http://al-qedahi.blogspot.com/
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat dan maghfirah (keampunan). Sesiapa yang berpuasa dan menghidupkan ibadah di dalam bulan Ramadhan, akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. Dengan syarat iaitu penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah S.W.T. Di samping perlu bertaubat nasuha di atas dosa-dosa yg besar.
Antara amalan yg dilakukan di dalam bulan Ramadhan adalah solat Terawih. Saidina 'Umar pernah menggesa masyarakat di zamannya mendirikan solat tersebut secara berjemaah dgn mengatakan: "Ia terlebih afdal". Berjemaah dgn satu Imam lebih baik berbanding berjemaah secara kelompok-kelompok dan secara sendiri-sendiri.
Menurut riwayat Imam al-Bukhari:
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ
خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلَاتِهِ الرَّهْطُ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلَاءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلَاةِ قَارِئِهِمْ قَالَ عُمَرُ نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ
Bermaksud:
"Daripada Abdul Rahman bin Abdul Qari, bahawasanya dia berkata” Pada satu malam bulan Ramadhan, aku keluar ke masjid bersama Saidina Umar Ibni Al Khatab. Didapati bahawa ramai orang yang mengerjakan solat (terawih) secara berasingan dan ada yang mengerjakan solat secara berjamaah dalam satu imam dengan berkelompok-kelompok”. Maka Saidina Umar berkata” Aku berpendapat, sekiranya aku himpunkan mereka mengerjakan solat dengan satu imam, sesungguhnya ia adalah terlebih afdal ”Kemudian Saidina Umar berazam dan menghimpunkan mereka itu bersolat di belakang Ubai bin Kaab. Kemudian pada satu malam yang lain, aku keluar bersama Saidina Umar ke masjid dan kami melihat orang ramai mengerjakan solat (tarawih) secara berimam kepada seorang imam(Ubai bin Kaab). Lalu Saidina Umar berkata”sebaik-baik Bid’ah adalah ini”." (Sohih Al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih, Bab Man Qama Ramadhan, hadis nombor 1871)
Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari Sharah Kitab Sohih al-Bukhari, yg menjelaskan ungkapan "sebaik-baik bid'ah adalah ini (solat terawih secara berjemaah)" seperti berikut:
وَالْبِدْعَة أَصْلُهَا مَا أُحْدِثَ عَلَى غَيْر مِثَالٍ سَابِقٍ ، وَتُطْلَقُ فِي الشَّرْع فِي مُقَابِلِ السُّنَّةِ فَتَكُونُ مَذْمُومَةً ، وَالتَّحْقِيقُ أَنَّهَا إِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْت مُسْتَحْسِنٍ فِي الشَّرْعِ فَهِيَ حَسَنَةٌ وَإِنْ كَانَ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَقْبَحٍ فِي الشَّرْعِ فَهِيَ مُسْتَقْبَحَةٌ وَإِلَّا فَهِيَ مِنْ قِسْمِ الْمُبَاحِ وَقَدْ تَنْقَسِمُ إِلَى الْأَحْكَامِ الْخَمْسَةِ .
"Bid'ah pada asalnya ialah perkara baru yang diadakan tanpa terdapat contoh sebelumnya. Pada aspek syarak, secara umumnya ia adalah bertentangan dengan sunnah, maka ia dicela. Untuk penjelasannya, jika bid'ah yang dilakukan itu termasuk dalam perkara yang dilihat baik pada syarak, maka ia adalah baik. Jika ia termasuk dalam perkara yang dilihat buruk, maka ia adalah buruk. Jika tidak termasuk di dalam kedua-duanya (yakni baik dan buruk), maka ia termasuk di dalam perkara yang diharuskan. Kadang-kadang ia terbahagi kepada hukum syarak yang lima (yakni wajib, haram, sunat, makruh dan harus)"
Terdapat pelbagai pendapat tentang pengertian bid'ah. Kadang-kadang hingga menimbulkan cacian dan perpecahan...Na'uzubiLlah. Sedangkan biarkanlah perbezaan tersebut tanpa ada cacian dan pertelingkahan, tentu ia lebih molek. Ini sekadar masalah khilafiyyah, bukan kufur diniyyah.
Menurut Imam Nawawi di dalam kitabnya Sharah Sohih Muslim, yg menjelaskan hadis:
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَام سُنَّة حَسَنَة فَلَهُ أَجْرهَا
Bermaksud:
Sesiapa yg membuat sunnah yg baik di dalam Islam, maka baginya pahala. (Sohih Muslim, Kitab al-Zakah, Bab al-Hassu 'ala al-Sodaqah..., Hadis nombor 1691)
Imam Nawawi menjelaskan hadis ini seperti berikut:
وَفِي هَذَا الْحَدِيث تَخْصِيص قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كُلّ مُحْدَثَة بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَة ضَلَالَة " ، وَأَنَّ الْمُرَاد بِهِ الْمُحْدَثَات الْبَاطِلَة وَالْبِدَع الْمَذْمُومَة ، وَقَدْ سَبَقَ بَيَان هَذَا فِي كِتَاب صَلَاة الْجُمُعَة ، وَذَكَرْنَا هُنَاكَ أَنَّ الْبِدَع خَمْسَة أَقْسَام : وَاجِبَة وَمَنْدُوبَة وَمُحَرَّمَة وَمَكْرُوهَة وَمُبَاحَة .
Bermaksud:
"Di dalam hadis ini terdapat fungsi 'mentakhsiskan (mengkhususkan keumuman)' hadis yg lain iaitu (hadis yg bermaksud): "Setiap perkara baru yg diadakan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat". Maka (setelah ditakhsiskan), maksud (sebenarnya) ialah (semua) bid'ah yg batil dan (semua) bid'ah yg dikeji. Penjelasan ini juga boleh didapati dalam tajuk Solat Jumشat (dalam kitab tersebut). Kami juga telah menyebutkan bahawa bid'ah terbahagi kepada 5 bahagian, yakni wajib, sunat, haram, makruh dan harus."
Ini baru satu perbezaan dlm bab bid'ah, ada byk lg perbezaan. Adakah semua itu juga akan timbulkan cacian dan makian? Wal 'iyaz biLlah.
Kesimpulan:
1) Bulan Ramadhan perlu dihidupkan dgn amalan ibadah dgn penuh keimanan dan pengharapan kepada Allah S.W.T.
2) Setiap amalan ibadah yg dianjurkan nabi s.a.w ditafsirkan oleh para ulama dengan pelbagai pendapat sehingga ia menjadi perkara khilaf yg asalnya baik. Tapi terdapat salah faham hingga menimbulkan cacian dan makian. Na'uzubiLlah.
3) Bid'ah terbahagi kepada 5 hukum yakni wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Terdapat pndapat lain yg kata setiap bid'ah adalah haram dan tiada pembahagian itu. Perbezaan ini perlu dihadapi dgn penuh adab dan lapang dada agar tiada cacian dan makian sesama sendiri.
4) Beribadah Ramadhan perlu diberi fokus berbanding cacian dan makian yg hanya berdasarkan kepada perkara khilaf dan furu' (cabang agama)
Rujukan:
1) Ibn Hajar al-'Asqalani, (t.t.), Fath al-Bari, juz. 6, CD Maktabah Shamilah, edisi 2, h. 292.
2) Imam al-Nawawi, (t.t.), Sharah Sohih Muslim, juz. 3, CD Maktabah Shamilah, edisi 2, h. 461.
3) Rujukan tambahan tentang masalah bid'ah ini, rujuk Majlis Fatwa Mesir di link: http://www.dar-alifta.org/ViewBayan.aspx?ID=166&text=بدعة