16 Februari 2009

Salahuddin, PAS pertahankan raja-raja Melayu

ALOR SETAR, 14 Feb.: - Dewan Pemuda Pas Pusat menyatakan pendiriannya untuk terus menjunjung tinggi dan mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dalam apa keadaan sekali pun.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, pendirian tersebut menangkis segala tuduhan kononnya dewan berkenaan menentang atau terlibat dalam isu menderhaka terhadap Raja-raja Melayu.

''Dewan Pemuda Pas Pusat tetap konsisten dengan dasar parti iaitu mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dan dalam masa sama berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

''Prinsip kami, tiada siapa pun yang boleh mengatasi undang-undang dalam negara dan apa berlaku di Perak, Dewan Pemuda Pas Pusat menyerahkannya kepada mahkamah untuk menentukan," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Dewan Pemuda Pas Pusat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Sri Mentaloon di sini hari ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, PAS/PR bukan bertanding melawan Tuanku Sultan. Tapi UMNO/BN!

Tanpa Nama berkata...

UMNO Terengganulah yang menderhaka pada Tuanku Sultan Terengganu / YDP Agong!!!