25 Mei 2009

TG. Nik Aziz : Bukan Melayu Islam layak jadi MB.

Pas sedia memberikan peluang kepada kaum selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dikuasai oleh parti itu dengan syarat mesti beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan tinggi dalam agama.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, persoalan kaum tidak pernah menjadi ancaman kepada parti itu kerana agama mengajar kepentingan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan sesuatu kaum.

Menurut beliau, Allah tidak pernah mengiktiraf kemuliaan sesuatu kaum berdasarkan kulit atau kaum tetapi secara mutlak hanya memandang kepada ketakwaan yang mematuhi apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.

“Pas mengamalkan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan Melayu seperti yang diagungkan oleh UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markas Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini kelmarin.

8 ulasan:

ajakbicara berkata...

salam, memang benar ciri-ciri tersebut memang layak untuk dijadikan pemimpin.

tetapi pada masa kini, susah nak dapat ciri-ciri tersebut. terutama sekali "islam", islam yang mana? warak macam mana? bertakwa yang mana? zuhud kepada apa? setinggi mana agama yang diukur (sijil,diploma,ijazah)?

minta maaf kalu komen ni agak merapu..

terima kasih...
p/s: ciri2 ini perlu ada terhadap seseorang yang digelar khalifah

saddamalaya berkata...

Ya.Ketuanan Islam!!! Biarkn cina dgn mee nya,India dgn capatinya,Melayu dgn nasi lemak.Islam dgn kesyumulannya.Hanya Islam penyelamat manusia dunia akhirat.Kepimpinan Islam,penyelamat bangsa..

Usahla seperti Yahudi menafikan Muhammad s.a.w kerana bangsa hingga kebodohan itu mereka dilaknat...Sama2 kita hapuskan sifat perkauman yg sempit sehingga menafikan kaum lain.

Lebih indah jika kita sama2 berkongsi budaya,moga2 masyarakat luar lebih tertarik dgn Islam,lantas Malaysia dijadikn contoh kerana kesepakatan semua kaum aman damai dibawah sistem dan pemerintah Islam.

Kita mulakan sekarang,hapuskan sistem kuno,primitif & ortodok sekular di Malaysia.
Pas 4 all! Islam 4 all!!!

madkrie berkata...

Kepada Ajakbicara apila hukum Islam dilaksanakan didalam negara ,akan lahirlah pemimpin2 yang bertakwa.
Tidak wujud lagilah anasir2 jahat yang membunuh iman muslim.

saadlebaiseman berkata...

Saya amat setuju. Islam adalah untuk semua bangsa, kaum dan keturunan. Jangan sesekali mempermainkan isu perkauman.
Itu semua kebodohan parti UMNO BN haram jadah (maaf sb guna bahasa kasar)

Saya tidak kisah dipimpin oleh ketua berbangsa Cina atau India, yang penting beliau adalah seorang penganut Islam yang warak dan bertakwa kepada Allah

Tanpa Nama berkata...

Islam patut menjadi penaung semua bangsa. Bangsa tidak layak menjaga agama Islam kerana Islam itu untuk semua bangsa.

ubatkuat berkata...

salam buat semua ...
ISLAM KAN UNIVERSAL,,ADA TAK DALAM QURAN ATAU HADIS MENERANGKAN BANGSA SEKIAN ATAU SUKU KAUM SEKIAN YANG LAYAK JADI PENTADBIR,,ADA JUGA KE DIKATAKAN BANGSA MELAYU KAT MALAYSIA NI AJE YG BOLEH PIMPIN ..ADA TAK??(PERBETULKAN SAYA KALAU SAYA SALAH BERHUJAH)
ISLAM TU MUDAH,DIA SURUH PENGANUT NYA AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR JIKA MAHU MEMIMPIN ATAU DI PIMPIN,,TU JE SENANG SANGAT,,SAYA AJAK DIRI SAYA DAN YG LAIN SUPAYA JANGAN JADIKAN ISU PERKAUMAN MAINAN POLITIK,,SAYA RASA ITU LAH PENYEBAB UBN TERSUNGKUR PADA PILIHARAYA LEPAS,,
TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR

Tanpa Nama berkata...

UMNO+MELAYU=BODOH......

ajakbicara berkata...

kepada @madkri

insya allah, itu lah yang kita inginkan, jangan menunggu masa, mulakan dengan sekarang, berilah contoh dan teladan, bermula dari rumah... adab-adab dan akhlak perlu lah dijaga.

merujuk pada @tanpa nama

jangan mudah berperasaan macam tu, mudahkah kita sebagai seorang manusia untuk menjatuhkan hukum?