15 September 2009

ADUN Titi Serong Lawat Pasar Ramadhan Parit Buntar.

Drs. Khalil sedang mendengar penjelasan dari seorang peniaga semasa lawatan tersebut.


PARIT BUNTAR, 13 Sept.:- ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim bersama kakitangan pejabatnya telah meluangkan masa untuk berkunjung ke Pasar Ramadhan Taman Wawasan Parit Buntar. Lawatan selama 2 jam ini digunakan oleh beliau untuk bertemu dengan warga setempat dan para peniaga yang berniaga di situ.

"Lawatan ke pasar Ramadhan ini adalah lawatan yang rutin dilakukan oleh Drs. Khalil pada setiap kali Ramadhan menjelang termasuk pada tahun ini jadual telah disusun kebeberapa lokasi pasar Ramadhan dalam DUN Titi Serong" Jelas Hj. Zakaria Abdullah Pegawai khas kepada ADUN berkenaan.

Ditanya apakah matlamat kunjungan tersebut, beliau menjelaskan selain bertemu dengan rakyat, Drs. Khalil juga mendengar rungutan dari para peniaga yang disampaikan kepada beliau, antaranya mengenai masalah parking yang agak terhad di sekitar Taman Wawasan sehingga ada yang disaman oleh pihak polis apabila meletakan kenderaan ditempat yang tidak sebenarnya" Jelas Hj. Zakaria.

Lawatan yang disifatkan berjaya itu diharapkan dapat diteruskan dimasa akan datang kata Hj. Zakaria mengakhiri pertemuan ringkas dengannya di pejabat ADUN titi Serong.

5 ulasan:

dol kakirempit berkata...

Salam YB

Keluar kat bazar Rmdhan knapa tk pakai topeng. Tak takut H1N1 ke. La ni kat Mlaysia dah tahap 6 pandemik.

Jgn dok brplitik aja. Ksihtan kena jaga.

Rsullulah akan berpkaian hitam apabila pergi ke sesuatu tmpat yg baru baginya ataupun tanda brsdih. Tkkan YB sntiasa brkabung kot... psal PR dh tak leh printah Pk.

Idham Lim (林川興) berkata...

insya Allah PR akan kembali memerintah balik perak..WM

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN sesuai untuk mat rempit,mat rempit xde masa depan,bodoh dan menyusahkan,sesuai la dengan status duduk di pendalaman ceruk-ceruk tebuk-tebuk,hulu-hulu yang baru terkejut keluar ke pekan atau bandar.

Tanpa Nama berkata...

jngn lyn sngt orng cam dol kakirempit tu yb..
orng gila tanpa wawasan, kalo dilyan, boleh berjngkit penyakit " tanpa wawasan " tu kat yb..

david ahmad muniandy a.k.a Alif H'ng berkata...

saya nampak pembantu YB angkat banyak barang? tentu YB beli banyak barang lauk pauk untuk juadah berbuka puasa ni hehehe...syabas YB berjiwa rakyat....