin BN sendiri, termasuk Najib yang tidak berpuas hati dengan Farid.

Saya juga mengulas bahawa semua gambar Farid yang digantung adalah lakonan semata-mata untuk memikat dan menipu rakyat Kuala Terengganu.

Mengikut maklumat yang saya terima semasa Calon BN , Farid hari ini menghadiri suatu majlis pengebumian di Perkuburan Islam Tok Pelam Ladang di mana setelah Farid sampai ke situ beliau disambut oleh hanya beberapa orang penyokong. Dia hanya bersalam dengan beberapa orang sahaja yang hadir dan sesudah itu dia hanya berdiri kaku, nampak sangat sombongnya.

Beberapa ketika sesudah itu Farid meninggal majlis tanpa bersalam dengan orang yang menyedari kehadirannya. Nampaknya gagal lah Najib yang sudah seminggu lebih mengajar Farid supaya menjadi manusia jadian sekadar untuk menang dalam PR Kuala Terengganu.

Isu besar dan segera yang dibangkitkan oleh BN hanya boleh dijawab oleh pemimpin Pakatan Rakyat dalam akhbar milik parti yang terhad dan risalah-risalah yang diedarkan, termasuk juga akhbar Sinar Harian. Isu yang dilemparkan oleh BN dalam setiap masa melalui pemberitaan yang salah di Media elektronik milik rakyat yang disalah gunakan hanya mampu di jawab dengan segera melalui ceramah yang diadakan pada setiap malam, itu pun terhad.

Bagi saya gelombang itu masih dalam peringkat yang masih terkawal, dan itu lah kebiasaan isu yang menjadi modal parti BN yang menggunakan TV dan radio untuk menipu rakyat.

Namun jika benar dakwaan yang saya siarkan ini, amat malang sekali BN memilih Farid dan benarlah kata Tun Dr. Mahadhir bahawa Farid adalah calon BN yang terburuk setakat ini.

Sekarang ini bagi pengundi di Kuala Terengganu yang pandai memilih, pandai menilai antara kaca dengan berlian , saya yakin mereka telah siap untuk memangkah calon PAS kerana bahana besar akan menimpa sekiranya Farid menang.

InsyaAllah calon Pas, Hj. Abdul Wahid Endut akan menang.

Berita dan gambar Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 16 Jan :-Suasana kempen Pilihan raya di Kuala Terengganu sampai di kemuncaknya pada hari ini apa bila segala usaha kempen yang dilakukan oleh pihak yang bertanding untuk memenangkan calon masing-masing.

Saya menyeru seluruh pencinta kedamaian dan kemenangan Islam supaya menggunakan masa-masa ini digunakan untuk mendoakan kemenangan calon PAS, Hj. Abdul Wahid Endut.

Perang poster nampaknya sudah menjadi tradisi di mana saja diadakan pilihan raya apa lagi pilihan raya kecil. Malah di sesetengah tempat hampir tidak ada tempat lagi untuk menggantung dan memacak gambar labang parti calon. Namun semuanya menghormati kawasan istana yang ada di sekitar bandar Kuala Terengganu dengan tidak memasang poster di kawasan itu.

Malam tadi kempen PAS dan BN berjalan rancak dimerata-rata tempat, berkebetulan malam ini saya mendapat pengesahan dari Jentera Pilihan raya PAS yang telah mengarahkan semua ceramah ditiadakan. Semua pihak akur dengan arahan tersebut walaupun ada UPU yang masih merancang mengadakannya pada malam ini.

Namun begitu media khutbah dapat digunakan pada siang hari Jumaat ini. contohnya YAB Menteri Besar Perak akan menyampaikan Khutbah Jumaat di Mesjid Pengadang Baru Jalan Kuala Berang.

Aliran penyokong dari kedua pihak terutamanya dari Pakatan Rakyat dijangkakan akan bertali arus sehinggalah ke malam ini. Misalnya semasa saya mengikuti kuliah subuh di Masjid Rusila pagi tadi didapati banyak dari mereka adalah yang baru sampai dari negeri masing-masing termasuklah dari Negeri Perak.

Diharapkan dalam suasana bertenang hinggalah ke masa mengundi pada esok hari tidak ada sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku.

Maaf, ada masalah komputer sehingga gambar tidak dpat dimasukakn sehingga sekarang.WM.

Pangkah BN, ambil gambar kertas undi, dapat RM1,000

KUALA LUMPUR, 15 Jan - Jika seseorang pengundi membuktikan beliau mengundi Barisan Nasional (BN) dengan mengambil gambar kertas undinya menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera, rasuah RM1,000 akan diberikan kepadanya.Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam blognya, www.jeffooi.com

Berikut ialah alih bahasa bebas bloggger Penarik Beca (penarikbeca.blogspot.com) kepada sebahagian dari posting Jeff bertajuk "Kuala Terengganu... Buy-election".
"Perkataan "buy-election" bukan salah taip. Ia memang pilihan raya yang boleh dibeli dengan wang.

"Saya kini berusaha menyumbangkan apa yang terdaya berkempen untuk Mohd Abdul Wahid Endut, calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terenggganu. Penduduk di sini menceritakan pelbagai taktik kotor, tetapi terserahlah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasatnya. Saya tetap memberi tumpuan kepada ceramah dan melawat para pengundi.

"Selain dari makan malam untuk 80 meja yang yang ditaja oleh Gerakan, seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu yang melawat pasar dengan gerombolannya dikatakan sengaja membayar RM200 untuk sebiji betik dan memberitahu penjual buah berkenaan supaya menyimpan bakinya.

"Hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan BN membeli dan memaksa undi. Undi dibeli dengan harga dari RM300 hingga RM400 (lihat berita Malaysiakini "Anwar accuses government of vote-buying").

"Tetapi penduduk tempatan memberitahu saya, tawaran telah meningkat sehingga RM1,000 bagi setiap undi.

"Tersebar cerita bahawa seseorang pengundi dikehendaki menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera untuk mengambil gambar kertas undi yang telah pun dipangkah untuk calon BN sebelum beliau boleh mengambil sogokan RM1,000 itu.

"Teknologi digunakan untuk memastikan seseorang pengundi benar-benar mengundi calon BN kerana sebelum ini pembangkang menyuruh para pengundi mengambil wang dari BN tetapi mengundi pembangkang.

"Umno juga menganjurkan cabutan bertuah untuk menarik orang ramai menghadiri ceranmah-ceramahnya. Hadiah cabutan bertuah tersebut termasuk motosikal dan TV bersaiz besar.

"BN juga menggunakan kekuatan kewangannya dengan membeli ruang iklan dalam akhbar bagi edisi Pantai Timur (tidak sampai RM2000 untuk setengah muka hitam putih). Untuk memastikan iklan-iklan kempen tersebut sampai kepada para pengundi dengan lebih meluas, tiga akhbar berbahasa Cina yang berlainan diberikan apabila seseorang membeli akhbar.

"Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang saya kumpulkan sejak 20 jam lalu, sentimen para pengundi Cina memihak kepada calon PAS". _ harakahDaily