08 April 2010

Guang Eng bagi RM 100 setahun, BN bagi RM 100 untuk 5 tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kelmarin dengan sikap yang tidak membina dan menghargai usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat dengan menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Saya tidak pasti apa yang dimalukan oleh Sharizat, kerana rasa malu kepada dirinya dan kementerian yang diketuainya adalah sepatutnya lebih tinggi kerana tidakpun melakukan apa yang dilakukan oleh Lim Guang Eng .

Andaian cetek Shahrizat yang menumpang jadi menteri dengan kerusi Sanator itu baginya kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

Sedangkan kemeterian dan kononnya Kerajaan Malaysia yang makmur di bawah pentadbiran BN sejak 52 tahun memerintah Malaysia tidak pernah melakukan seperti apa yang dilakukan walaupun di Pulau Pinang sendiri.

Bukankah sepatutnya dan kalaulah Shahrizat matang berpolitik, cubalah puji sedikit walaupun ianya dari Pakatan Rakyat, nyatakan yang sebenarnya, yang baik kenalah disokong. Kalaurasa mampu saingilah dasar itu dengan buat dasar yang sama untuk negeri lain yang dikuasai BN , bukankah BN mendakwa ekonomi Malaysia dan makin membaik.

Katanya dengansombong dalam berita yang saya saksi di TV 3 dengan katanya "Saya rasa malu bila terbaca Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu."

Tidak tahu apa yang Ibu Menteri ini maksudkan, bagi saya dia malu kerana tidak mampu buat macam Guang Eng buat dan, dia telah dipintas oleh dasar kebajikan kepada rakyat oleh sebuah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Angkuhnya Shahrizat sehingga dia tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat baginya hanya kurang daripada RM10 sebulan.

Sedangkan dalam Islam banyak mana yang diberi bukan ukuran, namun keikhlasan dan kemampuan yang ada itu adalah ukuran yang utama disisi Allah SWT.

Realitinya UMNOlah yang sering meletakan nilai orang melayu lebih murah daripada sekilo ikan kering dengan menggunakan wang memancing undi setiap kali pilihanraya. Bayangkan kalau Guang Eng bagi RM100 untuk setahun , BN bagi kepada rakyat RM 100 untuk 5 tahun, mana lebih murah dan memalukan. Artinya nilai dan maruah orang Melayu UMNO khususnya cuma dibayar dengan nilai tidak sampai RM 2. Hanya RM 1.6666666666 sen sahaja sebulan.

Kenyataan Shahrizat bagi saya akan menambahkan kebencian rakyat Malaysia khususnya warga emas kepada UMNO dan BN. Penghianat ini ternyata perlu dinyahkan dari peta politik Malaysia. Tahulah rakyat akan menghukumnya bila tiba masanya nanti...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kadang-kadang nak juga aku ucapkan pada
pemimpin umno mangkuk ni - silalah masuk
neraka .... hampa ni tak nak bertaubat ka ?

Tanpa Nama berkata...

nama pon pemimpin umno,bukan pemimpin rakyat tuh

Tanpa Nama berkata...

tu lah contoh org yg hidup dengan hasat dengki...
busuk perkataan datang dari mulut dia, lagi busuk la hati dia...
saya simpati kat dia, bila la nak taubat...
tak takut ke rambut tu kena bakar ngan api neraka???

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Shahrizat berasa malu kerana generasi emas inilah yang telah memangkah dacing dan kapal layar selama 51 tahun BN memerintah Penang. Generasi emas yang tetap setia memangkah BN setiap kali pilihanraya dibiarkan menderita.


PRU2008-anak2 generasi emas ini telah sedar dan memangkah Pakatan (DAP,PKR,PAS), maka berkuburlah BN di Pulau Pinang.

Ini termasuk juga Shahrizat yang telah kalah di Lembah Pantai, tetapi masih tak malu untuk jadi Menteri selepas mengecewakan mentor politiknya, Rafidah Aziz. Sepatutnya beliau malu dan perasaan takziah ditujukan kpdnya sendiri yang kalah pilihanraya tetapi diangkat menjadi menteri selepas atas tiket wanita umno. Jadi menteri ikut jalan belakang.

Anak Sungai Derhaka berkata...

Salam YB..

Sebenarnya bukan RM100 5 tahun.. tapi cuma RM50 dan sehelai kain pelikat atau kain batik untuk 5 tahun...

Wassalam....

Tanpa Nama berkata...

Seseorang yang memihak kepada pihak yang tak adil...memang senang terperangkap dengan percakapannya dan dilihat benci dari rakyat....

Pakatan Rakyat yang mencari keadilan..setaip percakapannya disukai and syukur oleh rakyat ....tetapi akan tersangkut dengan pihak polis, hakim, speaker parlimen, dan lain-lain

Tanpa Nama berkata...

Daripada Abu Hurairah RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda:
"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."- Riwayat Muslim
Kebenaran sabdaan Rasulullah SAW ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba.