Razman (bersongkok) bersama penduduk berdiri dalam air. Razman bersama berpuduk dilanda banjir. Razman menanyakan khabar kepada Cina mangsa banjir. Razman dan salah seorang pimpinan pemuda Pas Lenggong menziarahi rumah mangsa di Kampung Banggol Batu
LENGGONG: Banjir yang melanda lebih 400 rumah termasuk masjid, surau, Sekolah Agama Rakyat, dewan serbaguna, dewan Tabika Kemas, dewan orang ramai premis kedai dan lain-lain di taman dan beberapa kampung dekat sini mendapat perhatian Yang Dipertua Pas (YDP) Kawasan Lenggong.
YDP Pas Lenggong, Razman Zakaria seawal jam 3 pagi kali pertama banjir terbesar dalam sejarah sejak 42 tahun dua lalu itu sempat melawat rumah-rumah mangsa di Taman Kota Tampan (TKT) dekat sini.
Beliau yang bersimpati dengan nasib dialami 72 keluarga dari lapan blok rumah awam di TKT itu sanggup mengharungi air bersama mangsa untuk melihat lebih dekat derita penduduk.
Beliau sempat berbual dengan seorang ketua keluarga di TKT, Ghazali Abdullah, 62, yang tinggal di dalam rumahnya bersama isteri dan seorang cucu, di mana sejak 19 tahun tinggal di situ itu pertama kali dilanda banjir lumpur.
Ghazali, ketika ditemui, berkata kerana tidak menyangka sama sekali banjir akan berlaku sebesar itu, dia dan isterinya tidak sempat berbuat apa-apa menyebabkan banyak barangan berharga di dalam rumah mengalami kerosakan.
"Peti ais, mesin basuh, sofa, karpet, tikar, almari, katil, tilam dan lain-lain rosak tidak sempat diselamatkan apabila air naik dengan deras hingga separas hampir semeter di dalam rumah," katanya.
Ghazali berkata, akibat pelbagai barangan di dalam rumahnya rosak, dia mengalami kerugian kira-kira RM5,000, manakala malam kedua berlaku lagi banjir barangan-barang sama tidak dapat diselamatkan juga,' katanya.
Selain rumah Ghazali, Razman sempat melawat mangsa-mangsa lain, termasuk masyarakat Cina dan India yang turut menjadi mangsa banjir lumpur malam partama itu.
Sementara itu, banjir lumpur dua malam berturut-turut itu adalah akibat limpahan air Sungai Kerok selepas hujan lebih enam jam pada malam pertama dan lima jam malam kedua.
Banjir yang berlaku mulai jam 12.30 malam hingga jam 8 pagi itu turut dialami lebih 30 keluarga di Kampung Banggol Batu, lebih 30 keluarga di Kampung Banggol Belimbing dan lebih 20 keluarga di Kampung Chain dan Batu Dinding.
Premis-Premis lain yang turut ditenggelami air berlumpur kuning ialah Masjid Banggol Batu, Dewan Tabika Kemas Banggol Batu dan Dewan Orang Ramai Banggol Batu.
Di TKT, dua bangunan Sekolah Agama Rakyat turut ditenggelami air menyebabkan berlaku kerosakan ke atas beratus-ratus buku teks selain al-Quran, kitab, malah set komputer turut rosak dimasuki air lumpur.
Turut di landa banjir di TKT ialah Dewan Serbaguna TKT, Surau TKT dan lima buah kedai, manakala berpuluh kereta dan motorsikal turut ditenggelami air.
17 November 2009
YDP lawat banjir
Oleh Mohd Syamil Azhar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Bukan masa banjir saja perlu lawat, masa tiada apa-apa pun perlu lawat untuk bertanya khabar!
betul2 aku sokong.masalahnya AHLI PARLIMEN BN kat situ,duk tmn tu jugak.tapi hujung minggu je la.hari biasa duk kl.
Catat Ulasan