RAMALLAH: Seluruh pasukan perunding Palestin dilaporkan meletakkan jawatan sebagai tanda protes kepada tindakan Israel memperluaskan pembinaan penempatan penduduknya di Tebing Barat.
Dua wakil perunding berkenaan berkata, Presiden Mahmud Abbas setakat ini masih belum menerima peletakan jawatan mereka.
Perunding, Mohammed Shtayyeh memberitahu AFP, langkah yang diambil mereka itu sebagai reaksi kepada 'peningkatan penempatan yang dibina Israel dan kelihatan tiada harapan untuk penyelesaian perkara itu'.
“Sehingga sekarang, Abbas tidak menerima peletakan jawatan kami," katanya.
Shtayyeh mendakwa Israel adalah pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan dalam rundingan damai itu kerana masih menerus dan memperluaskan penempatan Israel di Tebing Barat.
Ketua perunding, Saeb Erakat adalah antara yang menyerahkan peletakan jawatan berkenaan, kata satu sumber lagi.
Jurucakap Jabatan Negara Palestin, Jen Psaki memberitahu, Abbas masih komited dengan rundingan damai berkenaan.
Semalam, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan supaya pelan untuk membina 20,000 penempatan di Tebing Barat dibatalkan. - AF
Tiada ulasan:
Catat Ulasan