02 April 2011

Kampung Usaha Jaya Tukau, Mana janji YB untuk memberi peruntukan?

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Janji Pilihanraya

Menjelang pilihanraya ini maka sibuklah pemimpin-peminpin dari parti yang memerintah datang ke kampong-kampong menagih undi dari penduduk kampong dan mula dengan janji-janji baru untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampong. Walaupun mereka tahu janji mereka dulu belum ditunaikan dan ada yang sudah berpuluh-puluh tahun menetap di Perkampungan ‘ Kampong Usaha Jaya’ masih belum mendapat grant tanah atau ‘Land title’, bagi mereka semua ini boleh diselesaikan dengan mengundi mereka dalam pilihanraya nanti. Kesusahan penduduk kamponguntuk mendapatkan hak untuk tempat tinggal sukar sekali sedangkan projek2 pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan.

Kampong Masih Mudur

Keadaan kampong tersebut masih mundur dan jauh ketinggalan dari segi‘infrastructure’ seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut? Dimana keperluan asas seperti api elektrik, bekalan air bersih dan jalanraya yang bertar untuk kemudahan penduduk kampong tersebut.Apa kah penduduk Kampong Usaha Jaya sengaja di pinggir kan?Mereka juga berhak menikmati pembangunan dari segi infrastruktur seperti,jalan raya,bekalan letrik dan bekalan air bersih.

Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang teruk untuk membawa keluar hasil pertanian mereka untuk di jual di tamu-tamu di tepi jalan Miri/Bakam.Kemudahan asas seperti api elektrik, air bersih adalah keperluan basic mereka untuk kegunaan harian.Mereka terpaksa menggunakan keadah lama mengunakan telaga,lampu minyak tanah dsb.demi untuk menyara hidup sekeluarga.Apabila musim kemarau panjang telaga mereka menjadi kering dan air simpanan dalam tangki mula susut. Sekarang penduduk kampong menuntut janji sekiranya pihak berwajib tidak dapat menunaikan janji mereka jangan harap mereka akan dipilih semula jadi wakil rakyat di kawasan tersebut. Mereka menagih janji di bawah NKRA, bagi projek jalan ke Kampung Usaha Jaya Tukau sejumlah RM 350,000 yang telah di luluskan oleh Kementerian untuk membina jalan batu sepanjang 7 km belum menjadi kenyataan.Yang ada sekarang adalah
tiang tiang elektrik yang didirikan disepanjang jalan masuk ke kampong yang dah berbulan bulan tapi belum pun siap siap,dan tak nampak pun satu wayar yang bergantung untuk disambung ke rumah orang kampong bagi menerangi kegelapan rumah mereka .Kesabaran menunggu

Sokong Perubahan

PAS dan Pakatan Rakyat bersedia turun padang dan mendengar sendiri masalah penduduk kampong tersebut dan akan berusaha untuk membantu sekadar yang mampu, sekiranya BN gagal menunaikan janji lebih baik lepaskan kuasa tersebut ke pada Pakatan Rakyat untuk memerintah secara adil. Sekarang kuasa di tangan rakyat maka jangan sia-siakan kuasa anda dengan memilih pemimpin yang tidak jujur, tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa sebagai wakil kamu dalam pemerintahan nanti. Undilah PAS dan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan semua.

Lapan maut dalam siri bantahan bakar al-Quran

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan 2 April - Sekurang-kurangnya lapan petugas asing Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) maut, dua daripadanya dipenggal semalam dalam satu demonstrasi membantah pembakaran al- Quran oleh paderi Amerika Syarikat (AS).

“Lapan pekerja asing maut, dua telah dipenggal,” kata jurucakap polis daerah Lal Mohammad Ahmadzai.

Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi jalan utama bandar tersebut selepas selesai menunaikan solat Jumaat. - Reuters

Tentera Bersekutu lakukan 'jenayah kemanusiaan': Libya

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Rejim Presiden Muammar Gaddafi hari ini menuduh pasukan tentera antarabangsa melakukan 'jenayah kemanusiaan' berikutan tindakan berterusan melancarkan pengeboman terhadap orang awam.

Jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim, berkata tindakan tentera Bersekutu yang melakukan serangan udara dan laut dengan mensasarkan rakyat Linya sebenarnya "penjenayah" dan "golongan tidak bermoral" sehingga sanggup melakukan jenayah kemanusiaan.

Ibrahim berkata, enam orang awam terbuhih semalam selepas serangan di perkampungan Bouargoub, berdekatan bandar minyak Brega, di timur Tripoli.

Kawasan itu kini tercetus penentangan sengit antara tentera Kadhafi dengan kumpulan pemberontak. - AFP

Loji Fukushima masih dalam situasi 'amat serius'

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

NAIROBI: Situasi di loji nuklear Fukushima kini masih dalam 'amat serius', demikian disahkan Ketua Eksekutif Agensi Tenaga Atom Antarabangsa,Yukiya Amano, di sini, semalam.

“Keadaan di Fukushima masih amat serius," katanya pada talimat media di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Ketua Eksekutif badan dunia itu. “Namun Jepun tidak keseorangan dalam masalah ini.

Setiausaha Agung PBB berjanji kepada saya akan memberi semua sokongan yang sepatutnya kepada Jepun.

"Perkara yang amat penting sekarang ialah menamatkan krisis ini dengan secepat mungkin," katanya.

Jepun kini berdepan rintangan untuk menangani masalah kebocoran radiasi di loji nuklear Fukushima selepas dilanda tsunami setinggi 14 meter dan gempa paling kuat 11 Mac lalu.

Malapetaka itu menyebabkan 11,000 orang dilaporkan maut setakat ini dan lebih 16,00 lagi masih hilang. - AFP

3,604 Mangsa Banjir Masih Berada Di Pusat Pemindahan Di Perlis

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KANGAR: Sebanyak 3,604 mangsa banjir di Perlis masih berada di pusat-pusat pemindahan sehingga pagi ini berbanding lebih 4,000 orang malam Jumaat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata kebanyakan mangsa adalah daripada kawasan Kangar membabitkan 2,955 orang yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Sebanyak 590 mangsa adalah daripada kawasan Arau yang ditempatkan di lima pusat pemindahan manakala di kawasan Padang Besar jumlah mangsa hanya 59 orang yang ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Setakat ini lebih 1,000 mangsa telah dibenarkan pulang dan hampir 20 pusat pemindahan telah ditutup.

Hentian Puduraya Beroperasi 16 April Ini

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Hentian Puduraya akan memulakan operasinya pada 16 April ini dengan kemudahan yang disediakan hampir setanding dengan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak pemaju Uda Holdings Berhad yang akan memastikan semuanya siap mengikut jadual kali ini.

"Pada 16 April ini saya akan turun (ke Hentian Puduraya). Pada laporan yang saya terima persiapan berjalan dengan baik. Dalam dua minggu ini saya yakin kerja-kerja utama akan siap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hentian Puduraya sepatutnya dibuka semula pada 1 Mac lalu selepas kerja-kerja menaik taraf dimulakan pada Jun 2009, namun ditangguhkan sehingga 16 April ini bagi membolehkan pemaju menyiapkan kerja yang terbengkalai.

Raja Nong Chik berkata, kemudahan yang disediakan di Hentian Puduraya akan memberi keselesaan kepada pengguna selain lokasinya yang strategik dan berintegrasi dengan pengangkutan awam lain.

Beliau berkata meskipun kemudahan yang disediakan tidak 100 peratus seperti TBS-BTS, ia tetap akan memberi keselesaan kepada orang ramai.

Terdahulu Raja Nong Chik melepaskan 35 pasukan 'treasure hunt' anjuran Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) yang akan menjelajah sehingga ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pemenang pertama 'mencari harta karun' itu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta piala pusingan Tan Sri Isa Samad, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

Presiden Asas Tan Sri Dr Samsudin Hitam berkata, Asas melalui Yayasan Amal Asas akan menyampaikan sumbangan sebanyak RM18,000 kepada Yayasan Anak-anak Yatim Piatu Port Dickson di Kampung Baru Sirusa, Port Dickson petang ini selain sumbangan barangan keperluan harian untuk keluarga kurang berkemampuan di kampung itu. - BERNAMA

Sokongan PR meningkat di Sarawak - pengkaji media

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA, 1 April: Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.

"Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

"Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.

Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak

Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.

"Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.

Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.

"Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

"Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

"Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka," jelas beliau.

Sementara itu ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.

""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban

"Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau.

Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.

Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan.

Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

"Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

"Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang".

Harakahdaily/-

Lima kerusi PAS di Sarawak

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 April: PAS akan bertanding di lima kerusi DUN iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro dalam pilihan raya negeri Sarawak 16 April depan.

Kelima-lima kerusi itu sudah diputuskan berdasarkan perbincangan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan PAS akan bertanding lima kerusi, DAP 15 manakala selebihnya iaitu 51 kerusi akan ditandingi PKR yang akan berunding dengan Snap sebelum apa-apa keputusan muktamat dibuat.

Sementara itu, gelombang pertama gerak kerja petugas PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini sehingga 8 April, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Gelombang kedua pula, katanya akan bermula 8 hingga 16 April, iaitu hari membuang undi.

Jentera dari Semenanjung sebahagiannya telah berada di sana untuk memulakan gerak kerja.

Manakala jentera yang akan bertugas untuk gelombang kdua dinasihatkan menempah tiket penerbangan awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

SPR menetapkan 6 April adalah hari penamaan calon sementara hari mengundi pada 16 April ini.