16 Februari 2009

Speaker Perak,. apakah muslihat BN ?

Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Perak mempunyai pendekatan tersendiri bagi menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu daripada Pakatan Rakyat yang sehingga kini sah jawatannya.

Walau bagaimana pun Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak memaklumkan lebih lanjut apakah pendekatan yang akan digunakan. Katanya lagi pihaknya belum menentukan calon baru yang bakal dilantik bagi jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara di Kuala Lumpur hari ini.

Sebagai yang dimaklum dalam banyak tulisan dan forum, penggantian Speaker hanya boleh berlaku di dalam dewan seperti perlantikanya juga.

Kita mengharapkan itu adalah jalan dan pendekatan yang satu-satunya sah yang dimaksudkan oleh Pak Lah.

Jangan ada pendekatan yang terkeluar dari lunas undang-undang seperti rampasan kuasa yang dilakukan sebelum ini.

14 ulasan:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Buat Al Fadhil Ustaz,

Undang-undang? Apa tu ustaz? Umno takkan peduli semua tu. Sebagai parti perkauman yang menggunapakai undang-undang rimba, Umno takkan hormati sebarang lunas yang digariskan undang-undang.

Percayala. Tengokla nanti bagaimana Umno Bn sekali lagi dengan rakusnya memperkosa kedaulatan undang-undang yang mereka agong-agongkan selama ini.... Umno takleh pakai ustaz, benda nak lupus...kan Umno dah dikitar semula tahun 1988 dulu.

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih sering masuk blog ana

leaflizard berkata...

DAH TAK LAMA DAH TUH USTAZ..!! HEHEH

MACAM MANA LA ORANG UMNO NAK CERITA KAN DEKAT CUCU DEPA NANTI KAN USTAZ. HEHE

fikrah islamiah berkata...

Di sinilah kita dapat lihat betapa DS Anuar Ibrahim lebih bijak daripada pemimpin BN, kalau Anuar nak rampas Malaysia seperti mereka buat tentu boleh, tetapi sukar untuk gugurkan YDP Dewan, susah juga jadinya. Sebab itu dia mahu runding cara baik dengan Pak Lah. Tentulah makan masa sikit. Kalau gelojoh macam Najib, jadilah macam sekarang, spekar masih sah.

Tanpa Nama berkata...

Pendekatan tersendiri?
jangan dihilangkan speaker tu dari mukabumi ni dah ler....

Tanpa Nama berkata...

Drs,UMNO will do anything to justify their means though they know the whole world is watching.Our advice to them "Look before you leap" Dang Ratna Kesuma

miee berkata...

mungkinkah benar yang dikata Axiemeluv..
kia sama2 nantikan

Unknown berkata...

umno tutup seblah mata je bab undang2 ni ustaz..

EQUILIBRIUM berkata...

hehehhe teman rasa paklah nak masukkan perenggan baru dalam undang2 tubuh negeri perak muahahaha

lepas tu paklah akan declare inilah undang2 tubuh negeri perak yg sebenarnya :)

Tanpa Nama berkata...

Salam, ptg tadi tertengok di RTM 1, MB PALSU keluar ayat Quran... Wamakaru wamakarALLAH wALLAHukhairalmakirin. Selama ni penceramah PAS/PR je bawa keluar ayat ni. Mungkin pendekatan palsu dia juga ni.. berlakon sungguh puak2 ni!

roh_insan berkata...

Pendekatan pertame: Bayar bnyk2.
Pendekatan kedue : Colek,Simpan,Ugut.
Pendekatan Ketige : C4.

Abis wayang.

refah00 berkata...

Umno ni memang jenis tak ikut undang2.Dah la undang2 Allah pun depa tak bagi PAS buat.undang2 depa sendiri pun depa langgar.

Juraimi Zainal berkata...

TAK PER KAWAN2 KITA TUNGGU JER NANTI

Saya berpendapat siapa saje calun dari Barisan Nasional akan tewas;

BUKIT GANTANG

Mudah saje: 63% - Melayu (akan terbahagi 2), 10% - India (75% akan cenderung kpd PR), 27% - Cina (65% juga akan cenderung kpd PR).

So total up:56.55% goes to PR. Tak caya tunggu.........!!!!!!!!!!!!!

BUKIT SELAMBAU

Mudah saje: 50% - Melayu (akan terbahagi 2), 30% - India (75% akan cenderung kpd PR), 20% - Cina (65% juga akan cenderung kpd PR).

So total up:60.50% goes to PR. Tak caya tunggu.........!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Rasa nye pendekatan baru Pak Lah nak lantik speaker baru nie..mesti nak suruh mahkamah istiharkan perak tak perlukan lagi perlembagaan tubuh kerajaan negeri kut..buang kat tong sampah jer perlembagaan tu...atau pun mahkamah leh pinda perlembagaan..tambah je clause lg...abis la..kacau bilau di buat nyer parti perosak negara nie..undang2 di letakkan kat ponggong depe jer