14 November 2013

Taufan Haiyan: Pakatan Rakyat rakam simpati dan dukacita

10 Muharram 1435H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat merakamkan  perasaan simpati dan dukacita kepada rakyat Filipina yang menghadapi kehilangan nyawa, kacau bilau dan kemusnahan akibat Taufan Haiyan yang melanda bahagian tengah republik tersebut.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, tragedi ini sesungguhnya adalah bencana terburuk dalam sejarah negara tersebut.

Pada saat yang genting ini, tambahnya Pakatan Rakyat menyokong usaha dilakukan pelbagai pihak di Malaysia termasuk oleh negeri yang diperintah Pakatan Rakyat untuk menghulurkan bantuan sedaya mungkin kepada mangsa terlibat.

Taufan Haiyan membadai tengah Filipina, di wilayah Leyte, Tacloban dan Pulau Samar beberapa hari lalu mengakibatkan kemusnahan tempat tinggal dan harta benda serta mengorbankan lebih 10,000 nyawa.

Ribuan penduduk lagi dilaporkan masih hilang ekoran kesan taufan yang juga dikenali di Filipina sebagai Yolanda.

Taufan itu turut melintasi Laut China Selatan dan melanda Vietnam dan China.

Tiada ulasan: