04 April 2009

Kecoh di Mesjid Pekan Terong, pengerusi mesjid naik angin kepada petugas PAS.

Petugas Pemuda PAS Selangor akur dengan arahan kasar dari pengerusi mesjid yang naik berang kononnya tidak mahu mana-mana parti politik berada dalam kawasan mesjid. saya sempat bertanya "adakah abang pakai duit abang untuk bina mesjid ini, menyungguh sangat, sabarlah" rupanya dia makin naik minyak. Maklumlah terlalulah UMNOnya dan Islam Hadharinya.

Sebelum itu kenderaaan dan petugas memulai mengagihkan kelapa jelly dan risalah di dalam kawasan mesjid berhampiran pintu pagar utama. Disinilah bermulanya episod naik angin dan suara tinggi "saya diamanahkan untuk jaga mesjid ini, saya minta keluar". Semuanya tenang dan terkawal perasaannya kecuali si pengerusi mesjid yang nampaknya sudah "hilang air sembahyangnya".

aksi dari jauh, cekak pinggang berbaju putih itulah si pengerusi mesjid. Anehnya yang lain tidak menyokongnya, nmpaknya layak letak jawatan kerana sudah buat keputusan sendiri dan halau tetamu Allah sesuka hati.

Kalau tidak boleh berpolitik ini khemah untuk apa? tanya petugas pemuda, tambah naik anginlah dia. Begitulah manusia kalau sudah cerdik tapi tidak boleh ikut dan bodoh tetapi tidak boleh diajar !

18 ulasan:

pejuang berkata...

Pengerusi masjid...bukan nya Imam...entah2 baru masa PRK ni baru datang masjid tak?

cucuhamka berkata...

Memang itulah kerja org UMNO. Politikkan masjid. Berpura-pura alim api jahil.

Tanpa Nama berkata...

Banyakkan Sabar,insyaalah Allah bersama org benar.teruskan pejuang saudara-saudari dalam menaikkan sinar islam.Kebaikan balasannya sudah tentu yang baik.Budi bahasa budaya kita. Kata tak nak pada BN.

Musafir Kelana berkata...

Assalamualaikum WBKT

Kali ini saya tidak bersetuju dengan Drs Khalil Idham Lim.

Saya berpendapat, tidak wajar PAS mengikut rentak BN yg menggunakan masjid sebagai tempat berkempen.

Biarlah kita memilih untuk berhusnul zan kepada Pengerusi Masjid itu yang mungkin 'tidak mahu' masjid digunakan sebagai tempat berpolitik. Di akhirat nanti, dia juga nak kena berjawab depan Allah nanti kan.

Adalah lebih baik masjid dikeluarkan daripada senarai tempat berkempen kerana masjid ialah tempat kita berjemaah, bukannya berpecah belah.

Kalau PAS nak edar risalah, lebih baik sekiranya diedarkan risalah itu di luar masjid berdekatan dengan pintu pagar. Sesiapa pun tak boleh nak sakit hati dengan kita.

Wallahua'lam.

abgBro berkata...

hahaha satu lagi tindakan demokrasi ala taik kucen ameno be end..

"saya diamanahkan untuk jaga masjid ini, saya minta keluar"

-sapa yg bg amanah kat hang..amen0???

hehehee..

Tanpa Nama berkata...

saya agak bersetuju dengan pandangan sdra muhammad fadzly supaya kita 'menjauhi' masjid dan surau untuk berkempen di ketika ini. sekarang tumpuan pendekatan lebih kepada kepartian, bukan kepada jemaah. di ketika dua pihak bertentangan ini, elok lah ketepikan dahulu kawasan pengikat persaudaraan ini. masih byk lagi tempat lain umtuk kita sampaikan mesej kita...aiman rizal

Tanpa Nama berkata...

saya agak bersetuju dengan pandangan sdra muhammad fadzly supaya kita 'menjauhi' masjid dan surau untuk berkempen di ketika ini. sekarang tumpuan pendekatan lebih kepada kepartian, bukan kepada jemaah. di ketika dua pihak bertentangan ini, elok lah ketepikan dahulu kawasan pengikat persaudaraan ini. masih byk lagi tempat lain umtuk kita sampaikan mesej kita...aiman rizal

Dr Fikrah berkata...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Suka saya untuk menerangkan hakikat berkempen di dalam Masjid. Kefahaman yang perlu ada ialah, perbezaan di antara kempen BN dan kempen PR. Selama saya hidup ini, PR membawa mesej kebenaran, menuntut hak dan menegakkan keadilan. Manakalah BN pula tidak dilihat sedemikian.

Oleh itu, menjadi satu tuntutan kepada manusia untuk menyebarkan kebenaran di dalam Masjid, menjadikannya pusat untuk menegakkan keadilan dan sebagainya. Jadi, ia tidak salah untuk menggunakan masjid untuk menyebarkan dakwah.

Sekiranya BN menyebarkan kebenaran dan menegakkan keadilan, dipersilakan menggunakan Masjid. Tetapi, saya tidak beranggapan begitu, kerana berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini Wallahua'lam.

Saya yakin, PR menyebarkan kebenaran, dan bukan membuat fitnah. PR juga berjuang menegakkan keadilan. Sekiranya BN sudah menjadi satu perti yang benar-benar adil, maka tidak perlu wujudnya PR..

Salam Perjuangan

Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

tamban tegeliat berkata...

saya TAK berapa setuju dgn pendapat kita kena menjauhkan diri dari masjid semasa kempen. Di mana silapnya berkempen di masjid? kita jgn temakan dgn dakyah Umno bahawa masjid bukan tempat utk berkempen.
kita boleh rujuk sirah Rasulullah SAW ttg peranan masjid. Bagaimana puak 'Aus dan Khazraj yg bertelagah begitu lama, dapat bersatu atas dasar Islam.
mesej yg kita nak sampaikan di masjid bukan utk memecahkan perpaduan antara 2 pihak, tetapi lebih kpd seruan utk menyatukan pihak yg berpecah/bertelagah. Mudah2an org2 yg datang masjid lebih sedar peranan dan faham ttg Islam sbg agama perpaduan, seterusnya menerima Islam sbg tunjang dlm pemerintahan negara.
Saya rasa kempen kita lebih kpd memberi kefahaman dan kesedaran, bukan nak memecahbelahkan...
Wallahu a'lam

putraminang berkata...

Macam nilah kalau masjid tu digunakan untuk skop yang amat kecil... cukup ke masjid yang bernilai ratusan ribu malah jutaan ringgit sekadar tempat untuk sembahyang jamaah sahaja.

Pengerusi masjid tu pastinya dangkal ilmunya..
Tak tahu ke di zaman Rasulullah masjid digunakan untuk pelbagai urusan pentadbiran sehingga menjadi tempat mengatur peperangan.

Sesungguhnya berjayalah yahudi & kristian serta penjajah menanam prinsip pada umat Islam seperti pengerusi masjid tersebut bahawa "Agama lain politik lain"... nauzubillah!!!

Dr Fikrah berkata...

Sila lihat penjelasan tentang isu masjid sebagai tempat berkempen...

drfikrah.blogspot.com

Dr Fikrah berkata...

Salam.. sila layari menjawab isu masjid sebagai tempat berkempen.. sekian

drfikrah.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Drs,Dlm suasana di medan tempur masakini para "pejuang" perlu menerobos disetiap sudut dan ruang.Asal dpt menyampai mesej dan tidak melatah dan mampu mengekal momentum gerak kerja.Gelagat si punya angkara tak akan menjadi kudis.Dak gitu? Nona Ratana Chulaborn,

Tanpa Nama berkata...

SALAM.MAAF.bukan persoalan guna masjid untuk politik atau tak...saya ingat siapa yang setuju dgn pandangan fadzly tadi telah termakan propaganda ameno iaitu POLITIK SUKU AGAMA SUKU.TITIK

Tanpa Nama berkata...

tak setuju. kat masjid la kita boleh start berdakwah pada mereka yang kurang faham dengan apa yang kita bawa. kita berpolitik bukan untuk dunia tapi politik tuk akhirat. apa beza amal kita dengan politik kita. dua2 untuk akhirat sana. so kalau amal boleh di masjid kenapa politik tak leh. tapi kene la pandai tarik tali. takleh terus tarik je. kekadang kene kendur sket bagi lawan tersentak

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi masjid dilantik untuk menguruskan masjid. Walaupun cara ia berinteraksi dengan orang lain tidak kita setuju, kita kenalah akur dengan permintaan dia. Walaupun agak "antagonistic" lagak dia.
Perihal khemah yang ada tu, saya lebih berpendapat khemah itu untuk digunakan bagi sambutan Maulidur Rasul. Kan sekarang nie banyak masjid mengadakan acara bagi menyambutnya. Berkebetulan pula dengan musim pilihanraya kecil di situ. Jadi soalan khemah itu tak timbul.
Dalam keadaan kedua-dua pihak sedang "marah-marah" di dalam kawasan masjid, adalah lebih elok petugas berundur dan tidak menimbulkan satu keadaan di mana pihak lawan boleh menjadikannya sebagai isu pilihanraya.
Di luar masjid pun banyak ruang untuk berkempen. Petugas memanglah diakui sudah penat tetapi mesti sentiasa "cool" dan bersabar. Ada hikmahnya nanti.

qistina berkata...

menurut rakan2 saya yang bertugas di situ, pengerusi ni sebenarnya terlalu baik hati membantu petugas2 pemuda selangor itu dengan mengoyakkan poster calon pada kereta salah seorang dari pemuda selangor.

Terima kasih kepada tuan pengerusi, semoga Allah sahajalah yang akan membalas 'jasa' dan 'budi baik' tuan.

Tanpa Nama berkata...

Persoalan utama tadi bukan 'berpolitik' tapi 'berkempen'. Politik itu sebahagian dari unsur Islam maka ia tetap dibolehkan. Keadaan yang wujud sekarang ini, kedua-dua pihak sedang bertelagah (berkempen) oleh dua wadah yang dianggotai oleh orang yang ada unsur Islam. Dalam tempoh sekarang ini, masing2 akan cuba untuk mengalahkan pihak lawannya, maka tujuannya adalah membawa lebih kepada jemaah partinya, bukan kepada jemaah masjid, Kemarahan dan rasa tak puashati tanpa kawalan akan mencetuskan suasana yang tidak baik. Bukan kita mahu menyempitkan maksud Islam, tapi memberi satu ruang yang lebih selesa bagi orang yang sedang memberi penumpuan kepada ibadat khusus dalam tempoh waktu sebegini. Lain lah jika pihak pentadbir menyediakan satu ruang majlis khas seperti debat atau forum kepada kedua-dua pihak untuk mengeluarkan hujahnya di tempat tersebut,ataupun satu ceramah tentang politik islam, bukan politik parti, saya bersetuju. Kita tidak tahu lebih lanjut apakah tindakan pengerusi itu berpihak atau tidak, tetapi jika memang tidak dibenarkan kedua-dua pihak MENGGUNAKAN MASJID UNTUK BERKEMPEN KE ARAH PARTINYA (...bukan ke arah Islam), tindakan pengerusi itu masih lagi saya katakan betul. Bila kita berada di ruang masjid, fokus dan tumpuan perbincangan kita harus tertumpu kepada Islam dan Politik (siasahnya), bukan kempen kepartiannya. Dalam kes Rasulullah (oleh tamban tegeliat) itu, adalah bertujuan penyatuan dua pihak bertelagah. Sekarang ni, jika tindakan pengerusi itu untuk mengelakan pertelagahan (Rasulullah itu pun mengelakan pertelagahan), tidak apa lah. Serupa juga jika diadakan forum atau debat bagi mencari kebenaran dan mengupas fakta, maka sangat-sangat digalakkan bagi kedua-dua pihak berada di masjid, sbb majlis itu akan disertai dengan adab dan peraturan yang terkawal. Berilah satu ruang yang selesa kepada pengunjung-pengunjung masjid di waktu semua ruang waktu dan tempat sedang dipanaskan dengan kempen ini. Birlah mereka mencari petunjuk setelah mendengar hujah di luar sana... aiman rizal.