25 Mei 2009

7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan.

7 Perkara Yang Menghairankan :-

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. (Usman Ibn Affan )

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dan aku hairan ada juga manusia yang masih menyokong UMNO sedangkan UMNO itu rasuah, sombong, pendusta dan sekular.

Tanpa Nama berkata...

perkara ke-3 - aku pun hairan jika mufti perak kata sudah takdir BN merampas kuasa, maka ketentuan Allah jugalah yang merestui rampasan tersebut, jadi mengapa bersedih?