09 September 2010

Hari Raya Puasa : Jumaat 10 September

30 Ramadhan 1431H.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah sebentar tadi mengumumkan bahawa Hari Raya Puasa ditetapkan pada esok Jumaat 10 September 2010.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept, 2010," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 29 tempat pencerapan di seluruh negara.

Sebelum ini Umat Islam diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan perayaan Aidilfitri disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata khabar angin itu disebar oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan semata-mata.

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI PESURUHJAYA PAS PERAK

29 Ramadhan 1431H.

BAGI pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan Allah SWT melakukan nuzul Al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Dalam masa yang sama, bagi menegakkan petunjuk ini, kita berdepan dengan cabaran. Al-Quran menjadi furqan, yang membezakan di antara hak dan batil, benar dan salah. Dengan petunjuk Al-Quran, kita menegakkan yang benar, menentang perkara yang bercanggah dengan Al-Quran.

Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT, walaupun kita dikelilingi oleh musuh-musuh yang ramai yang tidak akan memberi kesempatan kepada Islam untuk tegak semula di bumi Allah SWT ini.

Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.

Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah SWT dan percaya kepada janji Allah SWT, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.

Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah SWT.

Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan meningkatkan pengorbanan kita dalam perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah SWT supaya agama ini tegak sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT, dalam Al Quran Karim.

Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.

Dalam masa yang sama, membolehkan kita menyampaikan mesej kita kepada seluruh manusia untuk menyatakan bahawa kitalah yang menyelamatkan manusia yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya menjadi seorang Islam yang diterima oleh Allah SWT dan merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102)

Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

Ustaz Abu Bakar Hussain
( Pesuruhjaya PAS Perak Darul Ridzuan)

Salam Idulfitri buat semua teman dan sahabat

29 Ramadhan 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Malam ini 8 September 2010 bersamaan 29 Ramadan 1431 akan diisytiharkan sama ada esoknya Hari Raya atau menyempurnakan puasa pada hari ke 30. Jangan panik dengan keadaan ini kerana kita sudah pernah lalui keadaan ini bertahun-tahun lamanya. Berilah kepercayaan kepada pihak berkuasa menentukannya.

Dulu, memang ada masalah, setiap kali melihat anak bulan kita terpaksa menunggu pengumuman daripada Pemegang Mohor Diraja. Waktu itu kita menggunakan kaedah rukyah sahaja. Kalau tidak nampak anak bulan mereka yang belum buat persiapan berasa lega, tetapi bagi mereka yang sudah buat persiapan akan rasa kecewa. Tetapi lazimnya semua umat Islam telah membuat persiapan untuk berhari raya kecuali rebus ketupat, maka apabila tidak dapat raya, mereka masih bersabar dan meneruskan puasa.

Walau bagaimanapun sejak lebih 10 tahun lalu, kerajaan telah memutuskan penentuan hari raya atau puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Mengikut kaedah itu, anak bulan akan dicerap pada 29 Ramadan dan perkiraannya adalah berdasarkan hisab. Kalau dalam perkiraan hisab malam itu tidak nampak, rukyah tetap dijalankan juga sebagai ikhtiar, mana tahu kalau-kalau nampak. Jika nampak anak bulan, raya akan diisytiharkan, tetapi kalau tak nampak maka perkiraan hisab akan dipakai.

Sebaliknya, jika mengikut perkiraan hisap falak anak bulan boleh kelihatan pada malam 29 Ramadan, tetapi setelah dibuat rukyah didapati tidak kelihatan kerana cuaca yang tidak mengizinkan, maka perkiraan falak itu akan diterima pakai. Ertinya apa yang telah tertulis pada taqwim itu sudah boleh dibuat panduan. Apatah lagi kebanyakan perkiraan falak setakat ini semuanya benar.

Cuma dalam seminggu ini, kita dikejutkan dengan ramalan bahawa kemungkinan anak bulan boleh kelihatan pada malam 29 Ramadan. Berita ini sedikit sebanyak menimbulkan kegelisahan dalam kalangan umat Islam terutama yang merantau. Ternyata mereka tidak bersedia untuk berhari raya awal daripada yang ditetapkan falak. Mereka yakin perkiraan falak sudah betul lalu persiapan untuk pulang kampung telah ditetapkan pada hari Khamis.

Bayangkan kalau berlaku hari raya pada hari Khamis, sedangkan waktu bertolak ke kampung ditetapkan pagi Khamis, sudah tentu mereka akan terlepas upacara solat hari raya. Atau terpaksa dibatalkan kepulangan pada pagi itu dan ditunda selepas solat Raya. Inilah kemungkinan yang boleh berlaku.

Oleh sebab itu saya ingin tegaskan di sini, jangan panik dengan ramalan itu. Walaupun apa pun kita harus berpegangan kepada keputusan kerajaan yang akan diisytiharkan oleh Pemegang Mohor Diraja nanti. Ingatlah perkiraan falak atau hisap selalunya tepat. Tetapi kita juga perlu yakin bahawa Allah boleh mengubahnya dan menjadikan anak bulan boleh kelihatan. Maka jika boleh kelihatan kaedah pertama yang disebut di atas perlu diambil kira. Ingatlah semua itu adalah kurniaan Allah yang kita belum tahu hikmahnya.

Semoga perancangan untuk berhari raya anda itu tidak terjejas dan ibadah yang dirancang juga tidak terabai. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Pemuda PAS Kuala Kangsar sampai sumbangan di Manong dan Bukit Chandan

29 Ramadhan 1431 H
Oleh: safarizal saleh

5 September 2010 (KUALA KANGSAR) - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong dan juga Bukit Chandan menjadi tumpuan pada tahun ini daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar dengan kerjasama Lajnah Kebajikan PAS Kuala Kangsar bagi meneruskan program amalan kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mengagihkan penerima sumbangan sebanyak 200 keluarga.

Penyerahan kali ini berupa sumbangan duit raya RM40 seorang, hamper barangan berjenama Islam dan juga keperluan dapur yang telah disusun oleh Pemuda PAS sendiri untuk turun padang menziarahi sambil bertanya khabar disamping melihat sendiri kehidupan penduduk sekitar kawasan tersebut.

Sumbangan telah di sampaikan oleh Timbalan Ketua Pemudanya merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss. Menurut Raja Ahmad, program sumbangan barang dapur tidak hanya dijalankan semasa datangnya Syawal sahaja, namun 'Projek Sekampit beras, sekilo gula' adalah satu projek berterusan Pemuda dan lajnah kebajikan.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Pemuda PAS Perak berkata, Pemuda PAS komited untuk membantu meringankan bebenan saluruh penduduk setempat tanpa mengira fahaman politik atau warna kulit. Dalam majlis yang serupa beberapa keluarga bukan Islam juga turut menerima sumbangan yang serupa.

Abdullah bin Ummi Maktum r.a

29 Ramadhan 1431 H
http:sunatullah.com

Siapakah laki-laki itu, yang karenanya Nabi yang mulia mendapat teguran dari langit dan menyebabkan beliau sakit? Siapakah dia, yang karena peristiwanya Jibril al-Amin harus turun membisikkan wahyu Allah ke dalam hati Nabi yang mulia? Dia tidak lain adalah Abdullah bin Ummi Maktum, muazzin Rasulullah.

Abdullah Ummi Maktum, orang Mekah suku Quraisy. Dia mempunyai ikatan keluarga dengan Rasulullah SAW, yakni anak paman ummul mukminin Khadijah binti Khuwailid r.a. Bapaknya Qais bin Zaid, dan ibunya Atikah binti Abdullah. Ibunya bergelar "ummi maktum", karena anaknya, Abdullah, lahir dalam kedaan buta total.

Ketika cahaya Islam mulai memancar di Mekah, Allah melapangkan dada Abdullah bin Ummi Maktum menerima agama baru itu. Karena itu, tidak diragukan lagi dia termasuk kelompok yang pertama-tama masuk Islam.

Sebagai muslim kelompok pertama, Abdullah turut menanggung segala macam suka dan duka kaum muslimin di Mekah ketika itu. Dia turut menderita siksaan kaum Quraisy seperti yang diderita kawan-kawannya seagama,

berupa penganiayaan dan berbagai macam tindak kekerasan lainnya. Tetapi, apakah karena tindak kekerasan itu lantas Ibnu Ummi Maktum menyerah? Tidak?! Dia tidak pernah mundur dan tidak lemah iman.

Bahkan, dia semakin teguh berpegang pada agama Islam dan kitab Allah (Alquran). Dia semakin rajin mempelajari syariat Islam dan sering mendatangi majlis Rasulullah.

Begitu rajin dan rakusnya dia mendatangi majlis Rasulullah, menyimak dan menghafal Alquran, sehingga tiap waktu senggang selalu diisinya, dan setiap kesempatan yang baik selalu direbutnya. Karena rewelnya, dia beruntung memperoleh apa yang diinginkan dari Rasulullah, disamping keuntungan bagi yang lain-lain juga.

Pada masa permulaan tersebut, Rasulullah SAW sering mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, seraya mengharap semoga mereka masuk Islam. Pada suatu hari beliau bertatap muka dengan `Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, `Amr bin Hisyam alias Abu Jahal, Umayyah bin Khalaf dan Walid bin Mughirah, ayah Saifullah Khalid bin Walid.

Rasulullah berunding dan bertukar pikiran dengan mereka tentang Islam. Beliau sangat ingin mereka menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat beliau. Sementara, beliau berunding dengan sungguh-sungguh,

tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum datang mengganggu minta dibacakan kepada ayat-ayat Alquran. Kata Abdullah, "Ya Rasulullah, ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepada Anda!"

Rasulullah terlengah memperdulikan permintaan Abdullah. Bahkan, beliau agak acuh terhadap interupsinya itu. Lalu beliau membelakangi Abdullah dan melanjutkan pembicaraan dengan para pemimpin Quraisy tersebut.

Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam bertambah kuat dan dakwah bertambah lancar. Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah SAW bermaksud pulang. Tetapi, tiba-tiba penglihatan beliau menjadi gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti kena pukul.

Kemudian, Allah mewahyukan firman-Nya kepada beliau, "Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, karena seorang buta datang kepadanya. Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberikan manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.

Padahal, tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali-kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran itu suatu peringatan. Maka siapa yang menghendaki, tentulah ia memperbaikinya.

(Ajaran-ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (senantiasa) berbakti." (Abasa: 1 — 6).

Enam belas ayat itulah yang disampaikan Jibril al-Amin ke dalam hati Rasulullah SAW sehubungan dengan peristiwa Abdullah bin Ummi Maktum, yang senantiasa dibaca sejak diturunkan sampai sekarang, dan akan terus dibaca sampai hari kiamat.

Sejak hari itu Rasulullah SAW tidak lupa memberikan tempat yang mulia bagi Abdullah apabila dia datang. Beliau menyilakan duduk di tempat duduknya, beliau tanyakan keadaannya, dan beliau penuhi kebutuhannya. Tidaklah heran kalau beliau memuliakan Abdullah sedemikian rupa, bukankah teguran dari langit itu sangat keras!

Tatkala tekanan dan penganiayaan kaum Quraisy terhadap kaum muslimin semakin berat dan menjadi-jadi, Allah SWT mengizinkan kaum muslimin dan Rasul-Nya hijrah. Abdullah bin Ummi Maktum bergegas meninggalkan tumpah darahnya untuk menyelamatkan agamanya. Dia bersama-sama Mush'ab bin Umair,

sahabat-sahabat Rasul SAW yang pertama-tama tiba di Madinah. Setibanya di Yatsrib (Madinah), Abdullah dan Mush'ab segera berdakwah, membacakan ayat-ayat Alquran dan mengajarkan pengajaran Islam.

Setelah Rasulullah SAW tiba di Madinah, beliau mengangkat Abdullah bin Ummu Maktum serta Bilal bin Rabah menjadi muadzdzin Rasulullah. Mereka berdua bertugas meneriakkan kalimah tauhid (azan) lima kali sehari semalam, mengajak orang banyak beramal saleh dan mendorong masyarakat merebut kemenangan. Apabila Bilal azan, Abdullah Qamat; Abdullah azan, Bilal qamat.

Dalam bulan Ramadhan tugas mereka bertambah. Bilal azan tengah malam membangunkan kaum muslimin untuk makan sahur dan Abdullah azan ketika fajar menyingsing, memberi tahu kaum muslimin waktu imsak sudah masuk, agar menghentikan makan dan minum dan segala yang membatalkan puasa.

Untuk memuliakan Abdullah bin Ummi Maktum, beberapa kali Rasulullah mengangkatnya menjadi wali kota Madinah menggantikan beliau apabila meninggalkan kota. Tujuh belas kali jabatan tersebut dipercayakan beliau kepada Abdullah. Salah satu di antaranya ketika meninggalkan kota Madinah untuk membebaskan kota Mekah dari kekuasaan kaum musyrikin Quraisy.

Setelah perang Badar, Allah menurunkan ayat-ayat Alquran, mengangkat derajat kaum muslimin yang pergi berperang fi sabilillah. Allah melebihkan derajat mereka yang pergi berperang atas orang-orang yang tidak pergi berperang, dan mencela orang yang tidak pergi karena ingin bersantai-santai.

Ayat-ayat tersebut sangat berkesan di hati Abdullah Ummi Maktum. Tetapi, baginya sukar mendapatkan kemuliaan tersebut karena dia buta. Lalu dia berkata kepada Rasulullah,

"Ya Rasulullah! Seandainya saya tidak buta, tentu saya pergi perang." Kemudian, dia memohon kepada Allah dengan hati yang penuh tunduk semoga Allah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan tentang orang-orang yang cacat (uzur) seperti dia, tetapi hati mereka ingin sekali hendak berperang.

Dia senatiasa berdoa dengan segala kerendahan hati. Dia berkata, "Wahai Allah! Turunkanlah wahyu mengenai orang-orang yang uzur seperti aku!" Tidak berapa lama, kemudian Allah SWT memperkenankan doanya.

Zaid bin Tsabit, sekretaris Rasulullah SAW yang bertugas menuliskan wahyu, menceritakan, "Aku duduk di samping Rasulullah SAW Tiba-tiba beliau diam, sedangkan paha beliau terletak di atas pahaku.

Aku belum pernah merasakan beban yang paling berat melebihi berat paha Rasulullah ketika itu. Sesudah beban berat yang menekan pahaku hilang, beliau bersabda, "Tulis, hai zaid!" Lalu aku menuliskan, "Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang) dengan pejuang-pejuang yang berjihad fi sabilillah." (An-Nissa': 95).

Ibnu Ummi Maktum berdiri seraya berkata, "Ya Rasulullah, bagaimana dengan orang-orang yang tidak sanggup pergi berjihad (berperang) karena cacat?" Selesai pertanyaan Abdullah, Rasulullah SAW terdiam dan paha beliau menekan pahaku, seolah-olah aku menanggung beban berat seperti tadi.

Setelah beban berat itu hilang, Rasulullah SAW berkata, "Coba, baca kembali yang telah engkau tulis!" Aku membaca, "Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang)" Lalu kata beliau, "Tulis!" "Kecuali bagi orang-orang yang tidak mampu."

Maka, turunlah pengecualian yang ditunggu-tunggu Ibnu Ummi Maktum. Meskipun Allah SWT telah memaafkan Ibnu Ummi Maktum dan orang-orang yang uzur seperti dia untuk tidak berjihad, dia enggan bersantai-santai beserta orang-orang yang tidak turut berperang.

Dia tetap membulatkan tekad untuk turut berperang fi sabiilillah. Tekad itu timbul dalam dirinya, karena jiwa yang besar tidak dapat dikatakan besar, kecuali bila orang itu memikul pula pekerjaan yang besar. Maka, karena itu dia sangat gandrung untuk turut berperang dan menetapkan tugasnya sendiri untuk berperang dan menetapkan sendiri tugasnya di medan perang.

Katanya, "Tempatkan saya antara dua barisan sebagai pembawa bendera. Saya akan memegangnya erat-erat untuk kalian. Saya buta, karena itu saya pasti tidak akan lari."

Tahun ke empat belas hijriyah, khalifah Umar bin Khaththab memutuskan akan memasuki Persia dengan perang yang menentukan, untuk menggulingkan pemerintah yang dzalim dan menggantinya dengan pemerintahan Islam yang demokratis dan bertauhid. Umar memerintahkan kepada setiap gubernur dan pembesar dalam pemerintahannya.

"Jangan ada seorang jua pun yang ketinggalan dari orang-orang yang bersenjata, atau orang yang mempunyai kuda, atau yang berani atau yang berpikiran tajam, melainkan hadapkan semuanya kepada saya sesegera mungkin!"

Maka, berkumpullah kaum muslimin di Madinah dari segala penjuru, memenuhi panggilan khalifah Umar bin Khaththab. Di antara mereka terdapat seorang prajurit buta, yaitu Abdullah bin Ummi Maktum. Khalifah Umar mengangkat Sa'ad bin Abu Waqqash menjadi panglima pasukan yang besar itu. Kemudian, khalifah memberikan instruksi-instruksi dan pengarahan kepada Sa'ad.

Setelah pasukan besar itu sampai di Qadisiyyah, Abdullah bin Ummi Maktum memakai baju besi dan perlengkapan yang sempurna. Dia tampil sebagai pembawa bendera kaum muslimin dan berjanji akan senantiasa mengibarkannya atau mati di samping bendera itu.

Pada hari ketiga perang itu, perang berkecamuk dengan hebat, yang belum pernah disaksikan sebelumnya. Kaum muslimin berhasil memenangkan perang tersebut dengan kemenangan paling besar yang belum pernah direbutnya.

Maka, pindahlah kekuasaan kerajaan Persia yang besar ke tangan kaum muslimin, dan runtuhlah mahligai yang termegah. Berkibarlah bendera tauhid di bumi penyembah berhala itu.

Kemenangan yang meyakinkan itu dibayar dengan darah dan jiwa dan ratusan para syuhada. Di antara mereka yang syahid itu terdapat Abdullah bin Ummi Maktum yang buta. Dia ditemukan terkapar di medan tempur berlumuran darah syahidnya, sambil memeluk darah kaum muslimi.

PEMILIHAN PKR - DATO ZAID TETAP WIRA WALAUPUN TIDAK BERTANDING

29 Ramadhan 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan akhbar Dato Zaid Ibrahim terasa juga sedih dihati. Beliau merasakan seperti beliau tidak lagi disanjung atau dilupakan seperti yang pernah terjadi kepada Almarhum Tun Ghafar Baba. Ini berlaku bila mana beliau mengumumkan keputusan untuk

bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan kali ini.

Memang benar ramai yang menyanjung Dato Zaid di atas keberaniannya menegakkan keadilan dan keluar dari parti Umno yang membusuk itu. Di atas kepercayaan dan sanjungan ramai itulah beliau diangkat menjadi calon PKR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor tidak lama dahulu.

Sedangkan bukan sedikit yang mulanya tidak bersetuju di atas pencalonan Dato Zaid memandangkan ketika itu beliau `baru beberapa hari' menyertai PKR. Namun kerana ketokohan beliau dan sikap beraninya keluar dari Umno, kita semua terus memberikan sokongan terhadap beliau secara bermati-matian walaupun akhirnya beliau tewas secara `anak jantan'.

Cuma, di dalam pemilihan kali ini tentunya berbeza kita menilai seseorang calon yang ingin bertanding. Apatah lagi jawatan Timbalan Presiden PKR adalah satu jawatan yang teramat penting.

Jika ingin dibandingkan kesetiaan atau keberanian, anda sendiri boleh bandingkan kedua-dua tokoh iaitu Azmin Ali dan juga Dato Zaid Ibrahim. Sukar untuk mencari kekurangan di antara keduanya tetapi tentulah ada sedikit kelebihan salah seorang daripada mereka.

Berkaitan terdapat beberapa pihak yang berkempen memburukkan Dato Zaid mahu pun Azmin Ali, tentunya cara sedemikian tidak elok di dalam parti yang mendukung prinsip keadilan seperti PKR ini. Namun demikian, harus diterima hakikat bahawa setiap ahli di dalam PKR bahkan pemimpin mereka bukannya bersifat seperti Malaikat.

Sudah tentu ada yang melakukan perkara yang negatif semata-mata untuk menaikkan tokoh yang mereka mahukan. Tetapi ini bukan satu hujah untuk Dato Zaid menyebut betapa beliau kini sudah mula dilupakan kerana jumlah yang berbuat demikian terlalu kecil dan tidak boleh mewakili kehendak semua ahli parti.

Selaku pemimpin yang sudah lama di dalam politik, tentunya Dato Zaid faham risikonya apabila berada di dalam sebuah wadah politik. Parti PAS yang dasarnya Islam itu pun terdapat golongan yang seperti Dato Zaid sebutkan.

Justeru itu, Dato Zaid mestilah terus berusaha dengan jujur dan lebih gigih lagi untuk mendapatkan sokongan. Akhirnya ahli-ahli sendiri yang menentukan pemimpin yang mereka fikirkan layak untuk disokong.

Sedikit kesilapan Dato Zaid mungkin adalah kerana sebelum ini pernah berulangkali menyebut bahawa beliau tidak mahu kepada jawatan tinggi di dalam parti. Secara tiba-tiba beliau berubah fikiran walaupun beliau punyai alasan untuk mengubah fikirannya. Di dalam politik, mungkin alasan tertentu sukar diberi pertimbangan untuk ahli-ahli mempercayainya. Adalah lebih baik pemimpin itu berterus terang dan berani membuat keputusan.

Saya merasakan tidak benar sama sekali jasa Dato Zaid kini telah mula dilupakan. Beliau tetap seorang wira selagi beliau berada di dalam PKR, cuma belum tiba masanya untuk beliau berada di peringkat tertinggi sekarang.

Seorang wira tidak semestinya berada di kerusi Presiden atau Timbalan Presiden. Jangan kisah Almarhum Tun Ghafar ingin dijadikan contoh, kerana pemilihan di dalam Umno jauh berbeza dengan pemilihan di dalam PKR.

Jika ingin dijadikan contoh juga, sokongan terhadap DS Anwar ketika itu amat kuat kerana ketokohan DS Anwar ternyata lebih menonjol daripada Almarhum Tun Ghafar waktu itu. Bukan kerana Almarhum Tun Ghafar tidak dianggap wira Melayu, tetapi ketika itu Umno mahukan seorang pemimpin yang lebih dari itu.

Oleh yang demikian, Dato Zaid sewajarnya memikirkan kembali keputusan beliau untuk bertanding di kerusi Timbalan Presiden PKR. Jika beliau tidak bertanding, rakyat tetap menganggap beliau sebagai wira bahkan imej beliau lebih dipandang tinggi dan mulia selaras dengan janjinya dahulu untuk tidak memikirkan jawatan tersebut.

PAS sokong Tengku Abdullah, rakyat wajib tolak parti perkauman

29 Ramadhan 1431 H
Oleh: Ustaz Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyokong dan menjunjung kasih keatas titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahukan umat Islam menolak cara hidup berpuak-puak dan terus mengimarahkan Masjid dengan majlis Ilmu.

PAS dapat mengambarkan betapa besarnya harapan pihak istana untuk rakyat dan parti-parti politik di negara ini bersatu atas nama Islam dan bukannya berpuak-puak mengikut bangsa dan kaum masing-masing.

Politik perkauman dan menyertai parti politik perkauman adalah satu kerugian buat umat Islam. Kesatuan umat Islam dan sikap berani bersaing menjadi teras kekuatan umat zaman Rasulullah seperti yang baginda titahkan.

Hanya Islam yang mampu memberikan keharmonian dan keamanan serta menyatukan rakyat sedangkan politik mengikut bangsa dan kaum tertentu hanya memecahkan lagi masyarakat. Orang Melayu tidak seharusnya duduk dalam parti Melayu sahaja, orang Cina juga tidak boleh duduk parti Cina sahaja, Orang India pun begitu.

PAS kini menjadi platform terbaik untuk rakyat bersatu padu kerana disini umat Islam tak kira Melayu, Cina dan India dapat bersama dengan harmoninya. Malah dengan keterbukaan PAS yang mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang majoriti ahlinya adalah kalangan bukan Islam telah menjadikan PAS sebagai pilihan terbaik menyatukan rakyat bukan sahaja yang berbeza bangsa, malah yang berbeza agama juga bersatu dalam PAS.

PAS juga menyanjungi keprihatinan Tengku Mahkota Pahang yang menyebut dengan jelas bahawa Masjid seharusnya diimarahkan dengan aktiviti keagamaan, dijadikan pusat perpaduan, menimba ilmu dan perhimpunan masyarakat setempat.

Inilah idea yang dibawa dan diperjuangkan PAS selama ini. Di Selangor sebagai contoh, semasa Umno memerintah, Masjid dan Surau dikunci dan dirobohkan hanya kerana mereka menjemput para penceramah yang menyokong PAS untuk berikan kuliah. Penceramah PAS amat profesional, mereka tahu membezakan kuliah agama dan ceramah politik. Hanya kerana berbeza politik kariah masjid dihalang memasuki masjid mereka.

Jawatankuasanya ditukar jika bukan ahli Umno.

Tetapi selepas PAS-Pakatan memerintah Masjid Surau yang dikunci dibuka semula. Para penceramah tanpa mengira parti politik dijemput untuk berkongsi ilmu. Masjid Surau menjadi pusat aktiviti belia. Ada yang dijadikan pusat tuisyen juga. Malah kariah Masjid Surau semakin ramai kalangan orang muda kerana begitu banyak program diadakan termasuk sukan dan juga gotong-royong. Begitulah yang berlaku hingga ke hari ini.

PAS berharap rakyat Pahang khususnya dan diseluruh Malaysia, dapat melihat hasrat kepimpinan mereka yang mahukan Islam diletakan ditempat yang sewajarnya dan menukar Kerajaan yang mempertahakan perjuangan berasaskan kaum dan puak mereka sahaja. Dengan menolak Umno-BN sekaligus umat Islam khususnya kalangan kaum Melayu dapat bersatu atas nama Islam.

PAS mendoakan kesejahteraan Yang DiPertuan Agong, Sultan Pahang, Tengku Mahkota, seluruh kerabat DiRaja dan rakyat jelata. Semoga negara ini akan terus makmur dibawah rahmat Allah swt.

Harakahdaily/-

Felcra: PAS belum dedah, Umno BN sudah cemas

29 Ramadhan 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menafikan dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa pihaknya sedang mengedarkan risalah berunsur fitnah terhadap Felcra di kawasan penempatan peneroka.

Mazlan juga menyangkal dakwaan Zambry bahawa pihaknya sengaja membuat tohmahan terhadap Felcra bertujuan menimbulkan kebencian peneroka terhadap Umno Barisan Nasional (BN) sebaliknya menegaskan mereka mempunyai bukti yang kuat untuk didedahkan.

"Kalau mereka kata kita sengaja membuat fitnah dan tohmahan terhadap Felcra, sebenarnya saya sudah tegaskan beberapa kali kita punyai bukti dan selepas hari raya ini kita akan mendedahkan secara bersiri bukti-bukti yang ada pada kita," katanya.

Dalam satu majlis di Sitiawan semalam, Zambry 'menasihati' peserta rancangan Felcra supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai 'dakyah dan tohmahan' terhadap Felcra yang didakwa giat dijalankan oleh PAS.

Sebelum ini, Pengerusi Felcra Bhd, Datuk Tajuddin Abdul Rahman juga mendakwa PAS kini giat melancarkan "perang saraf" terhadap Felcra termasuk mengedarkan pelbagai risalah yang memburukkan agensi itu ke seluruh tanah rancangan Felcra.

Tambah Mazlan juga, pemimpin Umno BN termasuk Tajuddin mula cemas dengan pendedahan yang dibuat pihaknya setelah melihat kejayaan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat pendedahan mengenai Felda.

"Saya berpendapat bahawa bila kita mula dedahkan isu Felcra mereka rasa cemas sebab mereka tahu berdasarkan pengalaman kita dedahkan isu Felda yang membangkitkan gelombang di kalangan rakyat.

"Mereka takut akan hadapi nasib yang sama dengan Felda dan bimbang segala penyelewengan yang dilakukan akan terbongkar," katanya lagi.

Ujarnya, Umno BN tidak perlu takut berhadapan dengan tuduhan jika mereka tidak bersalah.

"Mereka tdak perlu bimbang jika tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi bila mereka rasa bimbang saya kira isu ini mendapat tempat yang istimewa sama ada pada Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Tajuddin sendiri dan Zambry melatah kerana Felcra paling banyak di Perak," ujarnya yang juga pengerusi Anak.

Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan satu lagi NGO iaitu Badan Bertindak Warga Felcra atau singkatannya (Bapa), Mazlan memberitahu, ianya akan dilancarkan secara rasmi selepas hari raya nanti.

Pengerusi penaja NGO itu akan diamanahkan kepada Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria manakala ahli jawatankuasa dan pengerusi NGO itu akan diserahkan kepada peserta Felcra sendiri.

"Selepas pelancaran Bapa kita akan mulakan siri pendedahan kita untuk kita buktikan apa yang kita cakap ini benar.

"Tajuddin pernah cakap ini rekaan semata-mata tapi saya tegaskan ini bukan rekaan dan kita ada bukti dan akan dedahkan satu demi satu," katanya.

Penubuhan Bapa adalah hasil himpunan warga Felcra di Changkat Lada, Perak pada 31 Julai lalu.

Harakahdaily/-

Alat BN: Buka mulut setelah tarikh bersara diumum

29 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dipergunakan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) hanya mampu membuka mulut apabila tarikh persaraan mereka diumumkan.

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ia sudah cukup memberitahu rakyat apa yang berlaku di sebalik pemerintahan BN di Putrajaya.

“Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya PAS melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis Diraja Malaysia hingga mengganggu struktur command and control dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.

Katanya, PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri.

Baginya, memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman.

Ini, ujarnya tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan pengganti itu ibarat tindakan "habis madu sepah dibuang".

Tambahnya, Musa begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan Umno Bahagian Tampin.

“Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009.

“Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM3 juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontroversi,” ujarnya lagi.

PAS, katanya melihat Musa telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama kerajaan.

Namun, beliau berkata, cetusan rasa tidak puas hati yang disebutkan Musa baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota polis di bawah pentadbiran BN.

Idris menambah, tangan dan kaki Musa terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik.

“Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya campur tangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam kerajaan yang mengganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran itu.

Katanya, kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang.

Justeru, beliau menambah, PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN.

Jika tidak, ujarnya mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui.

Harakahdaily/-

Penindasan agih bazar Ramadhan mesti dihentikan

29 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 8 Sept: Penindasan yang didakwa berlaku berhubung pengagihan bazar Ramadhan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sewajarnya dihentikan, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau dimaklumkan bahawa DBKL telah menganugerahkan 93 tapak secara berpihak kepada kumpulan tertentu yang rapat dengan sebuah parti politik dominan dalam negara.Katanya, setiap tahun, DBKL menjanjikan ketelusan dalam pemberian tapak penjaja, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan.

Tambahan lagi, ujarnya SPRM juga telah menyediakan cadangan panduan khusus dalam proses pemberian tapak penjaja untuk bazar Ramadhan pada 30 Ogos yang lalu.

Malangnya, kata beliau peniaga-peniaga kecil masih lagi dipinggirkan sementara gedung-gedung peniaga besar diutamakan dalam pemberian tapak-tapak perniagaan sementara yang sepatutnya dikhaskan untuk golongan berpendapatan rendah.

Katanya, budaya political patronage sebegini menyaksikan penglibatan orang tengah yang mendapat tapak bernilai ratusan ringgit tetapi meraih keuntungan luar biasa apabila dapat menjual semula tapak tersebut kepada mangsa dalam ribuan ringgit.

“Dalam kes khusus yang dibawa kepada perhatian saya, sejumlah RM20,000 telah dibayar untuk mendapatkan sebuah tapak,” katanya.

Justeru, katanya penindasan sebegitu harus dihentikan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan, bulan di mana mengangkat martabat insan untuk melakukan sedaya upaya demi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Dalam bulan Ramadhan, katanya peniaga-peniaga kecil berusaha sedaya upaya untuk meraih rezeki di mana hampir 60 peratus daripada jumlah pendapatan mereka diraih melalui jualan di bazar Ramadhan.

“Bayangkan keperitan 74 peniaga di Jalan Masjid India yang dihalau seminggu lalu sementara mengetahui bahawa sebanyak 12 tapak diberikan kepada pemilik gedung borong besar atas budibicara DBKL?

“Saya kemukakan dakwaan-dakwaan di atas dengan harapan mendapatkan jawapan yang telus daripada pihak DBKL.

“Saya berharap pihak DBKL tidak akan mengelak daripada memberikan jawapan atau senarai pemberian tapak bazaar Ramadhan menggunakan alasan Akta Rahsia Rasmi,” ujarnya.

Baginya, ternyata pemberian lesen tidak mungkin menggugat keselamatan negara dan itulah saat terbaik untuk DBKL membuktikan ketelusan dan pertanggungjawaban dalam pemberian khidmat mereka.

“Saya akhiri dengan sekali lagi mendesak supaya Pilihanraya Kerajaan Tempatan dikembalikan supaya warga KL dapat memastikan suara mereka kedengaran dan mendapat penghormatan yang sepatutnya,” ujarnya lagi.

Harakahdaily/-

Nilai di mana punca isu perkauman

29 Ramadhan 1431 H
Oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Terlalu banyak hal berkaitan perkuaman berlaku tatkala umat Islam sedunia sedang berlatih menahan nafsu sepanjang Ramadhan tahun ini. Baik dari aspek perkauman Melayu mahupun bangsa lain.

Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya baru sahaja selesai membuat laporan polis berkenaan laman Facebook yang menghina Islam dan Allah. Akaun tersebut kelihatannya dinamakan atas nama seorang berbangsa Cina iaitu Katy Lim Li Lian.

GPMS juga baru sahaja membuat laporan polis yang sama terhadap satu akuan facebook yang menggunakan nama Melayu babi.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee pula telah membuat klip video terbaru beliau atas nama seni yang beliau bawa tetapi berunsur menghina suasana perpaduan keharmonain antara kaum di Malaysia.

Masalah ini bukan masalah lama malah ia adalah amalan majoriti penduduk malaysia baik dari kalangan pemimpin, media, artis dan rakyat jelata.

Adakah dengan saranan PM agar SKMM mengambil tindaka tegas terhadap sebarang penghinaan melalui media baru seperti facebook dan youtube akan menyelesaikan ketegangan kaum di Malaysia? Adakah benar kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek bahawa institusi keluarga yang gagal telah melahirkan para pemikir komunalisme, perkuaman dan sikap chauvinis yang menghina Melayu dan Islam.

Dari mana fahaman kebangsaan dan ‘tekanan dalaman’ (internal stress) yang berlaku di kalangan masyarakat bukan Melayu sehingga mereka juga berani membuat sesuatu tindakan yang kelihatan mencabar nama Islam dan toleransi kaum sejak merdeka?

Sebenarnya rangka asal kehidupan di Malaysia telah dirangkakan sebagai kehidupan yang penuh dengan nafas perkauman dan ini telah diteruskan denga jayanya oleh para pemerintah hari ini.

Penghinaan terhadap dunia Melayu dan tradisi Melayu iaitu beragama Islam bukan sahaja dihina oleh kaum bukan melayu malah juga dicarik dan dirosakkan oleh gerakan atau individu seperti Abdul Kahar yang mengaku sebagai nabi melayu.

Kes Ayah Pin yang juga terang-terang membina institusi sesat terkenal di Pantai Timur. Bukankah mereka juga disokong oleh segelintir elit Melayu yang menganut fahaman sekularism, juga bercanggah dengan Islam? Lihat sahaja betapa sukarnya Mahkamah Syariah untuk mendakwa Abdul Kahar sehingga beliau juga masih berjaya membuat blog khas ‘Nabi Melayu’ walaupun telah lama diburu oleh mahkamah.

Ancaman Muhyuddin bahaawa si penghina agama dan Melayu tidak akan dilepas begitu sahaja, tidak membawa apa-apa remedi berkesan untuk merawat fitrah perkauman dan keresahan kaum di Malaysia.

Selagi mana gendang perkauman dimainkan di media massa, agenda perkauman masih lapuk dalam perlembagaan parti-parti politik Malaysia, selagi mana perpaduan kaum hanya dilampirkan dalam pakej 1Malaysia hanya sebagai kosmetik melalui tarian dan nyanyian beramai-ramai semata-mata, selagi itulah akan muncul beratus-ratus facebook dan klip video sepertimana yang kita lihat hari ini.

Silibus pendidikan AM, Tamadun Asia dan sebagainya yang diajar di kolej dan universiti masih kaku malah ia hanya membincangkan asal usul Tanah Melayu tanpa menggesa dan memandu anak-anak melayu, Cina dan India di negara ini untuk bertoleransi dan memahami antara agama yang lain.

Kampus-kampus di Malaysia juga masih menjadi kilang pengeluar produk mahasiswa perkauman yang kemudiannya menghiasi pasaran kerja yang jauh lebih dahsyat perkaumannya.

Namun begitu, dalam membawa agenda perpaduan, bukan sekadar kerajaan dan Melayu yang merapatkan jurang sesama kaum, sebaliknya juga tindakan optimis dan progresif daripada bangsa lain untuk mengertikan hakikat perpaduan kaum. Agenda perpaduan kaum juga menjadi dingin memandangkan Malaysia masih terlapuk dengan politik komunalisme yang sempit dan menyesakkan agenda ini berlangsung.

Kaum-kaum yang daulunya taat dan setia dengan negara asal mereka kini pula hanya taat kepada parti perkauman mereka. Mereka hanya dipujuk dan ditenteramkan melalui agenda negara serta kontrak sosial sahaja tanpa ada usaha oleh kerajaan untuk memecah tembok perkauman ini.

Kekabutan pemahaman perpaduan kaum adalah disebabkan sosio-politik negara ini. Lirik Namewee dan videonya serta beberapa laman facebook adalah manifestasi isihati segelintir rakyat yang jelak dengan kepura-puraan integrasi kaum. Ia petanda bahawa agenda 1Malaysia masih teruk bermasalah dan belum merawat masalah lama.

Penyelesaian yang disarankan oleh Setiausaha Gabungan Ihtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) di dalam akhbar bahawa Namewee perlu diISA adalah langkah penyelesaian lapuk BN sejak dahulu dan ia bukan penyelesai penyakit ini.

Jika ingin menggunakan ISA, tentu parah Malaysia ingin ISAkan semua rakyat Indonesia yang terlibat memijak bendera Malaysia yang juga mengandungi simbol Islam iaitu Bulan dan Bintang! Malaysia juga perlu ISAkan TV3 yang jelas menyiar iklan perpaduan kaum ala liberal yang menyamakan Islam dengan agama lain. Adakah ini penyelesai masalah?

Akta zalim yang buta undang-undang tamadun ini bukan ubat bagi penyakit sosial sebegini. Banyak aspek yang perlu dinilai semula oleh pihak kerajaan khususnya di samping kesedaran rakyat.

Jika budaya artis yang berleluasa dibenarkan menghina syariah dan agama Islam melalui kenyatan-kenyataan bodoh di media perdaanamereka dibiarkan sahaja, jangan harap kita berjaya menangani rakyat yang menggunakan ruang maya seperti internet.

Lebih malang apabila ada penganut fahaman perkauman Melayu menggesa melayu bersatu untuk menentang persekutuan kaum bukan melayu yang menggugat Islam dan Melayu. Bermakna kata si pembela itu juga 2 kali 5 sahaja dengan penghina kaum bukan Melayu itu.

Islam telah lama mengharamkan pemikiran chauvinis sempit. Malah tiada amalan dalam syariah yang cuba menerbitkan suasana tegang antara kaum jika diamalkan.

Jika benar ingin memahamkan kaum bukan Melayu tentang Islam, berilah penerangan yang sahih tentang apa itu islam dan nyatakan di mana perkara yang menjadi sensitiviti Islam dan bukannya telah memalu gendang perkauman dalam akhbar-akhbar seperti yang berlaku hari ini.

Harakahdaily/-

Dinar Emas buat Umno jadi kalut Nilai

29 Ramadhan 1431 H
Oleh: M Faqih

RAMAI orang jadi gila kerana emas. Isteri mengamuk apabila si suami tidak menghiraukan membeli barang kemas menjelang Aidilftiri. Bagi sang kekasih mesti menyediakan gelang atau cincin emas untuk merebut hati bakal isteri.

Emas juga membuatkan segelintir manusia bertindak ganas. Lihat laporan media, saban kali ada berita kedai emas dirompak.

Ada yang memecah masuk kedai menyimpan emas di kedai pajak gadai kerana mahu cepat kaya. Ada juga perompak ditembak mati angkara emas.

Sekarang menjelang raya, kedai-kedai emas dipenuhi orang ramai. Ramai perempuan mahu bergaya sambut raya dengan bergelang emas.

Tidak kurang juga ada yang terpaksa menggadai nyawa kerana emas. Mereka bekerja di lombong emas sebagai punca pendapatan keluarga. Tengok apa yang berlaku di Chile, baru-baru ini.

Seramai 33 pelombong terperangkap di bawah tanah, lapor akhbar antarabangsa 31 Ogos lalu. Rupa-rupanya mereka sudah terperangkap selama 25 hari dalam lombong emas yang terletak 800 km di utara Santiago.

Akhbar melaporkan kerja-kerja menyelamatkan mengambil masa tiga hingga empat hari bagi membolehkan pekerja dibawa naik ke atas seorang demi seorang.

Kedalaman lombong emas itu 702 meter. Keadaan udara lembap di lombong emas dan tembaga di San Jose menyebabkan ada pelombong dijangkiti kulat dan mengalami bengkak-bengkak pada badan.

Berdasar kepada risiko tersebut maka tidak hairanlah mengapa harga emas mahal di pasaran dunia. Risiko merupakan antara ciri istimewa yang ada pada emas.

Selain itu mudah dibahagi tanpa menjejaskan mutunya, mudah ditunaikan dan tidak boleh dibinasakan.

Berasaskan kepada kelebihan tersebut maka tidak hairanlah emas menjadi kegilaan ramai sejak dahulu sehingga sekarang.

Harga ayam kekal 1 Dirham

Di awal awal kebangkitan Islam sistem jual beli semuanya berasaskan kepada Dinar dan Dirham. Ia diperluaskan pada zaman Khulafa Al Rasyidin dan kemudian tersebar ke Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara.

Di kepulauan Melayu era kesultanan Melayu Melaka Dinar dan Dirham yang berteraskan emas dan perak digunakan sebagai mata wang.

Sejak dari awal tamadun Islam di zaman Nabi Muhammad saw sehingga ke hari ini seekor ayam tetap kekal pada harga 1 Dirham di kebanyakan tempat di seluruh dunia.

Dalam al-Quran diberitakan kisah Ashabul Kahfi menggunakan wang perak untuk membeli makanan selepas tersedar dari tidur. Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik.

Maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorang pun.”

Ayat di atas mengkisahkan pemuda yang ditidurkan oleh Allah SWT selama 309 tahun dalam sebuah gua. Kemudian telah menghantar salah seorang rakan mereka untuk membeli makanan dengan membawa wang perak.

Ini bermakna dalam tempoh 309 tahun, wang perak yang digunakan masih stabil dan mampu digunakan bagi membeli makanan.

Malangnya penggunaan wang Dinar dan Dirham gagal selepas kemerosotan empayar Islam pada abad ke-13 Masehi. Kedatangan penjajah yang berselindung di sebalik misi God, Glory and Gold menyebabkan umat Islam kehilangan tamadun yang gemilang.

Nilai emas syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya RM1,082 pada 18 Julai 2001, tetapi pada 1 Julai 2010 ia meningkat kepada RM4,104.

Pada kurun ke-19 negara-negara di Eropah menggunakan sistem kewangan yang dikenali sebagai ’gold standard’ di mana emas dijadikan sandaran kepada rezab mata wang.

Namun sistem tersebut dirombak selepas tercetus perang Dunia Pertama. Selepas perang Dunia Kedua sistem kewangan Bretton Woods pula diperkenalkan.

Ketika itu mata wang Dollar Amerika (USD) mulai menjadi mata wang utama dunia telah ditambat kepada emas pada kadar USD35 setiap auns.

Malangnya sistem tersebut hanya dapat bertahan sehingga 1971, di mana masyarakat antarabangsa menggunakan pula sistem mata wang berasaskan nilai sah yang diterima umum. Dan ia tidak lagi bersandarkan kepada emas.

Switzerland merupakan negara terakhir yang bertukar kepada sistem wang fiat pada 2000.
Bina tamadun Islam

Setelah umat Islam kehilangan tamadun dalam tempoh begitu lama, kerajaan Kelantan berusaha untuk membina semula tamadun yang hilang.

Selepas bertahun-tahun menghebabkan kelebihan yang ada pada Dinar dan Dirham, akhirnya kerajaan PAS memperkenalkan Dinar Kelantan pada 2006.

Ketika itu koin Dinar syiling seberat 4.25 gm dengan ukuran 23 mm bernilai RM332.25 dilancarkan. Selain itu separuh Dinar dengan ukuran 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76turut diperkenalkan.

Manakala suku Dinar pula seberat 0.5 gm berukuran 21 mm mempunyai nilai sebanyak RM99.38. Dan hari ini selepas empat tahun kemudian nilai bagi satu Dinar melonjak kepada lebih RM500.

Dan pada 2 Ramadan lalu sekali lagi Kelantan mencatat satu sejarah apabila mata wang syariah Dinar dan Dirham Kelantan diperkenalkan.

Kali ini penggunaan Dinar diperluaskan lagi fungsinya kepada pembayaran gaji, bayar zakat, mas kahwin dan urusniaga.

Kalau pada 2006 Dinar Kelantan hanya digunakan bagi mas kahwin dan simpan nilai tetapi hari ini fungsinya sudah berkembang.

Malah ada individu yang tampil menggunakan mata wang syariah untuk membeli barangan.

Kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan di Kelantan menyebabkan Umno menjadi seperti cacing kepanasan.

Maka melalui ’tukang juara’ mereka mencanangkan Dinar memberi kesan negatif, Dinar sekadar gimik politik dan macam-macam tohmahan.

Tukang ’karut’ bagi pihak Umno yang tidak kering gusi untuk memperlekehkan usaha kerajaan PAS Kelantan ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Sedangkan beliau lupa pada 29 Julai 2003 Awang pernah mengeluarkan kenyataan The Royal Mint of Malaysia Sdn Bhd mengeluarkan syiling 1 dan 1/4 Dinar untuk pembayaran gaji kakitangan syarikat tersebut.

Ketika itu Awang adalah pengerusi Royal Mint. Anehnya hari ini beliau seolah-olah menyembur ludahnya ke langit sehingga terpercik ke muka sendiri.

Sepatutnya dalam soal ini Awang yang juga bekas Penolong Bank Negara lebih berhati-hati mengelak daripada mempersendakan dirinya sendiri.

Maka tidak hairanlah seperti kata bekas pensyarah kanan USIM, Dr Zulkifli Muhamad Al Bakri, pemimpin yang sering klu klik merupakan pemikiran yang bahaya. Menurutnya pemikiran itu dianggap sudah mati akal.

Hari ini selepas orang ramai tidak menghiraukan momokan buruk Umno terhadap Dinar dan Dirham, Awang dan Umno Kelantan seperti kelu. Awang tambah malu selepas rakyat di Bachok menolaknya pada 8 Mac 2008 di kerusi parlimen Bachok dan Dun Perupok.

Awang sekarang menanggung malu berganda-ganda. Beliau juga pernah menobatkan dirinya sebagai calon MB Kelantan. Rakyat Kelantan kini tambah kenal siapa timbalan menteri yang bernama Awang Adek.

Harakahdaily/-

Kereta Sosilawati, peguamnya ditemui

29 Ramadhan 1431 H

Dua buah kereta mewah dipercayai milik hartawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan seorang peguamnya ditemui oleh orang awam di dua lokasi berbeza di Subang Jaya malam semalam.

Difahamkan kereta terbabit iaitu BMW M5, dipercayai milik Sosilawati ditemui di parkir kenderaan di Pangsapuri Angsana, USJ 1, manakala BMW 5series dipercayai milik peguamnya ditemui berhadapan sebuah rumah teres berdekatan sebuah hotel di sini, kira-kira 10 malam semalam.

Terdapat dua pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Bukit Aman sedang mengambil bukti dan maklumat lanjut dari dua kawasan penemuan kereta berkenaan.

Difahamkan kenyataan media berhubung penemuan dua buah kereta ini akan dikeluarkan esok pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penemuan kereta terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Akhbar hari ini melaporkan Sosilawati, 44, gagal dikesan selepas dilaporkan hilang secara misteri sejak seminggu lalu.

Malaysiakini/-

Hartawan kosmetik hilang: Polis ada petunjuk

29 Ramadhan 1431 H

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata pihaknya telah mempunyai maklumat berhubung kehilangan pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi sejak 30 Ogos lalu.

Beliau berkata berdasarkan maklumat itu pihaknya yakin dapat menemui keempat-empat mereka."Kita ada maklumat-maklumat tertentu.

InsyaAllah kita akan dapat jumpa mereka ...kita ada maklumat," katanya pada sidang media semasa lawatannya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sempena persaraannya, di Shah Alam, hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini berhubung kehilangan Sosilawati, 47, dan tiga lagi iaitu peguamnya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pemandu peribadinya Kamarudin Shansudin, 47 dan pegawai CIMB Bank Norhisham Mohammad, 38.

Mengulas lanjut, Musa berkata polis kini menyoal siasat semua anggota keluarga mereka yang hilang bagi mengesan jejak terakhir keempat-empat individu berkenaan termasuk siapa yang mereka bercadang untuk berjumpa pada hari tersebut.

"Buat masa ini kita sedang mencari orang yang nak berjumpa dengan dia (Sosilawati), yang dipercayai seorang peguam yang mengatakan nak menjalankan kontrak penjualan hartanah," katanya.

Musa juga berkata tidak ada tanda mencurigakan ditemui polis pada kereta Sosilawati yang dijumpai di Subang Jaya semalam.

Sosilawati dilaporkan gagal pulang ke rumahnya sehingga hari ini selepas keluar untuk ke Banting, Selangor dipercayai bagi menguruskan jual-beli tanah di sana pada 30 Ogos lalu.

Malaysiakini/-

Jakim: 1 Syawal ditentukan melalui rukyah, hisab

29 Ramadhan 1431 H

Malaysia menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehcerapan) untuk menentukan awal Syawal, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata perbezaan penentuan tarikh hari raya antara negara-negara Islam termasuk Malaysia disebabkan wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan).

Perkara itu juga bergantung kepada penentuan pihak berkuasa agama di negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau kedua-duanya, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hasil mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalender Islam pada 13 April lalu, satu laporan penetapan tarikh awal anak bulan syawal telah dikemukakan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi rujukan untuk menentukan awal syawal.

"Kriteria imkanur rukyah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah," katanya.

Wan Mohamad berkata satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).

Di Malaysia, katanya, data kajian bagi tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat dua titik rujukan iaitu melihat kepada koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dan koordinat Tanjung Chincin, Pulau Langkawi (stesen paling barat).

Bagi menentukan awal Syawal 1431, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal pada 29 Ramadan bersamaan 8 Sept (esok).

Cerapan itu akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan proses cerapan di peringkat negeri lazimnya diketuai oleh mufti negeri.

"Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja," katanya.

Malaysiakini/-

Iklan hina Islam: SUAP buat laporan polis

29 Ramadhan 1431 H

Suara Anak Pahang (SUAP) hari ini membuat satu laporan polis berhubung penyiaran iklan hari raya oleh sebuah stesen televisyen swasta yang didakwa menghina umat Islam di negara ini.

Laporan polis itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak SUAP, Mohd Shukri Mohd Ramli kira-kira 3 petang tadi di Ibupejabat Polis Daerah Kuantan.

Mohd Shukri berkata pihaknya mahu satu siasatan dijalankan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam penerbitan iklan itu.

"Biarpun kemaafan telah dibuat oleh pihak TV3, namun begitu kes yang cukup biadap ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi kesucian Islam di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kuantan.

Katanya iklan yang disiarkan mulai 2 Sept lalu sebelum ditarik balik tiga hari kemudian tidak wajar diterbitkan untuk siaran tanpa sebarang penapisan oleh pihak berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang memfailkan saman terhadap Pengarah Kreatif TV3, Pengarah Urusan TV3, Media Prima dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung kes itu.

Malaysiakini/-

Senyum sejenak (2)

29 Ramadhan 1431 H.

JARAK DUNIA

Suatu hari dikatakan kepada Juha:”Berapa hasta jarak bumi?” Dan saat itu lalulah jenazah, maka Juha berkata kepada mereka:”Mayat ini akan menjawab pertanyaan kalian, maka tanyalah dia kerana dia telah menjelajahi dunia dan sekarang dia telah keluar dari dunia (meninggalkan dunia).”

PETANI ATAU RAJA

Suatu hari Juha ditanya:”Siapa yang lebih hebat, Raja atau petani?” Lalu dia menjawab:”Petani lebih hebat, kerana seandainya petani tidak menanam gandum, maka Raja akan mati kelaparan.”

AKU TIDAK BOLEH MEMBACA

Seorang laki-laki memberikan buku kepada Juha supaya dia membacanya, lalu Juha kesulitan dalam membaca buku tersebut… dia tidak tahu apa isi buku itu dan dia ingin terbebas dari celaan mereka. Maka Juha bertanya kepada laki-laki yang memberinya buku:”Dari mana engkau mendapatkan buku ini?”Laki-laki itu menjawab:”Dari kota Halab…”Maka Juha berkata:”Engkau benar…dan siapa yang memberi tahumu bahwa aku bisa membaca bacaan dengan bahasa Halab ”

BERAPA ORANG GILA DI KAMPUNG INI

Dikatakan kepada Juha :”Hitunglah jumlah orang-orang gila dikampung ini.”
Juha berkata:”Ini sangat panjang…..akan tetapi aku boleh dengan mudah menghitung untuk kalian jumlah orang-orang yang berakal”

YA ALLAH, MATIKAN AKU SEPERTI MATINYA BAPAKKU

Anak Juha pernah berdoa kepada Allah dengan berkata:”Ya Allah, matikanlah aku seperti kematian bapakku.”

Maka orang-orang bertanya bertanya kepadanya:”Memang bagaimana kematian bapakmu?’Maka dia berkata:Dahulu bapakku makan daging onta panggang…dan sepiring manisan lalu naik keloteng dan tidur di bawah pancaran sinar matahari, dan belum bangun sampai sekarang.”

MENINGGALNYA BAPAK JUHA

Bapak Juha meninggal dunia, lalu dikatakan kepada Juha:”Pergi dan belilah kain kafan.”

Juha menjawab:”Demi Allah, sungguh aku khawatir kalau aku pergi membeli kafan dan aku tertinggal dari shalat jenazah.”

APA INI?

Ketika Juha kecil ibunya pergi ke pesta (walimah) pernikahan dan dia meninggalkan Juha sendirian di rumah setelah diberi pesan supaya menjaga pintu. Juha duduk menjaga pintu sampai waktu Ashar, dan ketika ibunya belum pulang juga, bangkitlah Juha dari duduk dan mencopot pintu tersebut lalu memikulnya di atas punggungnya lalu membawanya kepada ibunya.

Ketika ibunya melihat Juha, dia berteriak:”Celaka kamu Juha, apa ini?” Maka Juha menjawab:”Engkau telah berpesan kepadaku untuk menjaga pintu ini, maka ini aku bawakan pintunya untukmu dan telah aku jaga dengan baik.”

DEMI ALLAH, WAHAI BAPAKKU, MEREKA MENUJU RUMAH KITA

Pada suatu hari rombongan pembawa jenazah melewati Juha, saat itu anak Juha bersama Juha, dan di antara rombongan ada seorang wanita yang menjerit dan berkata (kepada jenazah):”Sekarang mereka akan membawamu ke sebuah rumah yang tidak ada alasnya (sofa), tidak ada atapnya, tidak ada roti dan tidak ada air minumnya……”

Anak Juha berkata kepada bapaknya:”Demi Allah wahai bapakku sesungguhnya mereka akan menuju ke rumah kita.” (karena rumah Juha memiliki cirri-ciri seperti yang disebutkan oleh wanita tersebut, padahal yang dimaksud adalah “kuburan”)

(Sumber: Diterjemahkan dari من نوادر جحا dari www.majdah.maktoob.com
Oleh Abu Yusuf Sujono)

Kedutaan besar M'sia diserang lagi

29 Ramadhan 1431 H

Sejumlah penunjuk perasaan sekali lagi menceroboh dengan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dalam satu demonstrasi hari ini.

Berikutan itu Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang oleh anggota polis yang mengawal di hadapan kedutaan itu.

Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin berkata penghantaran nota bantahan itu akan dibuat sesuai dengan pengakuan pihak berkuasa Indonesia untuk melindungi Kedutaan Besar Malaysia dan warga negara Malaysia yang berada di Indonesia.

Jaminan itu sekali lagi ditegaskan pada mesyuarat Menteri Luar Indonesia dan Malaysia di Kota Kinabalu semalam.

Pada akhir mesyuarat itu semalam, Indonesia menegaskan bahawa ia akan melindungi kedutaan besar dan rakyat Malaysia di negara itu, begitu juga dengan Malaysia yang turut memberi jaminan untuk melindungi kedutaan besar dan warga Indonesia di Malaysia.

Dalam demonstrasi selama sejam mulai pukul 11.40 pagi ini, 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama "ganyang Malaysia", telah datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan lebat.

Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia.

Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan "Ganyang Malaysia" di pintu pagar itu dan dalam pidatonya kumpulan itu meminta agar kerajaan Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia dan mereka sendiri bersedia turut serta bagi mempertahankan Indonesia.

Kumpulan itu juga cuba merentangkan bendera merah putih yang panjang di pintu pagar itu namun dihalang oleh Polis Indonesia, yang kemudian meminta mereka turun daripada atas bangunan pos pengawal keselamatan itu.

Pasukan polis yang datang awal menunggu penunjuk perasaan dengan beberapa kenderaan termasuk sebuah gerabak kenderaan yang membawa tiga gulung kawat berduri tetapi ia tidak direntangkan di hadapan kedutaan besar itu.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota LMP memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan yang sama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Kali pertamanya ialah pada 16 Ogos lalu dan dalam kejadian itu, selain menceroboh, mereka turut merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia dengan menggunakan batang buluh serta mengotor plak itu dengan lumpur longkang.

Sebelum mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia hari ini, kumpulan itu telah berdemonstrasi di hadapan Kementerian Luar Negeri Indonesia dan selepas aksi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia,

mereka meneruskan aksi sama di hadapan Istana Negara, iaitu pejabat dan kediaman rasmi Presiden Indonesia.

Selain kumpulan LMP, dua kumpulan lain iaitu Kesatuan Aksi Lintas Mahasiswa (Kalam) dan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) dilaporkan akan turut mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Besar Malaysia hari ini.

Malaysiakini/-

Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu

29 Ramadhan 1431 H
Oleh: Joseph Sipalan

Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah ‘dibonsaikan’ (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agenda politik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.

Bekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

"Proses ‘membonsai’, mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.

Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.

Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.

"Di Malaysia agak mudah. Hantu bagi orang Melayu adalah Cina. Melayu dibuat percaya bahawa terdapat pelbagai macam hantu dan rakyat patut berterimakasih kepada Umno kerana menyelamatkan mereka.

"Ia seperti taktik bomoh di kampung, di mana penduduk diberitahu terdapat macam pelbagai hantu untuk ditangani...Umno menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

Hishamuddin mendakwa seperti zaman penjajah British di Malaya, Umno sedar minda Melayu yang bebas adalah ancaman terhadap parti tu. Justeru, mereka berusaha memastikan minda Melayu tidak bebas dan boleh terus dikongkong.

Tambahnya, Umno tidak akan bersetuju membebaskan minda Melayu kerana akan menjejaskan kuasa parti yang memerintah itu serta penguasaan kekayaan negara oleh mereka.

Malaysiakini/-

Santa 'Pak Haji', TV3 diminta tak ulangi kesilapan

29 Ramadhan 1431 H

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menghantar surat peringatan kepada rangkaian televisyen Media Prima Bhd agar tidak mengulangi kesilapan menyiarkan iklan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Surat dari ketuanya, Nasrudin Hassan dihantar kepada ketua pegawai eksekutif rangkaian itu, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan melalui faksmili semalam.

"DPP Pusat mengingatkan TV3 agar tidak mengulangi perkara ini lagi di masa akan datang serta menjaga sensitiviti umat Islam.

"TV3 seharusnya mempunyai lembaga penapisan atau pemantauan syariah yang ketat agar sesuatu iklan atau filem yang ditayangkan di TV3 tidak bercanggah dengan syariah atau aqidah umat Islam serta boleh diterima oleh semua pihak," katanya dalam satu kenyataan.

PAS juga kata Nasrudin mahu TV3 berhati-hati dalam setiap bahan yang mahu disiarkan dan menggesa stesen tersebut mewujudkan lembaga penapisan atau pemantauan syariah.

Katanya, iklan tersebut tidak sepatutnya disiarkan langsung kerana mengundang persepsi buruk daripada masyarakat khususnya umat Islam lebih-lebih lagi ketika pada bulan Ramadan.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.”

Selain itu, Pemuda PAS turut meminta pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Penerangan agar meningkatkan pemantauan ke atas penyiaran seperti iklan, drama atau filem agar kandungannya tidak melanggar batas syarak.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Malaysiakini/-