07 Jun 2009

Nasharuddin kekal timbalan presiden

Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti itu semalam.

Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - Husam dikatakan menang jawatan tersebut.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Datuk Husam Musa (281) dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkan keputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon - Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi manakala Nik Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi

Mujahid bagaimanapun berjaya terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS.

Berikut adalah senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS ialah:

Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin - 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448

Mustapa juga turut mengumumkankeputusan jawatan timbalan pengerusi tetap yang dimenangi oleh Husin Ismail yang mendapat 609 undi.

Dua lagi calon - Ishak Surin mendapat 200 undi manakala Tengku Puji Tengku Abdul Hamid memperolehi 199 undi.

Jawatan pengerusi tetap dimenangi Abu Kassim Abdullah tanpa bertanding.

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam dan pengiraan selesai sehingga awal pagi ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpa bertanding.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam. Malaysiakini.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, semua sudah selesai! Baik yg menang mahupn yg tidak menang hatta yg tidak berjawatan sekalipun KERJA HARUS TERUS DIJALANKAN, PAS HARUS TERUS KEKAL DILIHAT SBGAI PARTI PENGGANTI UTK MEMERINTAH NEGARA BERSAMA PARTI DLM PR YG LAIN..ISLAM PASTI MENYINAR DIBUMI MALAYSIA! Takbirrr

Hamba berkata...

ADAKAH INI BERMAKNA PAS NAK SAMBUNG BALIK IDEA KERAJAAN GABUNGAN? ITU MEMBUNUH DIRI NAMANYA.... PAS NAMPAKNYA MELANGKAH DUA TAPAK KE BELAKANG.... PIHAK YG TIDAK JUJUR DAN MEMPUNYAI AGENDA SENDIRI DI NAIKAN SEMULA. AHLI PAS MUNGKIN BERKATA INI HAK MEREKA UTK MENGUNDI NASHA TP JIKA RAKYAT BERTINDAK TIDAK MENGUNDI PAS DLM PRU 13 ( SEBAB BERPANDANGAN PAS NAK JADI UMNO)JANGAN MARAH SEBAB ITU JUGA ADALAH HAK MENGUNDI RAKYAT... PAS KENA BERFIKIR PANJANG DGN MEMILIH GOLONGAN YG SUKA KEPADA UMNO NI SEBAB RAKYAT TIDAK SUKA KEPADA UMNO MALAH BOLEH DIKATAKAN RAKYAT BENCI DAN JIJIK DGN UMNO ( EPISOD PERAK ADALAH CONTOH TERBAIK). PAS NAK MENUMPANG NASIB DGN UMNO? DI PERSILAKAN SEBAB ITU ADALAH KEPUTUSAN PAS DAN UNDI RAKYAT JUGA ADALAH KEPUTUSAN RAKYAT. ( nampaknya ramai perwakilan PAS masih lagi dlm pemikiran era tahun 50an, tidak faham politik islam dan rakyat dan keimanan yg dilihat dlm bentuk ijazah atau gaya luaran).

ubatkuat berkata...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

TAHNIAH BUAT PEMEGANG AMANAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN MEMARTABATKAN ISLAM DI BUMI INI,,KAMI PENYOKONG PAS TETAP BERSAMA SAF KEPIMPINAN TIDAK KIRA SIAPA YG MENJAWATNYA,,

ALLAH HU AKHBAR,ALLAH HU AKHBAR,ALLAH HU AKHBAR

WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada Nasharudin!
Saya sebagai rakyat biasa amat berharap PAS tidak mengabaikan harapan rakyat. Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan tidak praktikal ketika pemimpin2 UMNO masih mempunyai sifat dan sikap yang sama. Ketahuilah UMNO hanya akan berubah bila mereka menjadi pembangkang di mana pelapis baru mengambil alih kepimpinan UMNO.
TGHA,Ustaz Nasha dan pemimpin2 PAS yang menyokong idea ini perlu berhati2 dalam merangka strategi.
Jangan sampai rakyat hilang keyakinan.

BAYU Agrotech berkata...

Salam,
Tahniah le ust. nasha, anda mng coz bukan dari kalangan kami generasi muda yg maukan anda, anda mng dari perwakilan, next time buka undia untuk semua ahli, baru tau saudara mng atau tak. Lg satu jgn jumpa umno/bn dalam gelap lg, kalau tak hayat PAS akan malap. Sekian......

Tanpa Nama berkata...

rakyat lebih menyokong husam atau abg mat sabu.. yg lebih kerap turun di jalan raya bermandikan panas terik matahari bersama2 rakyat dr Nasha..yg lebih gemarkan berada di dlm bilik berhawa dingin.. jgn satu hari nnt rakyat berkata .. aku penat2 kena meriam air, kena ketuk dgn belantan.. di bakar matahari.. tp pemimpin di atas duduk dgn selesa di dlm bilik berhawa dingin

cathenclox berkata...

xsokong pro muqabalah!

Afyan berkata...

Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.

Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.

Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.

Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.

Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.

Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.

Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.

Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.

====
PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.

Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.

Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.

Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me'liberal'kan PAS.

Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan perpaduan x akan wujud.. UMNO dan PAS kita tahu sejak dulu adalah satu entiti yang berlawanan.. Bagi saya itu hanya dialog antara Pas dan UMNO.. Saya yakin Tok Guru Haji Hadi lebih arif dari ahli2 PAS yang mempersoalkan dialog ini.. Ingat!! hanya berdialog bukan kearah kerajaan perpaduan!!

madkri berkata...

sabar2 bro...jawatan yang Nasa pegang tu bukanlah seumur hidup macam presiden FAM...
Jika berulang lagi kesilapan yang beliau lakukan dulu...kita jatuhkanlah dia selepas ini..Apa2 pun berilah ia peluang untuk memperbaiki kesilapan..ini juga adalah satu tuntutan dalam Islam..

kelate berkata...

ko,nasa akan jadi sejarah kalu ko ,masih berniat mao rujuk dgn ameno tu...

refah00 berkata...

anda buat ulasan apa ni hamba dan bayu agrotech?Orang macam saudara berdua rupanya yang memecahbelahkan perpaduan dalam jamaah.Kalau betul pun pimpinan nak buat kerajaan gabungan atau unity goverment dengan UMNO apa salahnya.Kalau dengan pimpinan DAP yang kafir kita boleh duduk semeja kenapa tidak dengan orang yang seakidah dengan kita?Lagi satu anda faham ke unity goverment yang diilhamkan oleh Presiden.

Tanpa Nama berkata...

Sedih juga apabila Husam tidak terpilih sbg timb. presiden dan kini tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS pusat. UMNO akan bertepuk sorak kerana mereka gerun dengan Husam.

Saya tidak menyokong kerajaan Perpaduan/ gabungan. Sekarang masa UMNO tengah lemah. Mengapa kita perlu berunding dengan mereka? Bagaimana pula perasaan rakan Pakatan Rakyat lain; DAP dan PKR. Sebelum ini bangun jatuh sama-sama, tiba-tiba mahu buat kerajaan perpaduan.

Satu lagi, ingat! DAP dan MCA boleh bergabung kerana dasar perjuangan mereka tidak jauh! Tapi UMNO dengan PAS, usahkan bergabung, berunding pun tak layak kini dalam keadaan UMNO makin lemah dan perjuangan PAS menolak nasionalism

Lepas ini jangan menyesal andai sokongan terhadap PAS makin kurang.

Wallahua'lam

wayne berkata...

menyokong kepimpinan ulama.

kurang yakin dengan politik demonstrasi. tak perlu bersusah payah berdemonstrasi sebab demonstrasi tu budaya barat, bukan budaya yang dimulakan oleh Islam.

biarkan PKR teruskan dengan budaya demonstrasi, kita PAS menumpang tuah. Nampak tak matang sesangat orang yg bersorak-sorak di tepi jalan, tapi hujjah yang padat diParlimen dan ceramah umum amat menarik sekali

Tanpa Nama berkata...

tak pa, bang mat kalah dalam tu ja...tapi bagi kami anak-anak muda ni tetap anggap bang mat sebagai hero..saya rasa datuk husam pun bukan gila sangat dengan jawatan tu, yang sy nampak datuk husam ngan bang mat ni depa lebih power d kalangan rakyat..ustaz nasha penah ka kena cekup?Allah saja yang tau pejuangan mereka..next time harap pewakilan semua dapat pilih mereka-mereka yang digeruni parti lawan..takbir```

ubatkuat berkata...

ASSALAMULAIKUM BUAT MUSLIMIN/MUSLIMAT

SEBELUM TERLAJAK JAUH..SAYA MOHON KITA SOLAT HAJAT MOHON ALLAH SWT MENJAUHKAN SEGALA BALA TERHADAP SAF PIMPINAN PAS YG BARU DILANTIK DAN SAMA SAMA BERMUHASABAH DIRI AKAN KETENTUAN YG TELAH DIZAHIRKAN DIDALAM MUKTAMAR PAS KALI INI

AYUH PENDOKONG PR,,BULAT KAN TEKAD AGAR SAMA SAMA BERJUANG UTK MENEGAKKN KEBENARAN DAN BERJUANG DIATAS LANDASAN ISLAM DI BUMI INI

WALLAH HU ALAM

TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR

WASSALAM

Tanpa Nama berkata...

Drs,Sempat bersua Husam di salah sebuah gerai buku sore tadi selepas sidang petang.Respect his politeness dan mudah tersenyum.Berjawatan atau tidak sumbangan Husam dan Brother Mohamad Sabu tetap di appreciate oleh akarumbi.Pada pandangan YB is there any diffirence between ada jwtn atau tidak dlm partai?Sudi apalah nya YB dpt kongsi bersana tamu dilaman ini. Nona Ratana Chulaborn.

refah00 berkata...

Kenapa maih ada lagi yang pertikai perkantikan pimpinan PAS.Jamaah dipandu oleh Majlis Syura Ulama.Majlis Syura tetapkan pimpinan dipilih oleh perwakilan.Maka walak dan taat setia kepada pemimpin yang dipilih.

Kalau UG dengan UMNO selepas ni masih nak diteruskan apa salahnya.Kalau dengan DAP yang majoriti kafir kita boleh berpeluk dan duduk semeja kenapa tidak dengan UMNO yang seakidah dengan kita?