14 November 2013

Siling Wad NICU Hospital Serdang runtuh

10 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Beberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh awal pagi ini, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan. 

Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr Ardi Awang, berkata runtuhan yang berlaku jam 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi. 

Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara Ahad ini

10 Muharram 1435H. [MOD] -

GEORGETOWN: Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara selama 10 jam kepada semua kenderaan Ahad ini sempena acara Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang.

Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) dalam satu kenyataan berkata jambatan ditutup mulai jam 1 pagi sehingga 10 pagi dan akan beroperasi seperti biasa selepas itu.

132,000 peminjam PTPTN disenarai hitam

10 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily,14 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa seramai lebih 132,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini dalam senarai hitam pihak imegresen Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Pelajaran ll, P.Kamalanathan ketika menjawab soalan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pada sesi soal jawab lisan hari ini.

Katanya, jumlah keseluruhan nilai pinjaman oleh mereka yang disenarai hitam itu adalah sebanyak RM2.11 bilion.

Taufan Haiyan: Pakatan Rakyat rakam simpati dan dukacita

10 Muharram 1435H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat merakamkan  perasaan simpati dan dukacita kepada rakyat Filipina yang menghadapi kehilangan nyawa, kacau bilau dan kemusnahan akibat Taufan Haiyan yang melanda bahagian tengah republik tersebut.

Gantung Surendran: Dewan gamat, MP jerit 'usul haram'

10 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh gara-gara usul yang mahu dibawa oleh pihak kerajaan untuk menggantung N.Surendran (PKR-Padang Serai) dari persidangan dewan selama enam bulan atas tuduhan menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Syarikat Kawalan Keselamatan Akan Diwajib Laksana Pengesahan MyKad Dengan JPN

10 Muharram 1435H. [MOD] -

SERI MANJUNG: Semua syarikat kawalan keselamatan akan diwajibkan melaksana pengesahan maklumat diri MyKad untuk setiap pengawal keselamatan yang mahu diambil bekerja bagi mengelak penipuan identiti oleh warga asing.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Jariah Mohd Said berkata pelaksanaan itu sedang diusahakan dengan mengumpul maklumat lengkap senarai kesemua syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu.

Golongan Muda Hidap Diabetes Meningkat

10 Muharram 1435H. [MOD] -
Salah seorang pesakit diabetes sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
PETALING JAYA: Jumlah pesakit diabetes terus meningkat dan lebih membimbangkan statistik menunjukkan lebih ramai golongan muda di Malaysia menghidap penyakit tersebut.

Perunding damai Palestin letak jawatan

10 Muharram 1435H. [MOD] -

RAMALLAH: Seluruh pasukan perunding Palestin dilaporkan meletakkan jawatan sebagai tanda protes kepada tindakan Israel memperluaskan pembinaan penempatan penduduknya di Tebing Barat.

Dua wakil perunding berkenaan berkata, Presiden Mahmud Abbas setakat ini masih belum menerima peletakan jawatan mereka. 


Perunding, Mohammed Shtayyeh memberitahu AFP, langkah yang diambil mereka itu sebagai reaksi kepada 'peningkatan penempatan yang dibina Israel dan kelihatan tiada harapan untuk penyelesaian perkara itu'. 

42,646 calon UPSR peroleh A semua subjek

10 Muharram 1435H. [MOD] -
42,646 calon UPSR peroleh A semua subjekKETUA Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud menunjukkan Buku Pengumuman Analisis Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selepas majlis sidang media di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PUTRAJAYA: Seramai 42,646 daripada 478,848 calon mendapat A dalam semua subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu. 

Bahayanya hati yang mati.

10 Muharram 1435H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman
“Jika kamu tidak malu, maka berbuatlah sesukamu hatimu” (HR. Abu Dawud).
Betapa buruk kesan bagi seseorang akibat hatinya mati, kata ulama.  Hati yang mati ikut mematikan berbagai rasa.  Termasuk juga mematikan rasa malu.  Padahal rasa malu adalah penghalang dari keinginan untuk berbuat kejahatan.  Makanya, orang yang hatinya telah matiboleh dilihat dari tiada lagi rasa malu saat berbuat kejahatan. 

Khutbah Jumaat : "Barakah Persaudaraan".

10 Muharram 1435H. [MOD] -

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ .
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله .
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Saya berpesan kepada kepada tuan-tuan sekalian dan kepada diri saya sendiri supaya kita bertaqwa kepada Allah kerana orang-orang yang bertaqwa adalah mereka yang berjaya dan mendapat kejayaan dunia dan akhirat. 

Rumah Kampung Perlu Ada Pemadam Api

10 Muharram 1435H. [MOD] -

MIRI - PAS Miri bersama Unit AMAL Malaysia Bahagian Miri telah melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Dalam B, Batu 6, Lambir dekat sini semalam.

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku jam 7.40 pagi beberapa hari yang lalu, seorang budak lelaki berusia tiga tahun, rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah keluarganya di Kampung Sungai Dalam, Batu 6, Lambir. Ibu dan nenek mangsa turut mengalami kelecuran di beberapa bahagian badan mereka. Datuk mangsa, Sebri Pawi, 81, yang ditemui memberitahu bahawa api berpunca daripada salah satu bilik di rumah kayu tersebut.

Dickson Nwakeme sah tinggalkan Kelantan

10 Muharram 1435H. [MOD] -

KOTA BHARU - 'The Red Warriors' terus dirundung episod duka selepas pemain importnya, Dickson Nwakaeme, sah meninggalkan Kelantan pada musim depan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) gagal memenuhi tuntutan gaji pemain itu.

Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan itu bersetuju untuk melepaskan penyerang dari Lagos, Nigeria itu yang menuntut gaji melebihi RM1 juta sebagai imbuhan untuk terus beraksi bersama 'The Red Warriors' pada musim hadapan.

"Saya bersetuju melepaskan Dickson yang mahukan gaji berganda (berbanding musim ini) yang melebihi RM1 juta. Bagaimanapun, pemain yang bijak menggelecek dan mampu mengucar-kacir barisan pertahanan lawan bakal diganti dengan pemain yang mempunyai rekod penyudahan yang baik," kata Annuar dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Lapan maut berebut beras

10 Muharram 1435H. [MOD] -
Lapan maut berebut  berasMangsa taufan mengambil kampit beras di sebuah gudang di Tacloban, beberapa hari lalu, aktiviti yang membawa tragedi semalam di sebuah lagi gudang. - Foto AP
Manila: Lapan maut semalam, apabila beratus-ratus mangsa taufan Haiyan menyerbu sebuah gudang beras berhampiran bandar Tacloban, ketika ramai mencari bekalan keperluan untuk meneruskan kehidupan.

Mesir tarik balik perintah darurat

10 Muharram 1435H. [MOD] -

Kaherah: Mahkamah Mesir menarik balik perintah darurat tiga bulan di negara itu kelmarin, langkah yang mungkin membantu kerajaan disokong tentera memulihkan keadaan selepas penyingkiran Presiden Mohamed Morsi. 

Namun, ketika perintah darurat diarah ditamatkan, kerajaan juga semakin hampir meluluskan satu undang-undang mengenai tunjuk perasaan yang dituduh pembangkang sebagai cara baru membendung protes.

56 peratus penganggur ialah siswazah

10 Muharram 1435H. [MOD] -

Jumlah penganggur di negara ini sehingga Jun lalu adalah sebanyak 375,401 orang dengan 56 peratus daripadanya merupakan siswazah.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang manakala golongan bukan siswazah adalah 165,139 orang (44 peratus).

"Pada masa ini, kementerian mengumpulkan data berhubung graduan menganggur melalui portal JobsMalaysia dan portal ini juga berperanan memadankan pencari kerja dengan kekosongan jawatan yang diiklankan," katanya.