04 September 2009

Saranan Najib agar Kartika merayu adalah melucukan!

Email oleh : Zamri keciks
Oleh : SALMIYYAH HARUN


KUALA LUMPUR:Perdebatan berhubung hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno timbul apabila peruntukan di dalam Kanun Acara Jenayah yang dikuatkuasakan di Mahkamah Sivil dijadikan kayu pengukur dalam menilai pelaksanaan undang-undang janayah Islam.

Sedangkan adalah jelas dengan berdasarkan semangat dari Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, apa jua keputusan dan perjalanan prosiding di Mahkamah Syariah adalah tidak tertakluk kepada mahkamah sivil.


Pengamal Undang-undang Abdullah Abdul Karim berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Yang Arif Dato’ Haji Abd Rahman Yunos pada 20hb Julai 2009 yang lalu adalah satu hukuman yang sah yang berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa.

Iaitu Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pantadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (pindaan 1987) yang memperuntukkan bahawa bagi sesiapa yang didapati bersalah meminum minuman yang memabukkan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam kali sebatan.

Katanya, mana-mana pihak yang menyatakan hukuman itu kejam, tidak berperikemanusiaan atau mendikskriminasikan wanita seperti yang dibayangkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil agar mencadangkan Kerajaan Pahang yang dikuasai Barisan Nasional meminda atau memansuhkan peruntukan tersebut di Dewan Undangan Negeri Pahang.

"Selagi peruntukan berkaitan dengan kesalahan meminum arak tersebut dan hukumannya tidak dipinda atau dimansuhkan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang, maka peruntukan di dalam enakmen tersebut adalah kekal menjadi undang-undang yang sah yang boleh dikuatkuasakan, " tegas Abdullah yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.

Abdullah berkata, berdasarkan kepada peruntukan terperinci di dalam Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, jelas menunjukkan hukuman sebat yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah adalah berbeza dengan hukuman sebat di Mahkamah Sivil.

Kebimbangan pihak-pihak tertentu kononnya hukuman sebat itu adalah zalim serta tidak berperikemanusiaan, katanya tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

Cara perlaksanaan (mode of execution) hukuman tersebut telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang antara lain memperuntukkan bahawa:

1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.
4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
8. Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.
9. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.10. Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.

Bahkan, jelasnya, peruntukan Seksyen 125 jauh lebih mendalam dan terperinci berbanding dengan peruntukan berkaitan dengan cara perlaksanaan hukuman sebat yang terdapat di dalam Kanun Acara Jenayah.

Justeru, beliau berpendapat, segala kritikan dan kecaman yang dihamburkan kepada Mahkamah Syariah Kuantan dan juga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersabit dengan isu Kartika ini adalah lahir daripada sikap prejudis dan buruk sangka terhadap apa jua perkara yang berkait dengan perlaksanaan hukum Islam.

Sedangkan katanya, hukuman yang dijatuhkan ke atas Kartika bukanlah hukuman yang menurut hukum Islam sebenar yang berkait dengan minum arak sebagaimana yang diperuntukkan di dalam hukum hudud.

"Sikap prejudis dan buruk sangka ini telah lama tertanam di dalam minda mereka yang anti kepada perlaksanaan hukum Islam ke atas umat Islam di negara ini dan pelbagai alasan dikemukakan bagi menggambarkan betapa zalim dan buruknya hukuman yang dibuat atas nama Islam," katanya.

Saranan Perdana Menteri supaya Kartika membuat rayuan, katanya ianya saranan yang melucukan dan 'ill advised'.

"Bagaimana Perdana Menteri boleh memberikan saranan sedemikian sedangkan Kartika sendiri memilih untuk tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah di atas hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Jika beliau sendiri memutuskan untuk tidak merayu, maka kenapa Perdana Menteri pula yang sibuk-sibuk? " tambah Abdullah.

Oleh itu, Abdullah menggesa Mahkamah Syariah dan Hakim-Hakim Syarie supaya menjalankan tugas dengan adil dan amanah serta tidak tunduk kepada ‘serangan psikologi’ oleh pihak-pihak yang memang sentiasa bersikap prejudis terhadap hukum Islam dengan memberikan pelbagai gambaran negatif.

Katanya, dalam masa yang sama, usaha dakwah bagi memberi penerangan berkaitan dengan hukum Islam terus dijalankan bagi mendidik masyarakat dan menghapuskan sebarang kesangsian serta pandangan buruk mereka terhadap undang-undang Islam.

17 ulasan:

ibnumohd berkata...

salam...cuba bandingkan hukuman rotan mengikut syariah dengan hukuman rotan secara sivil yang jelas zalim di ibnumohd84.blogspot.com

dol kakirempit berkata...

Salam YB

Mamat ni berikiran waras ke. Salah ke kalau PM minta si minah ni merayu. Apa yang lucunya dalam perbuatan merayu ni. Sdangakan Allah tu maha pengampun lagi maha bijak sana.

Kan baik kita sesama Islam ingat mengingati.
Puak2 Pas ni bukan buat apa2 dalam kes ni. Kalau boleh biar si Minah ni kena sebat. Memang dia orang suka org kena sebat.

Budak2 kampung yang buat maksiat dan kerja haram tu yang patut kena sebat. Dah lah bercampur lelaki/perempuan, pastu sertai perhimpunan haram. Apabila bercampur lelaki perempuan tu kan dosa hukumnya. 'Jangan kamu hampiri akan zina'. Kalau tak dibendung bole jadi berzina nanti.

Apabila asyik nak berpolitik, sampai terlupa sirah nabi. Pi la baca kitab, tengok camana nabi suruh wanita berzina balik dan bertaubat, Itu berzina... belum lagi minum arak. Puak2 ni ingat di orang ni lebih alim dari Nabi kot. Tu yang cakap lucu apabila PM saran kan minah tu buat rayuan.

Jangan lah putar belit hukum Allah semata-mata nak pancing orang kampung. Buat semua orang bodoh tentenag agama bole suka2 nak putar belit hukum Islam.

Sikit punya baik hati pemimpin Umno, memang tepat saranan PM 1 malaysia...Puak ni apa dia buat. Habuk pun tak da.

Cukupla tu.. memamg dah terbukti pmimpin Umno sahaja yang sayangkan agama islam dan orang melayu.. Smpena bulan Ramadhan ni marilah kita sama2 brsatu kembali di bawah payung Umno. Buang yang keruh ambil yang jernih. Demi agama dan bangsa kita.

Tanpa Nama berkata...

Dol Kakirempit ni... reti agama tau tak?? atau saja buta hati

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO hina mahkamah syariah. Hakim mahkamah syariah wajar panggil PM dan Shahrizat atas penghinaan ini, hukum denda RM 1 atas mereka ini.

Tanpa Nama berkata...

dol kakirempit masalah nya kartika tak mau merayu dia nak hukuman dilaksanakan ...yang lu sibuk apahal...tu la amno banyak sangat makan rasuah berfikir pun tak boleh dah!Agak nya ada tak orang islam makan rasuah bulan posa ni

Tanpa Nama berkata...

salam kepada DOL KAKI REMPIT...

NAK tanya sikit kat dol kakirempit,awak belajar agama x...senang2 je cakap itu dan ini...setiap kesalahan yang hamba lakukan iaitu (manusia) pasti akan menerima hukuman atau balasan yang setimpal dengan perbuatannya..hukuman mana yang lebih baik adakah ia dari MANUSIA atau PENCIPTA MANUSIA YAKNI ALLAH TA'ALA...sila jawab wahai dol kakirempit...ingat bile nk bercakap...

Tanpa Nama berkata...

kamu ni dol kakirempit bertaubatlah....... macamlah kamu ni tahu sangat pasal agama. Kalau pemimpin b-end sayangkan agama, tiada la saranan untuk buat rayuan. kalau hakim dah jatuh hukuman terima saja semoga dapat dijadikan pengajaran bukanya untuk dipertikaikan.Inilah salah satu cara untuk menegak hukum Allah.

Kekacang berkata...

dolkakirempit, ulasan ko ni sama macam nama ko sahaja. Kalau ko tat tahu sirah Islam, tak kenal Rasul, tolong jangan gunakan nama Rasul dan Nabi. Baik ko diam sahaja lagi baik dari berkata yang ko tak tahu.
Kalau tak de ilmu pegi mengaji. Pondok - pondok banyak yang kosong dan bayarannya pun tiada.
Kata - kata BERSATU DI BAWAH PAYUNG UMNO pun melambangkan kata - kata orang yang tak berpengetahuan.
Kalau ko seorang yang beriman dan taat kepada Nabi, ko tak akan berkata begitu, sebab kata - kata itu bagi orang yang berilmu adalah sama dengan kata - kata Abu Jahal, marilah kita bergabung di bawah bendera Arab.

Tanpa Nama berkata...

da terang2 ngaku minum arak...
laksanakan hukuman...
nanti org akan pandang remeh ngan mahkamah syariah....
kepada yg berlagak nak jadi hero or heroin, belajo ttg agama dahulu...
jgn main hentam ajer...
ketam nak ajar anak dia jalan kedepan, padahal dia sendiri yg tak betul...

Tanpa Nama berkata...

btoi.. wanita tu ikhlas nk terima hukuman..
apa nk kecoh..

semoga hukuman terhadap kartika menjadi printis kepada hukuman sebat minum arak kepada orang lain pada masa depan..
terutama tokey-tokey melayu islam, pemimpin2 melayu islam, serta seluruh umat islam..

Tanpa Nama berkata...

nama pun dol memang bendul UMNO haprak....

Dewan Ulama PAS Kedah berkata...

Orang nak ajak semua bersatu dengan Islam berasaskan Quran dan Sunnah ada pulak Samdol sorang ni ajak bersatu bawah UMNO.

tukar rotan berkata...

nama sebenar dia SAMDOL kot ..

Tanpa Nama berkata...

dolkaki rempit...aku sayang pada mu..Muahhhh...100x..

teruskan perjuangan mu untuk menyesatkan makhluk di muka bumi ini...

aku akan tetap setia menyokong mu ( dari belakang aje..)

Ann berkata...

dol kaki rempit, sblum nk mgata tu, baik baca dulu psal hukuman dlm islam ni, psl arak ni, mane ade bg amaran, merayu ke..
bnyak hadith sebut psl hukumn ni, baca dulu, baru komen...
kalo smua leh rayu, akan ade je org minum lg, jd pk2 la knpe allah swt buat hukuman ni, jgn pertikaikan hukuman allah, so takut la ngn allah swt.

hukuman kartika tu buknnye betul2 hukum islam lg, yg ni pun dh bising...

janggut berkata...

asalamulaikum yb.

kepada dol atau samdol..
sperti mane yang ada cakap sedang kan ALLAh Ampun kan umat nye...ye btoi tapi kita ni btoi ke nak cakap pasal hukum ni. belajar la dulu dan kaji lebih medalam, jgn mane cakap je, xpasal pasal diri yang terkena..xperlu la kita jaga kepenting diri dan mempermaian hukum hakam ALLAH berdosa besar kita. tenang kan hati pikir secara waras.

sekian

Budak Sayang ISLAM berkata...

Senang je kengkawan. ALLAH suruh laksanakan hukum tu sebagai pengajaran kat orang lain. Bila orang lain dah tau kene sebat macam tu, Mesti laa kurang peminum arak. Bila dah kurang peminumn arak yang takut kene rotan maka berjayalah perlaksanaan hukum islam tu. Ape ke bengap nye lah mat rempit ni.

Dah korang takyah layan budak otak kecik ni. Ikut je apa ALLAH suruh. betul tak kengkawan.