25 Mei 2009

Mufti Perak sudah jadi Penasihat UMNO Perak ?

Berikut ini saya dengan sangat berat hati terpaksa menyiarkan kenyataan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Harussani Zakaria yang masih berada di Tanah Suci mengerjakan umrah. Pembaca blog ini boleh menilainya sendiri untuk menjawab benarkah tajuk yang saya letakkan untuk posting ini.

Saya sudah menunggu hampir sebulan supaya dia memberikan ulasan dan fatwa mengenai pengunaan bomoh untuk menjampi dewan undangan negeri Perak sebelum sidang 7 Mei yang lepas. Tidak pasti apakah sebabnya dia menjadi "bisu" dalam perkara yang sangat memalukan itu.

Namun tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman akan diadakan mogok lapar di Wisma DAP kelmarin bila dihubungi melalui talipon dia terus memberikan ulasannya.

Walaupun dalam masa tawaf pun nampaknya dia sangat berminat mengeluarkan pendapatnya . Adakah benar dikatakan bahawa dia adalah Penasihat atau Mufti untuk UMNO Perak sahaja ?

Nampaknya UMNO Perak tidak ketandusan calon untuk Pilihanraya akan datang, maka saya cadangkan Harussani adalah salah seorang darinya, di Titi Serong pun tidak apa.

'Kalau menang belah dia tidak apa'

IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".

Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.

53 ulasan:

NH Shah Alam berkata...

Mufti orang yang alim dalam bidang agama seharusnya berkecuali dalam bidang politik.. Saya tidak faham kenapa Harussani selalu mengeluarkan ucapan yang penuh berkontroversi..

Sebagai seorang yang muallim, beliau mesti elakkan mengeluarkan ucapan samada menyokong pihak pemerintah @ pembangkang. Kalau beliau cuba bermain politik nanti rasa hormat orang ramai kepada beliau yang berstatuskan mufti akan hilang... Jangan cuba heretkan Jawatan Mufti kedalam kancah politik..

naimayob berkata...

teruk btul la harussani ni..
masa nizar menang hari tu dia x nasihat zambery pn..
bila nizar nk cabar balik dia sruh nizar terima dgn hati terbuka...

dunia akhir zaman....mufti pn dh x btoi...

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

kami sokong sangat kalau mufti perak ni masuk bertanding mewakili umno pada PRU 13 nanti atau mana2 PRK.

Manickam Nadeson berkata...

Mana tahu fis sendiri pakai Bomoh kot?

naimayob berkata...

ada juga mufti mcm ni erk..
bila zambery cabar nizar,mufti x kata apa pn..diam je..
bila nizar nk cabar balik tau pulak mufti suruh terima dgn hati yg terbuka..

dunia akhir zaman...

apa nk jadi dgn tok mufti...

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

itulah tugas ulama...menasihati pemerintah. Ni saudaraku, lihatlah sejarah Ibn Taimiyyah yang dipenjara oleh pemerintah, walaupun ramai penyokongnya tidak berpuas hati dengan tindakan pemerintah mereka, Ibn Taimiyyah tidak pernah menyuruh anak buah serta penyokongnya menjatuhkan pemerintah.

"Selagi dia (pemerintah) mendirikan solat, aku akan patuh padanya".

Jadi saudara, tugas utama seorang ulama adalah menasihati pemimpinnya. Bukan bercita-cita menjadi pemimpin. Saudara, saya syorkan saudara belajar semula mengenai konsep pemerintahan Islam, dan hukum menjadi Khawarij

adibeta berkata...

Susahla macam ni bro......belajarla menerima...jangan anggap puak kita aja yg betul..

Itula yang menyebabkan ISLAM semakin disalah tafsirkan...

PutraMerang berkata...

Biarlah beliau dengan fahaman politik Umno nya. Sekurang-kurangnya, kita semua tahu yang beliau berpanjikan keris. Allah pasti mendengar rintihan orang-orang yang dizalimi. Beliau orang berkuasa. Apa boleh kita buat, kecuali merubah kerajaan yang ada dengan undi kita.

saifulmuslim berkata...

Ya Allah....Selamatkanlah Mufti Perak dari tipuan dunia dan syaitan...Kembalikan beliau kejalan yang lurus..bukan jalan umno yang bengkang bengkok dan terus je neraka jahanam..amin..

Unknown berkata...

ni mufti zalim.. x letak sesuatu pd tempatnya..

DR 1221 berkata...

aku setuju dengan nh, alim sepatutunya berkecuali dengan politik. erk ... camna dengan nik aziz, hj hadi, cina islam. la lupa plak. pembetulan - alim2 dari pas boleh. TAKBIRRRR.

saadlebaiseman berkata...

Allah sedang menguji beliau, Allah sedang menguji kita semua. Teruskan memohon bantuan dan pertolongan Allah !! Keadilan pasti menang. Kebatilan akan hancur !! ALLAHUAKBAR !!

Unknown berkata...

ada 2 ulama , satunya ulama jahat...

Briged Akhdor LR2 berkata...

mufti perak pun ada waktu sidang dun yg kecoh hari tu tp dia masih tak kata apa kat bn ..aku rasa mufti dah patut masuk jadi calon bn dalam pr 13 nanti ..apa saja komen dia mesti salahkan pembangkang .tp takk heran ler dia pernah kata yg dia tak setuju dgn PAS..dia mmg terserlah keumnoannya

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Mufti telah menghalang Zambri dari terus merayu di Mahkamah rayuan setelah mahkamah tinggi mengisytihat DS Nizar sebagai MB SAH. Katakanlah kepada Zambry "pasrah ajelah Mahkamah tinggu tu Mahkamah yang patut di hormati dah tak ada rezki kita". Ini tidak dibiarkan saja Zambry menahan MB Nizar menjalankan tugas dan pohon rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada hemat ramai mufti telah mengamal fahaman khurafat kerana selama ini dianggap gaji yang dibayar ialah dari UMNO dan memegang panel pengesahan halal di Syarikat UMNO. Mungkin beliau juga sudah jadi jutawan dari keakrabannya dengan UMNO. Siapa nak hilang mata pencarian harta dunia. Lagipun Mufti ini ialah orang ketuanan melayu dan kemegahan melayunya amat tinggi. Patulah dakwah dinegeri perak lembab dan saudara baru dari kalangan bangsa cina, india dan laian-lain terabai. Walahal melihatkan kekayaannya beliau sepatutnya mampu membiyayai pembangunan insan muslim kepada saudara-saudara baru.

Semasa sedang mengerjakan umrah masih boleh buat komen yang beliau belum tahu kedudukan sebenar; jadi apalah nasihat kepada hamba rakyat sebagaiman maksaud hadith , apabila datang sesuatu perkhabaran hendaklah siasat dulu apakah sifat oerang yang menyampaikan itu dulu sebelum membuat kesimpulan kepada perkhabaran. Jadi mufti telah membelakangkan nasihat Nabi s.a.w. malahan diapun jadi salah seorang "Provocater" yang aktif dipihak UMNO.

Jelas saya cabar MUFTI HARUS SANI turun kepadang bertanding dalam pilihanraya samada PRK atau Umum nanti dan kalau nak lihat cepat tandinglah kelak di Manik Urai, Kelantan.

NH Shah Alam berkata...

DR 1221 berkata...
aku setuju dengan nh, alim sepatutunya berkecuali dengan politik. erk ... camna dengan nik aziz, hj hadi, cina islam. la lupa plak. pembetulan - alim2 dari pas boleh. TAKBIRRRR.
**********************************************

Orang alim macam TGNA & TGH memang dia orang dah masuk terus politik. Perkara ini tidak berbangkit. Kalau dia buiat statement yang berkaitan dengan politik sekalipun kita tak boleh nak kata apa sebab memang dia orang orang alim yang berpolitik...

Hasussani pulak seorang mufti dan beliau juga mufti kepada semua rakyat tak kira pembangkang @ kerajaan. dan beliau seharusnya berkecuali dalam isu perak ini. Kalau nak juga bercakap mengenai isu-isu politik yang menjurus kepada parti tertentu, elok letak jawatan Mufti dan masuk mana-mana parti yang harussani minat. Nampak la ni memang dia berminat kepada UMNO, jadi elok masuk UMNO dan bertanding dalam PRU-13 nanti..

majoi berkata...

untuk dr 1221...mereka tu walaupun alim ulama tapi meraka tu ahli politik bukan macam mufti perak dia tu dilantik sebagai mufti tak perlulah sebelah mana2 pihak..kalu nak sangat masuklah mana2 parti politik yang dia suka...

Sulaiman berkata...

Melihatkan tulisan2 yang beri komen di sini, nampaknya berjaya sgtlah Yahudi dan Nasrani (British) dalam mencorakkan pemikiran umat Islam di Malaysia (yang mana pemikiran ini juga turut diimani oleh Tok Mufti) bahawa Agama dan Politik hendaklah dipisahkan.

Ramai yang beri pendapat supaya Ulama tidak terbabit politik sedangkan Ulama adalah pewaris Nabi saw. Manakala tindakan pertama Nabi saw sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di Madinah selain membina masjid, Nabi saw juga merangka Perlembagaan Pertama Madinah. Bukan politikkah apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. itu? Lalu bagaimana hendak dikatakan Ulama itu pewaris Nabi kalau Ulama menjauhkan diri daripada politik yang merupakan salah satu medium dakwah yang penting ini?

enn sungkai berkata...

nik aziz \, hj adi memang dalam politik. harusani tu keja dgn kerajaan sepatutnya berkecuali

Oran Biasa berkata...

Siapa pulak kata orang alim tak boleh jadi pemimpin politik ni...ni mesti terpengaruh dengan politik suku ,agama suku..

Tanpa Nama berkata...

nik aziz, hj adi memang pas. kalau macam iti harusani tu memang umno le boleh bertanding dlm pilihanraya akan datang

Tanpa Nama berkata...

lucutkan harussani...
ganti org yg lbih baek...
YG tidak dipergunekan oleh UMNO....

Hakim berkata...

Hati-hati dalam membuat ulasan.. Saya nampak ada yang mahu masuk perangkap UMNO... Saya rasa PAS tidak dapat faedah dengan menyerang MUFTI.. Beliau banyak berjasa pada Islam. Bukankah Mufti adalah dilantik oleh Tuanku Sultan Perak?.. Mungkin akan ada kenyataan beliau seolah-olah tidak menyokong PR.. Saya rasa ramai ahli PAS tidak dapat menyelami dengan mendalam isi hati seorang mufti ini.. Saya tak menyatakan beliau pro -UMNO.. Saya sendiri orang kuat PAS sejak dulu lagi..Ingatlah!! UMNO menunggu peluang untuk melaga-lagakan Pas dengan Mufti Perak yang tinggi ilmu agamanya.. Minta PAS jangan ikut rentak UMNO untuk menyeret mufti dalam krisis politik negeri Perak..

Cina Islam Jugak berkata...

Guna bomoh tu dah jelas haram, tak perlu nak berfatwa. Cuma betul ke orang tu guna bomoh? Kalau sekadar bukti dari dengar orang cakap, sah ke dari sudut hukum Islam?

Mogok lapar tu apa pulak hukumnya?

p.s. blog ni nampaknya sangat bias. Hanya menyiarkan komen dari tukang sorak aje.

ajoi berkata...

sya bersetuju dengan komen tanpa nama 5/24/2009 12.10am...

Kita kena berhati-hati dgn komen jgn sebarang komen.semua perbuatan kita ada akibatnya jgn tergopoh-gapah atau kelam kabut memberi komen, komen dengan sabar & bijak.

penawarrindu berkata...

Sepanjang ingatan ilmu yang aku belajar, sememangnya tiada istilah mogok lapar.Sebagai orang Islam kita disunatkan berpuasa.Islam tidak mengajar kita menyiksa diri dengan tidak makan dan tidak minum kecuali kita berniat berpuasa sunat dan mengikut waktu yang ditetapkan.
Wallu a'lam

muryadi berkata...

Kepada yg belum maklum, sebenarnya program "mogok lapar" itu adalah berpuasa sunat utk yg muslim dan dikatakan "mogok lapar" kpd yg bukan muslim adalah dibenarkan minum dan makan sedikit selepas setiap 6 jam.

Pada hari khamis diakhiri dgn solah hajat&munajat oleh umat muslim.

Harap maklum..

muryadi berkata...

http://mt.m2day.org/2008/content/view/22307/84/

Pakatan Rakyat Perak Lancar Puasa Sunat/Mogok Lapar Tiga Hari Mulai Selasa Depan PDF Print E-mail
Posted by admin
Sunday, 24 May 2009 02:16

(TV Antara) - Pakatan Rakyat Perak akan melancarkan mogok lapar selama tiga hari berturut-turut mulai Isnin depan dalam usaha gerakan rakyat untuk mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri secepat mungkin.

Apatah lagi tekanan rakyat untuk dikembalikan mandat kepada mereka akan bertambah mendesak berikutan keputusan Mahkamah Rayuan memperbaharui lesen Umno dan Barisan Nasional untuk terus menduduki tampuk kerajaan negeri secara tidak sah.

Mogok lapar itu dijangka akan disertai rakyat teramai termasuk umat Islam yang akan mengerjakan puasa sunat bersama-sama demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Nga Kho Ming di Pejabat DAP Ipoh pagi semalam.

Nga berkata mogok itu akan bermula pada jam 10.00 pagi hari Selasa 26 Mei dan berakhir pada hari Khamis, 28 Mei pada waktu maghrib di Pejabat PAS Perak. Mereka yang menyertai program itu dibenarkan minum selama setiap 6 jam dan tidak dibenarkan makan dalam tempoh itu sementara bagi umat Islam peraturan puasa akan dipatuhi.

Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddindan Speaker V. Sivakumar dijangka melancarkan mogok lapar/puasa itu di Ipoh dan turut serta dalam program tersebut.

"Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan yang berminat. Mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat)," kata beliau.

Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, mogok lapar yang diadakan adalah "untuk mendapatkan kembali hak rakyat".

Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.

Tanpa Nama berkata...

sayyidulamin
kalau begitu lah kenyataan mufti perak... sah beliau adalah mufti Umno zaman moden

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...inilah masalahnya dengan pakatan pembangkang(PAS,DAP PKR) semuanya sama sahaja..apabila mereka kalah @ sesuatu perkara itu tidak menyebelahi mereka...mereka tdk akan terima..jika sebaliknya,mereka cepat akan terima & kata tuhan menolong mereka selama ini...inilah cakp2 mnusia yg takbur..nauzubillahiminzalik...

Tahulah kamu,siapa yg kamu hina tu?..beliau adalah mufti perak..mufti kesayangan sultan perak..beliau tlh menjadi mufti perak sejak tahun 1985 lagi..saya rasa ramai yg berkata2 di atas pun blm lahir agi pd masa tu..TG Dato'Nik Aziz Nik Mat pn blm jd MB Kelantan agi..
Saya cukup bersetuju dgn pendapat 'pena minang' di atas...tugas mufti tidak kira mendidik masyarakat utk kembali mengamlkan ajaran islam yg sebenar2nya...tetpi menegur pemimpin,org biasa dan sebgainya...tidak terkecuali ulama pun boleh ditegur sekiranya tersasar..

Lagi satu saya tak setuju dgn pendapat yg kata mufti perlu berkecuali dlm hal2 politik..ye memng betul berkecuali...dlam hal sistem politik..kerana beliau bertanggungjawab dlm hal memartabatkan syiar islam..tetapi jika berlaku sebrg pertikaian dlm masyarakat islam khususnya,..apakah beliau berkecuali..tidak blh mnegur walaupun yg nk ditegur itu berkemungkinan adalah seorg pemimpin @ ulama sekalipun...

Bagaimana pula dgn Nik Aziz, Abdul HAdi Awang,Ustz Ahmad Awang,NAsharudin dan lain2 agi dlm PAS,...mereka BOLEH ke?

Saya rasa org dalam Parti PAS ni org yg tidk bersyukur kpd ALLAH SWT...tahukah kamu semua...sape yg cadangkan nama DS Ir Nizar menjadi MB Perak dahulu? Saya rsa kamu semua tak tahu sebab itulah kamu kata macam2 pd Mufti Perak...

Untuk pengetahuan kamu semua...DS Harussani Zakaria lah yg cadangkan nma Nizar pada Sultan Perak dahulu...TAHU???

Pada malam 8hb Mac 2008,semasa DAP,PAS dan PKR masing2 mendapat 18,6 dan 7 kerusi DUN manakala UMNO dapat 28 kerusi,Bekas MB Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali ketika itu meminta Datuk Seri Harussani Zakaria berjumpa dgn NIk Aziz tentang cadangan utk UMNO n PAS bentuk kerajaan negeri bersama.Cadangan ini termasuklah memberikan jwtn MB dan semua jwtn exco perak kpd PAS.Oleh kerana ingin melihat sebuah kerjaan negeri yg semuanya org melayu n Islam yg pertama sejak merdeka..mufti perak tlh berjumpa dgn nik aziz ttg cdgn itu..secara dasarnya nik aziz setuju..tp beliau kata kata pemutus ti tgn presiden PAS.Jadi mufti bercakap pl dgn TG Hadi.TG DS Hadi pl kata kena bercakap dgn Psuruhjaya PAS Perak sndiri...kerana kata putus ada padanya...Tetapi malangnya Uztz Ahmad Awang tdk berstuju kerana beliau tak nak bekerjasama dgn mereka yg zalim..Soalnya kenapa beliau kata sedemikian rup walhal yg beliau kata zalim tu org islam dan melayu..tetapi sanggup pula bekerjasama dgn org yg kafir seperti DAP dan sesetangah dlm PKR...?

HAsil keengganan beliaulah senario politik perak menjadi haru biru itu....

Wallohualam..........

Tanpa Nama berkata...

bila mufti menyokong kenyataan pembangkang tak merungut pulak, contoh semasa kes sumpah saiful..anwar asyik menjaja jer kenyataan mufti perak yang memberi pandangan agar beliau tidak mengunakan sumpah sebagai jalan penyelesaian..bila kenyataan mufti menyelebelahi pro kerajaan mcm2 korang kata.. jgn mempolitikkan kenyataan mufti..

Muhammad Khairi bin Kamaruddin berkata...

Yb xpayah seret institusi mufti dlm politik..takut2 pas dilihat anti mufti..dr harussani dihormati di perak kerana ilmunya, dia jugak hero islam dlm penghebahan kes2 murtad satu ketika dahulu.Pas berada di belakang beliau ketika itu..adakah YB lupa, atau Yb belum bersama PAS lg.
pd ketika beliau tidak bersama kita, xpyh menggelupur.biar je la umno mengguna mufti, ape pendirian mufti, biarlah die dgn Allah. yg penting rakyat tgh memerhatikan kita, setiap tingkah laku kita sentiasa dianalisis oleh rakyat..berkenaan isu bomoh, xpyh mufti sebab semua org dah tahu hukumnye haram..mcm yg saya ckp sebelum ni biar Pas bermain politik dgn umno sbb tu la musuh kita..
yg sy betul2 pelik kenapa YB sorg je beria2 nk lwn ngan mufti, pemimpin Pas lain xde pun..hmm
moga kita dirahmati Allah..

Tanpa Nama berkata...

Kalau bangsa jaga Islam beginilah jadinya.Mufti pun keliru. Sepatutnya Islam menjaga bangsa.

Tanpa Nama berkata...

MINTA MAAF BRO ,KALAU DS MUFTI TAK AMAL DGN ILMUNYA MACAM NI LAA NAK KATA BODO TAK BODO TAPI JAHIL KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.MUFTI NI TAK SALAH AKU KATANYA DULU JOM HEBOH KONONNYA HARAM..MUNGKIN LEPASNI HALAL KOT.

muryadi berkata...

Mufti yg adil kita sokonglah..

Mufti pun manusia biasa bukannya maksum...

hormat pun ada tahap jugak...

muryadi berkata...

Biasalah bila umno tersepit mereka gunakan isu kaum, agamalah kemudian mempergunakan mufti..

cerita dari "tanpa nama - 5/24/2009 2:08 AM " belum tentu betul lagi..

pada sy ianya hanya rekaan2 dari blog yg pro umno je tu..

yes berkata...

Selagi pemerentah itu mengerjakan sembahyang, kita patut taat padanya. Soalan saya, bagaimana jika pemerentah itu minum arak, membenarkan judi dengan berleluasa, apakah yang harus rakyat lakukan? Minta penjelasan dari mufti mufti di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

mufti bimbang nnt dia tenggelam sbb ramai ulama dlm pas yg terer mcm dia, sbb tu dia lbh prefer sokong umno, sbb org umno xde ulama power

Tanpa Nama berkata...

"DR SB KE MUFTI"

Mufti Perak bermula kerjaya sebagai Special Branch (SB) sblm naik dr pangkat ke pangkat n akhirnya dilantik MUFTI..

lovespiraldownwards berkata...

Mufti tu jugakle yg tutup mata je dgn Jom Heboh baru ni. Apa kes? Dia tu memang racist dari dulu pun. Ada few pendapat dia yg bleh dipertikaikan. Masa kebanyakan mufti cakap ASB haram, dia sorg je kata tak. Mazhab mana le gamaknya dia ni..??

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum muryadi...andalah yg selama ini terpedaya dan terikut2 cara dan budaya pembangkang yg selalu memomokkan cerita dan fitnah yg tak betul pada kerajaan..jika ia benar seperti yg dituduh itu,makan Allah swt sahaja yg akan membalas mereka2 yg zalim tersebut...tetapi jika tidak balasan serupa akan ditimpakan ke atas kita semua...cerita seperti tanpa nama 5/24/09 2:08 AM itu hendaklah dicari sendiri kebenarannya dan carilah sendiri!!!
Janganlah anda mnjadi bahan ketawa sebab anda hanya mendengar sebelah pihak sahaja(pebangkang).
Wallohualam...

Tanpa Nama berkata...

mufti perak .....ingat sikit ulama dalam islam ada 2....ulama baik dan ulama jahat.saya harap haeussani tidak tergolong dalam ulama jahat.

Tanpa Nama berkata...

beginilah kalau dah taksub sgt..mufti pun dihina. jgn mempolitikkan mufti.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum drs dan pembaca blog semua..

dr saed ramadhan al bhuti ulama syria pernah menangis dgn pemergian hafez al-asad mantan presiden syria..

tanya diri kita semula.. agak2 ada tak yb2, mb2 dan pm tpm yg akan menangis kalau mufti-mufti dijemput ALLAH taala..

ada yg menangis masa mantan mufti selangor dijemput Ilahi?

Wallahua'lam..
pemuda grik

Tanpa Nama berkata...

Semua orang boleh berpolitik kerana sebagai orang-orang beriman kita mesti menentukan sikap. Ini termasuklah Mufti. Kebaikannya ialah supaya jelas warnanya kepada orang-orang mempunyai mata hati. Jika warnanya biru, apa kamu sebok; jika warnanya hijau apa kamu sebok. Dia adalah dia. Dan kita adalah kita.

Saya merasa tidak ada faedahnya bergaduh dengan mufti. Adalah lebih baik membina hubungan yang baik dengannya dan terus menerus nasihat-menasihati kerana Allah. Hati manusia adalah milik Allah. Moga-moga dia diberi kekuatan untuk membantu orang-orang beriman yang lain.

Politik kita mesti jauh lebih bijak daripada politik tanpa sempadan yang dianuti oleh BN. Jika kamu yakin ada faedah disebalik menyerang seorang mufti, maka senaraikanlah 10 faedahnya disini.

Abu Muadz.

Tanpa Nama berkata...

Mufti yang menghalalkan cara macam dia ni memang patut ada kat dunia ni. Sebab itu Allah SWT telah menjanjikan bahawa bukan semua ulama masuk syurga.

nekadislam berkata...

Tok Guru, Ayah Chik memang dah lama dalam politik, Ust Harun Din keluar gomen masuk politik cakap pasal politik, jadi mohon jasabaik Mufti Perak Ustas Harussani letak jawatan dan join politik jangan jadi pengecut berjuang untuk cakap politik tapi duduk dalam kerajaan, gaji hang kami juga yang bayar jadi shut-up your mouth, kalau anak jantan, silalah berjuang dalam UMNO baru realll

Tanpa Nama berkata...

Dimanakah sepatutnya kita menilai kealiman sesaorang. Contoh Dr Yusuff Qardawi dunia mengiktitafnya. Begitu banyak kitab-kitabnya menjadi bahan rujukan di universiti-universiti.
Di Malaysia ini asalkan jadi mufti dikatakan alim dalam segala bidang ugama Islam.
Sepatutnya biodata mufti Perak ini disiarkan kepada orang ramai barulah rakyat boleh menilai kealimannya.
1. Pondok mana dia belajar.
2. Berapa pondok dia masuk.
3. Universiti mana dia belajar.
4. Berapa universiti dia masuk.
5. Dia master dalam bidang apa.
6. Dari mana dia Doktor.
7. Dr dalam bidang apa.

keristogel berkata...

saya rasa kita yg silap, pi tanya org yg memang tak suka pada PAS, dah tentu jawapan nya pro b-end durjana. Mufti sekali pun tak semestinya cerdik, dah tak duduk dlm jemaah , keputusan nya pasti akan ikut perut dia, tak der saper yg akan buat correction utk dia. Hatta sultan sekali pun tak tekecuali dari buat silap.

tak usah dilayan tok mufti mcm nie, kita ada ramai tokoh ulamak2 yg hebat yg berjuang utk ISlam dan dunia akhirat dan tak gentar di uji. buang jauh2 kalau dah tau tayar buruk..

Tanpa Nama berkata...

ya ALLAH...selamatkan lah nufti ni....tym jom heboh kat lumut,,,dia diam diri...padahal dia yang kata jom heboh ni haram...nampaknya jilat ludah sendiri la....mufti...mufti...

Tanpa Nama berkata...

panjang cerita "tanpa nama - 5/24/2009 2:08 AM "
betul ke tok guru nik aziz setuju umno gabung dengan PAS di Perak? sah-sah lah fitnah dan rekaan jer cerita tu.. memang orang UMNO macam tu suka reka cerita dogeng. Tok Guru Nik Aziz bagi jawatan MB kat Cina Muslim pun sanggup takkanlah nak bekerjasama dengan DAP tak sanggup walhal PAS yang jadi MB. pikir la pasal melayu lagi, Islam akan tergadai... rosak habis semua sekali.

Jebat Musibat berkata...

aku nampak 1 jer.

Mufti harussani nih TAK KONSISTEN!

aku lebih suka(bekas mufti) ASRI

dia lebih tidak memihak.

Tanpa Nama berkata...

kalau sume nak tahu..mufti ni dah 'syg dunia'.biarlah...lagi tinggi ilmu seseorg tu.lagi kuat ujian dia.nampaknay dia tlh gagal.biarlah dia bertaubat,kalo sempat lah..dan di terima allah.