27 Julai 2014

PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya

29 Ramadhan 1435. [MOD] -

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan. 

Dewan Muslimat PAS Selangor Bersama Presiden

29 Ramadhan 1435. [MOD] -

Kemelut percaturan MB Selangor sepatutnya tidak menjadi isu perbincangan hangat dikalangan ahli dan pimpinan PAS terutamanya dalam suasana menyambut kehadiran 1 Syawal ini. 

Isu dalaman PKR diseret sama ke dalam PAS yang menjadikan pimpinan dan ahli-ahli PAS bertelagah antara satu sama lain. Rakyat juga diseret sama dlm kemelut ini walaupun selama ini rakyat Selangor merasa sejahtera dgn kestabilan politik dan ekonomi negeri Selangor. Ana yakin TG Presiden membuat kenyataan berdasarkan maklumat yang diterima secara terus daripada pimpinan BPPNS yang dibuat sebanyak 2 kali dan juga berdasarkan pengalaman politik dalam dan luar negara yang telah lama dilaluinya. 

PAS Selangor menyokong penuh pendirian tegas Presiden.

29 Ramadhan 1435. [MOD] -

PAS Selangor menyokong penuh pendirian tegas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI)  sebagai Menteri Besar (MB) Selangor. Pendirian ini telah banyak menghurai kemelut kedudukan TSKI sebagai MB Selangor khususnya dalam menetapkan pendirian dan menyatakan sikap ahli-ahli PAS Selangor dalam menghadapi kemelut ini.