09 September 2010

Iklan hina Islam: SUAP buat laporan polis

29 Ramadhan 1431 H

Suara Anak Pahang (SUAP) hari ini membuat satu laporan polis berhubung penyiaran iklan hari raya oleh sebuah stesen televisyen swasta yang didakwa menghina umat Islam di negara ini.

Laporan polis itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak SUAP, Mohd Shukri Mohd Ramli kira-kira 3 petang tadi di Ibupejabat Polis Daerah Kuantan.

Mohd Shukri berkata pihaknya mahu satu siasatan dijalankan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam penerbitan iklan itu.

"Biarpun kemaafan telah dibuat oleh pihak TV3, namun begitu kes yang cukup biadap ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi kesucian Islam di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kuantan.

Katanya iklan yang disiarkan mulai 2 Sept lalu sebelum ditarik balik tiga hari kemudian tidak wajar diterbitkan untuk siaran tanpa sebarang penapisan oleh pihak berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang memfailkan saman terhadap Pengarah Kreatif TV3, Pengarah Urusan TV3, Media Prima dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung kes itu.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang menghasilkan iklan ini mesti dicari sampai ke lubang cacing. Siapa yang buat, siapa yang memberi sumber kewangannya perlu dicari sampai dapat.

Iklan itu hanyalah buah daripada niat jahat mereka kepada ummat islam diMalaysia. Membuang iklan itu drp ditayangkan dan kemudian meminta maaf tidak memadamkan niat orang yang berniat itu.

Kita mesti lebih keras lagi supaya tidak ada yang berani mencabar aqidah Islam. Kita juga mesti memanjangkan lagi isu ini untuk membersihkan semula aqidah, ibadah dan akhlak ummat Islam di Malaysia. Biar semua ummat Islam kita ingat bahawa wujudnya pergerakan untuk merosakkan agama mereka.

Kesilapan orang yang merancang kejahatan ini mesti tidak dibiarkan begitu sahaja oleh orang2 yang prihatin kepada agamanya. Mereka kita kita tidur, tidak dapat membezakan dakyah mereka yg jahat itu.