08 April 2010

Polis Perak Keluar Notis Minta Ngeh Beri Keterangan




Siapakah mereka ini,2 keping gambar diambil dalam bangunan dewan negeri di depan pintu masuk Dewan Negeri Perak pada 31 Mac. Mungkin ianya boleh menjawab tuduhan Dato' ngeh.

IPOH: Polis telah mengeluarkan notis meminta Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham tampil memberi keterangan berhubung siasatan mengenai dakwaannya terdapat pegawai dan anggota polis ditempatkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa berlangsungnya persidangan DUN, minggu lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, notis kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan itu dikeluarkan hari ini dan beliau diberi tempoh dua hari sehingga Khamis ini untuk hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Beliau berkata, polis memulakan siasatan pada 1 April lepas setelah menerima dua laporan polis daripada orang awam berhubung dakwaan Ngeh itu.

Polis telah merakamkan keterangan daripada lima individu termasuk pengadu dan wakil media, katanya dan menurutnya siasatan dibuat mengikut Seksyen (1)(a) Akta Hasutan 1948.

"Langkah seterusnya, kita memanggil Yang Berhormat (Ngeh) untuk beri keterangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Cegah Jenayah Ketua Polis Perak Bersama Penduduk Kampung di Buntung di sini semalam.

Ngeh mengeluarkan kenyataan itu semasa menyuarakan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang DUN berlangsung pada 30 Mac lepas.

8 ulasan:

Jafri Abu Bakar Mahmood berkata...

Terang lagi bersuluh. bukti terang2 didepan mata. seluruh masyarakat malaysia..malah dunia menyaksikan.

Tanpa Nama berkata...

YANG BUTA PUN NAMPAK POLIS CUMPOR TANGAN DI DEWAN NEGERI & PARLIMAN. POLIS SEPATUH NEUTRAL, TAPI DI MALAYSIA POLIS SERBEH BOLEH.

Tanpa Nama berkata...

dari dulu aku dah ckp.. polis, sprm, spr, mahkamah.. smua barua umno bn.. malaysia dah hancur musnah..

Tanpa Nama berkata...

memang tepat sekali... selagi umno bn memerintah demokrasi di bumi bertuah ini hilang tuahnya. kepada yb lim udah sihat ke?

Ledang72 berkata...

skrg ni bkn polis barua umno tapi umno baru polis. pening tul umno ni

Tanpa Nama berkata...

Yang polis ni kerja untuk rakyat atau BN? Kaji U
Orang rakyat yang bayar

Ledang72 berkata...

Bila kita nak aman agaknye. KITA AMAN BILA UMNO/BN MAMPUS

AvanzaG berkata...

mengikut gambar pertama,ada 2 org polis yang ada lencana pakar letupan...buat apa diaorg kat situ,takut adun PR bawa mercun kot...lawak laa