17 November 2009

Pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR. Malaysiakini/-

7 ulasan:

RAJA MUDA REMAN LONG GAFFAR alHasyimi berkata...

benar, dan sepatutnya itulah yang perlu dilakukan

Benar tetap benar
pilihanraya perlu diadakan segera!

Tanpa Nama berkata...

Ayuh Tentera-Tentera Islam!!! Seruan Jihad telah berbunyi..
Ayuh kita ke Kota Seputeh!!!

Allahhuakbar!!!

Tanpa Nama berkata...

Hangpa semua jangan dok gila meroyan, gembira sakan dengan keputusan mahkamah hari ni. Bukan hangpa tak tau, tu adalah tektik depa nak soh hangpa seronok sakan, pahtu depa boleh heboh mahkamah kita telus.

Kemudian depa pi appeal kat mahkamah yang lebih tinggi dan keputusannya sebaliknya. Toksah nak kata hujah hangpa kukuh la, bila pulak mahkamah buat keputusan berdasarkan hujah kukuh?

Hangpa kat perak dah lupa ka kes nizar? Kes DSAI nak bukti dalam kes sodomi 2?


bat8

Budak Pencen berkata...

Itu lah keputusan yg tepat,kerana Speaker lebih
berkuasa dlm Dewan(kecuali diPerak).Bagaimana pun jangan sedap hati,mungkin ini sandiwara BN,
apabila rayuan dibuat diMahkamah Persekutuan ke
putusan memihak kepada BN pulak!Tapi,bagaimana
pula dgn arahan TPM suroh Abu Hassan tu masuk Dewan. Abu Hassan nak dengar arahan TPM ko Mahkamah?

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ berkata...

Kalau BN tak failkan rayuan, boleh test water sekali lagi seperti di Bagan Pinang tu...

Apapun kalau kalah jangan plak dipersalahkan sesiapa seperti selalu buat tu.

Gentleman ler sikit

Adat pertandingan, kalau tak menang, kalah.....

Tanpa Nama berkata...

betoi tu sy setuju ckp komentar ke3 td hangpa jgn dok seronok sgt dgn keputusan mahkamah tu selagi depa berKUASA SE-KELIP MATA depa boleh twiss blk.apa yg mahkamah putus kan . hati diaorg tu nampak je tenang tapi membuak2, dlm mendidih demdam kesumat segala mcm ada...cek tau x....

SE malaysia berkata...

1 malaysia
1 pr !!!