25 Mei 2009

Ust. Ahmad Awang: Penganti saya orang yang lebih dinamik, progresif dan bertenaga.

TELUK INTAN , 24 Mei :- Saya sudah 8 tahun memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Perak dan 2 Tahun sebulum itu menjadi Timabaln Pesuruhjaya, sudah 10 tahun, satu dekad sudah, jadi saya mahu pengganti saya orang yang dinamik, progresif dan bertenaga. Demikan antara ucapan Pesusuhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang semasa menggulung ucapan sempena Konvensyen PAS Perak disini.

"Saya akan terus berbakti bersama dengan PAS Perak" katanya dalam keadaan sedikit hiba.

Ucapan Ust. Ahmad Awang itu menyusul setelah beberapa hari lepas beliau telah mengumumkan seperti dipetik dalam malaysiakini bahawa beliau tidak akan bertanding dalam apa-apa jawatan parti pada pemilihan akan datang.

Dalam kenyataannya juga beliau mengatakan akan menumpukan kepada usaha-usaha dakwah.

Penanti: PKR nafi cuba sogok Aminah

PKR hari ini menafikan dakwaan Aminah Abdullah bahawa ia cuba memberi ganjaran kepada calon bebas itu supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua mencabar mana-mana calon bebas termasuk Aminah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya, lapor Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Aminah semalam yang mendakwa akan mendedahkan bukti bahawa PKR cuba memberi ganjaran kepadanya agar berbuat demikian menjelang pilihanraya kecil DUN itu.

Aminah, 57, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang, seorang daripada tiga calon bebas yang akan bertanding.

Dua lagi calon: pengurus syarikat yang juga bekas ketua Pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Penanti, Nai-Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pengurus pilihanraya kecil Penanti dari PKR, Nasaruddin Nasution berkata, dakwaan Aminah itu mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam parti. Malaysiakini.

PAS Kuala Krai mulai gerakkan jentera pilihan raya

KUALA KRAI, 24 Mei : - PAS kawasan ini telah menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Haji Ismail Yaakub pagi Jumaat lalu.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, persiapan awal telah digerakkan bermula semalam dengan mengadakan beberapa pertemuan.

"Dan malam ini akan diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan di Dun Manek Urai.

"Kita membuat persiapan awal sebelum jentera peringkat negeri turun," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan jalan raya di Ladang Pasir Gajah, petang tadi.

Malam semalam seorang pemuda India, Kumara Dewan, 32 mati akibat kemalangan jalan raya di Kampung Keroh. Sumbangan disampaikan kepada ayah mangsa, B Balakrishnan.

Mangsa dijangka melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan. Dia juga mengusahakan kedai runcit di ladang tersebut. Kumara merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, PAS Kuala Krai akur sepenuhnya mana-mana calon yang diketengahkan pimpinan bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Beliau juga berharap mendapat kerjasama jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dari seluruh negara seperti mana yang berlaku di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Saya yakin sepenuhnya seluruh jentera Pakatan Rakyat akan turut memberi sumbangan dalam pelbagai cara untuk mempertahankan Dun Manek Urai," katanya.

Beliau juga berharap Umno tidak meletakkan calon di Manek Urai memandangkan sebelum ini mereka tidak mahu membazirkan wang kerajaan.

"Sekarang kita akan lihat mereka akan bertanding atau tidak. Kalau di Penanti mereka menarik diri atas alasan tidak mahu membazir," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Ustaz Mahadi Mat Zin berkata, pemuda PAS kawasan itu akan bekerja keras mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil tersebut. Harakahdaily.

PRU ke-13 Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat

Assalammualaikum…

Keputusan mahkamah pada 23 Mei 2009 begitu mengecewakan rakyat Perak terutama buat penyokong Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan satu lagi salah guna kuasa kerajaan persekutuan yang semakin rakus untuk mempertahan kuasa haram mereka dalam kerajaan negeri Perak. Mereka akan menggunakan segala bentuk cara untuk memastikan kemenangan milik mereka. Perlu di ingat bahawa mereka sebagai sebuah kerajaan persekutuan mempunyai banyak kuasa untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Ini termasuklah kuasa untuk meminda undang-undang dengan sesuka hati demi kepentingan mereka sendiri tanpa mengutamakan rakyat.

Boleh dikatakan semua institusi penguatkuasa undang-undang seperti mahkamah, PDRM serta FRU dikuasai dan diarah oleh pemimpin tertinggi UMNO/BN. Kebanyakan individu yang memegang jawatan tertinggi dalam institusi tersebut merupakan kawan atau ‘geng kamcing’ mereka. Oleh itu memang tidak hairanlah jika institusi ini lebih memihak kepada mereka. Tetapi tidak adil jika kita menyalahkan semua individu didalam institusi tersebut. Bagi pegawai-pegawai bawahan mereka terpaksa menurut arahan daripada pihak atasan walaupun mereka tidak bersetuju dengan arahan tersebut. Jika arahan tidak dituruti mereka akan diambil tindakan. Amat malang nasib mereka ini.

Krisis politik di Perak yang masih berlarutan kini amatlah memalukan,menyusahkan dan merugikan rayak dan negeri Perak khasnya serta menjatuhkan kredibiliti Malaysia di mata dunia amnya. Jika krisis ini tetap berterusan maka akan lebih banyak keburukan yang diperolehi daipada kebaikan. Atau mungkin akan membawa kepada rusuhan dan pertumpahan darah yang tidak diingini. Ini perlu dihindari. Demi untuk kepentingan rakyat dan negeri Perak serta Malaysia, saya menyarankan agar kita semua bertenang dan berfikir dengan akal dan iman serta banyakkan bersabar. Pada pendapat saya tiada guna untuk kita terus melawan di arena yang sudah tentu kita akan tewas. Buatlah rayuan di mahkamah walau saratus kali pun saya yakin kemenangan tetap berpihak pada BN. Oleh itu adalah lebih baik kita bersabar dengan segala dugaan yang di hadapi dan terus merapatkan ikatan diantara PR dan rakyat untuk menegakkan keadilan.

PRU ke-13 adalah medan terbaik untuk PR dalam langkah untuk menuju ke PutraJaya. Sepatutnya ini yang perlu diutamakan. Lupakan sebentar Negeri Perak yang sekangkang kera ini. Fokus PR yang paling penting adalah untuk menawan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin BN yang kurang cerdik ini. Jika PR berjaya menjadi kerajaan persekutuan insyaALLAH keadilan akan terlaksana. Jangan kita terikut-ikut rentak meraka jika tidak tiada perbezaanlah di antara PR dan BN. Segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Saya yakin dengan apa yang berlaku sekarang rakyat boleh menilai pihak mana yang berada di jalan yang benar.

InyaALLAH……..PRU ke-13 nanti PAKATAN RAKYAT akan memperolehi kemenangan dan memerintah MALAYSIA!!!

ALLAHUAKHBAR!ALLAHUAKHBAR!ALLAHHUAKHBAR!

Rakyat Perak Darul Ridzuan,
Budak Sg. Ramping

Kereta Menteri Besar.

KERETA MB PERAK AGS 10...SECARA TERHORMAT DIPULANGKAN BAGI TIDAK MENGENGKARI PERINTAH MAHKAMAH WALAUPUN PERJUANGAN DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN BELUM LAGI BERMULA. KEPUTUSAN MAHKAMAH DIUMUM SEKITAR JAM 3.50 PETANG DAN SUK TELAH MENGHANTAR SURAT KEPADA MB NIZAR MINTA DIPULANGKAN KERETA TERSEBUT TIDAK SAMPAI 5 JAM. WALAUPUN PERINTAH MAHKAMAH SECARA BERTULIS BELUM LAGI DIKELUARKAN NAMUN DEK KERANA 1 MALAYSIA SUDAH TAHU SUKPUN BUATLAH ARAHAN.

TERINGAT SAYA WAKTU MB NIZAR INGIN MEMASUKI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN NEGERI PERAK BERSAMA2 EXCO, PERKARA PERTAMA YANG DIMINTA OLEH PENGAWAL KESELAMATAN(POLIS) ADALAH MANA DIA ARAHAN BERTULIS DARI MAHKAMAH. SAYA ULANGI ARAHAN BERTULIS! NAMUN, LIHATLAH RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA DI PERAK APA YANG DILAKUKAN SUK BILA DAH TAHU KEPUTUSAN MAHKAMAH? TANPA KENYATAAN BERTULIS DARI MAHKAMAH!

WALAUBAGAIMANAPUN, KERETA ITU TETAP DIPULANGKAN OLEH MB RAKYAT IAITU MB NIZAR SECARA TERHORMAT SEBAGAI MENUNJUKKAN BELIAU AKUR PERINTAH MAHKAMAH. TERINGAT SAYA WAKTU MAHKAMAH TINGGI MEMUTUSKAN KEMENANGAN MB NIZAR, HENDAK MASUK KE PEJABATPUN DIKERUMUNI POLIS, PERGI MANAPUN ADA SAHAJA POLIS. TIDAK MENGAPALAH SEKURANG2NYA ADA JUGA POLIS JAGA MB RAKYATNI.

BILA ZAMRI BUAT2 DPT TAU KEPUTUSAN MEMIHAK PADANYA BELIAU BERKATA KEBENARAN SUDAH TIBA...MEMANG KEBENARAN SUDAH TIBA TAPI KEBENARAN SIAPA YANG MEROMPAK HAK RAKYAT DI PERAK INI LEBIH TESERLAH TIBA DAN MUNCUL.

XMALUKAH BN MEMBUAT ONAR DI NEGERI PERAK INI. TUP.TUP, PPP BERGOLAK ADA 2 PRESIDEN,GERAKAN PENANGPUN BERCELARU, AHLI UMNO PERLIS MASUK PEMBANGKANG, UMNO TRENGGANU MAKIN PARAH TETAPI PENAMAAN CALON DI PENANTI AMAN DAMAI TANPA BN...LIHATLAH RAKYAT MALAYSIA TANPA BN, NEGARA AMAN,TANPA BN NEGARA TERPELIHARA,TANPA BN KITA MAMPU PERGI LEBIH JAUH MEMACU HASIL BUMI MALAYSIA INI DENGAN LEBIH BERMARUAH LAGI.

KEPADA RAKYAT DI SABAH DAN SARAWAK CUBA BUKA MINDA, LIHATLAH HASIL MINYAK YANG MELIMPAH RUAH, TETAPI INFRASTRUKTUR DI SANA ANTARA TERMISKIN DI MALAYSIA. SIAPA YANG MENTADIBIR NEGERI2 ANDA RAKYAT SABAH DAN SARAWAK? TEPUK DADA,TANYA RAJA PETRA SIAPA YANG MEMBUAT DOSA....

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan.

7 Perkara Yang Menghairankan :-

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. (Usman Ibn Affan )

Perjalanan terakhir ADUN Manek Urai.



EGM PPP: Lucutkan Kayveas, Murugiah Presiden baru

PUTRAJAYA: Parti Progresif Penduduk (PPP), yang pernah dilanda krisis kepimpinan dua dekad lalu, kini kembali ke era lama apabila kumpulan penyokong Senator T. Murugiah, yang dipecat minggu lalu, memilih beliau sebagai Presiden baru parti itu hari ini.

Ia diputuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM).

Malah EGM itu juga melucutkan Datuk M. Kayveas sebagai Presiden.

Ketika mesyuarat ini diadakan Kayveas dikatakan berada di Johor untuk merasmikan persidangan perwakilan negeri itu.

EGM yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula pukul 12 tengah hari dan berakhir dua jam kemudian.

Murugiah dibawa masuk ke dalaman dewan persidangan dengan iringan muzik dan diusung oleh penyokongnya sebaik sahaja usul pertama diluluskan oleh perwakilan.

Usul pertama menyebut tentang pembatalan keputusan memecat enam pemimpin PPP termasuk Murugiah minggu lalu.

Enam usul diluluskan EGM termasuk yang berkaitan dengan pemilihan Murugiah sebagai Presiden.

Lima usul lain yang diluluskan ialah: - undi tidak percaya dan melucutkan Kayveas sebagai Presiden PPP

- memilih Murugiah sebagai Presiden

- undi tidak percaya terhadap kesemua Ahli Majlis Tertinggi, sekali gus memecat mereka

- memilih tiga Naib Presiden dan 22 Ahli Majlis Tertinggi yang baru

- membatalkan proses penamaan calon 30 Mei ini dan menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan dijadual pada 7 Jun ini

Kesemua usul diluluskan dengan ucapan mengecam kepimpinan Kayveas.

Selain memilih Murugiah, EGM juga memilih tiga Naib Presiden yang baru dan 22 AMT.

Ketika ditemui wartawan kemudian, Murugiah berkata, EGM hari ini dihadiri 1,760 perwakilan dari seluruh negara.

"EGM ini sah dan ikut undang-undang," kata Murugiah sambil menambah akan menemui Pendaftar Pertubuhan (ROS) esok untuk memaklumkan perkembangan dan hasil EGM.

Beliau juga mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memaklumkan perkembangan baru ini.

Sambil menyifatkan perkembangan hari ini sebagai "tsunami politik dalam PPP", Murugiah berkata, beliau juga sudah menerima pengesahan ROS yang cawangannya, Sg. Parit Tower sudah dihidupkan semula minggu lalu.

"Saya menerima surat daripada ROS Jumaat lalu," katanya.

Bagaimanapun Murugiah kelihatan "beremosi" apabila ditanya soalan sama ada PPP kini mempunyai dua orang presiden.

"Kayveas sudah dilucutkan tadi dan perwakilan memilih saya... ini keputusan perwakilan," kata beliau yang turut menegaskan notis secukupnya telah dikeluarkan untuk mengadakan EGM hari ini.

Kata Murugiah, EGM dianjurkan oleh perwakilan dan beliau hanya dijemput hadir, sekali gus dipilih sebagai Presiden PPP yang baru. mSTAR.

Presiden PAS : PAS perlu menjadi parti yang kuat, tersusun dan tidak ada perpecahan antara Ulama dan Profesional

Presiden PAS, Hj. abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen PAS Perak

TELUK INTAN, 24 Mei :- Kita sudah ada rakan bukan islam dalam PAS bersama rakan-rakan yang lain. PAS perlu menjadi parti yang kuat, tersusun dan tidak ada perpecahan antara Ulama dan profesional. Keduanyanya perlu saling membantu dan tidak ada pemisahan antara keduanya.Demikan antara ucapan TG. DS. Hj. Abdul Hadi Awang semasa merasmikan Konvensyen PAS Perak di sini sebantar tadi.

Jika terdapat orang bukan Islam datang ke Negara Islam untuk mendapatkan perlindungan, hendaklah menyampaikan Islam kepada mereka tetapi tidak memaksa mereka untuk masuk Islam, juga tidak dibenarkan menghantar mereka balik ke negara asal mereka yang dizalimi itu.

Islam tidak memaksa rakyat untuk menganut Islam, Islam tidak memunggah hasil-hasil negeri untuk kerajaan pusat. Sejak zaman awal orang bukan islam dibenarkan dalam bidang perniagaan termasuk perniagaan khinzir.

Dalam pemerintahan islam, orang Islam dikenakan zakat dan orang bukan islam dikenakan cukai.

Islam menerima cara hidup cara hidup, adat, ilmu yang baik agama lain, "kebijakasaan adalah barang tercicir kepunyaan orang yang beriman", "menuntut ilmu walaupun ke negeri cina." maka islam mengumpul tamuddun hebat didalam sejarah manusia. Percampuran itulah melahirkan pemerintahan yang berasaskan iman, adil dan aman.

Presiden PAS mengimbau Umar pada satu malam mendengar pada satu malam seorang ibu mengajar anaknya mencampurkan susu dengan air, kata ibu anak itu kerajaan umar tidak tahu, lalu anaknya berkata walaupun umar tidak tahu tetapi Tuhan Umar tahu. Keesokan Umar memanggil mereka meraka lalu Umar meminang anak itu untuk dikhawinkan dengan anaknya, dari itulah lahir kepimpinan Umar abdul Aziz yang adil.

Pembunuhan yang kejam dan kezaliman adalah dari kerajaan yang tidak mengikuti Islam. Walaupun islam memerintah sekitar 1300 tahun dan dijatuhkan tetapi ianya masih hidup untuk menyeleasikan masalah manusia hari ini termasuklah kiris ekonomi, rumah tangga dan sebagainya.Katanya.

Presiden PAS menegaskankKeruntuhan moral barat sehingga dibarat sehingga ada yang mewasiatkan harta kepada anjing, di Korea bekas persiden korea membunuh diri kerana keluarganya dituduh rasuah, Islam melarang bunuh diri, islam menyuruh kita melawan kezaliman itu , bukan menyerah kalah. Dalam islam ada aspek kebendaan dan spritual.

Beliaun juga menegaskanpPemerintahan di kelantan, terengganu dan tidak sampai setahun di Perak. Rakan PKR dan DAP beri amanah kepada PAS menjadi MB di perak.

Katanya apa yang penting kita mengeratkan hubungan antara parti "Allah mengasihi orang yang berjuang dalam saf yang tersusun rapi". Tidak boleh ada kerenganan antara kita sebagaimana saf sembahyang. Seperti susunan batu bata tersusun rapi, masing-masing dengan tugas masing-masing. Untuk semua peringkat termasuk kelab penyokong.

Tambahnya menyusun jentera parti bukan saja kita akan mencapai kemenangan, dan termasuklah mengisi kemenangan itu.

Islam mengajar tidak ada satu pemerintahan yang kekal di dunia, umno bukan kuasa besar dunia.

Harapan akhir Presiden PAS dengan seruan "Marilah konvensyen ini kita jadikan "chek and balance," mengukuhkan parti, ucap terima kasih dijemput berada ditengah program. mudah-mudahan kita ambil manafaat dari pertemuan ini.

Beliau juga menafikakan ada masalah dalam PAS "Kita tidak berkelahi, dia lalu tepi rumah kita dia dengar bising dia kata kita berkelahi, kita cuma pindah perabut sahaja.Ucapnya mengakhiri ucapan perasmian.

Gambar terkini suasana konvensyen PAS Perak.

Kelab Penyokong PAS Kaum India mengalungkan bunga malai kepada Presiden PAS..

Speaker dan YB. Kesavan berdiri menghormati nyanyikankan lagi PAS.


Presiden PAS bersalam dengan Speaker V. Sivakumar diperhatikan oleh ADUN PKR Hutan Melintang, Kesevan.

TERKINI 3.00 PM : Presiden PAS Hadir untuk resmi Konvensyen PAS Perak ke 14.


Presiden PAS, TG. Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang berdiri bersama Pesuruhjaya PAS Perak,Ust. Ahmad Awang, MB Rakyat Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, dan Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham, serta tidak kelihatan Pengerusi PKR Perak, Hj. Osman Abd. Rahman, bersama menyanyikkan lagu PAS.

MB Rakyat Perak sudah kembalikan kereta Cambry .

Hakim Mahkamah Rayuan mengumumkan Zambry sebagai MB Perak pada jam 3.50 petang pada 22 Mei yang lepas.

Pada jam 7.12 minit malam hari yang sama Pegawai Khas kepada DS. Nizar, Sdr. Amran Harun memaklumkan dia menerima panggilan talipon dari seorang penghantar surat mengenai arahan memulangkan kereta Camry AGS 10.

Kereta itu telah dikembalikan dan saya mendapat pengesahan dari Sdr. Amran Harun kelmarin dalam pertemuan semasa Majlis Aqiqah cucu DS. Nizar di Titi Serong kelmarin.

UMNO mula siarkan rakaman sidang DUN 5 minit burukkan PR.

UMNO mula menayangkan rakaman 5 minit persidangan DUN Perak dalam siri penerangannya. Demikian didedahkan oleh pembahas dari PAS Kawasan Parit semasa memberikan ucapannya sebentar tadi.

Sebenarnya saya sudah mendengar beberapa hari lepas usaha terdesak yang akan dilakukan oleh UMNO setelah mereka melihat Sidang DUN 7 Mei yang lepas tidak memihak kepada mereka .

Segala usaha untuk menutup kebobrokan UMNO dan BN semasa sidang lepas sehingga mereka cuba mengedit sidang yang berlangsung selama sekitar 6 jam itu, maka terpilihlah 5 minit untuk menggambarkan kononnya jahatnya Pakatan Rakyat.

Jawapan mudahnya selama 5 Jam 55 minit yang lain tidak boleh memihak kepada mereka, itulah keganasan yang ditunjukkan oleh wakil rakyat UMNO yang cuba memukul ADUN pakatan Rakyat. Termasuklah disana keganasan pihak polis yang menyeret hampir sepuluh ADUN Pakatan termasuk Speaker yang sah yang dibawa lari bersama dengan kerusinya dan dikurung selama sejam di dalam satu bilik stor.

Segala tembelang UMNO sebenarnya dijawab oleh media alternatif yang banyak menyiarkan suasana dan gambaran sebenar. Siapa lagi yang boleh percaya dengan klip terpilih 5 minit yang mahu memperbodohkan orang yang tidak cerdik.

Polis juga melakukan pemeriksaan di Ibu Pejabat DAP di Seksyen 20/9 Petaling Jaya petang semalam dan mengambil beberapa bahan bukti termasuk komputer dan perisian yang disyaki digunakan untuk menerbitkan risalah yang mengandungi unsur hasutan.
Saya membantah tindakan yang sangat memihak kepada kerja jahat UMNO tersebut.

Semuga rakyat mentertawakan usaha jahat BN yang mungkin akan dijaja seluruh pelusuk negeri Perak. Rakyat sudah tahu yang mana intan yang mana berlian, semuga undi BN semakin berkurang dengan usaha pembohongan terbaru ini.

Mufti Perak sudah jadi Penasihat UMNO Perak ?

Berikut ini saya dengan sangat berat hati terpaksa menyiarkan kenyataan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Harussani Zakaria yang masih berada di Tanah Suci mengerjakan umrah. Pembaca blog ini boleh menilainya sendiri untuk menjawab benarkah tajuk yang saya letakkan untuk posting ini.

Saya sudah menunggu hampir sebulan supaya dia memberikan ulasan dan fatwa mengenai pengunaan bomoh untuk menjampi dewan undangan negeri Perak sebelum sidang 7 Mei yang lepas. Tidak pasti apakah sebabnya dia menjadi "bisu" dalam perkara yang sangat memalukan itu.

Namun tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman akan diadakan mogok lapar di Wisma DAP kelmarin bila dihubungi melalui talipon dia terus memberikan ulasannya.

Walaupun dalam masa tawaf pun nampaknya dia sangat berminat mengeluarkan pendapatnya . Adakah benar dikatakan bahawa dia adalah Penasihat atau Mufti untuk UMNO Perak sahaja ?

Nampaknya UMNO Perak tidak ketandusan calon untuk Pilihanraya akan datang, maka saya cadangkan Harussani adalah salah seorang darinya, di Titi Serong pun tidak apa.

'Kalau menang belah dia tidak apa'

IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".

Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.

TG. Nik Aziz : Bukan Melayu Islam layak jadi MB.

Pas sedia memberikan peluang kepada kaum selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dikuasai oleh parti itu dengan syarat mesti beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan tinggi dalam agama.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, persoalan kaum tidak pernah menjadi ancaman kepada parti itu kerana agama mengajar kepentingan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan sesuatu kaum.

Menurut beliau, Allah tidak pernah mengiktiraf kemuliaan sesuatu kaum berdasarkan kulit atau kaum tetapi secara mutlak hanya memandang kepada ketakwaan yang mematuhi apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.

“Pas mengamalkan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan Melayu seperti yang diagungkan oleh UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markas Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini kelmarin.

Konvensyen PAS Perak Kali Ke 14 sedang berlangsung

TELUK INTAN : Konvensyan PAS Perak kali yang ke 14 sedang berlangsung di Dewan Perbandaran Teluk Intan dengan kehadiran hampir 1000 orang perwakilan PAS dari semua Peringkat iaitu Dewan-dewan di Peringkat Negeri dan 24 PAS Kawasan di seluruh Perak.

Sebentar tadi Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang baru menyelesaikan menyampaikan Ucaptama bertemakan "Kecemerlangan dakwah teras kemenangan ". Ucapan hampir sejam itu menggariskan halatuju dan agenda-agenda penting kearah merealisasikan perjuangan PAS Perak untuk masa setahun akan datang.


Ucaptama Pesuruhjaya itu telah dibahas oleh pembahasan jemputan dari Dewan Ulama PAS Selangor.

Majlis yang berlangsung sekarang diteruskan dengan perbahasan dari wakil-wakil PAS Kawasan dimulai dengan PAS Kawasan bukit Gantang diberikan penghormatan untuk menjadi pembahas pertama.