IPOH, 11 Nov. :- Wakil dari Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah 2 kali menyelitkan ayat Al Quran semasa membahas Bajet 2009 sebentar tadi.Yb. Wong kar Woh mendapat perhatian dari semua yang hadir bila ia menyebut ayat ke 12 dari Surah Al Hujurat . Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.
Sekali lagi sebelum dia menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah :"takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar " dari surah Ali Imran ayat 110.

