17 November 2009

Konsert Hiburan Alternatif




SULTAN TIADA KUASA MEMECAT NIZAR

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyai kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

Forum Perdana : Dewan Rami Ngah Talib Taman Kerian dipenuhi warga setempat.

Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib Taman Kerian dipenuhi oleh kaum muslimin dan muslimat warga setempat untuk mengikuti Forum Perdana anjuran Pejabat Agama Parit Buntar dan Surau Al Irsyadiah Taman Kerian.


Forum Perdana di Taman Kerian

Satu Forum Perdana anjuran Pejabat Agama Parit Buntar dan Surau Al Irsyadiyah Taman Kerian diadakan dengan menampilkan ahli panelnya iaitu Ust. Ahmad Dasuki b. Abd. Rani dan Ust. Muhammd Azki Hafizi b. ibrahim . Manakala moderatornya ialah Ust. Izat Hambali. Hadir sama ialah ADUN Titi Serong, Drs. khalil Idham Lim dan Isteri. Tajuk yang dibicarakan ialah "Korban atau Terkorban".


Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR. Malaysiakini/-

Laporan AJK Ad Hock Trajedi Kuala Dipang diumumkan

Laporan lengkap Jawatankuasa Ad Hock Trajedi Kuala Dipang.

IPOH, 16 Nov :- Laporan lengkap siasatan Jawatankuasa Ad Hock Trajedi Kuala Dipang diumumkan oleh pengerusinya, YB. V. Sivakumar. Antaranya mendedahkan kes 1 Malaysia yang mengorbankan 3 nyawa itu mempunyai matlamat politik yang diselitkan dalam agenda pendidikan.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah kesemua Ahli Jawatankuasa hadir iaitu YB.Thomas Su (Pasir Pinji), YB. Drs Khalil Idham Lim (Titi Serong) dan YB. Chang Lih Kang (Teja).

Pendedahan, jambatan gantung dihadiahkan dan dibina oleh pihak seperti diatas.



KULIAH PAKSI

Email : kharul anuar

PUSAT KHIDMAT SOSIAL ISLAM (PAKSI) PERAK

KULIAH MINGGUAN

HARI: SETIAP AHAD

MASA: 9.00 - 11.00

TEMPAT: DEWAN KULIAH UTAMA MASJID NEGERI IPOH, PERAK

MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

"JOM PI KULIAH, SURE BERKAT"

TERIMA KASIH


Khalid: Umno puji kejayaan Pakatan tadbir S'gor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Tan Sri Muhammad Muhd Taib - bekas menteri besar Umno - mengakui bahawa perubahan dan kepimpinannya yang membuat reformasi di Selangor, menyukarkan parti itu untuk menguasai semula negeri itu.

Khalid yang juga pengerusi PKR negeri mendakwa Mat Taib telah berjumpa dengannya beberapa hari sebelum konvenshyen ini berlangsung.

"Dua tiga hari yang lepas, Tan Sri Muhd Taib datang jumpa saya, dia kata 'Khalid kalau macam ini habis lah kita'.

"Kalau macam ini, bekas menteri besar itu kata, 'wah dalam masa 20 tahun kami memerintah, dalam masa 20 bulan kamu boleh tunjukkan keupayaan PKR. Ini satu penghormatan kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung konvensyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam petang ini.

Muhammad Muhd Taib menjadi menteri besar Selangor selama 11 tahun mulai 1986.

Dalam pertemuan itu, beliau mendakwa Muhd Taib (kanan) mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar di negeri itu.

"Tapi kita kata nanti dulu. Saudara tahu tentang reformasi atau tidak. Kalau saudara tidak faham tentang reformasi, nanti saya susah. Kalau orang dalam tidak reti, tambah lagi orang luar," katanya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 500 perwakilan.

Dalam ucapannya juga, Khalid juga turut menyentuh mengenai perletakkan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi 'mesra BN' akhir bulan lalu.

Katanya, tindakan Badrul Hisham itu tidak melemahkan parti itu untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Badrul bila lompat di Pelabuhan Klang, macam kita hilang satu parti. Ia tidak ada kena mengena. Dia hilang pun kita tak tahu. Kita pun tak kisah dia hilang.

"Hendak hilang, hilanglah tak jadi masalah. Itu kekuatan kita. Yang jadi masalah orang yang belah sana... Kalau (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo rasa Badrul adalah kawannya, tahap dia (pun) macam Badrullah," katanya mengundang gelak ketawa hadirin sekali lagi.

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menyentuh kejayaan Pakatan Rakyat mengurus dan mentadbir Selangor dalam usaha untuk merakyatkan ekonomi negeri itu.

Katanya, kejayaan membawa perubahan dalam negeri Selangor telah mendapat pujian rakan dan lawan bahawa PKR dan Pakatan Rakyat boleh mentadbir negeri ini, hasil usaha bekerja dalam satu pasukan.

"Sokongan menggembirakan daripada rakyat, dan mereka merasakan kita sebahagian daripada mereka.

"Sokongan daripada DAP dan PAS, walaupun ada soal-soal yang cuba melagakan kita, cuba menimbulkan keadaan yang tak tenteram, tetapi kita dapat bekerja dalam satu pasukan," katanya.

Khalid berkata, kejayaan PKR dalam melakukan reformasi di negeri itu akan lebih nyata sekiranya dapat bekerja dalam satu pasukan.

MalaysiaKini/-

YDP lawat banjir

Oleh Mohd Syamil Azhar.

Razman (bersongkok) bersama penduduk berdiri dalam air.

LENGGONG: Banjir yang melanda lebih 400 rumah termasuk masjid, surau, Sekolah Agama Rakyat, dewan serbaguna, dewan Tabika Kemas, dewan orang ramai premis kedai dan lain-lain di taman dan beberapa kampung dekat sini mendapat perhatian Yang Dipertua Pas (YDP) Kawasan Lenggong.

YDP Pas Lenggong, Razman Zakaria seawal jam 3 pagi kali pertama banjir terbesar dalam sejarah sejak 42 tahun dua lalu itu sempat melawat rumah-rumah mangsa di Taman Kota Tampan (TKT) dekat sini.

Razman bersama berpuduk dilanda banjir.

Beliau yang bersimpati dengan nasib dialami 72 keluarga dari lapan blok rumah awam di TKT itu sanggup mengharungi air bersama mangsa untuk melihat lebih dekat derita penduduk.

Beliau sempat berbual dengan seorang ketua keluarga di TKT, Ghazali Abdullah, 62, yang tinggal di dalam rumahnya bersama isteri dan seorang cucu, di mana sejak 19 tahun tinggal di situ itu pertama kali dilanda banjir lumpur.

Ghazali, ketika ditemui, berkata kerana tidak menyangka sama sekali banjir akan berlaku sebesar itu, dia dan isterinya tidak sempat berbuat apa-apa menyebabkan banyak barangan berharga di dalam rumah mengalami kerosakan.

Razman menanyakan khabar kepada Cina mangsa banjir.

"Peti ais, mesin basuh, sofa, karpet, tikar, almari, katil, tilam dan lain-lain rosak tidak sempat diselamatkan apabila air naik dengan deras hingga separas hampir semeter di dalam rumah," katanya.

Ghazali berkata, akibat pelbagai barangan di dalam rumahnya rosak, dia mengalami kerugian kira-kira RM5,000, manakala malam kedua berlaku lagi banjir barangan-barang sama tidak dapat diselamatkan juga,' katanya.

Razman dan salah seorang pimpinan pemuda Pas Lenggong menziarahi rumah mangsa di Kampung Banggol Batu

Selain rumah Ghazali, Razman sempat melawat mangsa-mangsa lain, termasuk masyarakat Cina dan India yang turut menjadi mangsa banjir lumpur malam partama itu.

Sementara itu, banjir lumpur dua malam berturut-turut itu adalah akibat limpahan air Sungai Kerok selepas hujan lebih enam jam pada malam pertama dan lima jam malam kedua.

Banjir yang berlaku mulai jam 12.30 malam hingga jam 8 pagi itu turut dialami lebih 30 keluarga di Kampung Banggol Batu, lebih 30 keluarga di Kampung Banggol Belimbing dan lebih 20 keluarga di Kampung Chain dan Batu Dinding.

Premis-Premis lain yang turut ditenggelami air berlumpur kuning ialah Masjid Banggol Batu, Dewan Tabika Kemas Banggol Batu dan Dewan Orang Ramai Banggol Batu.

Di TKT, dua bangunan Sekolah Agama Rakyat turut ditenggelami air menyebabkan berlaku kerosakan ke atas beratus-ratus buku teks selain al-Quran, kitab, malah set komputer turut rosak dimasuki air lumpur.

Turut di landa banjir di TKT ialah Dewan Serbaguna TKT, Surau TKT dan lima buah kedai, manakala berpuluh kereta dan motorsikal turut ditenggelami air.

Razman dalam rumah Ghazali Abdullah.

Dakwaan miliki saham: Anwar pertahan Azmin

Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan naib presiden parti Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam pembelian saham mencecah RM8 juta dengan dua individu lain, yang dibangkitkan oleh pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S A Vickneswaran.

Anwar berkata siasatan berkenaan dakwaan itu telah dibuat pada 1998 di mana Azmin telah ditahan dan kemudian dibebaskan.

"Azmin pun sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan itu dan akan ambil tindakan. Kita kena bezakan antara fakta atau fitnah, saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan," katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di konvensyen PKR Selangor yang dirasmikan oleh isterinya dan juga presiden parti Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Shah Alam hari ini.

Kelmarin Vigneswaran mendakwa Azmin dan isterinya, Shamshida Taharin memiliki saham berjumlah lebih RM9 juta pada awal 1990-an.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Vigneswaran menggesa Azmin menjelaskan sama ada beliau telah membeli saham tersebut pada awal 1990-an ketika menjadi setiausaha sulit Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkanya sebagai serangan fitnah yang jahat untuk mengganggu keamanan dan ketenteramannya dan keluarganya.

MalaysiaKini/-

Liow: Bukan pandangan seluruh akar umbi

Keputusan sesi dialog MCA di Kuala Lumpur hari ini yang menyokong Pelan Perpaduan Menyeluruh, tidak menggambarkan pandangan keseluruhan akar umbi, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, keputusan tersebut hanya dibuat oleh sesetengah pemimpin parti dan bukannya disuarakan oleh perwakilan.

Katanya, melalui pertemuannya dengan bahagian MCA seluruh negara, terdapat respon yang kuat daripada perwakilan untuk EGM kedua diadakan bagi membolehkan pemilihan baru parti diadakan.

"Kita mendapat sokongan baik daripada akar umbi dan kita faham bahawa adalah menjadi tugas dan tanggungjawab perwakilan untuk memutus dan menyelesaikan krisis parti itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan enam bahagian MCA Pahang di Kuantan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sesi dialog MCA antara kepimpinan tertinggi dengan 620 anggota daripada 155 bahagian parti itu yang menyokong pelan tersebut yang diusahakan presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Keat dan timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selain memutuskan EGM kedua yang dijadualkan pada 28 November ini sebagai tidak sah.

Liow sebaliknya berkata, EGM kedua yang ditetapkan itu akan berjalan mengikut perancangan.

"EGM yang akan diadakan ini adalah sah dan benar di sisi undang-undang dan perlembagaan parti, melalui pemilihan semula, kita akan dapat kembalikan maruahdan integriti parti sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demokrasi dalam parti perlu dihidupkan dengan mengembalikan kuasa kepada perwakilan untuk menentukan kepimpinan parti.

Ditanya sama ada tindakannya mengadakan pertemuan dengan bahagian-bahagian MCA akan membunuh kariernya, Liow berkata, beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai salah seorang pemimpin parti.

"Saya hanya mendapatkan anggota perwakilan untuk menyatakan pandangan, kita bukan untuk menjatuhkan seseorang, jadi kenapa ada kebimbangan," katanya. Bernama

MalaysiaKini/-

Saksi: Manohara tidak pernah didera

Perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini diberitahu bahawa wanita itu tidak pernah didera suaminya itu.

Saksi tunggal, Tengku Azwani Tengku Iskandar berkata adalah tidak benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera suaminya.

"Tidak benar, sebab saya sentiasa bersama Manohara. Kalau ada mesti dia (Manohara) mengadu kepada saya," kata Tengku Azwani, 26, yang juga sepupu Tengku Muhammad Fakhry.

Beliau rapat dengan sepupunya dan Manohara serta beliau melihat hubungan kedua-dua pasangan itu adalah baik dan mesra, katanya sambil menjelaskan rumahnya terletak 10 minit perjalanan dari rumah sepupunya itu.

Tengku Azwani berkata demikian di hadapan Hakim Syarie Mohd Yusof Awang pada perbicaraan kes tuntutan terhadap Manohara kembali taat kepada suaminya, semasa menjawab soalan peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, sama ada benar dakwaan dalam laporan akhbar yang mengatakan Manohara didera oleh suaminya.

Bagaimanapun, Manohara yang telah kembali ke Indonesia tidak hadir di mahkamah hari ini dan begitu juga tiada peguam syarie yang mewakilinya.

Pada prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar afidavit keterangan bertulis Tengku Muhammad Fakhry dalam perbicaraan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250 terhadap Manohara.

Hakim Syarie Mohd Yusof menetapkan 13 Disember bagi keputusan tuntutan kes taat kembali kepada suami dan tuntutan hutang itu.

Pada Jumaat lepas, Tengku Muhammad Fakhry, 31, menyerahkan afidavit keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur bagi dua kes saman terhadap isterinya, Manohara yang mengandungi soalan dan jawapan bagi menggantikan soalan utama terhadap plaintif pada perbicaraan hari ini.

Pada 3 November, peguam syarie kepada Manohara iaitu Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya dalam kedua-dua kes tersebut.

Dua hari selepas penarikan diri peguam syarie terbabit, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina dikenakan penghakiman ingkar setelah gagal melantik peguam baru dalam kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Sivil di Kota Bharu. - Bernama

MalaysiaKini/-

Amaran pada MP, ADUN PKR tidak berprestasi

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada pemimpin dan wakil rakyat PKR yang berhasrat untuk menjadi calon dalam pilihanraya umum akan datang supaya menunjukkan prestasi yang baik untuk membela rakyat.

Jika tidak, kata Anwar, mereka tidak berpeluang untuk dipilih semula untuk menjadi calon di kawasan yang akan ditandingi.

"Saya tekankan kepada ahli-ahli yang dipilih, kalau prestasinya baik, alhamdulillah. (Tapi) kalau belum baik, jangan harap dapat bertanding semula.

"Sementara ada waktu, baiki. Baik jawatan menteri besar atau exco kerajaan negeri tidak ada jaminan. Minggu lalu saya beri amaran cukup keras di Pulau Pinang. Jangan uji kesabaran saya," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian sewaktu memberi ucapan di konvensyen PKR Selangor yang dihadiri kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang di Selangor.

Beliau mengulas tindakan kontroversi ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytihar keluar PKR dan menjadi ADUN Bebas yang 'Mesra BN' hujung bulan lalu.

Anwar berkata Badrul memang mempunyai masalah dan pimpinan PKR yang lain juga cuba menyelesaikannya sebelum ADUN Pelabuhan Klang itu mengisytiharkan keluar daripada parti itu.

"Saya tengok dia lima minit, saya tahu dia memang ada masalah... tapi pada masa itu, kita ambil sikap prikemanusiaan....(Badrul ada) rekod lemah, kerja tak jalan, sidang DUN tak hadir, menteri besar (Khalid Ibrahim) turun kawasan (Pelabuhan Klang), dia tidak ada, saya pergi (dia) tidak ada.

"Sepatutnya kita perlu lebih tegas, kita bagi surat tunjuk sebab dua minggu dan pecat terus," katanya

Menurut Anwar, beliau mengakui "banyak bertanggungjawab" untuk meletakkan calon PKR di peringkat parlimen dalam pilihanraya umum yang lalu.

"Tapi negeri (ADUN) saya tak tahu, saya serah pada negeri...tapi bila ada masalah, orang kata 'Itulah Anwar, kenapa pilih orang-orang yang dungu ini'," katanya

Sehubungan itu beliau mengingatkan badan perhubungan PKR negeri supaya memastikan calon dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang mempunyai kelayakan dan boleh berkhidmat kepada rakyat.

MalaysiaKini/-

Anwar isytihar perang pertahan S'gor

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.

Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.

"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.

"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.

Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.

"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.

"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya

Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.

Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.

"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.

"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya.

MalaysiaKini/-

PR akan bebaskan sistem maklumat

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, pendekatan dan tawaran yang perlu dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah membebaskan maklumat sepenuhnya apabila berjaya memerintah negara nanti.

Ini kerana, dengan cara inilah sistem demokrasi akan dapat berjalan dengan baik dan rakyat mendapat peluang untuk memilih dengan tepat berdasarkan maklumat di masa depan.

Beliau berkata demikian dalam seminar anjuran Parti Sosialis Malaysia petang semalam.

Dalam forum itu juga, Khalid melahirkan keyakinan, sistem dua parti adalah yang terbaik untuk negara ini dalam suasana sekarang.
"Walaupun (dari) segi ideologi kita mungkin dari sumber yang berbeza, tapi akhirnya akan perjuang pada matlamat yang sama iaitu menggantikan Umno BN...dengan syarat perlu liberalisasi pendekatan agar sesuai dengan keperluan politik semasa.

"Apa yang kita nak buat sekali pun, kita perlu lihat realiti politik. Saya rasa sistem dua parti (sistem) penyelesaian terbaik di Malaysia, tidak ada retorik (dan) tidak lagi ideal. Ia lebih praktikal," jelas Khalid dalam Seminar Sosialisme 2009 anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Beliau yang juga AJK Lajnah Politik PAS Pusat berpendapat usaha meliberalisasikan pendekatan parti-parti pembangkang tersebut termasuk saling kerjasama dalam memperbetulkan semula beberapa persepsi salah rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.

"Kalau nak laksana ia (sistem dua parti) secara realistik, saya sebagai ahli PAS perlu bersedia jelaskan pada Melayu (bahawa) DAP bukan cauvenis Cina dan DAP juga kena cakap pada orang Cina yang PAS ini bukan parti pelampau Islam seperti yang dipropaganda BN dalam media."

Baginya, propaganda perkauman yang dilakukan Umno mengakibatkan rakyat berpegang pada persepsi yang salah terhadap Pakatan Rakyat sendiri.

"Masalah utama orang Melayu adalah terlalu percaya pada propagada Umno lebih 52 tahun, isu kedudukan Melayu, bahasa, tanah dan sebagainya, persepsi orang Melayu masih anggap Umno segalanya. Walaupun Umno rasuah, orang Melayu masih jauh dari kita (Pakatan)," jelasnya.

"Segelintir orang Cina dan India pula percaya PAS adalah parti ekstrem Islam disebabkan propaganda televisyen (dan) radio (yang dikatakan milik) Umno masuk ke setiap rumah, setiap hari."

Beliau berharap Pakatan Rakyat tidak memandang remeh isu persepsi tersebut.

"Ini (isu perkauman) bukan saja persepsi (rakyat) yang tidak boleh PR tolak (abaikan), tapi ia sudah jadi sensitiviti yang menyebabkan rakyat (khususnya) undi Melayu kian berkurang pada PR, begitu juga yang lain," jelasnya.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat juga perlu meliberalisasikan maklumat serta media dalam sistem dua parti tersebut.

"Liberalisasi dari segi maklumat supaya media ini lebih bebas, akta-akta seperti OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu dimansuhkan supaya masyarakat lebih tahu apa yang berlaku dan boleh buat keputusan paling bijaksana dalam sistem ini (sistem dua parti)."

Selain Khalid, dua panel lain yang membincangkan sistem dua parti tersebut adalah saintis politik, Wong Chee Huat dan pengganti kepada Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution, Wong Phean Yow.

Terdahulu, PAS, DAP dan PKR mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti yang sah demi memastikan ketiga-tiga parti boleh saling bekerjasama dalam satu-satu pilihanraya, sama seperti Barisan Nasional.

Pendaftaran tersebut dibuat setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang PKR dan DAP berkempen secara terbuka dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang beberapa bula lepas, kerana hanya parti bertanding iaitu PAS sahaja dibenarkan berbuat demikian.

HarakahDaily.net/-

Azmin dakwa orang dalam KSSB terlibat curi pasir

SHAH ALAM, 15 Nov: Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mendakwa beberapa pihak daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB:), syarikat diamanahkan Kerajaan Negeri menguruskan aktiviti melombong pasir dipercayai terlibat menjadi dalang kes curi pasir di negeri itu.

Mohamed Azmin sepeti dilapor akhbar Sinar Harian berkata berkata, laporan polis telah dilakukan berhubung perkara berkenaan dan kini beliau sedang mengumpul bukti bagi memastikan pihak yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

“Saya menerima aduan mengenai kecurian pasir yang menggunakan lori KSSB. Jadi saya nak tahu siapa yang terlibat dan apa tindakan yang akan dikenakan.

“Saya akan dapatkan salinan dan serahkan Kerajaan Negeri untuk teruskan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Negeri ditangguhkan, semalam.

Beliau berkata, perkara ini harus ditangani berikutan kegiatan curi pasir semakin berleluasa dan hanya menjejaskan pendapatan dan hak rakyat negeri ini.

“Sama ada orang dalam atau orang luar curi tetap curi dan tindakan mesti diambil,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata, beberapa wakil daripada KSSB telah dipanggil membuat penjelasan.

“Kita telah putuskan dan mengeluarkan notis bahawa mana-mana tanah persendirian yang didapati terlibat dalam kegiatan curi pasir akan dirampas.

“Notis 7A akan dikeluarkan supaya mereka menghentikan kegiatan berkenaan. Jika tiada sebarang tindakan, kita akan rampas tanah mereka,” katanya.

Yaakob berkata, setakat ini terdapat beberapa kes kecil kegiatan curi pasir telah dikenal pasti manakala terdapat empat tanah persendirian di kawasan Dengkil dirampas Kerajaan Negeri.

“Terdapat kes-kes kecil yang sudah dikawal tetapi tidak banyak.

“Setakat ini empat kawasan di Dengkil telah dirampas semula. Saya akan terus jalankan siasatan dan berharap supaya Azmin dapat bantu saya,” katanya.

HarakahDaily.Net/-

SPRM 'peka' selamatkan PAS – Abdul Hadi

MARANG, 15 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sinis menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cepat melakukan siasatan melibatkan pemimpin PAS berbanding pemimpin Umno BN sebagai 'peka' terhadap PAS.

Menurutnya, tindakan SPRM yang cepat memberi respon untuk membuka kertas siasatan terhadap penajaan haji Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, seolah-olah mereka peka untuk menyelamatkan PAS berbanding BN.

“SPRM cukup peka untuk selamatkan PAS,” ujarnya kepada wartawan di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut melahirkan rasa kesal dengan sikap SPRM yang terlalu cepat melakukan siasatan apabila membabitkan pemimpin PAS.

Lebih mengecewakan katanya, SPRM juga dakwanya sering bertindak hanya hanya berdasarkan laporan media sahaja walaupun tiada aduan dilakukan.

Keadaan itu katanya berbeza apabila melibatkan pemimpin Umno dan BN di mana SPRM lewat bertindak seolah olah mahu mengelak dari membuat penyiasatan.

SPRM sehingga kini berdepan dengan tanggapan melakukan penyiasatan dan pendakwaan terpilih ekoran dilihat cepat bertindak terhadap apa-apa dakwaan salah guna kuasa pemimpin Pakatan Rakyat berbanding pemimpin Umno BN.

HarakahDaily.Net/-

Pengetua Politeknik Permatang Pauh ditukar

PERMATANG PAUH, 15 Nov: Pengarah Politeknik Seberang Perai, Norazahan Othman telah ditukar ke Jeli, Kelantan dipercayai akibat tindakan beliau membenarkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di situ pada 3 Oktober lalu.

Hari ini, pihak pengurusan Politeknik Seberang Perai yang terletak di Jalan Permatang Pauh didakwa telah mengadakan jamuan perpisahan terhadap beliau.

Beliau dijangka akan berpindah ke negeri asal dalam masa terdekat.

Pertukaran itu juga didakwa dilakukan dengan tergesa-gesa berkemungkinan atas desakan pihak yang tidak senang dengan sikapnya yang dilihat 'pro-pakatan'.

Pada 3 Ogos lalu, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengadakan Majlis jamuan Aidil Fitri dan turut di hadiri oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas.

Satu sumber mendakwa, sebuah parti politik pembangkang Pulau Pinang tidak dibenarkan menggunakan dewan Politeknik tersebut kerana tidak menjelaskan bayaran tunggakan sewaan program yang pernah dibuat.

Tindakan Norazahan yang membenarkan kerajaan negeri menggunakan dewan politeknik itu pula mungkin dilihat bahawa beliau pro pakatan.

Kerana bertindak atas sikap profesionalnya, ada pihak didakwa telah tidak senang dan telah berusaha menukar beliau.

HarakahDaily.Net/-

Umno guna media, SPRM intai kesalahan pemimpin Pakatan - Anwar

KOTA BHARU, 15 Nov: Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan setiap ruang yang ada pada media dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencari kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbaru mereka cuba mengenakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu tajaan untuk menunaikan ibadat haji.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin Umno menggunakan setiap peluang untuk memperhodohkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat.

“Sampai Tok Guru Nik Abdul Aziz hendak menunaikan haji pun cuba disekat dengan menggunakan media dan SPRM.

“Kerja khianat pemimpin Umno juga berterusan dilakukan dengan menggunakan sepenuhnya media massa yang mereka kuasai,” katanya pada perasmian penutup konvensyen KeADIlan Kelantan di KTC di sini, petang ini.

Hadir sama Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim, Ketua PKR Kelantan, Saifuddin Nasution Ismail, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Jumaat lalu Nik Abdul Aziz mengumumkan membatalkan hasrat menunaikan haji tahun ini disebabkan media sengaja membesarkan isu penajaan untuk ke Mekah.

Malah SPRM dilaporkan membuka fail siasatan berhubung isu terbabit.

Anwar berkata, biar pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menguar-uarkan konsep 1Malaysia, namun sebenarnya undang-undang yang dipakai ada dua di negara ini.

“Pemimpin Pakatan Rakyat cuba dianiayai dengan pelbagai tindakan melalui undang-undang, sedangkan pemimpin Umno dan BN terselamat.

“Tidakkah ini dinamakan sebagai dua undang-undang dan bukan 1Malaysia yang disibukkan perdana menteri,” ujarnya.

Beliau yang juga ketua pembangkang di parlimen berkata, sebab itulah pemimpin KeADILan yang tidak ada daya tahan mudah mengambil langkah mengkhianati parti sendiri.

Katanya apa yang berlaku kepada dua bekas Adun KeADIlan di Perak, seorang di Selangor dan seorang lagi di Kedah kerana tidak mempunyai daya tahan yang tinggi dalam perjuangan.

“Kalau beri RM5,000 mereka masih lagi tahan, kalau diberi RM50,000 mereka mulai goyah dan kalau diumpan ratusan ribu mereka sanggup meninggalkan perjuangan.

“Seperti juga berlaku kepada Adun Pelabuhan Klang yang sudah tujuh bulan didapati bermasalah. Ketika saya panggil dia datang dan memberitahu jangan ganggu dia,” katanya.

Lebih 1,000 perwakilan dari Cabang KeADILan di Kelantan hadir pada program separuh hari itu. Dua kertas kerja dibentang termasuk oleh Saifuddin dan Setiausaha Badan Perhubungan Terengganu, Rosli Abdullah.

Pada majlis itu juga Saifuddin menyerah 1,685 borang menyertai KeADIlan kepada Anwar.

HarakahDaily.Net/-

36 Taktik Peperangan: Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya

Daripada judul taktik tersebut sudah dapat kita tangkap maksud yang hendak disampaikan iaitu: memukul rumput dengan kayu dan mengejutkan ular yang bersembunyi di situ. Kita semua tahu bahawa kawasan tumbuhan yang tebal selalunya didiami oleh ular. Ular biasanya akan bersembunyi di dalam rumput rampai dan menunggu peluang untuk menyerang manusia yang lalu tempat itu secara tiba-tiba. Sebabnya orang memukul rumput adalah untuk mengejutkan dan menghalau ular yang bersembunyi di dalamnya supaya kita menjauhkan diri daripada serangan ular itu.

Judul "Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya" berasal daripada satu cerita sejarah China. Menurut cerita itu, ada seorang ketua kampung yang bernama Wang Lu, dia sangat tamak, sehingga sanggup mengorbankan nilai-nilai moral kerohanian dan akhlak untuk mengaut wang.

Kita boleh membayangkan bahawa pegawai-pegawai yang di bawah pimpinan Wang Lu juga ikutlah mengamal rasuah dengan sewenang-wenangnya dengan mengetahui perilakunya. Suasana rasuah di kampung itu telah menyebabkan kehidupan penduduk tempatan sangat susah, sehingga semua orang mahu mereka dikenakan hukuman setimpal pada sesuatu hari nanti.

Tatkala, kerajaan pusat telah menghantar pegawai khas ke pelbagai tempat untuk memantau prestasi pegawai tempatan. Kedatangan pegawai itu amat dialu-alukan oleh penduduk kampung itu. Para penduduk berpendapat, sudah tibalah masanya untuk membongkarkan kes-kes rasuah di kampung itu. Jadi, orang ramai telah menyerahkan sepucuk surat secara beramai-ramai yang mendakwa sekumpulan pegawai kampung itu sama ada mengamal rasuah ataupun menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan keuntungan sendiri. Surat itu dahulu diterima oleh Ketua Kampung iaitu Wang Lu. Wang Lu berasa terkejut apabila membaca surat itu sehingga dahinya berpeluh.

Dalam surat itu telah mencatat semua fakta-fakta penting tentang amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh sesetengah pegawai kampung itu. Wang Lu mendapati bahawa semua kes yang dilaporkan itu adalah mirip dengan kesalahan yang pernah dia buat, malah dia sendiri juga terlibat dalam sebahagian besar kes tersebut. Walaupun surat itu diserahkan untuk mendakwa pegawai di bawahnya, akan tetapi, Wang Lu berasa tuduhan itu macam mendakwa dia sendiri. Dengan menyedari akan tahap serius isu itu, Wang Lu berasa betul-betul takut dan risau akan tindakan kerajaan pusat. Dalam keadaan itu, Wang Lu telah menulis satu ayat yang boleh menyaksikan perasaannya ketika itu. Ayat itu berbunyi "walaupun kamu hendak memukul rumput sahaja, tetapi aku terkejut seperti ular yang di dalam rumput".

Rakyat China menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ayat itu, dengan melaksanakan tindakan yang kurang bijak sehingga strategi tindakan itu telah terbongkar kepada pihak lawan dan membolehkan pihak lawan sempat mengambil langkah berjaga-jaga.

Sebagai satu taktik ketenteraan, "Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya" boleh digunakan dengan cara yang langsung berbeza.

Pada tahun 218 Masihi iaitu pada zaman Kerajaan Tiga Negeri, pentadbir Negeri Wei, Cao Cao telah mengetuai 400 ribu orang tentera untuk berperang dengan Negeri Shu. Tentera kedua-dua negeri itu telah berdepan bersebelahan Sungai Han. Pada ketika itu, tentera Negeri Shu hanya ada 100 ribu orang. Penasihat kanan maharaja Negeri Shu, Zhuge Kongming telah menggunakan taktik "Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya" dan berjaya mengalahkan tentera Negeri Wei yang jumlahnya jauh lebih ramai daripada tentera Negeri Shu.

Menurut catatan, Zhuge Kongming telah mengerahkan 500 orang askar untuk bersembunyi di puncak sebuah bukit. Mereka yang dilengkapi dengan gendang perang dan hon telah menerima arahan bahawa mereka akan memukul gendang dan mengehon apabila mendengar bedilan meriam dari kem sendiri untuk mewujudkan suasana seolah-olah akan melancarkan serangan terhadap kem tentera Negeri Wei. Akan tetapi, mereka dilarang bertempur langsung dengan tentera Negeri Wei. Dengan tiga hari pelaksanaan muslihat tersebut, tentera Negeri Wei sentiasa dalam ketakutan akan berlakunya serangan baru yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa. Akhirnya, Cao Cao telah membuat keputusan untuk menarik balik tenteranya untuk ditempatkan semula di tempat yang lapang. Dengan penggunaan taktik "Kejutkan Ular dengan Memukul Rumput di Sekitarnya", Zhuge Kongming telah berjaya menangkis serangan musuh.

Walau bagaimanapun, jika operasi ketenteraan hendak dijalankan secara rahsia, kita perlu berhati-hati supaya pihak musuh tidak menyedari akan strategi kita.

----Puspa.CRI/-

1Malaysia, Kelantan terus dianak tiri

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya indah khabar dari rupa apabila rakyat Kelantan terus dianak tirikan kerajaan pusat hanya kerana negeri itu ditadbir oleh PAS.

Contoh yang paling nyata adalah keengganan kerajaan pusat membina tembatan banjir di Sungai Golok, walaupun peruntukan untuk projek tersebut telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-7 lagi.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, jika kerajaan benar-benar berhasrat mendahulukan rakyat, pembinaan tembatan banjir itu harus disegerakan memandangkan rakyat di kawasan itu sering berhadapan dengan bencana alam itu.

“Saya dimaklumkan peruntukan untuk tembatan Sungai Golok ini telah diluluskan sejak RMK ke-7 lagi. Tapi sampai sekarang tak buat, tak tahu ke mana peruntukan itu.”

“Tembatan banjir ini perkara yang perlu diambil tindakan serius kalau betul-betul kerajaan kata rakyat diutamakan.Saya sebagai ahli parlimen Rantau Panjang mintaklah beri keutamaan kepada pembinaan benteng banjir ini,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen baru-baru ini.

Menurut Zailah, penduduk Rantau Panjang terpaksa menghadapi risiko kerosakan dan kerugian harta benda setiap kali berlakunya banjir di kawasan itu pada musim tengkujuh.

Limpahan air Sungai Golok itu turut melumpuhkan kegiatan harian penduduk dan peniaga di pekan Rantau Panjang yang merupakan Zon Bebas Cukai terkenal.

Kedudukan Rantau Panjang yang bersebelahan dengan Thailand makin merumitkan keadaan kerana negara itu membina benteng yang tinggi di sepanjang sungai Golok. Ini menyebabkan air hujan mengalir ke sebelah Kelantan kerana kedudukannya yang rendah dan tiada benteng yang menghalang air.

“Ekonomi rakyat Thailand tidak lumpuh walaupun musim hujan. Sebaliknya ekonomi rakyat Rantau Panjang yang terjejas teruk. Rakyat terpaksa tutup kedai, rugi beribu-ribu, tanaman ditenggelami air, binatang ternakan hanyut,” katanya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Tegasnya, kerajaan harus mengambil tindakan yang dapat menyelesaikan masalah berkenaan untuk jangka masa panjang, bukan sekadar menghabiskan wang memberikan pampasan setiap kali berlakunya banjir.

“Kerajaan bagi pampasan 500 ringgit kepada setiap mangsa banjir.Berapa juta kerajaan terpaksa habiskan duit untuk bagi pampasan.Lebih baik kerajaan guna duit itu buat tembatan untuk jangka masa panjang,” tegasnya.

Apa yang lebih dikesalkan ujarnya, apabila kerajaan pusat tidak berlaku adil dalam memberikan bantuan banjir kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hanya diberikan kepada penyokong-penyokong Umno BN sahaja.

Ini dimaklumkan sendiri oleh salah seorang pegawai JPP kepada beliau.

“Pegawai daripada jabatan pembangunan persekutuan dedahkan kepada saya bagaimana ada seorang pegawai JPP yang memang orang umno kuatlah.Dia kata nama-nama yang diberikan ini, siapa orang BN akan diberikan surat tawaran untuk terima bantuan banjir.Yang bukan BN, dia tak akan bagi walaupun tenggelam air,” ujarnya.

Beliau turut mendesak agar JPP dimansuhkan di Kelantan kerana ternyata bersikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Masih berlaku diskriminasi dalam menyalurkan bantuan.sebab melalui JPP. JPP tak akan bagi keadilan kepada rakyat. Sebab itu saya tegaskan, jangan benarkan sebarang bentuk bantuan disalurkan melalui JPP.Ini wang rakyat.bukan wang Umno.Mereka guna wang ini untuk kepentingan mereka sahaja,” katanya.

Minggu lalu seramai 2,031 mangsa banjir di seluruh negeri dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kawasan sekitar.

HarakahDaily.Net/-