Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China yang mempunyai 11 juta penduduk beragama Islam. Penduduk beragama Islam yang terdiri daripada 10 etnik minoriti di Xinjiang menikmati dua hari cuti sempena Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 31 Ogos ini.
Di bandar Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, pasar raya tempatan dibanjiri para pelanggan yang datang membeli kuih-muih tradisional dan barangan kegunaan untuk menyambut hari raya. Seorang pelanggan memberitahu wartawan: "Kami amat berpuas hati dengan pasar raya ini kerana semua barang dapat dibeli di sini. Saya bersyukur kerana gaji semakin meningkat dan rezeki pun bertambah murah."
Syarikat Aerman kini mengusahakan rangkaian pasar raya makanan halal yang paling besar di Xinjiang. Sebulan sebelum hari raya, pasar raya mula membuat persiapan untuk menyediakan lebih 20 ribu jenis barangan serta 15 ribu jenis makanan untuk memenuhi permintaan pelanggan Islam. Petugas pasar raya Aerman berkata: "Bekalan kuih-muih tradisional lebih banyak berbanding dengan Hari Raya pada tahun lepas. Ini kerana pihak pengeluar telah meningkatkan jumlah pengeluaran sempena sambutan hari raya. Maka, harganya pun lebih rendah berbanding masa dahulu."
Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan kepada penduduk Islam Xinjiang yang dapat merayakannya di rumah baharu. Encik Ma Xuejun, pemilik sebuah restoran kecil di Xinjiang antara seorang penduduk tempatan yang baru berpindah ke rumah baharu atas inisiatif kerajaan yang memperbaiki penginapan penduduk. Beliau memberitahu wartawan: "Berbanding dengan masa dahulu, rumah sekarang memang lebih baik, bukan sahaja besar, tetapi juga kawasan perumahannya lebih bersih. Kami berasa amat gembira kerana boleh menjamu tetamu pada Hari Raya Aidilfitri di rumah baharu. CRI/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan