9 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUCHING: Pilihan raya kecil (PRK) Balingian mungkin akan diadakan, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) negeri Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi pada Ahad.
"Kita perlu memenuhi keperluan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sekiranya perlu.
"Jika pilihan raya kecil itu adalah perlu (kita) akan melakukannya seperti yang diperlukan... terpulang pada SPR untuk membuat keputusan. Saya fikir anda (wartawan) lebih tahu daripada saya," katanya.




