KOTA BHARU: Kelantan yang kini berada dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid, surau serta musala mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.6 meter, berkuat kuasa hari ini.