17 April 2008

CERAMAH ISU SEMASA


PENCERAMAH


1. YB.Drs. Khalil idham Lim
ADUN Titi Serong Perak











2. YB. Muhamad Nasir Mustafa
ADUN Kubang Rotan Kedah










3. YB. Ust. Ahmad Izzat Hj. Mohd Shauki
ADUN Bukit Lada Kedah



Tarikh : 17 April 2008(Khamis)
Tempat; Dataran Purnama Kg. Kedah
Jam : 9.30 malam

Semua Dijemput Hadir

Kes Tangkapan Mat Sabu, Pendakwaraya bersandiwara ?

NIBONG TEBAL, 16 April :-Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan sembilan aktivis yang dituduh mengganggu penjawat awam ketika penahanannya di Plaza Tol Tambun 9 Disember 2007 didakwa semula dengan jaminan RM3,000 seorang di Mahkamah Majistret Jawi, Nibung Tebal petang tadi. Tertuduh yang lain dikenakan ikat jamin RM 2,500 setiap orang.

Kesemua tertuduh dibebaskan setelah diikat jamin oleh penjamin terdahulu Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man manakala Haji Mohamad Sabu oleh penjamin baru Hasbullah Shafiee memandangkan penjamin lama Ariffin Husein tinggal di Kelantan.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan semula kerana terdapat kekurangan bukti pihak pendakwa.

Setelah pembicaraan ditangguhkan beberapa kali akhirnya mereka dibebaskan dan Majistret, Mohd Izham Ali menangguhkan tarikh pembicaraan ke tarikh baru pada 8 Jun 2008 di mahkamah yang sama.

Empat orang peguam mewakili tertuduh iaitu Hanifa Maidin, Haji Asmawi Alwi, Aminuddin Zulkifli, Yusnita Mohd Yusuf dan Damina Khaira Darsyan Singh.

Antara Pimpinan PAS yang hadhir ialah Ketua DPP Pualau Pinang , Ust. Mohd Hafiz Nordin, ketua DPP Kedah , Ust. Musoddak Hj. Ahmad, ADUN Kubang Rotan Kedah, Muhamad Nasir Mustafa dan ADUN Titi Serong Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Pembicaraan untuk kali kedua bagi kes tangkapan 10 orang aktivis PAS dan "Insiden balik Kenduri Mat Sabu "mendapat perhatian lebih 100 orang yang terdiri dari penyokong parti, sanak saudara dan kawan-kawan tertuduh. Seawalnya sekitar jam 9.30 pembicaraan dimulakan.

Selain Naib Presiden PAS, Hj. Mohd Sabu tertuduh lain terdiri dari 4 orang dari Perak iaitu, Zamarul Aini abdul malek.32, Zairul Azrun Zainal Abidin. 35,, Abdul Rahim mat Ariff. 58, dan Mohd Binyamin Ishak.44. Sementara dari kedah pula Md. Lazim Osman. 54, Abdul Razak Ramli, Mohd Sobri Mohd Said, dan Muhammadd Salleh. Dan Seorang lagi yang juga dari Pulau Pinang iaitu Faudzi Saharat.

Pendakwaraya meminta semua yang tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan, tetapi peguam-peguam tertuduh membantah dengan mengatakan sepatutnya tertuduh dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya.

Atas alasan bahawa pendakwaan telah menyalahgunakan proses mahkamah. Pendakwa juga tidak bersiap sedia untuk menjalankan pembicaraan dan berhasrat untuk mengemukakan pertuduhan baru, mahkamah juga bersetuju ?

Sejurus sahaja mahkamah membuat keputusan membebaskan tertuduh, mereka terus ditangkap semula dan telah dituduh semua di mahkamah yang sama pada jam 2.30 tadi.

Semasa menunggu pertuduhan baru pada jam 2.30, penulis sempat menemuramah peguam tertuduh iaitu Sdr. hanifa Maidin dan Sdr. Aminuddin Zulkifli. Mereka meminta supaya para pencinta keadilan mendoakan mereka-mereka yang dizalimi ini diberikan kesabaran dan seterusnya dibebaskan dari semua pertuduhan.