15 September 2009

Tazkirah

Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Selepas program ziarah ke seluruh cawangan dalam kawasannya, Yang Dipertua Pas Lenggong, Razman Zakaria dan pimpinan lain meneruskan progran kedua, iaitu program tazkirah Ramadan.

Program itu diadakan di masjid-masjid dan surau-surau, di mana beliau sendiri menyampaikan tazkirahnya yang sepertimana kebiasaannya dibuat selepas solat Tarawih.

Antara masjid dan surau yang telah di adakan tazkirah ialah Masjid Kampung Banggol Batu, Masjid Lama Lenggong, Surau Kampung Chepor, Surau Kampung Air Ganda Temenggor, Rancangan Merah dan lain-lain.

Dalam tazkirahnya, beliau mengajak seluruh ahli kariah di setiap kampung yang diziarahinya supaya sentiasa mendekatkan diri dengan masjid dan surau, menghadiri program-program agama, terutama majlis-majlis pengajian umumi yang diajar oleh guru-guru yang ada kewibawaan dari segi keilmuannya.

Beliau juga mengajak supaya sentiasa mendampingkan diri dengan kitab suci al-Quran, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, di samping menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.

"Perbanyakkan membaca al-Quran dan berusaha untuk memahami isi kandungannya serta mengamalkan apa-apa yang diperintah Allah seperti terkandung dalam kitab suci itu," katanya.

Razman akan meneruskan program itu sehingga menjelang Aidilfitri, malah ada beberapa program besar lagi untuk sepanang Ramadan yang masih berbaki ini, antaranya program Iftar (berbuka) bersama penduduk, penyampaian bantuan dan lain-lain.

Tiada ulasan: