16 Februari 2009

Penetapan pilihan raya : Nik Aziz gesa Pengerusi SPR letak jawatan

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertikaikan tarikh dua pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang didakwanya memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana diadakan selepas Perhimpunan Agung Umno penghujung bulan depan.

Nik Aziz berkata, ia seolah-olah membuktikan BN mempunyai kuasa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan tarikh mana mana pilihan raya.

"Ini nampak macam campur aduk pihak berkuasa. Kenapa nak buat selepas Perhimpunan Agung Umno?," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Pengundian bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan serentak pada 7 April manakala hari penamaan calon 29 Mac.

Perhimpunan Agung Umno pula diadakan lima hari bermula pada 24 Mac dan berakhir pada 28 Mac.

Menteri Besar Kelantan itu berpendapat jika benar keputusan SPR itu didalangi kerajaan, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof perlu melepaskan jawatannya.

Tarikh dua pilihan raya itu kurang dipersetujui Pakatan Rakyat atas alasan SPR mengambil masa yang lama untuk mengadakan pilihan raya selepas kerusi kawasan berkenaan kosong.

Pakatan Rakyat mendakwa tarikh tersebut diputuskan SPR atas desakan pimpinan BN khususnya Umno.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat tempoh itu memberi kelebihan kepada kerajaan dan Pakatan Rakyat untuk berkempen.

Pilihan raya Parlimen Bukit Gantang diadakan setelah penyandangnya, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Februari lalu manakala kerusi DUN Bukit Selambau kosong setelah wakilnya, V. Arumugam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 8 Februari. BERNAMA.

UMNO Sebenarnya Penderhaka Kepada Raja !

Sejak akhir-akhir ini kami dituduh kononnya menderhaka kepada Raja-raja Melayu dengan pihak berkenaan mengemukakan hujah-hujah palsu dan direka-reka. Sebenarnya kita ada banyak hujah dan fakta yang menarik yang membuktikan sebetulnya UMNO lah yang telah menderhaka kepada Raja.

Saya telah menerima satu email dari individu yang memperkenalkan dirinya "Pas for All"(pastbbps@gmail.com), sebanyak empat keping gambar dikirim oleh beliau sebagai bukit betapa umnolah penghianat kepada bangsa Melayu yang telah menderhaka kepada Raja Melayu secara terang-terangan.

Mungkin sebagaimana kata pepatah, baling batu sembunyi tangan, telunjuk lurus kelingking berkait..itulah wajah UMNO dan pemimpinnya yang sebenarnya.Terang lagi bersuluh merekalah yang menderhaka kepada Sultan dan Raja Melayu.

Tudingan jari ditujukan kepada PAS dan PR dalam isu yang sama di Perak. kenapakah UMNO masih tidak serik dengan kisah lama yang menghiasi persada sejarah bahawa merekalah yang telah telah lama berperangai menderhaka kepada Raja.

Antara yang kita boleh baca dalam resolusi UMNO Selangor yang mempunyai empat perkara yang dikemukakan oleh Umno Selangor kepada Perhimpunan Agong Umno pada tahun1991:-

Pertama- Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada raja secara langsung atau tidak melalui 'Kapitan Cina'.

Kedua- Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka – yang terlibat menghasut raja-raja untuk kepentingan diri sendiri.

Ketiga-Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli mesyuarat kerajaan negeri, setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.

Keempat-Supaya Perhimpunan Agong Umno memberi mandat penuh kepada Dato' Sri Dr Mahathir dalam menghadapi dan mengetuai isu raja-raja ini secara umumnya samada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu.

Zambry sudah kepanasan, pelbagai alasan untuk benarkan tindakannya.

Zambry Abdul Kadir hari ini menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Rabu ini sebagai sesuatu yang pelik.

Beliau berkata, kebiasaannya jawatankuasa berkenaan hanya bertindak terhadap wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN.

Satu kenyataan yang menunjukkan beliau masih dangkal dalam menafsirkan bidang tugas sebenar jawatankuasa tersebut yang sebenarnya merangkumi sesuatu tindakan Ahli Dewan Negeri di dalam dan di luar dewan.


Kalaulah tidak ada satu undang-undang yang boleh mengawal tindakan dan kelakuan seorang ADUN pastinya sangat bebaslah seseorang ADUN melakukan sesuatu tindakan yang bercanggah dengan tidak terikat kepada sesuatu peraturan.

Bayangkan sidang DUN hanya 3 kali setahun dan minima enam bulan sekali berarti boleh saja dua kali setahun. Kalaulah seorang ahli dewan menghina speaker, menghina seorang Menteri Besar dan sebagainya maka peraturan 72 dalam buku Peraturan Dewan dengan jelas memperuntukan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebesan untuk mengambil tindakan.

Persoalan yang dihadapi sekarang jelas sangat besar kesannya kepada apa yang mungkin Zamkbry anggap kecil. kalau tidak mana boleh dia berani melanggarnya walaupun undang-undang tubuh kerajaan negeri perkara 16(6) dengan jelas menyebut seorang MB tidak semudah itu ditidakkan kedudukannya.

Apa pun saya melihat Zambry dan kumpulan kedetanya sudah sangat tersepit dengan isu dan peraturan y6ang mungkin beliau tida fikirkan sebelum ini.

Kita tunggu siapakah yang kena sekali ini.

Speaker Perak,. apakah muslihat BN ?

Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Perak mempunyai pendekatan tersendiri bagi menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu daripada Pakatan Rakyat yang sehingga kini sah jawatannya.

Walau bagaimana pun Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak memaklumkan lebih lanjut apakah pendekatan yang akan digunakan. Katanya lagi pihaknya belum menentukan calon baru yang bakal dilantik bagi jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara di Kuala Lumpur hari ini.

Sebagai yang dimaklum dalam banyak tulisan dan forum, penggantian Speaker hanya boleh berlaku di dalam dewan seperti perlantikanya juga.

Kita mengharapkan itu adalah jalan dan pendekatan yang satu-satunya sah yang dimaksudkan oleh Pak Lah.

Jangan ada pendekatan yang terkeluar dari lunas undang-undang seperti rampasan kuasa yang dilakukan sebelum ini.

Najib gambarkan anak tempatan calon UMNO.

IPOH, 15 Feb . :- Barisan Nasional (BN) memutuskan anak tempatan daripada Umno dipilih sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, kata Najib Razak.

Timbalan Presiden UMNO itu mengumumkan demikian selepas mempengerusi mesyuarat Perhubungan Umno Perak di sini, sebentar tadi.

Gambar menarik pagi ini.

Jam 9.45 (15/2): Tulisan IPOH sedang di naikkan di Jalan Kuala Kangsar( Bukit Gunung Helang).

11.30 malam (14/2): DYMM Yang Dipertuan Agong dan DYMM Sultan Perak di majlis santapan Sempena Jubli Perak.

10.00 mlm (14/2) : ADUN Selingsing, Aulong dan Jalong antara yang hadir Majlis Santapan Jubli Perak.


ADUN Titi Serong dan Isteri.


Jam 7.00 malam (14/2) : YAB Menteri Besar di temu ramah wartawan sebelum maghrib sebelum ke Istana.

PAS Perak bermesyuarat pagi ini.

IPOH, 15 Feb. :- Badan Perhubungan PAS Perak mengadakan Mesyuarat Khas pada pagi ini dengan dihadiri oleh semua pimpinan di semua peringkat yang menganggotai jawatankuasa itu.

Diperkirakan terdapat beberapa penting akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, antaranya persiapan Pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Salahuddin, PAS pertahankan raja-raja Melayu

ALOR SETAR, 14 Feb.: - Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan pendiriannya untuk terus menjunjung tinggi dan mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dalam apa keadaan sekali pun.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, pendirian tersebut menangkis segala tuduhan kononnya dewan berkenaan menentang atau terlibat dalam isu menderhaka terhadap Raja-raja Melayu.

''Dewan Pemuda Pas Pusat tetap konsisten dengan dasar parti iaitu mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dan dalam masa sama berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

''Prinsip kami, tiada siapa pun yang boleh mengatasi undang-undang dalam negara dan apa berlaku di Perak, Dewan Pemuda Pas Pusat menyerahkannya kepada mahkamah untuk menentukan," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon di sini hari ini.

Salahuddin tidak pertahan jawatan.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan dewan tersebut Jun ini.

Salahuddin berkata, keputusan tersebut diambil berdasarkan kepada beberapa faktor, antaranya kesukaran menyandang jawatan itu dalam usia yang meningkat dan proses meremajakan Dewan Pemuda Pas Pusat.

''Sudah sampai masanya saya tinggalkan jawatan, usia pun dah 47 tahun, kalau dilihat parti lain pun, jawatan Ketua Pemuda dipegang oleh calon-calon berusia dalam lingkungan 30-an," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di Kediaman Menteri Besar, Sri Mentaloon di sini kelmarin.

Saya masih Speaker - Sivakumar

IPOH 14 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar menegaskan, beliau masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah.

Menurut Sivakumar, beliau dipilih untuk mengetuai DUN melalui pengundian, maka jawatan yang dipegangnya itu hanya boleh dilucutkan melalui proses yang sama.

''Ramai beranggapan saya telah hilang jawatan Speaker. Ini adalah tidak benar," katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, sehingga kini, beliau masih menjalankan kerja-kerja atau bertanggungjawab sebagai seorang Speaker DUN Perak.

Menurut Sivakumar, pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan juga beroperasi seperti biasa selain beliau turut menggunakan kemudahan-kemudahan rasmi seperti kereta dan sebagainya.

Sementara itu, Menteri Besar kudeta , Zambry Abdul Kadir ketika diminta mengulas kenyataan Sivakumar memberi jawapan untuk melindungi tindakan yang jelas telah membelakangi undang-undang dengan berkata, ''Mereka kata pelantikan itu dibuat oleh DUN, saya nak tanya mereka pelantikan Menteri Besar dan Exco dulu dibuat oleh DUN ke?,''

Berkaitan surat yang didakwa telah dihantar oleh Sivakumar untuk merujuk pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri baru ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan negeri, Zambry berkata, beliau masih belum menerima apa-apa surat yang dimaksudkan.

Menjawab soalan lain, menurut Zambry, Menteri Besar kononnya mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana individu sebagai penasihatnya.

Zambry dilihat cuba mempertahankan tindakannya dengan berkata ''Kita tidak melanggar undang-undang, kita ikut apa peraturan-peraturan yang ada. Saya tak tahu apa yang mereka cakap," kata beliau.

Nizar hadir Majlis Santapan Diraja Perak

KUALA KANGSAR, 14 Feb :- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah malam ini berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Iskandariah di sini.

Majlis santapan sempena perayaan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang jatuh pada 3 Februari lepas turut dihadiri Sultan negeri-negeri kecuali Johor, Perlis dan Negeri Sembilan, serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Yang Dipertua negeri-negeri.

Sultan Johor diwakili oleh Tengku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar manakala Raja Perlis pula diwakili Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin.

Terengganu pula diwakili oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Besar Perak kudeta, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, barisan Exco kudeta kerajaan negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri Perak termasuk Menteri BesarPakatan Rakyat yang masih sah , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beberapa hari lepas dalam satu sidang akhbar, Nizar mengumumkan dia akan hadir dalam Majlis pada malam tadi seperti biasa dan dia membuktikannya.

Zamry tidak tanding MT, tumpu pembangunan atau takut kalah.

Menteri Besar Perak yang tidak sah , Zambry Abdul Kadir menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti bulan depan atas alasan perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pembangunan negeri.

Namun saya melihat sebenarnya dia takut kalah dalam pemilihan yang akan dihadapinya tidak berapa lama lagi itu. Tindakannya melakukan rampasan kuasa di Perak sebenarnya telah menimbulkan kemarahan rakyat bukan sahaja di Perak tetapi di seluruh negara.

Alasannya Menteri Besar menuntut beliau memberikan tumpuan penuh kepada negeri dan terpaksa melupakan sementara hasrat menyertai pertandingan dalam parti.

Zambry akan di hukum akibat kebiadapannya melanggar peraturan dan undang-undang yang sedia ada dan saya pun menjangkakan kalau beliau bertanding dia pasti akan kalah.

Berapa ramaikah sebelum dari ini seorang menteri besar berjaya dalam perebutan kerusi UMNO itu, alasannya seakan dibuat-buat untuk melindungi masalah sebenar itu.

"Sekiranya saya tidak menarik diri, saya terpaksa menjelajah ke seluruh negara bagi memperkenalkan diri dan berjumpa dengan seluruh perwakilan. Katanya, persoalannya adakah sebelum ini masa tidak mencukupi untuk dia menjelajah negara berkempen. Dia Jadi MB kudeta baru beberapa hari ini.

Perhimpunan agung Umno dijadualkan dari 24 hingga 28 Mac ini.