25 Mei 2009

PRU ke-13 Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat

Assalammualaikum…

Keputusan mahkamah pada 23 Mei 2009 begitu mengecewakan rakyat Perak terutama buat penyokong Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan satu lagi salah guna kuasa kerajaan persekutuan yang semakin rakus untuk mempertahan kuasa haram mereka dalam kerajaan negeri Perak. Mereka akan menggunakan segala bentuk cara untuk memastikan kemenangan milik mereka. Perlu di ingat bahawa mereka sebagai sebuah kerajaan persekutuan mempunyai banyak kuasa untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Ini termasuklah kuasa untuk meminda undang-undang dengan sesuka hati demi kepentingan mereka sendiri tanpa mengutamakan rakyat.

Boleh dikatakan semua institusi penguatkuasa undang-undang seperti mahkamah, PDRM serta FRU dikuasai dan diarah oleh pemimpin tertinggi UMNO/BN. Kebanyakan individu yang memegang jawatan tertinggi dalam institusi tersebut merupakan kawan atau ‘geng kamcing’ mereka. Oleh itu memang tidak hairanlah jika institusi ini lebih memihak kepada mereka. Tetapi tidak adil jika kita menyalahkan semua individu didalam institusi tersebut. Bagi pegawai-pegawai bawahan mereka terpaksa menurut arahan daripada pihak atasan walaupun mereka tidak bersetuju dengan arahan tersebut. Jika arahan tidak dituruti mereka akan diambil tindakan. Amat malang nasib mereka ini.

Krisis politik di Perak yang masih berlarutan kini amatlah memalukan,menyusahkan dan merugikan rayak dan negeri Perak khasnya serta menjatuhkan kredibiliti Malaysia di mata dunia amnya. Jika krisis ini tetap berterusan maka akan lebih banyak keburukan yang diperolehi daipada kebaikan. Atau mungkin akan membawa kepada rusuhan dan pertumpahan darah yang tidak diingini. Ini perlu dihindari. Demi untuk kepentingan rakyat dan negeri Perak serta Malaysia, saya menyarankan agar kita semua bertenang dan berfikir dengan akal dan iman serta banyakkan bersabar. Pada pendapat saya tiada guna untuk kita terus melawan di arena yang sudah tentu kita akan tewas. Buatlah rayuan di mahkamah walau saratus kali pun saya yakin kemenangan tetap berpihak pada BN. Oleh itu adalah lebih baik kita bersabar dengan segala dugaan yang di hadapi dan terus merapatkan ikatan diantara PR dan rakyat untuk menegakkan keadilan.

PRU ke-13 adalah medan terbaik untuk PR dalam langkah untuk menuju ke PutraJaya. Sepatutnya ini yang perlu diutamakan. Lupakan sebentar Negeri Perak yang sekangkang kera ini. Fokus PR yang paling penting adalah untuk menawan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin BN yang kurang cerdik ini. Jika PR berjaya menjadi kerajaan persekutuan insyaALLAH keadilan akan terlaksana. Jangan kita terikut-ikut rentak meraka jika tidak tiada perbezaanlah di antara PR dan BN. Segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Saya yakin dengan apa yang berlaku sekarang rakyat boleh menilai pihak mana yang berada di jalan yang benar.

InyaALLAH……..PRU ke-13 nanti PAKATAN RAKYAT akan memperolehi kemenangan dan memerintah MALAYSIA!!!

ALLAHUAKHBAR!ALLAHUAKHBAR!ALLAHHUAKHBAR!

Rakyat Perak Darul Ridzuan,
Budak Sg. Ramping

17 ulasan:

mrsismail berkata...

perjuangan perlu diteruskan...jangan putus asa hanya krn sedikit halangan. ambil iktibar nabi2 & rasul2, Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, brp org pengikutnya?

so, perjuangan kita baru bermula...teruskan. mungkin kaedah/strategi/uslub baru dirancang, dikenalpasti..

Tanpa Nama berkata...

sebagai rakyat berjiwa 1malaysia.kami pasti akan tumbangkan gegasi usang kerajaan BN kpd Pakatan Rakyat dgn undi kami di piihanraya akan dtg....

Tanpa Nama berkata...

Bila DSAI kata 30 nak lompat, semua kata OK.
Bila 1 ADUN BN masuk PR, semua kata OK.
Bila 3 ADUN lompat, tak ok lak ?

Sultan lantik Nizar sebab ade majoriti 3, semua kata OK.
Sultan lantik Zamry sebab ade majoriti 3, tak betul pulak ?

Pemikiran cam ni - pening kepala saya yg bukan ahli politik. Saya kata perlembagaan kita tak cukup terang tapi tak de pun yg nak baiki Perlambagaan supaya menjadi lebih jelas.

Nani Cheras.

Tanpa Nama berkata...

nak baiki perlembagaan buat apa lagi kan dah ada perlembagaan yg paling besar dan paling aula yag telah disediakan oleh Allah. Hanya Umno saja yang tak iktiraf dan engkar pada suruhan Allah.

Tanpa Nama berkata...

kpd nani..
dsai kata lompat 30 tu .. persoalan nyer jadi ke tak? dan adakah dsai nak wat lompatan tanpa undi tidak percaya di parlimen ??

bila 1 adun bn masuk pr.. adun bn tu wat perjumpaan bersemuka dengan rakyat marhaen area bota.. ribuan datang mendengar penjelasan beliau.. maka kesimpulan drp sokongan rakyat yg hadir dimajlis tu menunjukkan rakyat menyokong tindakan beliau ketika itu.. ni adun 3 org yg melompat ni ade berani ke buat perjumpaan terbuka bersama rakyat kawasan itu utk menjelaskan perkara lompatan ni?

senang cite la.. waktu pru12 negeri perak dikuasai 31 dun dimana rakyat marhaen perak telah mengundi pakatan rakyat berbanding bn yg hanya 28 kerusi dun sahaja.. so majoriti rakyat perak menyokong pakatan rakyat.. takkan tak paham2 31 lebih banyak drp 28..31 pakatan rakyat.. 28 BN.. persoalanyer skang.. adakah rakyat dikawasan itu merestui aktiviti lompat ketiga2 ahli dun itu menyokong bn? nak tau sokong atau tak.. buat la pilihanraya balik kat tempat tu.. yang pening nyer sebab saudari nani nie yg kurang paham dan mungkin maklumat yg tidak sampai ke pengetahuan cik..

drp neal ipoh-mali

Rakyat Perak berkata...

Mengapa jika sesuatu perkara itu memihak kpd PR, semua ok.Tapi akan ade suara sumbang jika memihak kpd BN? Mengapa tidak dinilai fakta-fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang hujah? Kami rakyat Malaysia sgt menyesal kerana telah memberi undi kpd PR pd PRU12 yg lepas hanya kerana ingin menunjukkan tanda protes kpd BN.. Setelah melihat perangai para YB PR ini terutama semasa DUN Perak 7 Mei lepas, lami rakyat Malaysia tidak akan mengulangi kesilapan ini lg pd PRU13 akan datang..Kami akan menolak PR secara total..Tunggu lah..

Rakyat Perak berkata...

neal,

Kalau 30 MP jadi lompat ke PR, tidak jadi persoalan? Semua puak2 PR yg hanya mendapat sokongan minoriti seluruh melaysia mula la suka dan bersorak sakan..Angan2 nak perintah Malaysia pd Sep08.. Ni dah nak sept09 la..seorang MP pun tidak ade lg yg nak lompat..pelik sungguh..mcm mane boleh kate mendapat sokongan 30MP??Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.. Kebenaran telah terserlah..

Tanpa Nama berkata...

apa ko kata hehehe....umno kurap...memang betuii pun..

Tanpa Nama berkata...

ALLAH MAHA adil....engko ajer yg tak adil rp...

tuhan bagi orang jahat menang sbb nak bagi diorang azab yg pedih....orang baik masuk syurga......heheh..paham..

cilam berkata...

krisis di Perak bermula bila 2 YB PKR di tahan BPR,pastu YB BN masuk PR, pastu 2 YB tu tiba - tiba hilang,turut hilang YB DAP bersama YB Bota...tup-tup semua YB muncul bersama DS Najib...mari kita semua membuat tafsiran yang jujur atas apa yang berlaku....disinilah titik bermulanya krisis tersebut....bukan soal majoriti 3 kerusi ke...diperkenan Sultan ke...atau mengikut perlembagaan ke....

Tanpa Nama berkata...

kenapa PR jadi begini. tidak boleh terima hakikat. kami berasa amat sedih kerana perilaku YB PR perak yang tidak mencerminkan politik yang baik serta lebih kepada sifat pedendam. Semasa pilihan raya yang lepas kami mengundi di pihak PR kerana inginkan perubahan serta ingin melihat politik yang lebih baik dan aman daripada BN. setelah kami melihat daripada pemerhatian kami, PR lebih ekstrem daripada BN dan lebih mencetus kepada suasana yang tidak tenteram serta menjalankan politik yang keterlaluan. Maafkan kami sekiranya PR akan kehilangan undi dari kami,keluarga,saudara-mara serta rakan2 kami pada pilihan raya akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Saya dan keluarga adalah pengundi Behrang. Kami semua sangat sakit hati kepada sikatak Behrang tu. Kami memang hendak jumpa, nak bagi ucapan kepada dia iatu ucapan "Kamu memang sial, Celaka". Itulah gambaran kami yang mengundi dia. Harap fahamlah.

Rakyat Perak berkata...

Cuba baca ape yg diluahkan oleh YB Jamaluddin Jailu.. Buka sedikit minda tu.. Jgn lupe, beliau juga berada didalam barisan Exco semasa PR memerintah..Nilai2 la sendiri..Mungkin ade kebenarannya juga..

Tanpa Nama berkata...

PETIKAN DIBAWAH DIAMBIL DARIPADA BLOG YB ZULKIFLI NOORDIN (PKR) -MP KULIM B.BHARU

KENYATAAN YB ZULKIFLI SEBELUM KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN DI UMUMKAN.

Saya melihat kepada panel Hakim yang bersidang adalah terdiri daripada Hakim-Hakim yang agak berwibawa dan punya integriti yang agak baik dikalangan kami para peguam. Kebetulan pula saya pernah berkesempatan mengendalikan kes-kes dihadapan mereka semasa mereka di Mahkamah Tinggi dahulu.
Oleh itu saya merasakan bahawa kita boleh meletakkan harapan bahawa apa juga keputusan mereka sudah pasti akan berlandaskan kepada undang-undang dan tidak mirip kepada mana-mana pihak atau pun partisan.
Secara peribadai saya akan menerima dan menghormati keputusan mereka tanpa mengira ianya memihak kepada samada DS Zambry ataupun DS Nizar.

Tanpa Nama berkata...

Krisis di Perak bermula dengan tidak puas hatinya BN merana kekalahan dalam pilihanraya. Luka kekalahan tidak sanggup lagi ditanggung, sehingga terpaksalah menggunakan cara-cara dajal, yang tidak bertamadun. Berlakulah PENCULIKAN disiang hari 3 ADUN pilihan rakyat, yang telah dihilangkan beberapa hari. Ketiga-tiganya ditawarkan menjadi katak, dan ketiga-tiganya menerima dengan berbesar hati, dan bangga menjadi katak.

Tak lama selepas itu, keluarlah ketiga-tiga katak itu dengan megah di sisi Najib Tuya, menjadi hero ikutan sejarah rakyat perak. Kemuliaan menjadi katak ini mestilah diajar kepada anak-anak kita semua, dari generasi ke generasi. Lompat anak-anak, lompat...

Sekian. Terimakasih.

AbuD berkata...

persoalanyer skang.. adakah rakyat dikawasan itu merestui aktiviti lompat ketiga2 ahli dun itu menyokong bn? nak tau sokong atau tak.. buat la pilihanraya balik kat tempat tu.. yang pening nyer sebab saudari nani nie yg kurang paham dan mungkin maklumat yg tidak sampai ke pengetahuan cik.. pastu amik org rasuh... kate Be end tolak orang yang rasuah?.. jd kalau najib kutip dioran ni...sah2 la dalam pepimpinan UmphNo!!! ni banyak kurap la yer...
pastu da kate sokong umphNo!!! aspal jadi parti bebas... parti bebas mewakili siapa?... mestila "bebas" mewakili duit2 yang telah ditabuskan. kate pun bebas... kalau mewakili UmphNo!!! da tentu rakyat tolak... cube cek 3 adun ni dok mana... yang XDAP tu da mmg 7 keturunan kene pulau... yang dua lagi ni dok mana ni.. cek cek cek...

secara logik la, soalannya kepada yang banyak tanya ni dan tak tahu kira2...

!) apa yang terjadi bila UumphNO!!! sendiri (Tajol muluk)kata mereka ni ada rasuah? pastu UmphNO!!! kutip mereka?

2) kalau rakyat tempat adun yang lompat tak restu kenapa tak bubar je DUN kat tempt diorang?...

3)ape cerita adun yang lompat PR tu masuk Be end balik?... adakah hidup mereka bebas atau telah diancam?...

ubatkuat berkata...

ulasan yg bernas wahai abud,,tak boleh pikir lagi ke ulasan tu,,tak tahu lah saya!!!!sama sama pikir..
takbir takbir dan terus takbir