Hakim Mahkamah Rayuan mengumumkan Zambry sebagai MB Perak pada jam 3.50 petang pada 22 Mei yang lepas.
Pada jam 7.12 minit malam hari yang sama Pegawai Khas kepada DS. Nizar, Sdr. Amran Harun memaklumkan dia menerima panggilan talipon dari seorang penghantar surat mengenai arahan memulangkan kereta Camry AGS 10.
Kereta itu telah dikembalikan dan saya mendapat pengesahan dari Sdr. Amran Harun kelmarin dalam pertemuan semasa Majlis Aqiqah cucu DS. Nizar di Titi Serong kelmarin.
Pada jam 7.12 minit malam hari yang sama Pegawai Khas kepada DS. Nizar, Sdr. Amran Harun memaklumkan dia menerima panggilan talipon dari seorang penghantar surat mengenai arahan memulangkan kereta Camry AGS 10.
Kereta itu telah dikembalikan dan saya mendapat pengesahan dari Sdr. Amran Harun kelmarin dalam pertemuan semasa Majlis Aqiqah cucu DS. Nizar di Titi Serong kelmarin.
13 ulasan:
insya-Allah kereta itu akan digunakan semula oleh beliau...
www.duniacacamarba.blogspot.com
salam perjuangan ...
semoga DS & rakan2 dpt bertenang jgn terikut perasaan ...
bukan tak mahu menuntut hak tapi fikirkan kekuatan & keadaan
belum sampai masanye lagi ..... kekuatan rakyat yg hebat tu cuma dari luaran sahaja ...
rakyat masih tersepit diantara Melayu Islam ...
pandangan ini hanya dari mata & akal saya sahaja ....... harap maaf jika ada salah
hoi idham lim..ade ke keta name CAMBRY???
Tahniah YAB Nizar tepat sekali tindakan DS kita bukannya lahap dengan camry tu, cuma zamri yang lahap belum apa-apa dah nak lelong demdam kesumat hati busuk hidup DSNJ ALLAHUAKABAR
Biarkan kerakusan Zamry Teh tarik oneh...Dia adalah pencari dunia. Dia akan memperolehi hanya apa yang diizinkan Allah, tidak lebih dan tidak kurang.
Apa lah Si Zambri Menteri Besar pilihan Mahkamah (bukan pilihan rakyat).
Macam budak-budak. Bagi je lah kereta mainan itu. Budak-budak biasalah.
takpe nizar tetap MB perak di mata rakyat .....
biarkan zambry tu. yang penting tanggungjawab mike pada rakyat.
alhamdulillah..dah sedar diri tu bukan MB Perak...baguslah tu...
Bagi pejuang, kereta bukannya satu ukuran. Hatta Rasulullah sendiri tidak mempunyai seekor kuda. Pemimpin yang hanya meletakkan nilai kereta menunjukkan ciri - ciri kurang keimanan. Jadi nilai sendiri, mana yang lebih mulia antara Zambry dan Nizar.
Saya yakin DS Nizar tidak meletakkan nilai tersebut sebagai erti perjuangan.
Teruskan berjuang menentang kezaliman.
Melayu Islam tersepit dinegerinya sendiri kerana dia tidak mengambil Islam sebagai cara hidupnya. Dia hidup dalam ketakutan dan kehinaan, dia menanggalkan afiliasinya dengan Islam, tetapi lebih bermegah dengan kemelayuannya. Walhal kesatuan kemelayuan itu tidak mempunyai kitab, tidak mempunyai asal. Bila kemelayuan bermula? Siapa yang memulakannya, mana keperibadian2 unggul penghasilan dari pendidikan melayu? Mana silabus melayunya? Mana pendokong2nya yg terdahulu? mana institusi2 melayunya? Terkini, aku lihat melayu menentang kemelayuan ada...DBP yang terang2 berfungsi untuk menjadi tapak pengembangan keilmuan dalam bahasa Melayu terpinggir begitu sahaja. Penyair dan sasterawan melayu itu ibarat menjerit pada tembok-tembok batu. Poorah!
"Kita mesti mempertahankan kemelayuan kita..." - cakap-cakap sahaja, demi tembolok, demi kuasa, demi perempuan ("habuan seks").
Melayu telah mati pada hari dia meninggalkan Islam sebagai cara hidupnya. AlQuran sebagai sumber perlembagaan Islam yang utama tidak pernah nak dibaca, dihormati dan dijadikan sumber kehidupan.
Adakah kita ingin menunggu masanya apabila orang-orang cina itu menjadi pendokong-pendokong Islam suatu hari nanti? Ya, memang Allah akan menggantikan kamu dengan orang lain! kerana kamu tidak mahu beriman dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan kamu, wahai Melayu.
terima kasih bn atas rompakan manusia di perak februari yg lepas. jasa najib xkan rakyat perak lupakan pd pilihanraya akan dtg. yg pasti ramai lagi yg pangkah pakatan rakyat. hidup MB NIZAR!
tidak hairanlah kalau zambry nak lelong camry tu,sebabnya dia taknak dikaitkan dengan keta tu.maklumlah namapun dah hampir sama.camry n zambry.kalau gabung jdlah cambry!!!!!. sesuai sgtlah tu. so sama-samalah kita panggil dia dato seri dr cambry ab kadir. hahahahaha sesuai sgt tu. tidak hairan kalau puan umno nak lelong semua yang pr beli.camry tu kira kecik bagi dia org.sedangkan masjid bujal kat kemaman yang pas buat semasa memerintah terengganupun boleh dia roboh.siap guna jentolak warna biru lagi tu. apa nak jadilah dengan BN ni. teruk betul.kalu x penah tgt video merobohkan rumah Allah SWT tu, blh tgt kat youtube.taip je "roboh masjid bujal rakaman penuh".Video 49:49 tu,memaparkan episod sedih tu. tgt jgn x tgt.
Catat Ulasan