08 April 2010

Lao Ma Shi Tu : Kuda Tua Ingat Akan Jalan


23 Rabiulakhir 1431H.

Asal Usul:

Pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi, atas permintaan negeri Yan, raja negeri Qi, iaitu Raja Qihuangong telah mengetuai tenteranya untuk menyerang negeri Guzhu, sebuah negeri kecil yang kini terletak di provinsi Hebei di bahagian utara China. Semasa mereka berangkat, musim bunga baru bermula. Bagaimanapun, ketika mereka menewaskan negeri tersebut, dan hendak pulang ke kampung halaman, musim sejuk pun sudah tiba.

Apabila tentera yang diketuai oleh Raja Qihuangong itu tiba di sebuah lembah yang besar, yang terpampang di depan mata mereka, hanyalah hamparan salji yang memutih. Arah jalan susah sekali untuk dilihat. Maka, mereka pun tersesat.

Ketika melihat askarnya menjadi begitu risau, Perdana Menteri Guan Zhong yang mengiringi raja Qihuangong dalam peperangan ini, pun menampilkan diri, sambil berkata,

"Janganlah bimbang. Kuda-kuda tua yang kita bawa, pasti ingat akan jalan yang pernah dijejaki mereka."

Maka, atas perintah Raja Qihuangong, Guan Zhong pun memilih beberapa ekor kuda yang tua, dan membiarkan mereka berjalan di hadapan. Dengan mengikut perjalanan kuda-kuda tersebut, akhirnya, tentera negeri Qi berjaya keluar dari lembah itu, dan kemudian menemui jalan yang betul untuk pulang ke kampung halaman mereka.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Lao Ma Shi Tu" atau "Kuda Tua Ingat Akan Jalan" ini membawa erti, orang atau golongan yang berpengalaman boleh menjadi pembimbing yang baik dalam sesuatu perkara. Peribahasa ini memperlihatkan peri pentingnya pengalaman yang kita lalui untuk memimpin kita ke mercu kejayaan.CRI/-

Parlimen harus kutuk keganasan Israel

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 April: Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mencadangkan Parlimen yang sedang bersidang ketika ini mengeluarkan satu resolusi khas mengutuk keganasan Yahudi Israel yang sehingga kini terus melakukan kekejaman ke atas rakyat Gaza.

Mapim turut mencadangkan agar Parlimen membentuk satu kaukus khas iaitu kaukus Malaysia untuk Palestin bagi membolehkan isu keganasan terhadap Gaza dapat dibincangkan dengan lebih serius di kalangan ahli Parlimen.

Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu sidang media bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen hari ini berkata, Parlimen harus memberikan perhatian yang serius terhadap isu ini kerana ia seolah-olah tidak ada penyelesaian.

"Mapim mencadangkan Parlimen agar membuat satu usul khas berhubung isu ini seperti yang pernah dilakukan pada 2009.

"Parlimen harus mengutuk dan mengecam Israel yang terus mengganas di Gaza dan sekarang sedang membuat new settlement di Jurusalem dan kita lihat dunia tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Mapim hari ini juga hadir ke parlimen bagi menyerahkan surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang, dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional bagi mendapatkan sokongan mereka terhadap memorandum Mapim yang akan dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rombongan misi flotilla tersebut.

"Mapim mahu semua ahli Parlimen menandatangani surat perakuan menyokong bantahan terhadap Israel dan saya sendiri akan menyerahkan surat tersebut kepada Speaker, Ketua Pembangkang dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan," katanya.

Tegas Azmi juga, ahli Parlimen bertanggungjawab untuk menghentikan sebarang kerjasama dengan syarikat-syarikat yang sedang menjalankan strategi untuk menguasai dunia melalui syarikat konsultansi dan perdagangan.

"Kita mahu ahli Parliemn sedar bahawa perbuatan Israel dan semua konconya melalui syarikat yang sedang menjalankan strategi untuk menguasai dunia seperti syarikat konsultansi, perdagangan mesti kita hentikan perjanjian dengan mereka," katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa Mapim yang terdiri daripada 24 organisasi gabungan negeri dan kebangsaan akan menyokong satu misi rombongan kapal-kapal (flotilla) yang akan belayar dari beberapa pelabuhan Eropah bermula 3 Mei depan dan dijangka tiba di Pelabuhan Gaza akhir bulan tersebut.

Justeru, Mapim meminta sekurtang-kurangnya dua Ahli Parlimen Malaysia untuk menyertai misi tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan berbincang dan menentukan dua ahli Parlimen yang akan menyertai misi tersebut.

"Kami dari Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan membincangkan siapa yang akan menyertai misi tersebut," katanya.

Beliau sekali lagi mendesak kerajaan agar menghentikan perjanjian dengan Apco Worldwide dan memohon maaf kepada Palestin di atas kerjasama itu.

"Kita nak tegaskan sekali lagi bahawa kita minta kerajaan batalkan perjanjian dengan Apco dan mohon maaf kepada OIC dan rakyat Palestin dan yang pasti bajet hari ini harus ditolak kerana jelas ada peruntukan untuk membayar yuran kepada Apco yang ada kaitan dengan Israel sedangkan mereka sdang menindas umat Islam di Palestin," tegasnya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Dr Hayati Othman (PAS-Pendang), Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat), Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).

Harakahdaily.net/-

Umno terus memburu dosa

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Permulaannya saya bersyukur apabila Umno menghentikan amalan mengalung bunga ke Tugu Kebangsaan walaupun ianya adalah suatu tindakan yang terlalu lewat setelah mereka bergelumang dengan amalan syirik itu sejak 22 tahun yang lalu setelah Fatwa Syirik dari Majlis Fatwa Kebangsaan digazetkan .

2. Saat semua pihak menumpukan perhatian kepada gaya pendekatan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri yang dikatakan mula mendapat sokongan 68% , tindakan Datuk Najib menghentikan amalan syirik yang sekian lama diamalkan oleh Kerajaan UMNO dan BN sangat dialu - alukan.

3. Amalan syirik ini pernah dihentikan seketika di zaman Tun Dr Mahathir tetapi malang edisi syirik itu terus disuburkan kembali oleh pendiri mazhab Islam Hadhari di zaman Tun Abdullah . Alhamdulillah , Datuk Seri Najib kembali menghentikannya dan harapan kita agar ia terus dihentikan buat selama - lamanya .

4. Namun malang , apa yang dikatakan UMNO ialah sebuah parti yang dasarnya terus memburu dosa dan selesa untuk terus bergelumang dengan dosa . Manakan tidak , sejurus mereka menghentikan amalan syirik mengalung bunga ke tugu kebangsaan , mereka cipta satu lagi dosa besar yang lain iaitu Judi Sukan .

Firman Allah di dalam Surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil ?”.

5. Perdana Menteri telah mengemuka cadangan untuk menghalalkan Judi Sukan di dalam negara kita sewaktu menghadhiri Persidangan Asia Credit Suisse kali ke 13 di Hong Kong . Saya kira ini adalah cadangan yang sungguh tidak bertanggungjawab . Bukan sahaja tidak mengambil kira soal dosa pahala tetapi juga dilihat sebagai satu usaha untuk terus menjerumuskan negara dan rakyat ke lembah maksiat serta mungkar .

6. Antara hikmah mengapa Islam mengharamkan judi adalah sepertimana yang dinyatakan oleh Sheikh Dr. Yusof al-Qaradawi antaranya :

a- Kerugian mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, barangkali dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, kerana didorong oleh enaknya kemenangan, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak dan sama sekali dia tidak ingin untuk berhenti.

Begitulah berkaitnya putaran dalam permainan judi, sehingga hampir kedua putaran ini tidak pernah berpisah. Dan inilah rahsia terjadinya pertumpahan darah antara pemain-pemain judi.

b- Hobi ini merosakkan masa dan aktiviti-aktiviti kehidupan dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mahu mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi .

Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan, kewajibannya akan diri, kewajibannya akan keluarganya dan kewajibannya akan ummat keseluruhannya .

Tidak terlalu jauh kalau orang yang asyik itu akan berani menjual agamanya, harga dirinya dan tanah airnya, demi permainan judi. Kecintaannya terhadap hidangan ini akan mencabut kecintaannya terhadap barang lain, atau nilai apapun.

Keasyikan ini dapat menaburkan benih permainan judi dengan segala macam cara. Sampai pun tentang harga dirinya, keyakinannya dan bangsanya, akan rela dikorbankan demi terlaksananya pekerjaan yang sia-sia ini.

Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap pribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama.

Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahwa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.

Judi yang terdapat di dalam sukan :

a- Menentu dan mengatur perlawanan

· Sebelum pertandingan bermula keputusan perlawanan sudah ditentukan

· Sogokan akan diberikan kepada atlit atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan

b- Bertaruh keputusan pertandingan

· Peminat sukan akan bertaruh untuk satu-satu pertandingan contoh bola sepak. Peminat akan bertaruh dari segi keputusan pertandingan mahupun jaringan.

Impak sekiranya perjudian ini diteruskan di dalam sukan negara kita:

a. Mencemarkan imej Malaysia selaku sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi .

b. Kualiti dan mutu sukan di Malaysia juga akan merosot sekiranya unsure-unsur perjudian sudah bertapak di dalam arena sukan di Malaysia . Ini kerana pertandingan yang diperjudikan itu telah diatur kemenangan mahupun kekalahan masing-masing .

c. Menjejaskan kepercayaan yang datang dari peminat-peminat sukan .

d. Bayaran yang dibuat kepada seseorang secara personal demi merealisasikan pertaruhannya akan menyebabkan hubungan di antara ahli sukan yang sepasukan boleh terjejas.

p/s :

Judi juga adalah di larang di dalam agama hindu (rujukan web http://bali.stitidharma.org/judi-dalam-pandangan-hindu/)

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Pemuda PAS.

Harakahdaily.net/-

3,000 bakal sertai Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak

Ismail Hashim

IPOH, 7 April: Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India Negeri Perak, Encik Susannathan a/l Arokiam hari ini menyertai Dewan Kelab Penyokong PAS (DKPP) negeri yang bakal diikuti 3,000 ahlinya.

Susannathan berkata, sebanyak 100 borang telah diserahkan kepada Setiausaha PAS negeri, Ustaz Misbahul Munir Masduki petang tadi di Pejabat Perhubungan PAS Perak, dekat sini.

Menurutnya, persatuan yang dipimpinnya itu mempunyai keahlian seramai 3,000 orang dan akan menyertai DKPP dalam masa terdekat ini.

Susannathan, 50, tinggal di kawasan Buntung sebelum ini adalah Pengerusi PSM Buntung dan bekas Ketua Bahagian PPP Ipoh Barat yang dikatakan mirip kepada Murugiah.

“Saya sudah tidak mahu kepada parti lain yang saya sudah kenal sikap dan hati budi mereka,” tegasnya lagi.

Beliau hadir menyerahkan borang itu bersama tiga rakannya iaitu Ramakrisnan, Balakrishnan dan seorang wanita.

Menurut Misbahul, Susannathan bersama tiga rakannya yang lain telah berkunjung ke Pejabat PAS negeri untuk menyerahkan sendiri borang menyertai DKPP.

“Beliau bersama rakan-rakannya telah hilang kepercayaan kepada Umno/BN sejak sekian lama, hari ini beliau mengisytiharkan untuk bersama PAS bagi memperjuangkan nasib kaum India yang tertindas,” jelasnya.

Untuk rekod, Persatuan Kebajikan Masyarakat India yang diterajuinya ditubuhkan pada 27 April 2007.

Walaupun persatuan itu baru tiga tahun ditubuhkan tetapi setiap hari ada sahaja ahli baru yang menyertainya.

Persatuan itu ditubuhkan atas dasar memperjuangkan nasib kaum India terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Susannathan bersama rakan-rakannya dalam Persatuan Kebajikan Masyarakat India akan menyokong PAS dalam perjuangan menegakkan keadilan.

Beliau dapat merasai bahawa perjuangan PAS walaupun atas dasar agama tetapi tidak mengabaikan kebajikan kaum lain, dan ianya dibuktikan apabila Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui kerajaan PR di negeri ini.

“Nasib kaum India di Perak diberi perhatian yang serius oleh Kerajaan Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Harakahdialy.net/-

'Umno APCO' heret Mahfuz ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 7 April: 'Umno APCO' yang disebutkan seumpama nada lagu nyanyian aktor filem Hindustan, Shahrukh Khan, membawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ia dilihat seolah-olah Umno trauma dengan gelaran 'Umno Apco, Apco Umno' yang dipopularkan Mahfuzr di Dewan Rakyat sejak semalam lagi.

Hari ini, ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said membuat usul menggunakan Aturan Mesyuarat 36(12) mengheret Mahfuz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Pertikaman lidah di Dewan Rakyat dilihat mulai panas apabila Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyebelahi Ismail dengan tidak terlebih dahulu memberikan justifikasi yang matang pada usul tersebut.

Akibatnya, rata-rata Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangkit memprotes Dr. Wan Junaidi dengan melaungkan 'Umno Apco, Apco Umno' secara terbuka.

Dalam aksi protes itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof turut meminta dirinya dikenakan tindakan seperti Mahfuz kerana menyebut 'Umno Apco, Apco Umno' di Dewan Rakyat.

Wan Junaidi kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan Mahfuz adalah mengelirukan dan membolehkan beliau dirujuk ke jawatankuasa tersebut menggunakan Aturan Mesyuarat 26(1B).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kemudiannya bangkit mempersoal tindakan Wan Junaidi.

"Adakah menyebut perkataan Umno itu menghinakan, adakah APCO itu suatu najis," soalnya.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula menganggap usul tersebut adalah tidak tepat kerana Ismail dan Dr Wan Junaidi masing-masing tidak menggunakan Aturan Mesyuarat yang sama.

Tidak cukup dengan itu, menurut Kamaruddin, kaedah Speaker membuat keputusan tidak menurut Aturan Mesyuarat.

Ini kerana, menurut beliau, Dewan Rakyat tidak terlebih dahulu diminta membahaskan usul dan menerima usul Ismail itu.

Tanpa memberikan justifikasi yang jelas, Wan Junaidi bertegas dengan keputusannya iaitu Mahfuz diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah kemudiannya meminta Wan Junaidi menjelaskan pula tentang kaedah menggunakan perkataan 'Umno' dan 'Apco' dengan cara yang betul supaya beliau tidak mengulangi tindakan Mahfuz.

Wan Junaidi kemudiannya dilihat seolah-olah terperangkap dengan keputusan yang dibuatnya kerana kedua-dua perkataan yang dianggap sensitif oleh Ahli-ahli Parlimen BN itu tidak memberikan konotasi yang salah.

Dewan Rakyat kelihatan kembali kecoh dengan laungan 'Umno Apco, Apco Umno', hatta Dr. Wan Junaidi terpaksa menangguhkan sidang Dewan Rakyat selama lima belas minit.

Wan Junaidi kemudiannya mengambil ketetapan Dewan Rakyat menggunakan undian suara.

Dewan Rakyat kembali gamat dengan laungan 'Umno Apco, Apco Umno' sebagai protes pada ketetapan Dr. Wan Junaidi.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz kemudiannya mencelah dengan mengatakan bahawa menyebut kalimah 'Umno' dan 'Apco' seperti memperbudak-budakkan Umno.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kemudiannya membuat usul untuk membawa Mohamad ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana menyebut 'Umno Apco, Apco Umno' sebagaimana yang dilakukan ke atas Mahfuz, tetapi usul itu diketepikan oleh Dr. Wan Junaidi.

Menurut Wan Junaidi, kenyataan Mohamad tidak boleh ditafsirkan sama dengan kenyataan Mahfuz.

Tegas Wan Junaidi lagi, sekiranya sesiapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan ketetapannya, mereka dicabar mempertikai tindakannya menggunakan Aturan Mesyuarat 43.

Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kemudiannya mencadangkan Dr. Wan Junaidi menggunakan kuasa muktamadnya berdasarkan Aturan Mesyuarat 90.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail bangkit lalu mempersoal kemampuan Wan Junaidi kerana soalah-olah mampu membaca apa yang terbuku dalam hati Mahfuz dan Mohamad.

"Mahfuz sebut Apco dan Umno, begitu juga Mohamad, bagaimana Tuan Speaker boleh menganggap Mahfuz salah dan Mohamad betul sedangkan kedua-duanya menggunakan perkataan yang sama," ujarnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang kemudiannya merumuskan Wan Junaidi telahpun melakukan kesalahan dalam menggunakan Aturan Mesyuarat.

Ujarnya lagi, Wan Junaidi dinasihatkan supaya menggugurkan Mahfuz dan Mohamad daripada dibicarakan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, seterusnya meneruskan agenda menyuarat.

Sebagai respons pada cadangan Kit Siang itu, Wan Junaidi bertegas dengan ketetapannya sebelum itu.

Kekecohan dalam Dewan Rakyat mengakibatkan beliau terus menangguhkan mesyuarat secara tiba-tiba tanpa didahulukan dengan suatu usul penangguhan yang disokong oleh Ahli Parlimen.

Namun, beliau kemudiannya mengaku gagal mengawal perasaannya dan menangguhkan sidang dewan sehingga 10 pagi esok mengikut Aturan Mesyuarat yang sepatutnya.


Kes Kit Siang

Sebelum itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) memohon agar anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dihadapkan ke jawatankuasa yang sama.

Ini ekoran tuduhan Tajudin yang antara lain mengatakan ada antara pemimpin Pulau Pinang daripada DAP, kerap ke Singapura dan Hong Kong dan menjual rahsia negara kepada dua negara itu.

Selain itu, Lim berkata, anggota Parlimen Pasir Salak itu juga mendakwa beliau adalah bekas pegawai politik kepada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (kiri).

Lim meminta Tajudin mengemukakan bukti atas tudhannya itu dan sekiranya gagal beliau dicadangkan dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Tajudin selepas itu enggan menarik balik tuduhannya itu lalu menyebabkan anggota Parlimen Pakatan mendesak dia dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Ekoran itu, undi belah bahagi dibuat yang menghasilkan 56 bersetuju dan 82 menolak cadangan itu.

Harakahdaily.net/-

Kelantan tidak pinggir kaum Sikh

Mohd Noor Yahya

KOTA BHARU, 7 April: Biar pun masyarakat keturunan Sikh tidak ramai di Kelantan, namun kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan mereka, sama seperti kaum-kaum minoriti lain.

Di Kelantan ada tiga kuil iaitu di Kota Bharu, Kuala Krai dan Tumpat.

Anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan kaum minoriti di bawah kepemimpinan ulama.

“Ini terbukti apabila penganut agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang masalah,” katanya ketika melawat Temple Gurdwara Sahib di Jalan Bayam, baru-baru ini.

Sempena kunjungan tersebut, pengurusan kuil berkenaan memohon mendapat geran tahunan daripada kerajaan negeri bagi menyelenggara tiga rumah ibadat mereka.

Oleh itu, Anuar Tan yang juga Adun Kota Lama berkata, kerajaan negeri akan berusaha membantu masyarakat Sikh di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Sikh Temple Jalan Bayam, Gurmok Singh, 64 berkata, kehadiran anggota Exco terbabit amat dihargai sempena menyambut ‘Hari Kelahiran Khalsa’.

Gurmok berkata, kuil tersebut sehingga kini belum menjadi milik kekal mereka sehingga ada sesetengah pihak cuba mengambil sebahagian dari kawasan tersebut.

“Kami amat berbesar hati sekiranya pihak kerajaan dapat mengambil berat hal pemilikan tanah ini. Kini kami seolah-olah tersepit dan bimbang suatu hari nanti temple ini akan diroboh.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa terhadap mereka yang cuba mengambil sebahagian tanah ini kerana ia masih milik kerajaan,” ujar beliau.

Kuil berkenaan, kata Gurmok dibina pada 1948 kini digunakan sebahagian penganut Sikh di sekitar Kota Bharu.

Manakala kuil di Kuala Krai dan Tumpat digunakan sejak awal 1920-an dan masih tiada pemilikan kekal.

Difahamkan masyarakat Sikh di negeri ini hanya sekitar 100 orang dan hubungan sesama mereka begitu erat.

"Kami amat gembira berada di Kelantan yang mempunyai Menteri Besar seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang memahami masalah kaum minoriti," katanya.

Harakahdaily.net/-

PAS persoal henti program bantuan tuisyen

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 7 April: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) mempersoalkan hasrat kerajaan untuk memberhentikan program bantuan tuisyen pada tahun ini.

Justeru, beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mengesyorkan agar program itu diteruskan supaya dapat dimanfaatkan oleh murid khususnya bagi sekolah rendah di luar bandar.

"Mengapa kerajaan berhasrat memberhentikan program tersebut pada tahun ini? Adakah di atas faktor kegawatan ekonomi?” soalnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan mengenai peningkatan pencapaian hasil daripada pelaksanaan skim tersebut serta cara pemilihan murid-murid yang perlu mengikuti kelas tersebut.

Ini kerana katanya, berlaku pertembungan waktu di antara kelas tuisyen itu dengan kelas agama dan sebagainya dan mereka menghadiri kelas tersebut selepas mengikuti kelas persekolahan biasa pada waktu pagi sehingga tengah hari.

"Di kawasan luar bandar, murid tahun empat hingga enam, mereka diminta untuk hadir ke kelas tuisyen tersebut selepas mereka menghadiri kelas biasa pada waktu pagi. Biasanya program ini pada waktu tengah hari. Pada waktu tengah hari jugalah mereka perlu hadiri kelas agama, fardu ain, kafa dan sebagainya.

"Saya rasakan bahawa program itu tidak memberikan masa yang sesuai supaya mereka dapat mengamati kelas tersebut," katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoal kemampuan guru yang ditugaskan untuk mengajar kelas itu memandangkan sudah terbeban dengan kerja-kerja di sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi dalam jawapannya berkata, daripada pemantauan yang dibuat, prestasi murid yang mengikuti kelas tersebut mengalami peningkatan.

Beliau juga menafikan kerajaan akan menghentikan program tersebut namun dihadkan kepada murid tahun enam sahaja.

Nizar dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelajaran menyatakan sejauh manakah kementerian membuat pemantauan kepada pelaksanaan Program Bantuan Tuisyen kerana terdapat banyak rungutan daripada ibu bapa terutama di Parlimen Bukit Gantang bahawa pelaksanaan program ini hanya sekadar melepas 'batuk di tangga'.

Harakahdaily.net/-

Sultan Kelantan temui rakyat di laman istana

Mohd Noor Yahya

KOTA BHARU, 7 April: “Sihat...ma kasih (sihat, terima kasih),” ungkapan dititah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ketika disapa orang ramai ketika dibawa bersiar di halaman Istana Mahkota, petang tadi.

Sultan Kelantan ditolak dengan kerusi roda khas di majlis sambutan ulangtahun hari lahir Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fikry kali ke-32.

Baginda berpakaian kemeja hitam dan wajahnya nampak ceria walau pun percakapannya tidak begitu jelas.

Baginda turut diiringi Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Orang ramai dihidangi dengan jamuan petang. Turut hadir seramai 150 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Puteri dan Putera Harapan Taman Sabariah.

Baginda masih mendapat rawatan rapi dari Hospital Raja Perempuan Zainab (II). Jurupulih Cara Bekerja, Rosli Ngah berkata kesihatan tuanku beransur pulih dan salah satu cara pemulihan ialah menyanyi dan baginda dapat ingat lagu ‘Burung Kakak Tua’.

Harakahdaily.net/-

Bukti 1Malaysia Gagal pengaruhi orang melayu

Email : eddy zed

Six Billion Amanah Saham 1Malaysia Units Still Available For Subscription

KUALA LUMPUR, March 22 (Bernama) -- Six billion Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) units are still available for public subscription, to-date.

Permodalan Nasional Bhd (PNB) President and Group Chief Executive Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman said the Bumiputera and Indian quota made up the bulk of the remaining portion.

Saying that the subscription pace had not changed much since ASM1 was launched in July last year, he said the take-up rate was the fastest among the Chinese.

"Only eight per cent or 238 million units of the three billion units allocated for the Chinese community is still available," he told reporters after announcing the income distribution for Amanah Saham Malaysia (ASM) here on Monday.

He said the equity income fund enjoyed brisk sale among the Chinese community as not many funds offered by PNB were open to non-Bumiputeras.

"Many people are still waiting for the maiden dividend to be announced. They want to compare with other funds, under PNB, to determine if the returns from AS1M is as attractive as other unit trusts," he said.

Hamad Kama Piah said Bumiputeras were more comfortable investing in Amanah Saham Bumiputera (ASB) and Amanah Saham Didik.

The AS1M, a fixed price fund of RM1 per unit, is open to all Malaysians with 50 per cent allocated to Bumiputeras, 30 per cent Chinese, 15 per cent Indians and other races, five per cent.

The fund is the fifth launched by PNB after the ASB, ASM, Amanah Saham Didik and Amanah Saham Wawasan 2020.

-- BERNAMA

Konvensyen BN, wakil MCA bertindak keluar dewan

Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.

Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar juga memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, Tun VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.

Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.

"Nampaknya mereka seperti tidak menghormati kami,” katanya.

Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.

"Jadi buat masa ini, saya tiada masalah,” katanya. Malaysiakini/-

Karpal diarah keluar Dewan, gantung 10 hari

Karpal Singh (DAP-Gelugor) hari ini digantung daripada Dewan Rakyat selama 10 hari berikutan tindakannya menyalahkan speaker yang didakwanya tidak mengikut keputusan yang dibuat sebelum ini.

Drama bermula apabila Tian Chua (PKR-Batu) bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker berhubung notisnya untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau memutuskan untuk menolak notis berkenaan, yang mengundang Tian untuk bangun dan terus meminta penjelasan.

Pandikar kemudiannya mengarahkan Tian supaya duduk, namun Karpal pula menghidupkan mikrofonnya dan berkata speaker telah melanggar keputusan yang pernah dibuatnya sendiri sebelum ini.

Karpal mengulangi kata-katanya itu sebanyak enam kali dan juga menggelarkan speaker dengan sebagai 'diktator'.

Pandikar memintanya mengulangi gelaran itu yang dipatuhi Karpal.

Tindakan itu membawa padah apabila Pandikar mengarahkannya keluar dewan.

"Saya menggunakan kuasa menurut Peraturan 44(2). Bentara, tolong keluarkan Bukit Gelugor," kata speaker ketika mengarahkan bentara menolak kerusi roda Karpal keluar dari Dewan.

Pandikar juga memutuskan Karpal digantung daripada parlimen bagi tempoh 10 hari.

Tindakan itu kemudiannya menerima bantahan daripada wakil-wakil pembangkang.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) kemudiannya bangkit dan berkata keputusan speaker itu tidak adil.

Pandikar kemudiannya berkata, beliau akan berlaku adil dan memutuskan untuk membuka undian secara belah bahagi ke atas usul yang dibawa oleh Tian.

Malaysiakini/-

Polis Perak Keluar Notis Minta Ngeh Beri Keterangan




Siapakah mereka ini,2 keping gambar diambil dalam bangunan dewan negeri di depan pintu masuk Dewan Negeri Perak pada 31 Mac. Mungkin ianya boleh menjawab tuduhan Dato' ngeh.

IPOH: Polis telah mengeluarkan notis meminta Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tampil memberi keterangan berhubung siasatan mengenai dakwaannya terdapat pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa berlangsungnya persidangan DUN, minggu lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, notis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu dikeluarkan hari ini dan beliau diberi tempoh dua hari sehingga Khamis ini untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Beliau berkata, polis memulakan siasatan pada 1 April lepas setelah menerima dua laporan polis daripada orang awam berhubung dakwaan Ngeh itu.

Polis telah merakamkan keterangan daripada lima individu termasuk pengadu dan wakil media, katanya dan menurutnya siasatan dibuat mengikut Seksyen (1)(a) Akta Hasutan 1948.

"Langkah seterusnya, kita memanggil Yang Berhormat (Ngeh) untuk beri keterangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Cegah Jenayah Ketua Polis Perak Bersama Penduduk Kampung di Buntung di sini semalam.

Ngeh mengeluarkan kenyataan itu semasa menyuarakan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang DUN berlangsung pada 30 Mac lepas.

Gempa Bumi 7.2 Skala Richter Landa Acheh

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berskala 7.2 richter melanda wilayah Sinabang, Acheh pada jam 5.15 pagi ini sehingga mencetuskan panik tsunami.

Bagaimanapun Jabatan Meteorologikal Malaysia menarik balik amaran tsunami di tiga wilayah Utara Malaysia.

Dalam perkembangan yang sama, Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta mengesahkan bahawa tiada penuntut Malaysia yang terlibat atau tercedera dalam gempa bumi itu.

Universiti di mana penuntut Malaysia berada ialah Universitas Islam Negeri Ar Raniri Acheh.

BETINA INI SURUH JANTAN `TUNJUK JANTAN'?

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Nazeri Aziz mula membebel dan gelisah melihat DS Anwar ke hulu ke hilir bercakap soal APCO dan Israel, kita tahu mengapa menteri yang tidak disukai oleh Tun Mahathir itu bersikap demikian. Bukan rahsia lagi kisah APCO ini kepada rakyat yang cerdik dan berfikir kecuali mereka yang `bermazhab' Umno yang menjadikan Utusan Meloya sebagai kitab mereka dan TV 3 suku sebagai `kiblat' mereka.

Bahkan, pemimpin parti di dalam komponen Bn sendiri seperti MCA, Gerakan dan MIC serta beberapa parti di Sabah dan Serawak membisu seribu bahasa langsung tidak berani bercerita berkenaan APCO ini. Apakah mereka ini cerdik sedikit dari Umno untuk menilai apa yang dihujahkan oleh DS Anwar di dalam Parlimen baru-baru ini? Maka, untuk mempamirkan `kejantanan' nya yang sejati, Nazeri minta DS Anwar berdepan di dalam Parlimen di dalam keadaan `tali telah dipasang ke leher' DS Anwar lebih awal. Beliau mencabar DS Anwar supaya menunjukkan jantannya di Parlimen nanti. Bukankah DS Anwar telah berpencak di Parlimen baru-baru ini, tetapi sehingga kini tiada sambutan dan cabaran. Mengapa tidak dijawab soal APCO serta perjanjian yang dikatakan oleh DS Anwar itu?

Mengapa tidak cabar sahaja DS Anwar berdebat tentang APCO ini secara terbuka seperti debat soal minyak dahulu? Beranikah Nazeri berbuat demikian atau bimbang mulutnya bakal berbuih seperti yang terjadi kepada Shaberi Cheek suatu ketika dahulu? Mengapa mahu DS Anwar bercakap di Parlimen lagi sedangkan apa yang DS Anwar hujahkan baru-baru ini pun masih tidak terjawab oleh Najib apatah lagi Nazeri. Nazeri tahu, sekiranya DS Anwar bercakap di Parlimen seperti yang beliau inginkan, Speaker Parlimen mestinya akan berbuat sesuatu terhadap DS Anwar apabila DS Anwar bercakap lebih lanjut soal APCO itu nanti. Itu lah tahap keberanian Nazeri yang mahu menjadi `ayam sabung' Najib untuk berdepan dengan DS Anwar.

`Ayam sabung' Nazeri ini adalah ayam yang mahu bersabung di dalam sangkarnya sahaja. Beliau tidak berani berdepan secara terbuka di khalayak ramai kerana bimbang rakyat akan menyaksikan kebodohannya. Apa yang terjadi kepada Shabery Cheek benar-benar menjadi pengajaran buat semua pimpinan Umno. DS Anwar tidak perlu membuktikan `jantan'nya kepada si `betina lembik' seperti beliau./wfauzdin.blogspot.com

APA BEZA PARTI TIN KOSONG DENGAN LANGSUNG TIDAK BERPARTI ?

mandor.blogspot.com

Tun tersenyum lihat gelagat si katak mencium keris....dulu dia cium tangan aku...

Aku hampir hendak tertawa dengan hujah raja katak Berahim Ali apabila mengulas isu pemimpin Gerakan yang tidak mahu `menyembah' PERKOSA mohon maaf. Anda boleh baca apa hujah MP Pasir Mas yang tidak tahu malu menumpang kerusi Parti PAS itu di sini. Raja katak Pasir Mas itu sememangnya terkenal dengan hujah beliau yang selalu menggunakan kepala lutut, lepas itu mula hendak mengamuk hentak-hentak meja bila orang tertawakan dia.

Di dalam kenyataannya, raja katak tersebut menggelar Parti Gerakan sebagai parti tin kosong kerana mulanya beliau sangka Gerakan tiada wakil di dalam Parlimen. Tetapi, apabila diingatkan oleh wartawan yang menemu bual beliau bahawa Gerakan ada juga dua wakil di dalam Parlimen, beliau pun terhegeh-hegeh mengaku tetapi cuba juga `cover' ke maluannya. Lihatlah betapa dengkelnya otak raja katak, hendak serang orang tetapi tiada senjata pendinding kecuali kepala lututnya. Beliau berkata Parti Gerakan tiada pengaruh sebab itulah cuba menentang PERKOSA untuk raih sokongan orang-orang Cina kembali.

Jika Gerakan sebuah parti yang ada juga wakilnya di Parlimen bertanding di atas lambang partinya sendiri, bagaimana pula dengan raja katak yang pinjam lambang parti PAS tetapi sehingga kini tidak berparti? Paling memalukan, PAS sudah tidak redha lagi kerusi itu diduduki oleh sang katak tidak tahu malu itu. Jika orang bermaruah apatah lagi sebagai Presiden pertubuhan yang berjuang untuk Melayu kununnya, beliau sudah lama mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas sebaik sahaja PAS tidak restui beliau menenggek di situ. Bukankah sifat orang Melayu itu tahu Melayu?

Tidak berparti kemudiannya menenggek di atas kerusi yang diberi pinjam, kemudian ke hulu ke hilir membawa keris dan mengucupnya itu bermaruahkah? Semua orang sekarang sedang mentertawakan raja katak, dan beliau tidak sedar kerana mungkin selama ini terlalu lama berada di bawah tempurung semenjak disepak terajang oleh Umno dahulu. Gerakan lebih bermaruah dari raja katak kerana meskipun kehilangan banyak kerusi tapi tetap berjuang jatuh dan bangun atas partinya sendiri. Raja katak berjuang dengan kerusi pinjam yang telah pun diharamkan oleh tuan punya kasi pinjam./mandor.blogspot.com

POLIS TIDAK ADIL

Kenyataan Media (6 April 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kecewa dengan sikap tidak adil pihak Polis semasa mengawal perarakan serahan memorandum oleh Pergerakkan Pemuda Umno Negeri Perak pada hari Jumaat yang lalu yang disifatkan sebagai berat sebelah.

DPPN Pk merasakan Polis seperti beragenda bagi memastikan tidakkan Pemuda Umno Perak seperti direstui oleh Polis dan juga pihak Istana. DPPN Pk hairan perarakan yang dianjurkan oleh Umno mendapat layanan istimewa dengan di iringi oleh Polis dan dibolehkan pula untuk masuk ke dalam Istana Kinta baru-baru ini.

Sudah tentu bila PAS atau Pakatan Rakyat (PR) membuat sedemikian, Polis akan mengawal dan akan juga turun beramai-ramai dan membuat sekatan jalan raya. Malah pihak Istana juga tidak akan mengizinkan serahan dibuat di dalam Istana. Inilah berat sebelah dan sikap tidak adil Polis di dalam memastikan Umno diberikan keutamaan.

Jika pihak Polis dan pihak Istana memberikan layanan yang sama juga kepada kami, sudah tentu rakyat akan menerima dengan keyakinan bahawa Polis tidak diperalatkan oleh Umno selama ini. Rakyat perlu membuka mata dan melihat sendiri sandiwara yang berat sebelah Polis selama ini.


SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Rakyat mahu kerajaan baru, bukan Model Ekonomi Baru

http://peguampas.blogspot.com/

Pada 30 Mac yang lalu Najib Tun Razak mengumumkankan kepada rakyat kononnya satu reformasi ekonomi Malaysia melalui pengenalan bahagian pertama Model Ekonomi Baru ( MEB). Bahagian kedua MEB akan diumumkan pada bulan Jun nanti.

MEB mengandungi 8 inisiatif perubahan yang dicadangkan oleh Kerajaan BN.Di dalam laporan yang disediakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan ( MPEK ) didedahkan satu penilaian yang agak terbuka tentang apa yang tidak kena dengan ekonomi Malaysia sebelum ini . MPEK juga mendedahkan halangan-halangan yang mengakibatkan pencapaian ekonomi negara yang tidak memberangsangkan.

Kadar pertumbuhan tersebut mula menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini kepada purata 4.5 hingga 5 peratus sahaja.

MEB sepertimana slogan 1 Malaysia adalah slogan-slogan baru yang dicanangkan kepada rakyat negara ini. Menjadi satu trend dalam negara ini setiap kali berlaku pertukaran Perdana Menteri maka bertukar juga slogan-slogan manis yang dicanangkan kepada rakyat. Satu Malaysia ganti Islam Hadhari. MEB ganti DEB.

Bagaimanapun satu perkara yang tidak bertukar adalah sama ada konsep Islam hadhari atau 1 Malaysia atau DEB atau MEB idea-idea ini masih datang dari partai politik yang sama yang menerajui negara ini selama ini- UMNO atau Barisan Nasional ( BN ). Sejarah membuktikan idea-idea seperti DEB meskipun manis dari segi konsep dan niatnya namun bercelaru apabila tiba waktu pelaksanaannya.

DEB yang bertunjangkan idea yang baik iaitu untuk menyusun semula masyarakat dan menbanteras kemiskinan diakui oleh Najib sendiri dalam ucapannya dengan kata-kata berikut “ untuk sekian lama, perlaksanaan dasar affirmative ( DEB ) tidak sampai kepada pihak-pihak yang perlu kepada dasar tersebut”. Secara mudahnya DEB gagal.

Para penganalisa ekonomi meskipun mengambil sikap terbuka menerima konsep MEB ini namun masih ragu-ragu sama ada perlaksanaannya akan benar-benar dapat dilakukan dengan jayanya. Melihat kepada beberapa tulisan di dalam “the edge” seperti tulisan oleh Azam Aris ( “the missing political will” ) dan Anna Taing ( “So much to do and so little time to do it “) adalah jelas mereka percaya dasar ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya selagi mana budaya “rent seeking and patronage” masih terus berleluasa.

Azam menulis “ budaya rent seeking dan sistem patronage adalah faktor besar yang menyumbang kepada ketirisan dan kebocoran dalam ekonomi- sebahagian menyatakan beratus-beratus billion ringgit- yang membawa kepada persekitaran ekonomi yang tidak cekap dan berdaya saing. Budaya ini berkait rapat dengan amalan rasuah”

Secara mudahnya budaya “rent seeking “ berlaku apabila mana-mana individu atau syarikat atau organisasi menggunakan segala sumber yang mereka ada untuk mendapat faedah-faedah ekonomi daripada Kerajaan tanpa mengembalikan semula faedah-faedah yang mereka terima itu kepada masyarakat. Contoh rent seeking adalah apabila syarikat melobi pihak Kerajaan bagi mendapatkan pinjaman, geran atau perlindungan tariff di mana aktiviti-aktiviti ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat bawahan kerana ianya hanya adalah satu pengagihan semula sumber –sumber dari pembayar cukai kepada golongan-golongan yang mempunyai kepentingan tertentu.

Apa yang didedahkan oleh Azam bukan satu omongan kosong. Sejarah Umno mengurus ekonomi negara membuktikan apa yang dikatakan oleh Azam adalah satu realiti. Sebagai satu contoh kita lihat pendedahan yang dilakukan oleh Barry Wain tentang budaya rent seeking dan patronage” di dalam bukunya “Malaysia Maverick Mahathir Mohamed in turbulent times” . Di m/s 186 buku tersebut Barry Wain menulis bagaimana Mantan Presiden Umno itu menberikan kontrak projek empangan Bakun di Sarawak bernilai RM 15 bilion tersebut kepada Ting Pek Khiing yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan presiden Umno itu.

Barry Wain menulis “Dr Mahathir memberi keizinan kepada Ekran Bhd ( syarikat milik Ting Pek Khiing ) pada awal tahun 1994 selepas Ting dan Ketua Menteri Sarawak yang amat berpengaruh iaitu Abdul Taib Mahmud secara bersendirian membincangkan projek tersebut hanya dalam beberapa minggu sahaja. Tiada persaingan /tender yang terbuka dibuat , Ekran yang tidak mempunyai apa-apa kepakaran atau pengalaman dalam projek pembinaan empangan tidak mengemukakan apa-apa cadangan kepada Kerajaan Negeri sebelum mendapatkan kontrak tersebut. Ting hanya mengemukakan kajian kesan kepada alam sekitar ( environmental impact study ) hanya setelah 6 bulan beliau mendapatkan kontrak tersebut.”

Barry Wain juga menulis rakan kongsi kepada Ekran iaitu “Swiss Swedish engineering powerhouse Asea Brown Boveri Ltd. iaitu syarikat yang dipilih oleh Kerajaan Malaysia bagi mengetuai Konsortium pembinaan empangan bakun itu telah bertelingkah dengan Ekran apabila Asea Brown Boveri Ltd. membantah pemberian kontrak berjumlah RM 9 bilion kepada empat syarikat yang Ekran mempunyai kepentingan tanpa tender terbuka. Bantahan itu mengakibatkan syarikat asing itu dikeluarkan sebagai rakan kongsi Ekran.

Pendedahan Bary Wain itu satu contoh daripada beberapa contoh yang menunjukkan budaya rent seeking dan patronage boleh merosakkan sebarang dasar atau teori ekonomi meskipun dihiasi dengan kata-kata yang indah. Apa jaminan selagi Umno memerintah budaya tidak sihat sepertimana dalam kes Bakun itu tidak akan berlaku dan merosakkan kata-kata indah yang mendasari MEB yang dicanangkan oleh Najib.

Sepertimana yang dikatakan meskipun MEB adalah idea baru namun ianya datang dari pemimpin Umno- parti yang sama memperkenalkan DEB dan dalam masa yang sama menggagalkan DEB kerana perlaksanaannya yang penuh dengan ketirisan, kronisme , nepotisme dan juga rasuah di mana-mana.

Apa yang lebih malang di zaman Umno memerintah krisis keyakinan melanda institusi –institusi penting negara ini . Keyakinan para pelabur terhadap integriti institusi kehakiman sebagai contoh sehingga kini masih belum pulih sekaligus ia merencat iklim pelaburan. Bukan menjadi rahsia lagi para pelabur asing lebih rela dan yakin kes –kes mereka dibicarakan oleh timbangtara yang dikendalikan di luar negara daripada dibicarakan oleh Mahkamah di negara ini. Atas dasar itu semasa menandatangani mana-mana kontrak di negara ini para pelabur ini akan mengarahkan para peguam mereka meletakkan klausa di dalam perjanjian bahawa sebarang pertikaian yang berlaku hendaklah diputuskan oleh timbangtara dan bukannya oleh Mahkamah di Malaysia. Lihatlah betapa hinanya institusi kehakiman setelah dirosakkan oleh Umno.

Atas dasar itu rakyat mempunyai alasan yang kukuh untuk meragui konsep MEB meskipun dasar itu dihiasai dengan pelbagai kata-kata yang enak dan manis didengar. Najib mengatakan bahawa MEB masih mengekalkan dasar affirmative tetapi ianya kini berdasarkan empat prinsip – prinsip mesra pasaran ( market friendly ), prinsip berdasarkan merit ( merit based ), prinsip berdasarkan keperluan ( need based ) dan prinsip ketelusan ( transperancy ). Ya memang sedap didengar tetapi dengan trek rekod yang buruk BN mengurus ekonomi negara ini adakah kata-kata yang indah itu yang diperlukan oleh rakyat pada ketika ini ?

Mohamed Hanipa Maidin'
AJK PAS Pusat.

Harakahdaily.net/-

Pemuda PAS kecewa kes bunuh Siva dilengahkan

Rusli

TELUK INTAN, 7 April: Pemuda PAS Pusat kecewa kerana kes pembunuhan Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Siva@Panthian a/l Patcamuthu dilengah-lengahkan walaupun sudah hampir 20 hari berlalu.

"Kita mahu siasatan diadakan serta pembunuh mendiang Siva mesti segera ditemukan," tegas ketuanya, Nasrudin Hassan ketika melawat keluarga mendiang Siva petang semalam.

(Gambar: Nasrudin bersama anak dan isteri mendiang Siva)

Pihak polis dikatakan masih belum menemui sebarang motif dan tanda-tanda jelas suspek pembunuhan tersebut walaupun lima orang anak muda yang ditahan bagi membantu siasatan telah dilepaskan.

Menurut beliau juga, ada beberapa perkara yang meragukan dalam kejadian itu setelah mendengar cerita daripada beberapa pihak.

Diceritakan, beberapa jam sebelum peristiwa pembunuhan itu berlaku pihak polis kelihatan berulang-alik di kawasan berkenaan umpama telah mengetahui sesuatu akan berlaku.

Dikatakan juga, polis sampai ke tempat kejadian tidak sampai 10 minit selepas kejadian itu berlaku.

Katanya, bagi menuntut keadilan di atas kematian Siva, Pemuda PAS bersedia memberi khidmat guaman percuma kepada keluarganya.

"Jika polis gagal, menunjukkan jenayah dalam negara kita sangat mudah berlaku dan rakyat sudah tidak selamat.

"Penjenayah juga bebas melakukan jenayah dan undang-undang sudah tidak dihormati," tambahnya merujuk kepada beberapa kes yang masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa seperti kematian Teoh Beng Hock dan Kugan Anathan.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin menyampaikan sedikit sumbangan kepada isteri mendiang, Kala @ Papa A/P Kundasamy bagi meringankan beban hidup yang terpaksa ditanggung.

Beliau menitiskan air mata ketika menerima sumbangan dan Nasrudin menasihatinya supaya banyak bersabar.

Turut hadir bersama Nasrudin ialah Bendahari Pemuda Pusat, Adram Musa dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mustafa Saari.

Harakahdaily.net/-

Rakyat tak reda kerajaan bersama Apco, zionis-Israel

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 7 April: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Rami (gambar) berkata, rakyat tidak meredai kerajaan Umno/BN yang menggunakan dana rakyat untuk membayar khidmat rundingan komunikasi pada firma perunding antarabangsa Apco Worldwide kerana firma tersebut dikaitkan dengan jaringan zionis-Israel.

"Kita sebagai rakyat Malaysia tidak reda dengan apa jua hubungan (kerajaan) sama ada langsung atau tidak yang membabitkan zionis-Israel.

"Mengapa perlu (Bajet) Tambahan sebanyak RM28,350,000 untuk membiayai projek Global Strategic Communications Campaign antara Kerajaan Malaysia dengan FBC Media (UK) Limited bagi tahun 2009," ujar beliau sambil menunjukkan dokumen rasmi kerajaan berkaitan Bajet Tambahan di Dewan Rakyat malam tadi.

Berdasarkan salinan dokumen sulit Apco Worldwide sendiri, beliau mempersoalkan transaksi kerajaan dengan FBC Media (UK) Limited yang dibuat pada pertengahan tahun 2008 lagi.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, transaksi yang bernilai USD70 ribu tersebut turut membabitkan Apco World yang berpangkalan di United Kingdom kerana Apco merupakan firma bersama FBC Media (UK) Limited.

Berdasarkan dokumen transaksi yang membabitkan FBC Media itu, menurut beliau, sekaligus menjelaskan kepada rakyat bahawa hubungan tidak langsung kerajaan dengan firma pro zionis-Israel itu dibuat sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak dimahsyurkan sebagai Perdana Menteri lagi.

Implisitnya, Dr Hatta mendesak Dewan Rakyat supaya menolak Bajet Tambahan kerana dengan berbuat demikian menghalang kerajaan menggadaikan kedaulatan negara secara tidak langsung pada pengaruh zionis-Israel.

Menyambut desakan Dr Hatta itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Majlis Raja-Raja Malaysia mengadakan mesyuarat tergempar menggagalkan tindak-tanduk Umno/BN tersebut.

Ini kerana, menurut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang dijadualkan pada Jun depan dianggap lewat sedangkan inisiatif meluluskan Bajet Tambahan tersebut seolah-olah mempercepatkan kedaulatan negara dan Raja-Raja Melayu digadaikan secara tidak langsung kepada firma pro zionis-Israel.

Harakahdaily.net/-

[Fikrah Islamiah] Anda menabung, boleh menyelamatkan orang lain

Ahmad Baei Jaafar

Seorang Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid al-Mukarramah, Seri Damansara diumumkan telah meninggal dunia setelah menderita sakit kencing manis kritikal. Semua jemaah yang menunggu untuk memulakan solat Jumaat kelihatan sedih lebih-lebih lagi mereka yang sama-sama menyumbang derma untuk rawatannya sejak dua minggu lalu.

“Tuan-tuan jemaah sekalian, seorang AJK masjid kita menderita sakit kencing manis dan disahkan doktor untuk dipotong kakinya, tetapi beliau memilih untuk membuat rawatan di Terengganu (yang tidak perlu potong kaki) dan untuk itu beliau memerlukan RM10 ribu lagi,” kata bilal sebelum mengalunkan azan.

Tiba-tiba pada hari ini, bilal sekali lagi mengumumkan pemergian Allahyarham dan wang derma yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM12 ribu telah diserahkan kepada isterinya. Keprihatinan jemaah dalam hal ini memang terpuji, tetapi kelambatan untuk mengumpulkan sejumlah wang yang diperlukan itu amat dikesalkan.

Sememangnya malang itu kita tidak mahu tetapi siapa yang boleh mengelak daripada berlaku terhadap diri kita. Siapakah dalam kalangan kita yang tahu bila kita akan berlaku kemalangan atau sakit yang kritikal. Walaupun kita pada hari ini sudah mengidap sakit tiga serangkai, tahukah kita bagaimana kesudahan kita, dalam keadaan senang atau menyusahkan keluarga.

Jika berlaku seperti peristiwa di atas, bukan sahaja keluarga malah orang ramai boleh menolong tetapi adakah menepati keperluan kita? Jika suami meninggal dunia, isteri dan anak akan hidup ala kadar bergantung kepada bantuan orang ramai. Lainlah kalau isterinya ada pekerjaan atau anak-anak sudah bekerja.

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan, keadaan ini adalah lebih baik daripada ditinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.” (Riwayat Bukhari)

Keadaan di atas mungkin boleh menjadi sebaliknya jika suami dan isteri telah menyediakan tabungan yang secukupnya semasa mereka senang. Wang gaji yang sebahagiannya dicarumkan dalam KWSP, Tabung Haji, dan ASB. Semua itu mungkin boleh membantu masa depannya dan keluarganya. Tetapi berapa banyak yang boleh disimpankan jika berlaku perkara yang tidak diingini dalam tempoh bekerja. Mungkin tabungan akan terhenti sebelum jumlah yang sepatutnya terkumpul.

Kalau gaji anda RM4000 sebulan, anda simpan/melabur 10% RM400, belanja RM 1000, minyak dan tol RM 1000 dan selebihnya bagi melangsaikan hutang bulanan, bolehlah diteruskan kehidupan jika tiba-tiba anda hilang pekerjaan. Pada masa yang sama juga anda jatuh sakit, maka bagaimana anda harus mendapatkan wang untuk merawat. Mungkin apa yang anda simpan dan labur itu boleh digunakan. Tetapi cukupkah?

Di sini cuba anda renung sejenak, kalau kita beli kereta, kita akan beli insurans. Kenapa? Memang ada yang menjawab telah diwajibkan kerajaan. Tapi kebanyakannya menjawab untuk melindungi kereta, kerana kereta adalah barang kesayangannya. Rumah dan barang dalam rumahnya yang berharga turut diinsuranskan. Tetapi berapa ramai yang menginsuranskan dirinya sendiri? Apakah dirinya tidak termasuk dalam barang berharga? Ya, orang Islam akan menjawab, insurans adalah haram.

Alhamdulillah kini sudah ada takaful, yang memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada insurans. Adakah alasan lagi untuk kita tidak mengambilnya?

Bagaimana kalau anda mencarumkan dalam takaful dalam jumlah tertentu dan tempoh tertentu, anda sebenarnya telah melakukan tiga perkara baik; menabung, membantu ahli yang memerlukan dan khairat kematian. Dengan cara ini bukan sahaja anda tidak kehilangan wang, dan beroleh pahala membantu orang lain, malah wang khairat anda akan meringankan bebanan keluarga yang anda tinggalkan.

Perhatikan carta berikut:

Sumbangan bulanan RM150 RM100
Tabung khairat kematian biasa RM87,100.00 55,800.00
Tabung hilang upaya biasa RM87,100.00 55,800.00
Tabung khairat kematian kemalangan RM107,100.00 70,800.00
Tabung hilang upaya kemalangan RM107,100.00 70,800.00
Tabung penyakit kritikal RM20,000.00 15,000.00
Pampasan kemalangan RM20,000.00 15,000.00
Elaun harian hospital RM100.00 RM80.00

Merujuk kepada AJK masjid di atas, kalau dia beringat semasa muda, dengan menabung atau mencarum RM100 sahaja dia boleh mendapat RM15,000.00, selain elaun hospital dan khairat kematian. Jadi, anda yang belum tahu masa depan anda, segeralah menabung dengan takaful.

Akhirnya sebagai renungan, siapa sangka Din Beramboi boleh meninggal dalam keadaan apa yang saksikan baru-baru ini. Mungkin ramai yang bersimpati dengannya akan menyumbang derma untuk biaya kos hospital, perkebumian. Bagaimana dengan isteri dan anak-anak? Siapa yang akan membantu mereka untuk meneruskan kehidupan jika Din tidak meninggalkan sesuatu untuk mereka.

Yang pasti, isteri akan bekerja semula untuk meneruskan kehidupan. Dialah bapa dan ibu untuk anak-anaknya. Inilah yang dimaksudkan dengan hadis di atas. Jadi, segeralah dapatkan perunding takaful di tempat anda secara percuma.






Guang Eng bagi RM 100 setahun, BN bagi RM 100 untuk 5 tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kelmarin dengan sikap yang tidak membina dan menghargai usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat dengan menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Saya tidak pasti apa yang dimalukan oleh Sharizat, kerana rasa malu kepada dirinya dan kementerian yang diketuainya adalah sepatutnya lebih tinggi kerana tidakpun melakukan apa yang dilakukan oleh Lim Guang Eng .

Andaian cetek Shahrizat yang menumpang jadi menteri dengan kerusi Sanator itu baginya kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

Sedangkan kemeterian dan kononnya Kerajaan Malaysia yang makmur di bawah pentadbiran BN sejak 52 tahun memerintah Malaysia tidak pernah melakukan seperti apa yang dilakukan walaupun di Pulau Pinang sendiri.

Bukankah sepatutnya dan kalaulah Shahrizat matang berpolitik, cubalah puji sedikit walaupun ianya dari Pakatan Rakyat, nyatakan yang sebenarnya, yang baik kenalah disokong. Kalaurasa mampu saingilah dasar itu dengan buat dasar yang sama untuk negeri lain yang dikuasai BN , bukankah BN mendakwa ekonomi Malaysia dan makin membaik.

Katanya dengansombong dalam berita yang saya saksi di TV 3 dengan katanya "Saya rasa malu bila terbaca Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu."

Tidak tahu apa yang Ibu Menteri ini maksudkan, bagi saya dia malu kerana tidak mampu buat macam Guang Eng buat dan, dia telah dipintas oleh dasar kebajikan kepada rakyat oleh sebuah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Angkuhnya Shahrizat sehingga dia tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat baginya hanya kurang daripada RM10 sebulan.

Sedangkan dalam Islam banyak mana yang diberi bukan ukuran, namun keikhlasan dan kemampuan yang ada itu adalah ukuran yang utama disisi Allah SWT.

Realitinya UMNOlah yang sering meletakan nilai orang melayu lebih murah daripada sekilo ikan kering dengan menggunakan wang memancing undi setiap kali pilihanraya. Bayangkan kalau Guang Eng bagi RM100 untuk setahun , BN bagi kepada rakyat RM 100 untuk 5 tahun, mana lebih murah dan memalukan. Artinya nilai dan maruah orang Melayu UMNO khususnya cuma dibayar dengan nilai tidak sampai RM 2. Hanya RM 1.6666666666 sen sahaja sebulan.

Kenyataan Shahrizat bagi saya akan menambahkan kebencian rakyat Malaysia khususnya warga emas kepada UMNO dan BN. Penghianat ini ternyata perlu dinyahkan dari peta politik Malaysia. Tahulah rakyat akan menghukumnya bila tiba masanya nanti...