HALANG...Anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada memasuki kawasan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Ipoh, hari ini.--fotoTHE STAR oleh Saiful Bahri
KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Speaker Pakatan Rakyat, V. Sivakumar memanggil "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" hari ini adalah sah.
"Bagi kita Speaker yang sah adalah Speaker yang dilantik oleh DUN secara sah bukan speaker yang dilantik secara haram dari lantai.
"Soal negara ini hendak menjadi negara hukum kita kena ikut hukum. Kalau bila soal pembangkang sibuk bercakap soal hukum tapi bila Umno, dia langgar hukum pun diterima juga," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar mengadakan sidang DUN Perak hari ini.
Hari ini, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh mengadakan "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)" Perak di sebuah hotel di negeri itu hari ini selepas dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan DUN.
Mengulas lanjut mengenai Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN), Datuk R Ganesan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, MIC hanya diperkudakan sebagai Speaker dan mereka tiada apa-apa kuasa kerana kenyataan yang berlaku di Perak telah ditonton oleh jutaan orang melalui laman web.
"Kalau laporan media rasmi Umno dan kerajaan, liputan tidak diberikan. Tapi kita masih bertahan. Sidang sah hanya dipanggil oleh Speaker yang sah," katanya.
Selain memanggil sidang DUN, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memfailkan perintah injuksi di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam bagi menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim daripada menghalang ADUN Pakatan memasuki bangunan SUK.
mStarOnline/-

5 ulasan:
Hormati keputusan Mahkamah dan Sultan Perak. negeri perak negeri berdaulat. jgn cemarkan institusi raja dan badan kehakiman.
10:06,,nak hormat pa,kalau hangpa langgar tak pa?hang ni duk makan duit haram banyak sgat kut,sampai benak hati,2 la jgn duk baca utusan meloya kerap sangat ..ni dah buta perut ..tengok la youtube,cam mana kengkawan hang 2,rampas kuasa ..awat otak hang ni kawak sgat!

PERAK AKAN HILANG DAULAT ,DAN KERAJAAN AKAN LEMAH JIKA TIDAK ADA TINDAKAN YANG BETUL..
bengong betul la umno kari kepala lembu ni.
Catat Ulasan