02 April 2011

Lima kerusi PAS di Sarawak

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 April: PAS akan bertanding di lima kerusi DUN iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro dalam pilihan raya negeri Sarawak 16 April depan.

Kelima-lima kerusi itu sudah diputuskan berdasarkan perbincangan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan PAS akan bertanding lima kerusi, DAP 15 manakala selebihnya iaitu 51 kerusi akan ditandingi PKR yang akan berunding dengan Snap sebelum apa-apa keputusan muktamat dibuat.

Sementara itu, gelombang pertama gerak kerja petugas PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini sehingga 8 April, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Gelombang kedua pula, katanya akan bermula 8 hingga 16 April, iaitu hari membuang undi.

Jentera dari Semenanjung sebahagiannya telah berada di sana untuk memulakan gerak kerja.

Manakala jentera yang akan bertugas untuk gelombang kdua dinasihatkan menempah tiket penerbangan awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

SPR menetapkan 6 April adalah hari penamaan calon sementara hari mengundi pada 16 April ini.

Tiada ulasan: