15 September 2009

Delegasi Mufti Perak bawa politik UMNO di Mesir

Oleh : AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak

Tarikh : 5 Ogos - 11 Ogos 2009
Destinasi : Mesir, Syria, Jordan

Jamaludin Radzi dan Osman Jailu tersenyum lebar dapat makan angin bersama Mufti Perak di Mesir.

Cd krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politik Perak serta Cenderahati sebuah kotak pencil yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.

Kelihatan Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailudan , Jamaluddin bin Mohd Radzi

Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.

Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini.

Nota - Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Diharapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.

Sikap Mufti Perak yang terus mempertahankan akta ISA amat dikesali kerana seperti yang sedia maklum, ISA telah menyeksa tahanan dengan siksaan yang kejam tanpa dibicarakan dan hanya mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri samaada dibebaskan atau terus ditahan. ISA juga menyebabkan ramai yang menanggung dosa kerana menyokong akta zalim ini.

Penderitaan keluarga tahanan terus menjadi bahan mainan kerajaan BN. Keluarga tahanan terus diabaikan tanpa pembelaan, malangnya penentang akta kejam ini dilayan dengan gas pemedih mata, gari, dipukul, dinafikan hak Allah untuk menunaikan Solat, dimaki hamun, dan barmacam-macam lagi bentuk hukuman yang dikenakan terhadap penentang akta ISA.

"Mampukah kau ketawa tika kau di mahligai indah sedangkan fuqara' menangis di lokap yang sempit"

Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya' .

54 ulasan:

masuksuku berkata...

salam yb. seronok membaca cerita terbaru ni..sampai ke sana depa pergi demi untuk menegakkan benang..siap beri hadiah lagi yang cukup bermakna...cd lambang orang terlibat kaki menonton cd lucah..pensil melambangkan pendirian yang boleh berubah sekelip mata..sebab boleh padam..apa pun kita kena ingat,Allah mengizinkan depa pergi untuk menunjukkan muka muka yang takda tanggungjawab dan pendirian kepada orang ramai...muka muka yang boleh di beli dengan wang...muka muka pengampu..kaki perempuan..macam jamaludin tu le..namanya RM JAMALUDDIN...pada nametag nya..biar pelajar buka mata dan kenali mereka dengan betul agar tidak terpedaya..insyallah

Tanpa Nama berkata...

harussani ... adakah anda rasa tenteram hidup anda setelah anda mengeluarkan fatwa bahawa ustaz ibrahim libya tidak syahid...apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang menghantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain semata mata hendak menyerang sebuah perkampungan islam....
tunggulah balasan dari Allah kepada mereka yang zalim ini...

Tanpa Nama berkata...

Harusanasini kena ingat, hidup sudah dipenghujung usia, sokong pulak elemen2 yang bercanggah dengan islam, belajar tinggi2 akhirnya jadi takreti, janganlah jadi pandai takboleh diikut, bodoh tak boleh ditunjuk, jangan tertipu dengan syaitan, kerana syaitan sangat berkenan dengan harussanasini, ingatlah pesanan ini wahai hamba Allah harussasini dan yang seangkatan dengannya.

Tanpa Nama berkata...

salam
adik saya baru balik dari mesir dan dia telah mengesahkan berita ini.. siap puak2 UMNO ni bagi CD lagi..macam2 fitnah. Antara sebab yg katak 2 ekor tu kata kenapa dia melompat sebab nya tak sanggup YB Nizar menjual bangsa melayu...Mufti pun lebih kurang sama jugak..

Tanpa Nama berkata...

salam yb..saya keliru la yb.mufti saya hormat,kagum,saya suke ketegasannye.tp kenape terlibat ngan politik.boleh tak dapatkan pandangannye....dan pandangan yb.terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

standard mufti sama dengan standard kaki sedekah sex

Tanpa Nama berkata...

Sedikit demi sedikit tuhan telah mengikis perasaan hormat rakyat pada wakil rakyat yang belot, baru2 ini Jamaludin Radzi dimalukan oleh seorang rakyat dikawasannya di Tg Malim, ketika menghadiri majlis perkahwinan pemimpin UMNO tempatan apabila dihina dan dimaki dengan Perkataan "Bodoh" dihadapan para hadirin majlis tersebut, disambut oleh hilai tawa orang ramai menyebabkan dia dengan tergesa-gesa meninggalkan majlis yang disangkanya mendapat sokongan rakyat. Terhadap tuan Mufti doa saya agar tuan insaf dan sedar dengan cepat bahawa sejak dulu saya perhatikan Tan Seri Harussani terlalu mudah ditunggang dan digunakan oleh pihak tertentu untuk mendapat sokongan picisan

Tanpa Nama berkata...

negara islam yg mengamalkan undang-undang tanpa bicara adalah negara munafik.. dan undang-undang ini bertentangan dngn prinsip Rasulullah s.a.w..

tan sri mufti camna pulak? guna dalil yg mana satu?

Tanpa Nama berkata...

mufti UMNO...

Abdullah Ngah berkata...

pabila baca atjuk delegasi mufti Perak bawa politik umno di mesir teringat saya dengan surah Al Baqarah ayat 8,9,10,11,12,13,14,15 dan 16 yang bermaksud:

ayat 8 "Dan diantara manusia ada yang berkata kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat padahal mereka sebenarnya tidak beriman."

ayat 9 "Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang orang yang beriman, pada hal mereka hanya memperdayakan diri sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya"

ayat 10 "Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki) maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (mendustakan kebenaran).

ayat 11 "Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan dimuka bumi, mereka menjawab: sesungguhnya kami orang orang yang hanya membuat kebaikan".

ayat 12 "Ketahuilah bahawa sesungguhnyamereka itulah orang orang yang sebenar sebenarnya membuat bencana da kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya."

ayat 13 "Dan apabila dikatakan kepada mereka: berimanlah kamu sebagaimana orang orang itu telah beriman. Mereka menjawab: patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang orang bodoh itu?Ketahuilah sesungguhnyamerekalah orang orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)"

ayat 14 "Dan apabila mereka bertemu dengan orang orang yang beriman mereka berkata: kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syitan syaitan mereka, mereka berkata pula sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok olok (akan orang orang yang beriman)"

ayat 15 "Allah (membalas) memperolok olok mereka, dan membiarkan mereka maraba raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu)"

ayat 16. "Mereka itulah orang orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka peroleh pertunjuk hidayah"

Tanpa Nama berkata...

tersenyum lebar bukan sebab makan angin tapi boleh makan rasuah bersama UMNO...

jit_tontoya berkata...

haluuuuuuuuuuuu

tanpa nama....aku doakan si harusani cepat kojol.biaq dia cepat2 jumpa Tuhan. tengok dia nak putaq belit macamana lagi. agak dia senang tak mati masa nazak nanti....

Tanpa Nama berkata...

mufti berjuang atas nama kebangsaan????

bullshit

Tanpa Nama berkata...

sedih melihat jika didahulunya mufti perak mengatakan bhw beliau tidak memahami politik semasa tetapi boleh mengeluarkan fatwa terhdp kes perak..Sy berhrp tuan mufti dapat memahami politik semasa sebelum mengeluarkan fatwa...teori agama yg dikatakan betul..tetapi praktiknya tak kena..harap mufti dapat memikirkan semula.

Tanpa Nama berkata...

Yang Mulia Tuan Mufti 25%.... Idup pun agaknya mungkin dah dipenghujng usia, didoakan panjanglah umur, cepat bertaubat.....kutiplah kekayaan ini sebanyak mungkin..... nanti boleh buat pos laju hantaq p kuboq.... kesian hampa orang Perak, tapi isyallah kesabaran anda itu pasti Allah balas dengan seadil-adilnya.Doa kami sentiasa bersama anda, hidup PAS.. Amin..

Tinta Hitam berkata...

Kesian SS Mufti Harun Sani.Umur dah lanjut.Sepatutnya semkain lanjut usia semakin soleh dan warak.Ini terbalik kot dan semakin melalut..

Tanpa Nama berkata...

harus sana
makruh sini
haram sana
halal sini
teka apa dia?

jawapan : harussani

Tanpa Nama berkata...

makruh sana
haram sini
halal sana
sunat sini

apa dia?

jawapan : harussani

Tanpa Nama berkata...

kalu ak jumpe jailu ngn jamaludin tu ak nk bg penampo jepun skali..

bebulu je tgk muke die..

Tanpa Nama berkata...

sembah pada raja perak pecat jerrr mufti....kalau nak berpolitik.

Tanpa Nama berkata...

salam semua..baru ni ari sabtu 12.9.09aku g hospital..aku g mlawat kwn aku kena suspek H1N1 kat situ kt tingkat 8..akuu tgk ada nama Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak kat wad diraja tingkat 8.Aku dengar cerita orang kerja hospital dia dapat jangkitann kuman pada hati.Ntah betul ke x..akuu dengar2 citer jer.aku sendiri pun x pasti..saja nk share dengan korang..

tammet86 berkata...

MUFTI HARUSSANI ADALAH SEBAHAGIAN DARI ULAMAK YANG BERFATWA DAN BERHUKUM DEMI KEPENTINGAN RM DAN ELAUN.DIA SENDIRI YG MELETAKKAN STATUS MUFTINYA SETARAF SELIPAR DAN KATAK2 YG TERUS BERGELUMANG DLM KOLAM TAIK.KINI TERDEDAHLAH IDENTITI SEBENAR MUFTI TERHEBAT NI.BILA KEPENTINGAN DUNIA DIUTAMAKAN HALAL HARAM DIKETEPIKAN.DIDUNIA DIA BOLEHLAH PUTAK TAPI DIDEPAN RABBUL JALIL BOLEHKAH DIA KELENTONG. ULAMAK KA ULAR DALAM SEMAK KA ALAMAK KA BIAR DIA SENDIRI TENTUKAN. YANG PASTI DIA SENDIRI YG MENDEDAHKAN AIB DIA SETELAH SEKIAN LAMA DITUTUP RAPAT DGN HUJAH DAN ALASAN.MUNGKIN JUGA DIA BERPEGANG PADA SEMUA KEADAAN HUKUM NYA 'HARUS'

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.....

Jangan hangpa duk kata kat tok peti tu ,,,tak baik....
dia banyak karam mah tu....
orang paling warak kat dunia ni dia la

anakpahang berkata...

Salam.

Didoakan agar pelajar-pelajar yang terlibat dalam perjumpaan tersebut tidak dibukakan hati mereka untuk menerima dakyah yang dibawa oleh delegasi tersebut.

Berapa banyakkah wang yang dikeluarkan untuk membiayai delegasi tersbut yang membawa kerja pembohongan mereka ?

Dari manakah mereka mendapat dana untuk tujuan itu?

Atau wang dari kantung kerajaan hasil cukai rakyat?

Tanpa Nama berkata...

mufti menghalalkan kerajaan haram...
ulamak sarkes

Tanpa Nama berkata...

xpuas ati ngn harussani klo btul la dia kta ustz ibrahim libya xmti syahid....aku ley trima agi klo die nk kte umno tu btul sgt,p klo bab memali ni pon dia pkai men taram je..aku mmg hangin laa.....ASTAGHFIRULLAH..moga2 ALLAH ampunkan aku n semua hmbaNYA...

Tanpa Nama berkata...

harusani,mufti ka dia?.bukan ke kuda tunggangan umno,pelik tp benar,ISA x der dlm kitab pon,x kan harusani yg konon mufti paling mulia tu lg sempurna drp kalamullah al,quraan,kecuali tok peti harusani tgh mabuk mkn duit haram drp org yg pengecut....apapun ilmu ok lh,tp nafsu bodoh

Tanpa Nama berkata...

berita dari kwn sekerja aku, dia org sungkai, kwn baik jamaluddin (siap dpt kad raya, tu kira kwn baik la) ..ari tu jamaluddin lepak kat bazar ramadan slim river, nak ambik ati penduduk konon..borak punya borak, terlepas cakap dr mulut jamaluddin, memang amno ader janji RM10 juta, tapi sampai skrg tak dpt lagi..mcm ni punya org ka harusanaharusini dok buat kwn..mufti makan gaji..plus 25%..byk projek dia tu, tanah sawah kat simpang lima, parit buntar buat projek perumahan, tuan mufti kita ada share tuh..bukan ckp kosong, kena kat tanah mak aku tuh..

Tanpa Nama berkata...

Mufti masyuuuuuuuuuuuuuuuk...

Tanpa Nama berkata...

dengar khabarnya...kepimpinan persatuan anak perak di mesir sayang benor kat mufti tuh..kata mereka...disebabkan pertolongan mufti lah diorang dapat rumah perak yang baru skarang ini...mintak saper2 selidik hal ni..jangan sebab termakan jasa..pegangan dilepaskan..ingatlah wahai kepimpinan persatuan anak perak mesir..

alif h'ng berkata...

tan sri harussani orang tanjong piandang.....

tengok dalam biodata dalam wikipedia
dan tengok biodata tuan guru nik aziz lepas tu buat bandingan dari segi pelajarannya....
macamana pun aku memilih tuan guru nik aziz ulama tersohor dalam malaysia...

Tanpa Nama berkata...

AKU NASIHAT KAT HANGPA JANGAN DOK HINALAH MUFTI.NAK BUAT MACAM MANA KALAU DIA DIARAHKAN OLEH KERAJAAN NEGERI KE MESIR.DIA MAKAN GAJI,KENA IKUT ARAHAN KERAJAAN NEGERI.SOAL DIA RASUAH KE..PENIPU KE...PENYOKONG UMNO KE..ITU ANTARA DIA DENGAN ALLAH.SEINGAT AKU ADA JUGA MUFTI NI BAGI KENYATAAN MENYOKONG PEMBANGKANG.JADI ADILLAH TU.BULAN2 POSA NI PATUTNYA KITA BERDOA MINTA TUHAN BUKA HATI DIA SOKONG PKR, BUKAN MAKI HAMUN DIA.ITU PUNYA MACAM TAK KENA CARA.

Unknown berkata...

dulu aku respek kat harussani tapi la ni tak.....dia dah jadi orang politikkkk....

Tanpa Nama berkata...

Mufti ni wajar menasihatkan YAB MB Mahkamah untuk bubarkan DUN, BELIau BOleh ikut bertanding, aturkan 1 lawan 1 dengan YAB MB Pilihanraya PRU 12. Kalau cerita yang di bawa ke sana kerana takut meLAYU hilang Power apa gunanya slogan 1 Malaysia. Percayalah Melayu dah banyak hilang kuasa masa zaman UMNO memerintah lagi, YB si KATAK LOMPAT, kalian menang atas tiket PR. Mengapa perlu di samak di MESIR, bubar DUN supaya dapat bersihkan imej, Datuk SU pun boleh masuk bertanding.

Tanpa Nama berkata...

kot ye pon nak bantah jgn la dok gelar mufti mcm2...tuan guru kita pon terlibat politik jugak... org yg berilmu lain pemikirannya...kita kena tngk apa hujahnya dan dalil dia... pARA ULAMA KALO DIAORANG BETUL DPT 2 PAHALA KALO SALAH 1 PAHALA...kita je jgn taklid buta...

Tanpa Nama berkata...

kami anak perak yg bljr di mesir...kami x suka mufti datang mesir!!!tu je nk cakap..hrp2 semua memahami hati kami ne..mengarut betul..dah masuk dengan puak2 umno tu..agak-agaklah bagi alat tulis cop UMNO..kami di mesir bukan kanak-kanak rebina..jgn hrp kami nk sokong kerajaan nti!!!bantuan untuk kami yang bljr agama susah nak dapat..pelajar perubatan mudah sgt dpt..siap bnyk lagi..org nak mgji agama disekat2 dan makin sikit..pljr perubatan pulak semakin ramai..ingt korang..mgkn dunia terlepas..akhirat jawablah nti..pasal bangunan perak yang baru dibina tu sudah siap..bangunan tu dah lama dari dlu lagi..mcm nk runtuh..mmg mufti yg ckp nk tolong..tpi x tahu lah dia amik duit mana..hahaha..tu je nk g tau..wallahua'lam..

edparit berkata...

Masa aku kat USM tu hari, dengo ceramahnya.Dia kata dia setuju sangat dengan Islam Hadhari Pak Lah.J QAF kat sekolah tu , dia yang syorkan.Isu murtad dia juarai tapi kesian sebab dia tak memahami politik Islam. Kena belajo dgn tok guru baru paham gamaknya.Ini kelilingnya semua kaki rasuah ,tu yang dapat tempiasnya.

edparit berkata...

Masa aku kat USM , dengo ceramahnya , dia kata Islam Hadhari Pak Lah takde masalah, J QAF dia yang syor pada Pak Lah, Murtad dia paling ke depan , tapi kesian ye , dia tak pernah ambik tahu kesengsaraan keluarga mangsa kezaliman ISA ye ! Kat akhirat nanti pun Allah hakimkan seadil-adilnya perbuatan manusia kat dunia, mana hujahnya ISA tu tak bercanggah dengan Islam.

ketua penerangan pemuda pas perak berkata...

SALAM SEMUA...
rombongan ini disertai juga dato' hafarizam, penasihat undang2 umno dan turut berucap membela kerajaan haram perak..skg kita sedang mengumpul maklumat lawatan deligasi ke syria..untuk maklumat awal, ketika di syria jamaludin turut berucap dan menghentam ds nizar dgn tuduhan rasuah dan mereka turut mengunjung ke tempat maksiat (akan di letupkan kemudian skandal terbaru depa nih)

Tanpa Nama berkata...

Tuan Mufti mungkin khilaf tapi tuan2 semua tidak sepatutnya menggunakan perkataan yang menghina. Kita tidak sepatutnya menggunakan akhlak musuh apatah lagi bagi yg mengaku berjuang kerana Allah. Marilah kita muhasabah diri apalagi dalam bulan mulia ini

suka ulama berkata...

saya tak setuju dgn mufti perak ni dah lama sejak dia kata tolong sangkut politk kat pagar masjid. nampak sangat ulama jenis 'politik suku agama suku' dan jenis inilah yang diperlukan oleh penjajah dulu dan pemerintah sekular. saya pernah terserempak dia kat sebuah pasaraya di Kota Bharu dulu, saya tengok tak ada siapa yang menghiraukan dia sedangkan muka dia orang kenal dan sebagai mufti pulak tu. Timbul dalam hati kecil saya, adakah kat dunia ni pun dia dah tak dipedulikan orang??? saya harap orang berilmu agama biarlah jaga maruah dan ilmu mereka. Sebab dalam alquran ada sebut jenis spesies yang terjelir lidah..

Tanpa Nama berkata...

Tan Seri, tak payahlah dok masuk campur hal kerja orang. Malu kita, pegawai profesional buat kerja tak profesional. Buat kerja kita bagi elok, macamana nak bagi orang Islam bertambah keimanannya. Tak adalah orang Islam yang nak murtad, nak jadi haru biru. Kalau institusi Mufti dan Agama berperanan dengan betul tak ada lah orang Islam nak jadi haru biru. Orang marah kat kita kerana kita tak betul. Kebelakangan ini Tan Seri terlalu banyak menimbulkan kontraversi di kalangan orang Islam. Kita bekerja dengan kerajaan bukan dengan UMNO. Tan Seri tidak dapat membezakan antara kerajaan dan UMNO. Ingat, usia UBN hampir di penghujungnya. Kita akan jadi kupang tembaga bila kita melawan arus perdana. Tak salah kita berkawan dan berbaik dengan UMNO, tapi jangan sampai kita diperguna bagi menyokong kerja jahat mereka. Kita tidak perlu terlalu baik dengan PAS, tapi dasar PAS adalah selari tugas hakiki Tan Seri yang Tan Seri dok cari makan setiap hari. Banyak Pegawai-pegawai Profesional Agama yang jadi pembodek UMNO dulu (di negeri-negeri Pakatan Rakyat)hadir konvension UMNO terima envelope di bawah pintu, bila balik ke pejabat gelak berdekah-dekah. Depa kata, senang cari makan dengan UMNO. Sekarang jadi muka tak malu, tidak segan silu mengaku menjadi pengikut dan ahli PAS. Islam mengajar kita jadi begini kah? Sangat memalukan. Kalau diri sendiri kita tidak pandai nak bawa dan nak letak, tentulah Islam sendiri kita tak pandai nak bawa dan nak letak. Kalau Pegawai-pegawai Agama pandai, tentulah Islam tidak terpinggir. Pegawai-pegawai Agama jangan menafikan perkara ini, saya ada banyak contoh yang boleh disenaraikan.

Tanpa Nama berkata...

tak peduli, aku org awam, tak penah gi belaja pondok, tapi bole nampak jahatnya amno..secara terang benderang amno nih jahat..tak perlu jadi profesor ..tapi mufti harusanaharusini boleh tak nampak..buat dono jer..ah, aku tak peduli..harusanaharusini jaga periuk nasikk je tuh..nota sikit : (1)aku bukan ahli pas, aku non-partisan tapi undi tetap bulan (2)tersedar dari pukau media amno tahun 1998, terus mengamuk join reformasi (3) sebelum 1998, penyokong kuat madey + amno, masa tuh tengok bulan nyampah..

Tanpa Nama berkata...

perkara yang khilaf adalah perkara yang tak jelas. UMNO jelas dah tak boleh diikut atau disokong.

Tanpa Nama berkata...

AKU HORMAT MUFTI HARUSSANI.

ALPAKULAZI ALBALINGI.

KOTAKITA berkata...

Tok mufti Perak ni pro UMNO
Tu yang sokong ISA semboroNO

Tanpa Nama berkata...

Umno pejuang bangsa dan sekular yg jelas bertentangan dgn dasar pemerintahan Islam dan perjuangan Rasulullah S.A.W.

Mufti Perak duduk semeja dgn mereka dan turut membantu usaha memeperjuangkan bangsa dan sistem sekular melalui statement2 yg dikeluarkan sekali gus menentang usaha perjuangan mengIslamkan Malaysia agar kita mengikut sistem pentadbiran yg dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.

Ko org nilailah sendiri.

Diakhir2 zaman ni, tak ramai Ulama' yg akan ke syurga. So, bersiap sedialah utk terima pembalasan atas setiap perbuatan yg dilakukan. Allah S.W.T. pasti akan membalasnya di dunia dan di akhirat. Amin.....

Tanpa Nama berkata...

tan sri dato sri sahibus samahah al fadhil harus sah ni kalau dia hidup zaman nabi dulu mungkin dia akan termakan hasutan puak quraisy. minta dijauhkan.
kalau dia hidup zaman gabenor di semenanjung arab mungkin dia akan kenakan sekatan menegakkan kebenaran. tak boleh nak tegur pemerintah. renungkanlah...dulu alim ulama ramai yang kena bunuh..pasai apa..ulama yang senang pasai apa..baca sejarah kalau nak tau....

Tanpa Nama berkata...

emmmmmmmmm....

Tanpa Nama berkata...

dulu aku hurmat pada mufti tapi sekarang aku haramkan jadahkan kamu

Tanpa Nama berkata...

masyaallah..lebih baik diam dari mengutuk.
moga Allah mengampunkan dosa anda sekelian.
anda akan mencari orang yang anda caci itu di akhirat.bertaubat lah

Tanpa Nama berkata...

asal susah sangat PAS dan Umno nak bersatu?
asal dengan DAP boleh kompromi tapi dengan parti Islam dan Melayu macam Umno tak boleh??

Dol Bedul Rasani.... berkata...

Rosak2 mufti Perak ni. Dah lah sokong kerajaan lanun, siap berkempen lagi nak tipu org2 Perak yg tgh belajar kat timur tengah. Apa lah nak jd dengan mufti??????...

Tanpa Nama berkata...

Dato' Harussani harus bertaubatla..jgn kacau bdk2 nak studi di bumi anbiya'..terutamanya anak2 Perak..inilah gambaran peristiwa di akhir zaman..kerana duit semuanya halal..