25 Mei 2009

EGM PPP: Lucutkan Kayveas, Murugiah Presiden baru

PUTRAJAYA: Parti Progresif Penduduk (PPP), yang pernah dilanda krisis kepimpinan dua dekad lalu, kini kembali ke era lama apabila kumpulan penyokong Senator T. Murugiah, yang dipecat minggu lalu, memilih beliau sebagai Presiden baru parti itu hari ini.

Ia diputuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM).

Malah EGM itu juga melucutkan Datuk M. Kayveas sebagai Presiden.

Ketika mesyuarat ini diadakan Kayveas dikatakan berada di Johor untuk merasmikan persidangan perwakilan negeri itu.

EGM yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula pukul 12 tengah hari dan berakhir dua jam kemudian.

Murugiah dibawa masuk ke dalaman dewan persidangan dengan iringan muzik dan diusung oleh penyokongnya sebaik sahaja usul pertama diluluskan oleh perwakilan.

Usul pertama menyebut tentang pembatalan keputusan memecat enam pemimpin PPP termasuk Murugiah minggu lalu.

Enam usul diluluskan EGM termasuk yang berkaitan dengan pemilihan Murugiah sebagai Presiden.

Lima usul lain yang diluluskan ialah: - undi tidak percaya dan melucutkan Kayveas sebagai Presiden PPP

- memilih Murugiah sebagai Presiden

- undi tidak percaya terhadap kesemua Ahli Majlis Tertinggi, sekali gus memecat mereka

- memilih tiga Naib Presiden dan 22 Ahli Majlis Tertinggi yang baru

- membatalkan proses penamaan calon 30 Mei ini dan menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan dijadual pada 7 Jun ini

Kesemua usul diluluskan dengan ucapan mengecam kepimpinan Kayveas.

Selain memilih Murugiah, EGM juga memilih tiga Naib Presiden yang baru dan 22 AMT.

Ketika ditemui wartawan kemudian, Murugiah berkata, EGM hari ini dihadiri 1,760 perwakilan dari seluruh negara.

"EGM ini sah dan ikut undang-undang," kata Murugiah sambil menambah akan menemui Pendaftar Pertubuhan (ROS) esok untuk memaklumkan perkembangan dan hasil EGM.

Beliau juga mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memaklumkan perkembangan baru ini.

Sambil menyifatkan perkembangan hari ini sebagai "tsunami politik dalam PPP", Murugiah berkata, beliau juga sudah menerima pengesahan ROS yang cawangannya, Sg. Parit Tower sudah dihidupkan semula minggu lalu.

"Saya menerima surat daripada ROS Jumaat lalu," katanya.

Bagaimanapun Murugiah kelihatan "beremosi" apabila ditanya soalan sama ada PPP kini mempunyai dua orang presiden.

"Kayveas sudah dilucutkan tadi dan perwakilan memilih saya... ini keputusan perwakilan," kata beliau yang turut menegaskan notis secukupnya telah dikeluarkan untuk mengadakan EGM hari ini.

Kata Murugiah, EGM dianjurkan oleh perwakilan dan beliau hanya dijemput hadir, sekali gus dipilih sebagai Presiden PPP yang baru. mSTAR.

7 ulasan:

Pemburu Syahid berkata...

Salam...

Bercakaran lah korang sampai hancut PPR tu. Lepas tu hancurkan pulak BN yang penuh kesialan tu.

Tahniah Murugiah dan tahniah Kayveas.

Kuburan politik anda sudah menunggu.

Zammil berkata...

halo,. salam..
im from indonesia..
visit me.
http://zammilbatik.blogspot.com

nice info.
^^

Jalil berkata...

Ni mesti ikut cara rampas kuasa di Perak, lepas ni parti2 BN bolehlah buat rampasan kuasa parti masing2, tiap2 minggu boleh dapat Presiden baru, lepas tu jumpa YDP Agung boleh jadi PM kalau katanya ada majoriti.

Tahniah BN, buatlah selalu macam ni, baru syok.

Suhaimi Said berkata...

Katanya PPP ada 500,000 ahli. Banyaknya bagi parti nyamuk! Bagi dualah..250,000 Kayveas angkat, 250,000 lagi Murugiah angkat. Dua-dua parti pihak tak ada integriti. Ini baru demokrasi ala BN. Semua pakai cara haram.

Yang bagus, dua-dua pihak entah ada ahli lagi atau tidak ada, kut-kut ahli atas kertas saja!

Tanpa Nama berkata...

hahahah

ketua sebenar mereka adalah zambry. muru cuba menjadikannya sebagai ikon.

Tanpa Nama berkata...

Gegasi usang BN akan musnah tak lama lagi.lihat artsi2 Umnoo & barisan ahli parti konponennya sudah taulah....Hidup Pakatan!

Tanpa Nama berkata...

Salam Sahabat

BN memang betul-betul nyanyuk la ni
PPP ada 2 ketua
Malaysia ada 2 PM
Perak ada 2 MB
PPP,PPPP,PPPP PPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP
teruskan gaduh lah senang
rampas kuasa
minta dengan pm kecut tu
jadi ketua PPPPPPPPPPPPPPPPPPP


Kah-kah-kah-kah