CRI/-
Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia bagi semua masyarakat Islam di seluruh dunia. Di China pula, lebih 20 juta penduduk yang beragama Islam menunaikan ibadah puasa dan bersolat tarawih dalam bulan ini. Bagaimanapun, Ramadan yang suci juga dipolitikkan oleh sebahagian kumpulan antikerajaan China di luar negara yang menganggap mereka mewakili masyarakat Islam di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Pada 8 Ogos lalu, Utusan Malaysia menerbitkan rencana dari Kongres Sedunia Uygur yang mengkritik kerajaan China melarang mesyarakat Islam di Urumuqi menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Restoran halal milik etnik Uygur pula dituntut buka pada siang hari.
Sebuah restoran halal di Urumqi, Xinjiang tidak membuka perniagaan pada bulan Ramadan. Pada pintunya dilekatkan notis yang bermaksud "Minta maaf, kami tidak berniaga pada bulan Ramadan".
Baiertiyar, seorang pegawai Jawatankuasa Agama di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang menafikan khabar angin itu dengan mengatakan bahawa, sebagai seorang yang beragama Islam, kakitangan mereka setiap hari telah berkunjung ke puluhan masjid tempatan untuk bersolat dan berbuka puasa bersama-sama masyarakat Islam tempatan. Setiap malam ribuan yang berbuka puasa bersama. Jika benar seperti apa yang didakwa oleh Kongres Sedunia Uygur, sesiapa pun yang mahu masuk ke masjid perlu menunjukkan kad pengenalan dan mendaftar dulu, ini akan menggunakan waktu begitu panjang dan tidak mungkin berlaku. Penduduk etnik Uygur tempatan pula menyatakan, mereka tidak pernah mendengar maklumat tersebut di Urumqi.
Jadi, sumber maklumat Kongres Sedunia Uygur dari mana? Pertubuhan ini yang beribu pejabat di Jerman, merupakan organisasi yang disusun semula dengan beberapa kumpulan pemisah Xinjiang di luar negara, termasuk beberapa kumpulan yang telah disifatkan sebagai kumpulan keganasan oleh masyarakat antarabangsa. Setelah berlakunya peristiwa 11 september, kumpulan-kumpulan tersebut takut menjadi sasaran dalam perang antikeganasan dan menyusun semula pertubuhan dan dikenali dengan nama Kongres sedunia Uygur. Pertubuhan ini mendalangi peristiwa 5 Julai yang berlaku di Xinjiang pada tahun 2009 dan mengakibatkan 197 orang terbunuh. Menjejaskan keamanan dan keharmonian di Xinjiang merupakan kaedah mereka untuk mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, khususnya negara barat dan juga mendapat sokongan dana dari sesepihak.