17 November 2010

Program Qurbaan dan Kebajikan PAS Miri 1431 H Perkukuh Ukhuwah Sesama Masyarakat


10 Zulhijjah 1431H.
www.pas-miri.blogspot.com

Program Qurbaan dan Kebajikan PAS Miri 1431 H berjaya dilaksanakan dengan jayanya di sekitar DUN Senadin. Bermula program Puasa Sunat Hari Arafah pada Selasa (bersamaan 9Zulhijjah) dan Iftar ,petugas PAS disemua peringkat meraikan Hari Kebesaran Ediul Adha 1431 H dengan sederhana sekali. Buat julung kali 2 Ekor dikorbankan pada pagi yang mulia ini 10 Zulhijjah dengan dana disumbangkan oleh ahli dan petugas PAS Kawasan Miri.

Selain sumbangan barang keperluan yang disumbangkan sejak hari Isnin kepada penduduk sekitar Kg Tukau,Tudan dan Luak;program kali ini turut melibatkan agihan korban pada Hari Raya Eidul Adha. Sebanyak 180 bungkusan daging korban yang menggunakan beg plastik PAS telah diedarkan disetiap pelusuk Kampung sekitar Miri termasuk ke Kuala
Baram.

Suasana ukhuwah dan gembira jelas terpancar diwajah para penerima pada hari yang mulia ini. Program diketuai Setiausaha Kawasan Miri,Saudara Arif dan AJK Pemuda dan Muslimat.InsyaALLAH satu Majlis Jamuan Eidul Adha akan diadakan dirumah YDP PAS Kawasan Miri pada hari akhir Tasyrik 13 Zulhijjah Sabtu ini bersempena juga dengan Aqiqah beberapa sahabat anggota PAS Miri yang baru menerima cahayamata.

PERUTUSAN HARI RAYA KORBAN 1431

10 Zulhijjah 1431H.
YB DATO’ SERI IR. HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN

LABAIK ALLAHUMA LABAIK (aku datang kpd Mu ya Allah, Aku datang)
LABAIKA LAA SYARIIKALAKA LABAIK (aku datang dgn tidak mensyirikan Engkau, aku datang)
INNAL HAMDA (sesungguhnya segala puji-pujian)
WANI’MATA (sesungguhnya segala nikmat)
LAKAWALMULK., LAA SYARIIKALAK(dan sesungguhnya kerajaan hanyasanya milik Engkau. Tidak ada sekutu bagi Engkau)

Assalamualaikum dan salam aidil adha

Rukun Islam yg kelima fardhu haji antara lain menumpukan perhatian kepada setiap orang Islam supaya bersiap sedia untuk menghadapi maut dengan tidak mensyirikan Allah tatkala ajal telah sampai apabila dijemput oleh malaikat maut nanti. Disaat itu perkara yg paling penting disisi Allah ialah hamba itu tidak mensyirikan Allah sebagaimana yg terkandung dalam kalimah talbiah yg tersebut diatas. Kalimah Talbiah ini dibaca oleh setiap para haji bila meninggalkan rumah untuk ke tanah suci.

Nabi IbrahimAS bersama istri siti Hajr dan anak kecil Ismail AS mengharung kehidupan mengesakan Allah dalam suasana getir hatta diuji dgn mengorbankan puteranya Ismail AS pun sanggup ditaati dan dituruti tanpa soal, sangsi dan keberatan. Semua ini dilakukan bagi merealisasikan tuntutan talbiah tersebut.

Maha pentingnya rukun haji ini dgn tidak mengecilkan rukun Islam yg lain, sehingga Allah memaktubkan satu surah bernama Al-Hajj (surah 22) dalam Al-Quran sedangkan rukun2 lain tidak dinamakan As-Solah, As-Saum, As-Zakah sebagai surah khusus. Malangnya akibat perubahan dan ketempangan pengurusan dan pentadbiran pemerintahan yang ada menjadikan rukun Haji ini seolah2 tidak diraikan sebagai satu rukun yang berperanan setiap ketika dalam kehidupan sesaorang Muslim. Oleh kerana maut ini terjadi pd bila2 masa, maka amat wajarlah segala persiapan dibuat dan berwaspada pada setiap ketika agar kita tidak terjebak dengan pebuatan atau amalan berunsur syirik.Bagi mencapai tujuan ini , talbiah tersebut melakarkan 3 formula supaya kita dapat mengelakan bersyirik dgn Allah.

Pertama hendaklah kita I’tiqadkan semua pujian kepada Allah dan tidak kpd makhluq. Jangan pula kita memuji benda, alat, system, orang, pangkat, parti, peraturan dll sebagai memberi bekas dalam kehidupan kita.

Kedua hendaklah kita mengi’tiqadkan dan yakin bahawa semua ni’mat dari Allah. Dari sebesar2 ni’mat beriman, bertaqwa dan Islam sehingga sekecil2nya termasuk sihat, pancaindera zohir dan bathin, keluarga , harta benda, rasa, dengar, makan, minum, lapar, kenyang, lena dan banyak lagi.

Ketiga hendaklah memastikan dan mengembalikan kerajaan atau pemerintahan termasuk dalam sosial politik milik Allah. Sistem dan peraturan, perundangan, pimpinan dan kekuasaan hendaklah berteraskan segala aspek yang diunjurkan Islam seperti adil, amanah, amar ma’ruf nahi mungkar. Sebagaimana yang termaktub dalam surah hajj itu sendiri pada ayat 41 yg bermaksud: “Ia itu (umat islam) yg jika Kami berikan kekuasaan memerintah dibumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta menguruskan zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar . Dan ingatlah!bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

Kesimpulanya, segala perbuatan dan peraturan haji itu sendiri melambangkan proses menghadapi maut. Kain ihramnya, ukufnya, talbiahnya, sembelihanya, takbir rayanya dll adalah manifestasi kearah persiapan menghadapi maut. Oleh yg demikian bagi memastikan kita tidak bersyirik sewaktu menghadapi ajal, marilah kita bertekad dan berusaha-amal agar ketiga2 perkara penting tadi dikembalikan kepada Allah SWT. Ia itu pujian, ni’mat dan kerajaan hanyasanya kepunyaan dan milik Allah SWT.

Selamat menyempurnakan ibadat penyembelihan. Allahu Akbar 3x walillahil hamd.

Wasalam. Sekian

Kiswa baru untuk Kaabah


10 Zulhijjah 1431H.

Kain penutup Kaabah yang dikenali sebagai 'Kiswa' diganti baru dalam satu majlis tahunan di Makkah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.

Menurut sebuah akhbar tempatan di Makkah, Saudi Gazette, majlis pemasangan Kiswa yang baru itu disempurnakan oleh para petugas dari Majlis Agung yang menjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Kiswa baru berharga SR20 juta (100 Saudi Riyal bernilai kira-kira USD26.67) setinggi 14 meter yang diperbuat dari sutera serta bersulam benang emas itu dihasilkan di sebuah kilang khas.

Ia turut merangkumi satu langsir di bahagian pintu Kaabah yang diperbuat daripada sutera khas, enam setengah meter tinggi dan tiga meter lebar, yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disulam indah dengan benang diperbuat daripada emas dan perak.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Assalamualaikum ...

Saya serta seisi keluarga dan Warga Kerja Blog Cina Islam dengan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua rakan FB dan seluruh pengunjung blog Cina Islam.

Semuga kita mengambil pengajaran dari pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan puteranya Ismail serta isterinya Siti hajar.