Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tawaran wang tunai untuk 'menampar' seorang ahli parlimen DAP bukan "satu ancaman", menyebabkan laman media sosial kecoh dengan tawaran mereka sendiri.
Tidak seperti sekumpulan NGO Islam yang menawarkan RM 1,200 untuk menampar Teresa Kok, pengguna laman sosial itu juga membuat tawaran kepada mereka yang berani untuk menyedarkan Zahid.
Tawaran dari pelbagai individu itu bermula serendah 5 sen dan setinggi RM 1,500 dan beberapa pengguna mencadangkan majlis kutipan derma bagi tujuan itu.
'Twit' dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai hal itu memenuhi laman tersebut sehingga lewat malam semalam sehingga ada yang menawarkan seikat kangkung bagi tujuan sama.
Beberapa pengguna, seperti personaliti media Asha Gill mencadangkan supaya menggabungkannya dengan kempen derma, manakala kebanyakan yang lain rasa jengkel dengan menganggap kenyataan Zahid tidak logik.

1 ulasan:
Jadi mentri kerana menipu bukannya cerdik sangat jika tidak takkan buat kenyataan bodoh. Sekarang rasa dah dipermainkan. Cuba lah buat sesuatu yang berfeadah bagi meringgankan bebaban rakyat seperti bagaimana nak menambah pendapatan rakyat dan mencari formula untuk mengekang kenaikan kos sara hidup. Baru mentri yang bertangjawap, ini tunjuk samseng. Kamu tidak akan menjadi mentri untuk selama-lamanya, ibarat kereta dah tua tak ada nilainya. Yang ada nilai ialah budi peketri yang baik dan sebagai umat islam sejati.
Catat Ulasan