31 Mei 2008

Siapa Dr Mahathir?, Siapa Ezam?

Sehari dua ini berita Ezam kembali kepangkuan UMNO menenggelamkan berita yang lain. Sehingga ramai merungut apabila sebuah channel tv sebahagian besar mengisi berita utamanya dengan cerita Ezam.

Seingat saya Ezam hanya bekas setiausaha D.S Anwar Ibrahim yang akhirnya dalam PKR berada dikemuncak sebagai ketua Pemuda Keadilan. Kekuatan dan kehebatannya pada pandangan saya bagai dedalu yang menumpang kesuburan pokok yang ditumpanginya. Demikianlah Ezam yang kehulu-kehilir semasa Anwar dipenjara. Namanya dikenali sebagai Tokoh Reformasi Muda yang kononnya sanggup keluar masuk penjara demi untuk suatu keadilan.

Masuknya Ezam semula menjadi ahli UMNO beerti beliau ingin menumpang dan berteduh kepada parti yang dianggap sebelum ini sebagai "sampah" olehnya. Beerti beliau kena menumpang kepada kekuatan Presiden Parti UMNO. Malanglah nasib Ezam kerana Pak Lah pada pandangan saya tersangat lemah untuk ditumpangi kekuatannya.

Adakah berita kemasukkan Ezam merupakan tabir untuk menutupi berita besar yang sebenar iaitu keluarnya Tun Dr Mahathir dari UMNO.

Inilah realiti yang berlaku dalam batang tubuh UMNO. Sebenarnya gelombang ahli UMNO untuk meninggalkan UMNO terlebih besar dari gelombang ahli PKR ikut Ezam masuk UMNO.

Siapa tidak kenal dengan Tun Dr Mahathir, beliau lebih lama dalam UMNO lebih Ezam, beliau adalah bekas presiden UMNO. Beliau adalah Perdana Menteri selama 22 tahun bagi negara kita yang dicintai. Kalau begitu siapalah Ezam yang nampaknya sekadar mampu menjadi idola kepada "budak-budak hingusan" yang kononnya mula mengikuti Ezam keluar dari PKR.

Najib nafi petrol naik Ahad ini

Akhbar harian hari ini diwarnai dengan penafian khabar angin kenaikan harga minyak. Persoalannya kenapa Najib yang menafikannya bukan Pak Lah. Keduanya kenapa sehingga perlu dinafikan sedemikian rupa. Nampak beria-ria sangat untuk kali ini penafiannya.

Kerajaan menolak khabar angin yang tersebar luas kononnya harga petrol akan dinaikkan sebanyak 40 sen bermula Ahad ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia merupakan khabar angin dan tidak boleh dipercayai.

''Cakap-cakap banyak dan kita tak boleh pakai berdasarkan apa yang kita dengar di hujung telinga. Hari ini tidak ada bincang soal minyak (dalam mesyuarat Kabinet) sebab kita menangguhkannya,'' kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Siapa boleh percaya dengan "tradisi tidak membela rakyat" oleh "Bahaya Negara" BN sudah banyak kali penafian yang tidak ada kesudahannya melainkan benar apa yang di jangkakan. Adakah sebelum ini kerajaan tidak pernah menaikkan harga minyak?

KIta tunggu dan lihat...........................